Yang selalu jengok

Thursday, December 31, 2009

2009 yang ditinggalkan

Apa yang berlaku pada tahun 2009. Pergi umrah di hujung March, main golf di Bandung pada awal August, Masuk Thailang di pertengahan December. Hujung bulan June isteri bersalin bakal anak lelakiku meninggal, anak lelakiku masuk tadika Caliph, rumahku ditambah baikpulih di bulan July hingga September. Berapa duit keluar pada tahun ini - Umrah RM2000, baikpulih rumah RM50000, ke Bandung RM2000 dan ke Thailand RM2000. Tahun yang hebat ditinggal tahun baru disambut dengan macam2. Be optimistic and happy always

Wednesday, December 30, 2009

Alien yang berLambak


Seorang Bangladesh, Munir pekerja kedai minyak memberitahu bahawa dia menghantar RM400 @ 8000 Taka ke ibubapanya setiap bulan. Hebat - dia juga memberitahu dapat menyimpan sebanyak RM500 sebulan setelah 2 tahun berada di Malaysia. Dia juga memberitahu menjadi Polis atau guru di Bangladesh hanya dapat 5000 Taka @ RM250 sebulan. Dengan pendidikan menengah sahaja, Munir mendapat lebih RM1000 di Malaysia. Hujan emas di negeri orang.

Monday, December 28, 2009

Cabaran & Desakan


Madey tak tertahan dengan buku yang satu ini. Buku ini seolah2 mencabar apa yang telah dibuat selama 22 tahun menjadi PieEm. Semua yang cuba menbantah suruhanjaya ditubuhkan seolah2 menyokong Madey terus rebah. Madey yang dari dulu sentiasa dapat mengelak dari apa2 saja - dipanggil mahkamah tak payah datang, disiasat tak ada kes, disaman tapi gugus kes dan demo mendesak hanya menjatuhkan orang keliling saja. Cabaran menghadapi desakan pembangkang dan cabaran oleh Madey membuatkan kerajaan sekarang berjaga2. Lain dicari lain pula yang menjelma.

Dan akhir jawapan.....Tidur

Dendam aku pada kepandaian tak tertahan lagi. Makin ku tahu makin bodoh aku. Makin tak tahu aku apa yang aku tahu. Kuasa perintah ada di tangan. Kuasa menerima sahaja tiada dalam kamus. Kepandaian tidak membawa kemana2 jika tiada peluang. Bijak bukan boleh dicari. Bodoh bukan boleh diminta. Pening tak cukup tidur.

Friday, December 25, 2009

Buku kena Tangkap


Buku 'Malaysian Maverick' yang ditulis oleh Barry Wain ditahan pengedarannya oleh KDN. Tun Mahathir dah bagi lampu hijau untuk disiasat berdasarkan buku tersebut. Tapi dengan syarat Tun Abdullah pun disiasat tentang kerugian RM270 bil. Madey 22 tahun Pak Lah satu penggal je. Hebat lagi Pak Lah. Slow & steady.

10 kali pening


Pendidikan awal untuk kanak2 sekarang mahal. Satu - apa yang kita mahu anak kita jadi! Dua - perlukah anak2 kita menghadapi pendidikan awal yang kompleks. Tiga - jarak sekolah dan rumah. Empat - jagaan lepas sekolah bagaimana? Lima - pendidikan awal meliputi bahasa, agama, maths, games. Enam - duit tambahan? Tujuh - nanti anak2 boring tak bila masuk sekolah sebenar? Lapan - bayaran bulanan macam bayar rumah sewa! Sembilan - atau pergi ke tadika untuk bernyanyi sahaja. Sepuluh kali fikir beb.

Thursday, December 24, 2009

Nyah kau GST

GST memang dorang nak buat. Nak jadi maju macam 143 negara yang dah buat. Saya rakyat Malaysia yang tak berapa paham pening memikirkan macamana sebenarnya kita jadi negara maju kalau kena tax. Kerajaan mengumumkan pendapatan dari GST sebanyak RM1 bil boleh dilaburkan kembali pada orang2 marhien macam anda dan saya. Tapi beli barang2 dan services tu kita gak. Chit ini cerita apa ni. Harga barang dan services akan naik 4% dan kita jadi negara maju. Apa2 pun aku tak setuju. Dah la kerja tetap kena tax bulanan. Barang2 mahal. Kita tak boleh buat apa2 ke?

