Yang selalu jengok

Wednesday, June 24, 2009

RM



Dalam sebuah buku tulisan jutawan Robert Event - anda boleh dikatogerikan seorang yang kaya jika tidak memikirkan pasal duit selama seminggu. (ni buku lama jual kat MPH RM5 je). Betul ke?

Kawan Ah Long



Ah Long boleh ketepi kalau mamat berkain putih ni sampai. Dorang tak masuk politik, dorang tak join kuil, dorang mula business dgn duit RM500 sahaja. Banyak lagi mamat kain putih ni kat Klang. Sekarang lagi canggih, dorang tak pakai payung lagi tapi communicator. Duduk dalam office yang boleh muat satu tempat duduk je. Applicant kena tunggu dan hanya sorang boleh dilayan pada satu masa. Tidak ada gambar bogel diambil, tak de baling cat, tak main pukul2 - tapi dorang ada kaki kat Pejabat tanah. We are striking back.

Budget


Malaysia kadang2 kena tiru orang dalam mengurangkan kos training untuk Kapal terbang, kapal selam, kapal laut. Mungkin boleh suggest - kapal terbang training kita pakai wau atau layang-layang je. Kadet pilot boleh navigate guna tali dan training kat darat je. Kapal selam kita guna itik2 plastik dan kolam renang - google mesti ada untuk tengok dari dalam air. Untuk kapal laut lagi senang - upah pemancing tegar, suruh bawak ke sungai untuk tangkap ikan. Kos training kadang2 boleh buat 10-15 sekolah......

Tuesday, June 23, 2009

Berenang di Lautan Gelora


Susah hidup kat M'sia sekarang beb....Nak beli kereta gaji kena banyak. Minyak mahal. Gaji lepas diploma rasa2 tak sampai RM1200. Kalau degree sampai kat RM1600 - RM1800. Keluar U je dah hutang PTPTN. Tak bayar kena charge interest 10%. Diploma hutang RM16,000, Degree RM18,000 - pening beb. Bercinta pulak masa belajar...pas tu nak kawin....masyaallah....hutang lagi. Pening betul.

Demo la plak

Ni di rakam di Tehran semasa demontrasi kemenangan kepada Ahmedinejad sebagai Presiden Iran.

Manek Urai


Kedai tom yam sementara & rumah pak ngoh, rumah cik daud, kedai gulai kawah, kedai sup ikan keli, budu, taik itik - semua kena siap sedia. Ramai orang nak turun ni. Boleh tambah business. Boleh buat teksi sapu. Boleh buat hotel sementara. Ni banyak limpahan business dari stimulus yang pasti menjanji mimpi2 indah.
Pak cik Polis pun kena siap sama dengan FRU - "malam ni kita overtime" - pinjam kata P Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok sebelum nak rompak rumah orang kaya.
Mr Lee dan Pak Cik Siam kena ready jugak nak buat T Shirt, topi sudu dan kalau cantik kedai basikal terus bukak kat Manek Urai. Banyak budak2 nak naik kayuh laju2. Seminggu mat2 rempit tak payah pakai helmet. Projek masuk kampung beb - bila lagi nak pesta muda mudi. Selamat Mengundi kepada Penduduk Manek Urai

Latih Anjing


Kat England, sekarang ada latihan untuk anjing mengesan bau badan orang yang tinggi gula - diabetic problem. Selalunya bila dah tua2 kat England tak de sapa nak jaga dorang. Maka anjing la jawapannya. Aku ingat la latih kucing la kat Malaysia ni.

Monday, June 22, 2009

Selsema Babi


Virus A (H1N1) dah menyerang sekolah pulak. Latest news kat Seksyen 9, Shah Alam. Semalam kat SRK Assunta PJ dan sebelum tu kat SJK (C) Jalan Davidson. Takut beb, beberapa minggu lepas semua naik kapal terbang Asia dari negera2 disyaki akan diquarantin sekarang dalam negera sendiri pulak dia menyerang. Kerajaan sepatutnya berterus terang tentang wabak ni. Awal dulu 7 orang je dan M'sia tak dikatogeri sebagai negara pembawa....sekarang dah sampai 50 orang - jangan cover sampai tak boleh cover. Local Transmission ni dah cerita bahaya. Babiiiii betul la.


Saturday, June 20, 2009

Ubahsuai


Susah betul nak renovate rumah. Byk betul birokrasi. Tapi semenjak Pakatan Rakyat naik kat selangor perkara 3 bulan dah jadi sehari. magik betul.

