Yang selalu jengok

Thursday, November 5, 2020

Hari Terakhir di Mekah 15/10/2014 dan Tawaf Wida'

Dalam bas untuk ke Madinah

Pagi itu sekitar jam 2 pagi kira2 2 jam sebelum subuh, aku sudah mandi dan bersiap untuk ke Masjidil Haram. Aku menunggu isteri yang berada sebelah bilik untuk bersama ke Masjidil Haram.  Kaki aku terasa sakit seperti berbisa.  Aku sudah bersedia dengan ubat tahan sakit jika berlaku apa2.

Kami berjalan perlahan2 dari Hotel Abraj Janadriyah.  Perasaan dibuai sayu kerana kami sudah berada di sini lebih dari 35 hari. Kami masih berbisa dan aku berjalan amat perlahan.  Aku menyuruh isteri untuk mempercepatkan perjalanan ke Masjidil Haram dan terus membuat tawaf wida'.

Apa itu tawaf wida'?

Nas daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

أُمِرَ النَّاسُ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلَّا أَنَّهُ خُفِّفَ عَنْ الْحَائِضِ

Maksudnya“Orang ramai diperintahkan menjadikan perkara terakhir mereka (ketika melakukan haji dan umrah) adalah dengan tawaf di Kaabah, melainkan diberi keringanan kepada wanita berhaid.”

Riwayat al-Bukhari (1755) dan Muslim (3284)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: Hadis ini mengandungi dalil tentang kewajipan Tawaf Wada’ kerana ada perintah yang dikuatkan dan kerana ungkapan adanya keringanan bagi wanita haid. (Lihat Fath al-Bari, 3/747)

Hadis di atas menunjukkan Tawaf Wada` hukumnya wajib dan ia dikecualikan bagi wanita yang sedang mengalami haid. Perintah wajib ini disebabkan ‘arahan perintah’ (فعل الأمر) dalam hadis ini bersifat ‘mutlak’, tiada qarinah menunjukkkan ia hanya menunjukkan sunat atau harus. Kaedah menjelaskan “الأمر المطلق” menunjukkan wajib (الأمر المطلق يفيد الوجوب). (Lihat Syarh al-Kaukab al-Munir, 3/3 dan Syarh Zad al-Mustaqni’ oleh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqithi, 13/127)

Dalam hadis yang lain, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِى كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

Maksudnya“Dahulunya orang ramai beredar mengikut haluan masing-masing (untuk meninggalkan Mekah). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu meninggalkan Mekah sehinggalah akhir keberadaannya (di Mekah) al-Bait (Tawaf al-Wada`).”

Riwayat Muslim (3283), Ibn Majah (3070)

Imam al-Nawawi berkata, “Hadis ini mengandungi dalil bagi pendapat yang mewajibkan Tawaf Wada’ dan apabila ditinggalkan maka harus membayar Dam. Inilah pendapat yang sahih menurut mazhab kami dan inilah pendapat majoriti Ulama.” (Lihat Syarh Sahih Muslim, 9/79)

Imam al-Nawawi juga berkata: “Ashab kami mengatakan, “Sesiapa yang telah selesai dari manasiknya dan dia ingin bermukim di Mekah, maka tidak ada ke atasnya Tawaf al-Wada’. Perkara ini tidak ada khilaf padanya. Sama ada dia termasuk penduduknya atau bukan. Sekiranya dia ingin keluar dari Mekah menuju ke negaranya atau ke lainnya, maka dia mesti melakukan Tawaf al-Wada’.” (Lihat al-Majmu’, 8/254)

Imam al-Zarkasyi berkata: Larangan ke atas sesuatu perkara menunjukkan perintah melakukan lawannya (ضده). Berdasarkan kaedah ini lawan kepada larangan meninggalkan Mekah sebelum tawaf wada` ialah melakukan tawaf wada` sebelum meninggalkan Makkah. Oleh itu melakukan tawaf wada` sebelum meninggalkan Makkah adalah wajib. (Lihat al-Bahr al-Muhit, 2/421)

Imam al-Syaukani ketika menerangkan maksud hadis di atas berkata: “Perkataan Baginda: “Jangan seseorang daripada kamu terus bergerak pulang..” sehingga ke akhirnya, ia merupakan bukti wajibnya Tawaf al-Wada’. (Lihat Nail al-Autar, 5/106)

 

