Yang selalu jengok

Wednesday, September 30, 2009

Belum KosonG



Dorang semua tak ready. Saya akan umum bila saya mahu cuti. 2 bulan lama tu. Tapi tarikh tak tau lagi. Atas tempat masih tak de orang ganggu.

Sonata musim Salju


Cerita baru dah keluar. Wawasan 2020 akan terus dikejar. PM Dato' Seri Najib akan terus mendukung wawasan itu sebagai teras One Malaysia - rakyat didahulukan, percapaian diutamakan. Ni bukan filem baru tapi remake.

Tuesday, September 29, 2009

Bazar Syawal


Bila nak puasa 6, tak de pulak bazar Syawal. Nak siap2 buka kat rumah suami isteri bekerja. Makan kat luar satu hal pulak, bergegas makan cepat2 nak solat magrib pulak. Nak bungkus kedai tak bukak lagi. Akhirnya makan kuih raya kat rumah. Selamat Menyempurnakan Puasa 6 anda

Which One La?


After all this years since I took the premier I never agreed about demolishing ISA and now I'm the one agreed that ISA not to be supported. It will tarnished the whole thing about BN and its survival. PRU12 was a proven setback about this and PRU13, ISA matter will again raised by the opposition. DON'T SUPPORT ISA..........................panama, saya salah ka?

Sama Tak Serupa Opsssssss


17 maut Op Sikap VS 5 maut di Kandahar disebabkan meletupkan diri. (27/09/09)
22 maut op Sikap VS 1 maut terkena jerangkap samar di Afganistan (26/09/09)
208 maut dalam 14 hari Ops Sikap VS 48 orang awam di Afganistan disebabkan oleh askar Amerika bertempur dengan Taliban pada sepanjang bulan Januari hingga September 2009.

Sunday, September 27, 2009

2nd Wave


Gelombang ke 2 akan sampai bila2. WHO kelam kabut nak cari ubat yang dulu, gelombang ke 2 mungkin lebih teruk. Selsema yang sedikit pun dah menyebabkan satu dunia hiruk pikuk mungkin ke 2 ni lemah jantung babi, kanser babi, liukimia babi, gout babi atau kronik babi. Allah hanya menguji manusia supaya manusia kembali kepada Islam seluruhnya. Bersedia.....

Susah Hati


Dorang ni paham ke tak? Kat permatang dulu dah kiok sebab calon. la ni panama budak main politik wang pulak. Menang mungkin tapi masalah akan jadi lebih terok masa PRU 13 nanti. Tak siapa yang paham aku ni.

KemBali


Den dah koba kan dulu. madey pun tak dapek tahan den. Keri kasih kuek kat Somban ni. Em Bie dah goyang, den akan cuit sikit. monang tdah totap kalah tu tak tontu lae. Anak bulan tak kelihatan kek tompat den

Friday, September 25, 2009

Zasssssssssss



Dalam kecoh2 Kartika Sari akan dirotan, tidak ada satu pemimpin negara Malaysia yang berani mengatakan arak itu haram. Kebanyakan minta tangguh, suruh buat rayuan, dan ada menteri perempuan yang mengatakan kesalahan itu ringan sahaja tidak melibatkan jenayah. Subhanallah. Sepatutnya orang yang cakap tu yang kena rotan 40 kali. Rakyat Malaysia masih menunggu bila nak rotan.

S300L


Unit desired : Mercedes Benz S300L Price : RM639,888 Financing required : RM575,000 (90%) Applicant : A indian lady (company's director) with monthly income of RM30,000 and guaranteed by one dato' claim monthly income of RM100,000. 2 copies of bank passbook given with prove crediting of RM30,000 monthly. Further checking the copies of bank passbook were tainted and proper edited to show the crediting of RM30,000. The case was rejected accordingly. Moral : Please check futher.

CeRita Vampire


New twilight saga : New Moon will be released on 20/11/2009. The most awaiting film for the year and most admired by my wife, Azlina Md Shariff. Novel by Stephenie Meyer. New slot by team of warewolf and vampire clash. Part of that, the 20/11/2009 also my birthday.

Eidulfitri 1430


Gambar cucu2 Md Shariff pada tahun 2009 bersamaan 1 Syawal 1430. Ni gambar sebelah yang dapat merakamkan seluruh ahli keluarga Md Shariff dan Rohaya. Dan aku dah jadi sebahagian dari keluarga itu sebagai menantu.

Thursday, September 24, 2009

Senang Kita Susah orang


Ini adalah pak saudaraku. Panggilan Pak ndak. Sedang sakit diabetis, mata dah tak nampak sebelah. Buah pinggang sakit dan kena buat dialysis 3 kali seminggu. Ini adalah raya yang paling jauh dia boleh pergi dari rumahnya di bandar Pinggiran batu caves. Setiap 2 hari perlu dialysis menyebabkan dia tidak boleh bergerak terlalu jauh.

