Yang selalu jengok

Sunday, May 14, 2017

Berkongsi Pelamin Hebat


Dalam post aku yang terdahulu, aku pernah bercerita tentang ekonomi yang tertiris dapat dimanafaatkan dengan lebih baik.  Apa ekonomi yang tertiris? Mungkin ada yang tidak melalui zaman belajar ekonomi dimana ekonomi dipelajari hanya bersumberkan TV dan percakapan orang dan bukan dari mulut pensyarah2 ekonomi.

Ekonomi tertiris adalah seperti jalan jam - minyak kering dan masa terbiar di atas jalan raya tanpa buat apa2.  Habis jam minyak perlu diisikan semula dan masa dan minyak semasa jalan sesak itu tidak boleh digantikan dengan wang.  Ini adalah ekonomi tiris dan tidak boleh diganti.  Ada ahli politik yang berbahas bahawa ekonomi tiris adalah rasuah.  Kalau dipandang dari sudut ekonomi tiris maka duit rasuah itu masuk dalam katung seseorang dan digunakan sendiri seperti buat rumah besar, kenderaan mewah tetapi berbeza dengan tiris tadi iaitu duit masih dipakai dan dimasukkan balik dalam pasaran walaupun dikira pembasuhan duit atau 'laundering' dari kotor ke bersih.  Ekonomi masih terima duit itu untuk dipusingkan.  

Aku pergi menyantuni satu perkahwinan di dewan yang gah dengan susunan perkahwinan yang hebat. Diberitahu bahwa bapa pengantin menghabiskan lebih kurang RM40,000 untuk makan dan pelamin di dewan tersebut. Pasti pulangan untuk bapa yang melabur itu bagus sehingga dia sanggup menghabiskan duit sebanyak itu. Disini ekonomi tiris yang berlaku adalah susunan pelamin yang diberitahu sekitar RM15,000 dan hanya digunakan untuk satu persandingan.  

Ekonomi tiris boleh menyelamatkan dengan memastikan pelamin yang mahal itu digunakan untuk sepenuhnya dalam masa 2 hari dengan 4 persandingan. Pihak yang berkahwin pasti menentukan tarikh untuk bersanding dan diberitahu pada satu Apps dan mengajak pasangan yang lain mahu kahwin untuk bersama menggunakan pelamin yang sama. Kos boleh dibahagikan untuk 4 pasangan itu dan mungkin ini  boleh mengurangkan penggunaan duit.

Dalam Apps itu diberikan peluang pada perancang perkahwinin untuk memberikan persandingan yang hebat. Kos yang boleh ditentukan dan pasangan yang mahu berkongsikan pelamin yang sama. Ini adalah cadangan aku untuk pasangan2 yang mahu berkahwin.  Berjanjilah dengan kawan2 dan berkongsilah pelamin untuk mengurangkan kos.