Berkenaan perkara-perkara yang boleh dilakukan selepas Tawaf Wada', Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-35 Musim Haji 1440H yang bersidang pada 9-11 November 2018 bersamaan 1-3 Rabi’ul Awwal 1440 Hijrah telah memutuskan berkenaan dengan Perkara-perkara Yang Diharuskan Selepas Tawaf Wada’, iaitu:

 

Pertama: Sejurus Selepas Tawaf Wada’

  • Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya di Masjidil Haram.
  • Berdoa di Multazam.
  • Mengucup Al-Hajar al-Aswad.
  • Menunaikan solat sunat safar.
  • Menunaikan solat fardhu sekiranya bilal telah melaungkan azan atau bilal sedang melaungkan azan.
  • Begitu juga apabila sudah sampai di hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram untuk beliau solat fardhu bersama imam di Masjidil Haram.
  • Bergambar atau mengambil gambar dalam kadar yang cepat. Walaupun begitu, tidak digalakkan.

 

 Kedua: Selepas Tawaf (di Penginapan atau Hotel)

  • Makan dan minum di hotel.
  • Qadha hajat.
  • Menyalin dan menukar pakaian.
  • Zikir dan membaca al-Quran sementara menunggu.
  • Mengambil beg atau barang yang diletakkan / ditinggalkan di bilik penginapan.
  • Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang.
  • Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
  • Tidur dalam bilik hotel sementara menunggu bas atau kenderaan datang.
  • Melawat isteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik (bagi kes kecemasan dan hajat).
  • Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan sama ada ke Jeddah atau Madinah seperti membeli makanan dan minuman untuk kegunaan dalam perjalanan dan sebagainya.
  • Menunggu kenderaan (lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya).
  • Bersedekah ketika menunggu kedatangan kenderaan di penginapan.
  • Membayar dam. Walaupun begitu, digalakkan untuk membayar sebelum Tawaf Wada’.
Ketika melintas jalan, di depan aku ada sepasang pasangan sedang berjalan perlahan seperti aku. TIba2 si lelaki jatuh ke hadapan seperti tertidur. Aku yang betul2 berada di belakang pasangan itu terkejut dan terus menerpa.  Si perempuan dalam keadaan kelam kabut dan menangis seperti tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Aku pegang belakang lelaki dan memanggil bantuan dari sekeliling.  Seorang lelaki Arab yang berumur menghampiri dan memberi kerusi untuk si lelaki yang pengsan itu.  Aku dudukan si lelaki dan membuka air zam2 yang aku bawa dan menyapu muka si lelaki.  Pasangan terus menerangkan penyakit2 yang ada pada si lelaki (suaminya).  

Aku melihat mata lelaki itu tertutup tetapi bernafas tinggi dan galak. Bahagian pipinya lebam kerana tertumus mungkin pada batu2 sekitar itu.  Lelaki itu sudah membuka mata tetapi masih terkial2 tidak tahu apa yang terjadi.

Isteri aku sudah jauh meninggalkan aku dan aku perlu ke masjid untuk menunaikan tawaf wida' sebelum Subuh nanti. Melihat lelaki itu sudah sedar, aku memberitahu pasangan itu untuk menunggu sehingga lebih sedar sebelum bergerak ke mana2. Aku perlu segera ke masjid untuk kerana jadual yang amat padat hari itu.  Bas akan bergerak dari Mekah pada pukul 8 pagi nanti.

Aku berjumpa lelaki yang pengsan itu di Madinah selepas berada di Madinah selama 2 hari.  Dia sudah tidak ingat apa yang berlaku pada satu Subuh di Mekah 2 hari sebelum itu.  Lebam di pipi masih hitam dan aku menegur sambil tersenyum.






Tuesday, March 17, 2020

Pembedahan Slip Disc 12/3/2020

Ini bukan cerita tentang perubatan tetapi cerita aku masuk 'operation theater' buat pertama kali.

Penbedahan berlaku pada 12/3/2020 di KPJ Klang. Aku mengalami sakit belakang yang sudah makan tahun, Setiap kali aku sakit belakang aku akan berehat dengan pergi kilinik dan doktor pegang punggung aku dan memegang bahagian bawah pinggang belakang dan memberitahu ini sakit 'lower back' tak ada masalah.