BANG bukan Bung


Saya tak hensem. Biar empunya diri yang mengaku. Tak mahu melukakan hati sesiapa. Biarlah kami meneruskan hidup kami bersama. Dulu bung sekarang bila malam tiba.........BANG

2010

Beberapa hari lagi kita akan bertemu tahun baru 2010. Apa akan hadapi tahun hadapan. Minyak akan naik walaupun RON 95 dikatakan diberikan subsidi tetapi kerajaan tidak dapat menampung terlalu lama. Krisis minyak akan berlaku lagi. Harga barang kemungkinan akan naik seperti gula kerana cerita2 tentang taikun gula Robert Kuak menarik diri dari konglomerat gula. Naik satu lagi taikun gula baru dan beberapa akhbar mengatakan penduduk Malaysia pengguna tegar gula dan boleh membawa penyakit. Lambakan rumah melebihi permintaan kerana semua Pemaju menunggu untuk mengiklankan produk mereka setelah krisis ekonomi berlalu. Pekerja2 mungkin meminta bonus dan gaji lebih setelah memendam rasa 2 tahun. Bank2 akan menaikkan kadar interest berdasar kadar semalaman pada suku ke3 2010. EKonomi terus berjalan macam biasa.

Wednesday, December 23, 2009

Apa yang kita perlu Tahu

Real property gain tax (RPGT) akan dikenakan pada setiap rumah yang dijual sebanyak 5% pada harga jualan. Ini tidak dikenakan selama 3 tahun sebelum ini. Mengikut beberapa sumber, ini akan menyebabkan kurang perjualan rumah berlaku dan kadar kesan tidak diketahui. Sepatutnya kerajaan memikirkan bahawa dengan kadar inflasi dan ekonomi yang baru nak pulih, tindakan ini membuatkan jualan perumahan akan terjejas. 2010 dinantikan- banyak Pemaju Perumahan memilih untuk memasarkan perumahan baru akan tersepit dengan RPGT dan lambakan rumah yang banyakM

Toyol punya Kerja

Kehilangan 2 enjin F5E RM100 juta memang mengejutkan. Semalam juga dilaporkan dengan modas operandi menggunakan toyol perempuan tua melayu tertipu sebanyak RM700,000 kerana percaya dan takut toyol akan curi duitnya. Seorang yang menyamar sebagai Polis akan menalifon nenek itu dan minta menyorokkan duit dan barang kemas di luar rumah. Seorang yang menyamar sebagai pembaiki tong gas akan datang ke rumah melihat di mana barangan itu di sorok. Dan akhirnya hilang. Rasa2 boleh konfirm kehilangan enjin tu lebih kurang kes toyol je. Kes boleh tutup.

Ahmad Said Tolong Hebahkan



Terengganu Darul Iman runtuh lagi. Kali ini Terminal Bas pulak - baru dan tak pakai lagi. Sebelum ni Pusat Aquatik, Stadium Mizan dan Terminal Kapal Terbang Sultan Mahmud pun terselit. Kontractor yang buat sampai sekarang tak diberitahu. Tunggu runtuh kerajaan kot. MB Ahmad Said pun kena gasak kiri kanan.

Tuesday, December 22, 2009

Cubaan

Canggih dunia sekarang. Tulis blog menggunakan HP sahaja. Diumumkan hari ini bahawa 2009 adalah tahun utk Twitter dan Facebook. Twitter yang bermula tahun ini telah mencapai 40 juta pengguna dan Facebook menjuarai sehingga 350 juta. Jika ini dikira sebagai sebuah negara Mark Zucker,25 (FB founder) sudah boleh jadi Presiden Indonesia.

Monday, December 21, 2009

District 9


Saya syorkan pada pendatang haram atau PATI untuk menonton cerita District 9 ni. Kurang2 boleh menyejukan hati kepada PATI. Producer by Peter Jackson (cerita trilogi - Lord of the Ring) memang mengkagumkan. Pelakon yang tidak popular dengan budget yang tak tinggi sebab menggunakan pelakon tidak terkenal maka merekodkan kutipan yang tinggi adalah SUPERB.

