Yang selalu jengok

Monday, May 2, 2016

Perjumpaan Alumni Guru Sekolah Kebangsaan Subang dan Pelajar Lama

Bersama Ustaz Samian 
Pada 30/4/2016, sebuah pertemuan bekas2 guru Sekolah Kebangsaan Subang (SKS) dan bekas2 pelajar dibuat di perkarangan kantin sekolah.  Aku sudah diberitahu kira2 seminggu sebelum tarikh itu oleh penganjur yang juga adik aku.  Adik aku Zuhijjah adalah bekas pelajar dan bekas guru yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaaan Subang.

Hari Sabtu yang panasnya seperti hari2 yang lain walaupun semalam hujan turun agak lama.  Aku agak menolak untuk pergi ke majlis yang pasti dirasai hangat untuk bekas2 guru berbanding pelajar kerana moto yang dipamerkan adalah 'Guru pemangkin masa hadapan" dan pasti aku bukan guru atau jemputan untuk sekadar membuat lawak atau membantu menghabiskan makanan.  Ya, makanan disediakan tanpa bayaran.

Aku selesaikan kerja2 cuti aku seperti memyelengarakan kereta dan menghantar anak ke sekolah. Hari ini juga salah seorang anak aku, Aqilah membuat lawatan sambil belajar ke Melaka bermula pada pukul 8 pagi tadi.  

Pertemuan alumni guru bermula pada pukul 9 pagi dan bekas2 pelajar akan datang pada pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 1 tengahari.  Aku membuat kerja seperti biasa dan bertanyakan pada adik aku Zuhijjah bagaimana keadaan majlis sehingga pukul 10.30 pagi.  Dia mengajak aku datang kerana beberapa guru sudah bertanyakan perihal aku.

Pukul 11 pagi, selesai penyelenggaraan kereta aku bergegas ke SKSdi Kampung Melayu Subang. Nampak dari jauh suasana meriah dan yang pasti semua adalah guru2 yang pernah mengajar di SKS. Turun sahaja aku dari kereta, aku disambut oleh Ustaz Samian.  Rindu teramat pasti. Dia memeluk seperti seorang kawan. Ini adalah pertemuan setelah 34 tahun.  Aku berakhir di SKS pada tahun 1982. Ustaz Samian rasanya tidak pernah mengajar aku tetapi dia adalah juga guru sukan untuk sepak takraw.  Sepak Takraw pada tahun 1982, pasukan sekolah SKS dapat masuk sehingga separuh akhir peringkat Daerah.  Bermacam soalan yang dihamburkan oleh Ustaz Samian.  Aku menjawab perlahan2 dan bergerak bersama ke kantin sekolah.  

Cikgu Azman dan cikgu Azmi juga berada di sana. Cikgu Dahlia, Cikgu Normah, Cikgu Yusuf tersenyum2 mengenali aku.  Aku membawa lengok yang sama seperti arwah ayah aku berada disekitaran begini. Hanya Cikgu Azman yang pernah mengajar aku ketika aku berada dalam darjah 5 tahun 1981 dahulu.

Kebanyakan guru yang mengenali keluarga aku dan nama2 kami terpancul sekali sekala sebagai rujukan. Arwah ayah dahulu pernah menjadi Pengetua PIBG untuk beberapa lama.  Kami adik beradik berada di SKS dari tahun 1977 sehingga 1990 dan pasti nama kami terkeluar sekali sekala. Semua kami adalah alumni di SKS dan paling istimewa adalah Zuhijjah kerana dia adalah pelajar dan merangkap bekas guru di SKS.  

Semua guru berucap pada hari itu, mengenalkan diri dan berakhir di mana dan kebanyakan mereka akan mengakhiri zaman2 akhir menjadi guru. Di antara itu juga beberapa guru sudah pencen dan menghabiskan masa pencen membuat beberapa perkara.  Semua dilabunkan mereka di hari Sabtu yang panas itu.  Aku bekas pelajar diam mendengar dan sekali sekala mengunjungi makanan yang terhidang untuk makan.

Selesai guru mengenalkan diri maka mereka menjemput pelajar-pelajar lama untuk mengenalkan diri. Dan aku baru tahu, ini juga adalah inisiatif dari bekas pelajar SKS dari tahun 1980 sehingga 1985. Beberapa pelajar dari tahun itu sudah datang meramaikan kantin. Aku masih duduk menikmati makan.  

Aku juga dijemput untuk mengenalkan diri pada hadirin.  Aku berdiri di depan guru2 dan bekas2 pelajar dan berkata 

"Terimakasih menjemput saya pada majlis yang bermakna ini.  Saya rasa kalau dikira paling tua di SKS ini maka saya dikira paling tua kerana saya masuk ke sekolah ini pada tahun 1977 dan guru2 disini paling awal masuk ke SKS adalah pada tahun 1980. Saya teringat pada guru2 yang telah meninggalkan kita di dunia ini seperti Ustaz Harun, Cikgu Harun, dan Cikgu Sharip.  Tugas guru dahulu mungkin tak sama seperti guru2 sekarang.  Komitmen guru sehingga ke rumah saya seperti Cikgu Azman yang bercerita tentang asrama mana perlu dipilih bila saya akan ke Sekolah Menengah menjadi ingatan saya sampai bila2.  Terimakasih guru."

Dan aku terus bercerita tentang setiap guru yang datang membawa perubahan yang besar.  Bila cikgu Azmi datang maka pengakap diperkenalkan.  Bila cikgu Dahlia datang, kelab catur ditubuhkan.  Aku berterimakasih amat sangat untuk majlis ini dan pohon diadakan selalu untuk mengenal guru2 lama. Terimakasih GURU.
Duduk Cikgu Yusuf, (paling kiri), Cikgu Normah (No 4 dari kiri), Cikgu Dahlia (no 3 dari kanan)
Di Tengah Cikgu Zuhijjah, (no 2 dari kiri) Cikgu Azman (paling Kanan)
Barisan belakang : Cikgu Azmi, Cikgu Azman, Cikgu Paridon dan Ustaz Samian