Pada 7/3 dan 8/3/2020, aku mendapat sakit belakang yang amat sakit sehingga aku menyuruh isteri aku untuk tolong menalifon abang aku. Entah mengapa tiada yang aku ingat pernah sakit belakang hanya abang aku di Baling Kedah. Sakit seperti pinggang aku longlai ke kiri dan kanan tanpa berpaut tetapi setiap pergerakkan walaupun urat perut nak ketawa aku meraung sakit teramat.

Dan tahulah selepas telefon, bukan jawapan sebenar kerana aku hanya membezakan sakit bukan pendapat professional. Abang aku menyuruh aku menalifon emak aku.  Emak aku bukan seorang doktor atau pawang untuk membetulkan keadaan tetapi lebih dari itu. Penawar waktu duka lara, sakit akan hilang dan waktu ekonomi tak berapa ditempatnya. Emak adalah jawapan kepada aku.

Emak datang bersama adik aku dan ipar. Semua bertukar2 urut aku dan bersembang di bilik.  Ada yang mencadangkan terus ke hosiptal. Sakit rasa agak kurang selepas mereka datang. Mungkin ubat tahan sakit yang dibelikan oleh adik ipar aku sudah menampakkan hasilnya. Beberapa doktor dipanggil oleh ipar aku untuk datang secara personal ke rumah terpaksa di tolakkan kerana hari itu hari Ahad dan waktu sudah malam.

Esoknya dengan keadaan yang masih sakit belakang, aku dan isteri pergi ke KPJ Klang setelah mendapat nasihat kawan2 tentang hospital yang satu ini agak sunyi sikit dari orang.  Perjalanan mengikut Grab hanya 27 minit dari rumah.

Kami sampai dan terus mendapat nasihat dari Doktor Syed Ahmad Faisal sebagai 'Attending Doctor'.Aku terus mendapat Xray dan MRI untuk memastikan masalah belakang aku ini. Menunggu sehingga pukul 2 pm kami mendapat bilik dan terus di Xray dan MRI. Mendapatkan Xray yang bagus dan MRI yang statik memerlukan orang yang sihat.  Keadaan aku sakit ini, procedure Xray dan MRI menyakitkan hati dan badan. Dr Syed Ahmad Faisal datang berjumpa dan memberitahu bahawa Doktor Sim Chaw Shian akan menjadi consultant dan procedure pembedahan saya nanti.

Dr Sim Chaw Shian berjumpa pada petang itu dan memberitahu dia mempunyai rate 1% kegagalan sahaja untuk prodecure pembedahan dan pohon aku tenang. Dia memberitahu lebih kurang kos dan memberitahu bahawa hari Khamis 12/3/2020 adalah hari pembedahan. Aku diberikan 2 hari berehat sebelum hari pembedahan.

Pada hari Rabu 11/3/2020, Dr Sim Chaw Shian memberitahu bahawa pembedahan aku adalah pertama pada hari itu dan bermula pukul 8 pagi. Seorang doktor bernama Doktor Nik Marzuki Mohammad - pakar buis juga sudah menerangkan procedure yang akan berlaku. Dr Nik Marzuki memberitahu bahawa pembedahan ini berlaku agak biasa tetapi bahawa masih ada. Kawasan muka akan dibubuh krim dan disalut dengan tisu bersama dengan tiub untuk oksigen.  Dan disebabkan saliva (air liur) manusia tidak berhenti walaupun tidak sedar maka ketakutan hanya jika air liur terlalu banyak dan menolak tiub keluar dari mulut. Tugas doktor hanya menerangkan procedure sahaja.  Aku terdengar dan beristigfar panjang.

Pagi2 esok aku sudah bersiap. Mandi dan menukar baju. Pagi itu aku memghabiskan hanya satu surah iaitu Al Mulk selepas Suboh. Pukul 8, Jururawat sudah menolak aku kedalam bilik pembedahan dan Doktor Rosliza Shamsudin memberitahu bahawa dia adalah pakar buis yang membantu untuk procedure hari itu. 

Dr Rosliza bercakap dengan aku lebih kurang 2 perkataan dan minta aku sedut perlahan, ada bau gas dan jangan takut, terus hidu dan aku mengucap tak sempat habis aku sudah melayang ke satu tempat lain.  Hajat hati ini bermimpi indah tetapi tidak mimpi yang singgah. Hanya masa berlalu dengan pantas, Aku dikejutkan pada pukul 3 petang dan diminta baring terus. 