Thursday, December 17, 2009

Inglourious Basterds


Baru habis nonton episod 2 - The Inglourious Basterds oleh Quentin Tarantino. Heavy drama.....dan sadis. Part 'hit the german' dengan baseball stick oleh Eli Roth tu memang a bit distraction (sakit jiwa). Belum habis.....tak tahu bila nak sambung balik. Mungkin ada beberapa episod dan kena enjoy film2 macam ni. Sakit otak punya director.

Pusat Tarbiah Islam Subang


Majlis Pecah tanah di Kg Melayu Subang disempurnakan oleh Tuan Guru Datuk Haji Hadi Awang pada 13/12/2009 bersama dengan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Hasan Ali. PUTIS atau Pusat Tarbiah Islam ini akan mengfokus kepada kelas2 tahfiz dan kuliah2 agama.

Angkat TOPI



Ini adalah contoh orang politik yang tegar. Setia pada ketua. Patuh dengan arahan dan tidak takut apa2. Buat betul2 ikut kata ketua. Bekas2 tak payah dengar. Ketua sekarang adalah segala2nya. Bersih Cekap Amanah itu dulu2. Islam Hadhari dah tukar. Sekarang 1Malaysia.

14 Major

Confirm memang Tiger Wood menang 14 major semenjak dia masuk bertanding golf. Tak banyak major yang kita kena ingat - British Open, US Open, PGA dan The Player Championship. Dan confirm juga ada 14 orang perempuan simpanan Tiger Wood dan menyebabkan isterinya Elin akan minta CERAI.

Wednesday, December 16, 2009

Sehari di Betong, Thailand


Masuk ke Thailand melalui Pengkalan Hulu, Perak terpaksa melalui jalan Kuala Kangsar - Gerik - Pengkalan Hulu - Betong. Thailand dari Pengkalan Hulu hanya 7 km sahaja. Masuk bersama keluarga agak pelik kerana industri yang utama disini adalah berkomoditikan orang dan yang pasti perempuan. Tinggal di Cathay Hotel dengan harga semalam RM66 atau 660 Bath Thailand. Komposisi penduduk sebanyak 50% Islam, 35% Budha dan 15 lain2 agama. Malam yang cepat tidak seperti Hadyai atau Bangkok membezakan cara orang berhibur di sini dan keadaan yang aman tenteram pasti menimbulkan rasa ingin ke sana lagi - Betong Thailand @ 12/12/2009.

Thursday, December 10, 2009

Hujan oh Hujan

Musim hujan pun tiba. Kadang2 kita yang tidak pernah banjir merasakan ini adalah cubaan Allah untuk paling besar pada kita. Bagaimana orang Kelantan yang mengalami banjir setiap hujung tahun. Seperti pesta dan redha dengan segala ujian. Berpayung sebelum Hujan.


Ke Thailand



Esok akan bergerak ke Baling Kedah dan kemudian bergerak ke Betong Thailand bersama keluarga. Nak masuk Thailand memerlukan Registration Card (geran) kereta original tapi yang ada di tangan hanya pendua (photocopy). Tapi kami pernah masuk dulu pada bulan Disember 2008 tanpa geran original.

Wednesday, December 9, 2009

10 Below PAR



It was reported another hit to Elin, wife to Tiger Wood. After only 2 weeks scandal being exposed, number of women had increased to 10. This will make highest outside settlement for Tiger Wood and biggest celebrity scandal in 2009.

Muamalat Bonanza 10th Campaign

The campaign still on till March 2010. Cuma buka saving account Al-Wadiah sebanyak RM100 dan current account RM500 (tanpa perlu introducer) anda layak untuk diundi mendapat hadiah2 istimewa i.e Kereta Audi A4 1.8TFSi, Suzuki Swift 1.5 (A), Proton Saga 1.3 (A) dan lain2 hadiah bulanan.