Masa Depan

Ini adalah masa depan kita. Anak2 amanah yang berat. Dunia terus mencabar kita. Tidak tahu mana yang lebih baik dari segalanya. Perjalanan yang jauh kadang2 terasa sempit dek hentakan godaan semasa. 1982 - 1987 (ni masa muda saya) tidak dengar perihal bohsia, merempit, sex bebas, arak tetapi masalah remaja dulu - dadah, ganja, video lucah dan disko. Akan datang pasti lebih hebat. Hanya agama dapat mengawal kehidupan manusia..........Amanah.

Aidilfitri 1430



Ni gambar keluarga pada hari raya pertama 1430 / 20hb Sep 2009. Kami masih beraya 4 orang dan jika diberi peluang anak kami ke 3 yang lahir pada 26/06/09 hidup kami akan beraya berlima tahun ini.

Nabil lahir 24 August 2005

Aqilah lahir 25 February 2008

Baby lahir 26 June 2009

24 25 26 dan seterusnya..........

Wednesday, September 16, 2009

Fasa 3 cepat Sangat



Bazar ramadhan masih rancak macam selalu walaupun orang yang hadir makin kurang. Puasa mengajar kita tentang disiplin dan mengikut surah Al-Baqarah 183"......supaya kamu menjadi bertakwa" Disiplin menjaga masa agak hebat. Balik awal. Solah magrib dijaga (mungkin tunggu waktu berbuka), waktu Isyak dijaga kerana nak berterawih, waktu Subuh dijaga untuk mengelakkan waktu sahur terbabas. Dan janganlah perkara ini berhenti disini sahaja. Mengikut seorang ulama "Jangan jadikan puasa, iman manusia seperti kapal selam - naik ke atas sekejap je tapi menyelam lama"

Nak PeRang lagi


Kadang2 kita rasa rancangan kita tak akan diganggu gugat oleh sesiapa. Tapi Allah SWT maha mengetahui apa yang lebih baik. Kota Seputeh masih dapat ditolak kerana rancangan manusia, tetapi rancangan Allah nak buat satu PRK kecil tak dapat dielakkan. ADUN Bagan Pinang meninggal dunia. Tarikh mengundi pada 11/10/2009.

Kena Gigit


Tangan anak kena gigit dengan lebah pada 14/09/09. Tak tahu kenapa tiba-tiba bilik dirumah mak masuk lebah. Dan hari ini selepas Subuh tadi (malam tadi tak de) berdengung suasana di dalam bilik. Buka lampu nah....lampu dan penuh dengan lebah. Mungkin keluarga aku Manis kot.

Friday, September 11, 2009

GanYang



Yang benar. kalau ditenung lama2 sebijik muka Ahmad Dhani of Dewa 19. hai senangnya dalam hati kalau beristeri dua, seperti dunia ana yang empunya.

PenDet bukan Che Det



Tarian baru nak mula. Angkat lentik hujung jari. Enjut perlahan2. Ia bagus untuk lutut. Kepala hendaklah digeleng2 perlahan melihat kiri dan kanan seperti nak melintas. Pergerakan mengenjut mestilah perlahan mengikut hentakan cak lempung. Nak kena kisah ke benda ni. Tapi kalau digunakan untuk iklan datang ke One Malaysia ni memang akan buat orang MaraH.

Gaji Capatilism



Berapa gaji yang sesuai untuk saya. Saya marah dengan laporan akhbar yang menyatakan gaji saya sebanyak itu. Pada tahun 2008 saya telah memotong gaji saya kerana saya sedar ini adalah tanggungjawab saya sebagai CEO Bank yang terbesar. Tahun 2007 - RM9.35 juta dan 2008 RM5.13 juta. Banyak turun tu. Tak kan orang tak simpati kat saya.

KemBali BertAut


22 tahun jaga Negeri Sembilan. Dinaikkan ke Persekutuan. Di sesah, dijatuhkan dengan teruk. Saya sudah sedar mana kawan mana lawan. Bagan Pinang tempat pertaruhan baru. Tindakan disiplin yang dikenakan 2 tahun sudah saya rasa. Adakah saya bersalah(memang bersalah - cuma tak kena penjara)? Adakah saya nampak macam penjenayah. Tengok pembangkang masuk penjara pun jadi wakil dan jadi Hero (masuk sebab mempertahankan keadilan). Saya bebas. Saya juga pernah mimpi naik gajah putih dan esoknya saya dituduh bermacam2. Saya kembali dengan semangat baru. Satu Malaysia (dah tahu) atau untuk saya - SATU KALI LAGI.