Terimakasih doktor2 yang terlibat dalam pembedahan saya pada 12/3/2020. Juga kepada doktor Hamidun Ahmad - pakar rodiologist yang memberi report sehingga saya dibedah. Semoga semua diberkati Allah dan diberikan kesihatan yang lebih baik InshaAllah.

Selepas dibenarkan berjalan 





Tuesday, December 3, 2019

Cuti untuk anak2

Akhir tahun menjadi satu masa wajib untuk merancang percutian paling istemewa untuk anak2.  Yang berduit boleh membawa anak2 hampir ke seluruh dunia. Pergi Paris, Korea, Jepun atau paling murah sekitar Asia seperti Indonesia atau Malaysia sendiri.

Aku sendiri menjadi perancang utama dalam keluarga untuk percutian sebab seluruh kewangan terpikul pada bahu aku seorang. Pendesak paling kuat adalah isteri.  Tahun 2019 ini istemewa kerana desakan yang paling kuat untuk ke tempat bersalji dan dari awal tahun, perancangan sudah terbuat.  Pergi ke Turkey pada hujung tahun adalah seperti menyerah badan ke dalam peti ais selama 10 hari.

Aku tidak termakan desakan kali ini kerana aku masih berjaga2 dengan perjalanan yang jauh dan menggunakan kederat lebih akan menyebabkan aku takut semacam.  Aku mahu percutian yang lebih merehatkan dari meredah masuk dalam peti sejuk.

Aku menempah tiket ETS (Electronic Train) dari KL ke Arau. Aku mahu pergi ke Langkawi.  Aku membuat cadangan supaya isteri membawa anak2 perempuan ke Turkey dan aku membawa anak2 lelaki ke Langkawi dengan menggunakan ETS, Feri dan kenderaan umum lainnya.

Tiket untuk ke Arau menggunakan ETS GOLD adalah RM73 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak2. Ada dua ETS untuk ke Utara iaitu ETS GOLD dan ETS Platinum. Beza adalah tempat persinggahan dan kelajuan diantara keduanya.  ETS GOLD lebih murah dan berhenti lebih banyak perhentian untuk mengambil orang.  

Tiket untuk Feri juga boleh diambil secara online melalui Langkawi Ferry Line Venture Sdn Bhd.  Untuk dewasa RM18 dan untuk kanak2 sebanyak RM13 sahaja.

ETS Gold dari KL Sentral akan bergerak pukul 10.50 pm dan sampai pada pukul 4.15 pagi di Arau. Kami akan mengambil teksi untuk ke Kuala Perlis sebelum ke Langkawi.

Aku mahu beri tahun anak2 untuk bercuti kadang2 kita perlu menggunakan kenderaan awam untuk tahu tentang perjalanan kerana meraikan perjalanan lebih baik dari hanya sampai ke satu tempat.  Kami akan bergerak pada 4/12/2019 iaitu pada malam ini untuk ke Arau dan seterusnya ke Langkawi.

Wednesday, October 16, 2019

Menjadi Tua



Ada Tok Guru berkata :

"SAAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu,  di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu... 

SAAT USIA 60-an...  "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)

SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami..  ).

SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup ) "PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.." .(saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa, 
dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu). 

SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan ) 

SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN,  SAMA SAJA".  Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing2..

Oleh kerana itu,  semasa hidup, jangan terlalu tinggi hati atas apa yang kita MILIKI, kerana kita akan berakhir SAMA..   JANGAN Terlalu Keras mencari duit sampai lupa amal ibadah bekal akhirat nanti, kerana PADA AKHIRNYA  kamu tak memiliki APA2...

" ...kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah. Yang akan di bawa Di Akhir Cerita... "


Kita selalu dengar versi mcm ni.... Cuba kita tengok versi lain pulak..... 

Saat usia 55 tahun, Rasullullah SAW berperang kali pertama. 

Saat umur 61, Rasulullah sudah terlibat lebih dari 80 peperangan atau 7 pertempuran setahun. 

Saat usia 61, Rasulullah SAW menawan Mekah.

Umur 55, Warren Buffet mendapat sejuta dollar yang pertama. 

Umur 77, Kolonel Sanders buka restaurant KFC yg pertama. 

Umur 93, Mahathir jadi PM kembali.   