Tuesday, December 8, 2009

Hole in One Story


Berapa kali dia menang Major. Berapa banyak dia menang tournament. Berapa banyak duit dia kutip. 2 kali Fedex Champion - USD 10 million 2007 dan 2009. Berapa kali dia berada di posisi 10 teratas semenjak kembali dari sakit. DAN akhirnya BERAPA BANYAK PEREMPUAN TERLIBAT DENGAN DIA........sehingga semalam dah 7 orang - HOLE IN ONE.....

Dah Lama ni....

Lama tak dengar cerita mamat ni. Al kisah dulu sekitar tahun 90 an, dia adalah seorang taikun yang paling besar dan pernah dianugerahkan Pinjaman Peribadi Paling Tinggi di dunia sebab ketaikunan dia ni. Apa saja yang dipegang pada masa tu jadi emas kalau tak pun perak. Sekian lama tiba2 ekonomi jatuh merundum dan Rakyat negera Antah Berantah pun tergamam melihat si Mamat ni pun jatuh tak dengar cerita. Tiba2 semalam Si mamat ni muncul kembali.........Dia dikehendaki membayar sebanyak RM589 Juta kepada Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. Dia lawan sambil berkata "Ni orang suruh saya buat..............SAPA? Pie Em masa tu.....Marah orang tua ni.........bukan aku suruh...atau aku lupa.......MELAYU MUDAH LUPA....kalaula sajak tu terusan ingat....

LONGEST Drive Ever by Ellin

Walau dah berpuluh kali jadi juara Golf. Lebih 10 kali jadi Juara Golf Major Tournament dan kepandaian menggunakan Golf club tidak dinafikan. Tapi tangan yang mengoyangkan buaian boleh mengoncang dunia. Minggu lepas Ellin telah mencapai taraf Pro dalam melibas Golf Club. Naik hancur cermin belakang. Hebat......LONGEST DRIVE EVER...

Wednesday, December 2, 2009

Tiger or CAT


Tak tahan dengan soalan yang menimpa2. Tiger Wood istiharkan tidak bermain dalam pertandingan Chevron World Challenge pada minggu ini bermula esok 03/12/2009. Rasa2 bini dia dah pukul dia dengan kayu golf kerana tahu tentang hubungan sulit dia. Tetapi semalam Tiger Wood memberitahu bahawa dia pun orang dan selalu membuat kesilapan. Takut bini kot.

Bukan TRANSFORMER


Berita mengemparkan 2 hari lepas, seorang wanita Malaysia telah dilarang memperbaharui Visa di London setelah melihat gambar passport yang berbeza. Fatine,36 yang baru berkahwin dengan seorang businessman Ian Young, 30 telah diminta keluar dari Britain kerana di dalam passportnya bernama Mohammed Fazdil. Dia adalah seorang Transvestite. Aku baru habis tengok cerita Transformer. Pasti Transformer ketawa berdekah2. MALAYSIA BOLEH. Jabatan Pendaftaran Negara boleh cuba2 periksa diantara pusat dan lutut si dia ni.

DUBAI Nak Tergolek

Pembayaran bulanan nak ditunda kepada 6 bulan akan datang. Kerajaan Dubai tak mengaku saudara dengan Dubai World. Konglomerat 3 serangkai Dubai World, Dubai Holding
dan Investment Corporation of Dubai tiada kena mengena dengan kerajaan Dubai.
Nak tunda bayaran bukan sedikit USD59 billion. Apa yang akan berlaku seterusnya tempat yang dikenali sebagai 'Regional Financial Hub". Mengikut seorang ekonomist Gulf Research Centre - Dubai akan hilang status hub itu dan kembali berniaga seperti cara tradisional dahulu. Jual unta beli kuda.

Koboi Main tembak Je


Semalam 01/12/2009, TPM mengulas tentang Tuk Guru MB Negeri Kelantan, Dato' Nik Aziz tentang mendoakan kemusnahan orang. Dia mengatakan jika ulama tidak mengutuk atau menentang doa itu, maka bersubahah dan bersubahah itu dosanya sama dengan orang yang melakukannya. Tapi kita lihat TPM sendiri bersama2 dengan perasuah, pembelit, menipu duit rakyat memimpin rakyat boleh tak kita kata dia bersubahah (bersekedudukan) juga.