Friday, June 19, 2009

Maid's Day Off


Aku ada sembang dgn kawan paling baik pernah aku kenal. Dia dah 14 tahun ada maid. Mengikut kawan aku dia pernah ada 8 maid - semua Indon la sebab dia nak yang muslim. Dari yang ikut agensi sampai yang haram - jumpa kat Kg Pandan je. Paling lama maid 6 tahun dan paling sekejap 1 minggu. Problem macam2. Ada yang baik, ada yang athelete, ada yang gila, ada yang sensual, ada yang tak mandi, ada yang 2 suami. Advise dari dia kat aku, semua maid memang kena perhatikan. Kawan aku ni kalau baik dgn orang semua benda dia bagi, ada maid dapat rantai, ada yang dapat gelang so macam2 la. So satu hari maid yang paling baik jumpa dgn kawan aku ni minta nak balik kampung setelah 2 tahun bekerja (asal Sumatera Barat), kawan aku kata tak boleh sebab dia diambil bekerja secara haram - maka kalau nak balik kena berenang la macam mula2 sampai dulu. So budak maid ni buat2 gila, tengok TV satu hari tak buat apa, tak keluar bilik satu hari - so kawan aku fed up, dia cal kawan Polis dia dan paksa maid tu keluar dari bilik. Setelah dipaksa, maid tu keluar tapi dah kena cepuk dulu dgn polis. Dalam balai, kawan aku kena charge "rogol" oleh maid tu. Nasib baik polis2 tu cover, jumpa perempuan Indon gila tepi jalan. Maid to order.

Mama




Perut dah besar. Final check akan dibuat pada 27 atau 28 Jun 2009. Tak de aral melintang, baby boy akan lahir. Tahan sikit mama - Kata Nabil. Ayaaaaaaaah - Najla menyahut (mama dia tak tahu sebut). ikut jadual pada 12/07/09. Semoga semua akan berjalan lancar

Nizar


Mamat ni dah jadi phenomena. Dia bikin gempar kat Parlimen hari pertama dia angkat sumpah. Kena ban 2 hari. Tindakan spontan ni at least satu dunia nampak. Tapi kena pikir sikit beb, 2 hari tak dapat berhujah kat Parlimen. Good things - paper, mass media melaporkan gerakan Mamat ni.

Thursday, June 18, 2009

Selamat Hari Bapa

Tak sedar langsung aku dah ada 2 anak. Dalam beberapa hari lagi
aku akan dapat anak ke 3. Subhanallah......dulu 6 tahun aku tunggu sekarang anak ke2 baru 1 tahun 4 bulan. Masih nak manja dah ada adik pulak. Syukran Jazakamullah. Selamat Hari Bapa - yang kasar dan isteriku tak pernah larat nak layan maka bapalah jawapannya. Muka ditendang, ajak bergusti, makan lebihan anak2 dan mandi sama2. Isteriku tak larat nak buat semua tu. Dan akulah jawapan pada kekurangan tu. Bapa untuk segala2nya

Siapa dia ni....?


Aku jumpa mamat ni kat Stadium Malawati Shah Alam Sempena Muktamar Pas di Selangor. Dia adalah Nik Mohd Kamal bapa kepada Nik Nur Madihah pelajar terbaik SPM 2008 20 A. Seorang nelayan yang menyewa sebuah rumah di Kelantan dgn sewa RM90 sebulan. Hotel paling murah kat KL pun RM50 tapi kongsi tandas. Ni cerita sebulan sewa. Madihah akan belajar di Jordan dalam jurusan Fizik bermula hujung tahun ini dgn biasiswa BNM. Doa Nik Kamal semoga pelajar terbaik tidak berhenti pada Madihah sahaja. Mengikut Menteri Pelajaran, pelajar hanya dibenarkan mengambil 10 matapelajaran dan pelajar sekolah agama 11 mata pelajaran. Rekod Madihah akan kekal tanpa disentuh..........permintaan atau desakan siapakah ini

Kereta Gila



Aku tak boleh imagine mamat yang bawak kereta ni ke hulu hilir. Rasa2 malam je bawak ni. Budak melayu yang pakai ni. Kereta seksi beb tapi yang bawak kereta ni Gedebe besar. Tak syncronize la. Kalau awek pakai bikini yang bawak lain la.

Perjalanan Umrah ke 2


Perjalanan ke 2 ke Madinah dan Mekah pada 23-04-2009 hingga 5-5-2009