Menjadi tua pasti, mati pasti, tetapi jangan terlalu takut kehadiran tua, Kerana tua bermaksud makin menjadi bijak, pengalaman yang banyak, melalui ranjau dan noda, dan akhirnya menjadi manafaat kepada dunia. InshaAllah


Sunday, September 29, 2019

Jaga Adat - Hormati orang lebih Tua

Pagi 29/9/2019 aku ke perkahwinan seorang senior aku semasa aku di Asrama Tun Dr Ismail (ATDI), Kg Pandan.  Majlis perkahwinan diadakan di Dewan Royale , Jalan TUDM, Kg Melayu Subang.  Perjalanan ke dewan itu hanya mengambil masa 15 minit dari rumah aku. Kami sekeluarga bergerak awal kerana perlu membuat beberapa perkara pada petang itu. 

Majlis perkahwinan itu kepunyaan Mohd Ashari bin Mustanuddin dan Isteri Masni binti Pengol. Aku kenal kedua2 empunya majlis. Ashari adalah senior aku di ATDI dan Masni adalah rakan sedarjah aku ketika di sekolah rendah Kg Melayu Subang. Majlis sangat meriah dan diadakan ditempat yang sangat ekslusif. Aku diberitahu juga Dato' Seri Anwar Ibrahim juga hadir ke majlis yang sama pada petang itu. Hebat.

Berada dalam majlis perkahwinan semalam, aku terjumpa dengan seorang senior yang bagi aku paling sado ketika di asrama dulu iaitu Azamin Itam. Semua budak junior hormat pada beliau dan mungkin salah satu sebab kesadoan badan Azamin ini. Aku bersalam dan bertanya khabar. Ikut sunnah Nabi Muhammad SAW - sebarkan salam. Dan aku mulakan salam dahulu. Yang berdiri bagi salam pada yang dulu.  Yang sedikit bagi salam pada yang banyak. (Ini yang perlu dibetulkan pada sekolah sekarang - Guru bagi salam pada murid2 bukan murid2 bagi salam pada guru kerana guru seorang perlu bagi salam pada yang banyak).

Aku bertanya khabar dan memberitahu keadaan diri sekarang. Soalan ketika umur mencecah 45 keatas - anak berapa orang, dah bermenantu dan tinggal dimana? Tidak lagi soalan - pakai kereta apa, atau kerja apa? Dan sembang terputus disitu sahaja kerana isteri dan anak2 sudah bergerak ke meja lain yang kosong.

Kami menikmati suasana majlis yang meriah dan aku mencari2 orang yang aku kenal. Mungkin terlalu awal hadir sekitar 11.30 pagi membuatkan aku boleh melihat hampir semua yang datang. Aku sudah menghabiskan makanan utama pada pagi itu. Nasi Bairani dengan ayam masak merah dan daging hitam. Makanan seterusnya adalah sampingan seperti kuih dan pisang goreng.  

Aku lalu dimeja senior aku Azamin dan ditegur. "Nak kemana tu?" Mungkin pergerakan itu seperti menuju ke arah pintu keluar. "Nak ambik pisang goreng? Aku menjawab. Dia mengangguk dan senyum. Aku terus ke meja pisang goreng dan mengambil 2 pinggan - satu untuk aku dan satu untuk senior aku Azamin Itam. Hormat aku pada yang tua masih bagus.

Aku terus menghantar pinggan yang penuh dengan pisang goreng ke meja Azamin. Meja beliau penuh dengan isteri dan anak2 beliau dan beberapa orang kawan beliau. Aku menghulur pinggan dan berkata "Teringat masa kena raging dulu" sambil ketawa. Azamin terkedu dan ketawa bersama.  Aku terus terbuai ingat waktu budak2 dulu ketika masuk ke asrama. Senior akan tahan yang junior sebelum ke dewan makan dan menyuruh mereka mengambilkan makanan. Kami akan beratur dan menghantar makanan kepada mereka.  Selepas itu kami akan beratur untuk diri sendiri. 

Selesai makan pisang goreng, isteri dan anak2 sudah mula gelisah untuk balik. Aku bersiap2 dan akan melalui meja Azamin sekali lagi untuk mengucapkan selamat tinggal dan akan berjumpa lagi. Hormat aku masih utuh pada yang lebih tua. Aku bersalam dan mengucap salam. Azamin mencelah dan berkata "Sedap, pisang goreng yang kau ambik ni....Ambik lagi 2 pinggan" Berderai2 ketawa dari meja itu, semua tersenyum mengingat masa lalu dan perubahan masa mendewasakan kami semua. Aku terus hormat mereka.  Aku terus membalas kata2 Azamin "Kalau yang ini memang betul2 raging". 