KehiTaman kacang Peas



Konsert akan berjalan seperti biasa dan ditaja oleh Guiness Beer. Hebat kat Malaysia ni - banyak artis2 antarabangsa diterbangkan khas untuk menghiburkan anak2 tempatan yang kurang pendedahan lagu2 dunia. Ini adalah pembuka minda sepenuhnya. Code pakaian adalah Black party chic. Ni lagi susah. Nak kata macam ayam tak mungkin seksi hitam kot. Buat pulak di tempat air. Guiness Beer sponsor air. Pening nak pikir air apa dorang nak bagi ni. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kes macam Kartika mungkin banyak masa ni. Kali ni mintak sangat JAKIM cuba sebat 40 ke 80 kali.

Wednesday, September 9, 2009

FaSa 2 nak berakhir


10 hari fasa pengampunan. Makin merudum saf-saf di masjid. Sibuk dengan kerja dan rai-rai awal Ramadhan yang penuh satu masjid sudah berkurangan. Nuzul Quran pun sudah berlalu dan disambut dengan mentadburkan ayat2 Al Quran. Semoga Allah memberi kekuatan kepada orang-orang beriman untuk istiqamah dalam beribadat dalam bulan yang mulia ini.

Ke NeRaka



Ni cerita tarian pendet atau kisah ambalat. Malaysia dah hilang Pulau Batu Putih kepada Singapura. Ambalat sesuatu tempat pula jadi rebutan.

PenCuri



Why this could happen to Malaysia......?????

Friday, September 4, 2009

Do I Exit


Kalau semua orang pilih G Palanivel saya confirm bagi pada dia. Saya sama dia boleh kerjasama. Turus sampai 2012. Saya confirm bagi kerusi pada dia. His my right hand. Kalu, saya turus jadi Presiden. Tarak sorang boleh kacau. Sendiri ingat. Sendiri tau. Saya pegang lama punya.

Demo LemBu


Ni bukan orang Kelantan mengejek orang - Demo Lembu. Tapi demonstrasi lembu. 3 kali dah lembu dibawa untuk perarakan. Ke SPRM dan Ke SUK Selangor. Lembu berkait rapat dengan benda2 yang tidak elok - Melayu. Peribahasa dan simpulan bahasa jika ada LemBu maka tak elok. Kenapa?????Dan selepas ni ceriita2 tentang LemBu, dilembukan, melembukan orang dan Kepala LemBu makin banyak. Lembu pun Penat.

Thursday, September 3, 2009

TasikMalaya bukan Malaya dulu2


Satu Gempa berukuran 5.1 skala richter bergegar di lautan Tasikmalaya di Jawa Barat Indonesia (Samudra Indonesia). Ia berlaku pada pukul 8.31 pagi semalam 02/03/09. Dengan gegaran sedalam 10 km di dalam lautan, pakar melaporkan ia tidak akan menimbulkan Tsunami. Semoga kita dapat bersimpati dengan rakyat Indonesia. Di laporkan sebanyak 35 kematian telah direkodkan.

Tuesday, September 1, 2009

Bukan SeBARANGan RON


Apabila minyak dunia mengalami kenaikan pada tahun 2008, harga minyak telah naik sehingga RM2.70 dan menimbulkan ketidakpuasan hati orang Malaysia. Lalu kerajaan mengambil sikap untuk menkaji cara penapisan baru iaitu dari RON 97 dan RON 92 lalu lahirlah RON 95. Mengikut kajian, kenderaan moden sekarang boleh menampung keadaan karbon yang berlebihan tetapi tidak sehingga RON 92. RON 97 yang tidak berplumbum cukup mahal untuk penapisan. Maka kerajaan pada Jan' 09 dahulu bersetuju untuk melahirkan RON95 pada 1 September 2009. Selamat Datang RON 95.

fASA 1 SeleSai


Hari ke 11 berpuasa. Puasa mengajar kita bukan hanya berlapar dahaga tetapi lebih dari itu disiplin masa. Masa sahur jaga. Waktu Magrib sudah menunggu walau bukan di tikar sembahyang. Waktu Isyak dijaga kerana lepas Isyak nak solat Terawih pulak. Fasa pertama Ramadhan sudah meninggalkan kita. Berdoalah supaya kita dapat meneruskan Ramadhan ini dengan lebih sempurna. Fasa ke 2 adalah memohon KEAMPUNAN.

KepAla LemBu



Terima SMS "Asmk, Bantahan Pembinaan Kuil secara Aman. Di Masjid Negeri, Shah Alam slps solat Jumaat. Lokasi Pintu keluar arah Bulatan (Persiaran Masjid) menuju pintu utama SUK. Tak de pulak cerita bawak kepala lembu. Dorang ni betul la syok sorang2. Sepanduk pun pening "Islam untuk Semua, Kuil untuk Rodziah dan Khalid". Hendaklah di pastikan lembu tersebut telah disembelih secara syariat Islam.