Hormatlah orang yang lebih tua dan carilah pelajaran dari itu semua.










Sunday, July 21, 2019

Bagaimana mahu membuat masa bergerak Perlahan


Aku seperti sudah mendapat jawapan tentang masa bergerak pantas ini. Betul masa bergerak pantas sekarang. Baru mula berpuasa, kita sudah sampai separuh bulan Ramadhan. Baru sampai separuh Ramadhan, malam itu adalah malam terakhir  Ramadhan dan takbir sudah bermula. Baru pergi ke rumah kawan berhari raya, esok sudah ramai yang pergi Haji. Baru kira2 orang yang pertama masuh Madinah, sekarang sudah separuh yang masuk terus ke Mekah.

Betul masa bergerak pantas. Kalau Ustaz berceramah maka diberitahu bahawa keberkatan masa diambil oleh Allah. Umur meningkat tetapi orang tidak nampak tua. Aku teringat waktu dahulu dan tidak lama sangat iaitu ketika tahun 1984, ayah aku sudah pencen tentera dan baru berumur 44 tahun. Aku sudah 49 tahun dan masih bekerja kuat untuk mencari rezeki buat keluarga. Umur meningkat dan masa yang cepat tidak menekan kita untuk nampak tua. 

Betul masa bergerak cepat. Tapi aku cuba mengingat kembali ada satu ketika masa bergerak terlalu perlahan.  Seminggu terasa seperti sebulan, 2 minggu seperti 2 bulan dan seterusnya. Ada satu ketika dalam hidup aku, masa bergerak terlalu perlahan, ketika siang seperti 2 hari dan malam berlanjutan seperti 3 hari untuk habis waktu malam. Bila semua ini berlaku? Ketika aku diberi tugas khas waktu berumur 15 tahun di Ulu Dong, Raub, Pahang.

Apa tugas khas aku waktu itu? Ketika itu aku menunggu keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bersama dengan abang aku yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1985. Kami diberikan tugas oleh Pak Jang kami untuk mengutip buah durian di satu tempat yang agak hulu dari semua kemodenan. Kami duduk di rumah seorang nenek yang kuat melatah. Jika dia melatah, habis benda yang dipegangnya akan dilontar. Hatta pada satu ketika hampir kami berlari keluar rumah kerana dia melatah bersama parang ada di tangan.

Tugas khas kami adalah mengutip durian dari 4 batang pokok yang agak tua dan membuahkan ratusan buah durian setiap musim durian.  Pokok ini berada kira2 2 km dari rumah yang kami tinggal. Kami akan membawa kereta sorong dari rumah untuk membawa durian balik ke rumah. Kami tidur dirumah yang lansung tidak ada elektrik dan air yang perlu cedok dari telaga. Kami akan keluar dari rumah waktu pagi sekitar 8 dan balik kerumah sekitar 11 pagi. Dan apa yang kami buat selepas itu adalah duduk bersembang sambil membaca helaian2 suratkhabar yang dijadikan dinding rumah. Aku setiap hari akan berdiri dan membaca pada dinding rumah dan kadang2 membaca benda yang sama setiap hari.

Petang pukul 4 kami sudah mandi untuk bersiap tidur.  Malam yang panjang diharung sebelum gelap menjelma. Pukul 6 kami semua sudah makan. Yang aku ingat, ada seorang ibu akan menghantar makanan pada kami untuk makan. Kami makan seadanya dan duduk menghadap lampu ayam sambil bersembang. Dan ini bermula sekitar 7 malam. Pukul 9 kami sudah ngantuk dan tidur. Aku akan baring menghadap muka ke bumbung rumah. Memikir dan berfikir apa yang perlu kami buat esok hari.

Setiap kali aku cuba mengingat cerita dari Ulu Dong itu, perasaan mengatakan aku berada sebulan di sana terlalu tepat. Dan aku akan disanggah oleh emak aku, aku hanya berada di sana selama seminggu sahaja.  Banyak yang aku buat ketika di sana. Pergi kenduri beberapa rumah dan dapat berkenalan dengan seorang gadis yang duduk di asrama seperti aku. Seminggu di sana seperti sebulan. Kalau petang di sana waktu itu seperti lansung tidak bergerak. Pukul 2 pm selepas beberapa ketika aku masih rasa berada pada waktu yang sama.

Rumusan dari itu, masa yang bergerak pantas setiap hari boleh diperlahankan. Dan ini betul2 terjadi pada aku pada satu waktu dahulu. Jangan membuat banyak perkara setiap hari. Duduk diam dan jangan menonton TV dan tiada telefon yang menganggu.  Masa akan bergerak perlahan kalau itu yang kita mahukan.




Wednesday, June 26, 2019

Generasi Z (anak2 aku)

Budak2 generasi Z adalah yang lahir selepas tahun 2000 akan menguasai dunia pada tahun 2020 nanti.  Pada tahun 2000 dahulu, ketika aku masih bekerja dengan bank, ketakutan tentang virus computer 2000 akan menyebabkan computer akan undur ke belakang dimana computer tidak boleh membaca nombor selepas 1999 dan ini adalah mitos pada masa itu seperti nak jadi kuat kena makan muntah hantu.

Budak2 generasi Z ini akan menjadi satu generasi yang macam tahu semua perkara. Ketahuan mereka sebenarnya hanya berkisar tentang benda2 disekitar mereka sahaja. Mereka tahu tentang youtube, instagram, WhatsApp, facebook dan application yang membantu mereka. Mereka sebenarnya tidak tahu tentang surat, anakanda dan ayahanda, mesyuarat, tolong menolong, gotong royong dan hidup bermasyarakat. Hatta sebenarnya guru2 terpaksa menerangkan apa itu mesyuarat kepada budak2 yang berada pada tingkatan 1 - 3.  Jika mesyuarat tidak pernah dibuat maka bagaimana mereka berkomunikasi.  Mereka akan menjawab mereka menggunakan chat room seperti Instagram group atau WhatsApp group. 

Anak2 aku semua berada dalam generasi Z yang terkejut bila aku cerita tentang menggunakan Pos Malaysia untuk menghantar maklumat kepada ibubapa ketika aku berada di asrama dahulu. Jika aku mahu memberitahu ibuayah bila hendak balik ke rumah, maka surat akan medium perantaraan dan perlu dibuat sebulan sebelum hari untuk balik. Surat perlu formal, Bahasa persuratan anakanda dan ayahanda perlu kuat dalam ingatan. Anak2 aku hanya dengar seperti tidak percaya dan buat2 tidak dengar. Cerita itu bagi mereka seperti cerita zaman dinasour.

Anak2 aku bermula dari 2005 sehingga 2013 lahir dalam keadaan telefon pintar ditangan, maklumat boleh dicari dari  Google dan permainan yang diminta dari Darjah 1 lagi adalah PS 4 (playstation). Reaksi mereka terhadap sejarah amat memilukan. Semua cerita sukar mereka percaya dan perlukan aku untuk marah sebagai satu tanda cerita itu benar2 terjadi. Mungkin cerita tanpa video seperti YouTube membataskan kepercayaan mereka terhadap cerita2 sejarah.

Anak2 aku yang membesar Bersama Instagram mahu terus popular. Mencari follower yang terbanyak menjadi agenda paling penting. Mencari maklumat menjadi mudah pada mereka. Pendapat ayahibu boleh disangkal jika mereka lebih tahu. Aku bercerita tentang anak aku yang berumur 6 tahun dan bercerita tentang video streaming perihal hamster yang dia jaga. 

Aku tidak mahu ketinggalan dalam mendidik mereka. Sesekali aku ke bilik mereka cerita tentang keadaan aku sekitar tahun 1970 an, masa aku kanak2 dahulu. Bagaimana permainan2 aku main dahulu dan bila semua radio dan TV perlu ada lesen. Dan TV hanya hitam putih. Dan mereka mendengar dan tercengang seperti biasa. Aku terus bercerita sehingga hari ini.





Wednesday, April 24, 2019

Berhenti merokok di Tanah Suci

Merokok adalah salah satu tabiat buruk buat  aku.  Aku sudah mengerjakan umrah sebanyak 2 kali dan pernah merasa merokok di dua tempat paling suci bagi orang Islam iaitu di Madinah dan Mekah. Aku selalu bersorok untuk menghisap rokok supaya tidak di ketahui orang. Menyorok dan menghisap rokok mempunyai nikmat yang berbeza bagi aku. 

Aku merokok ketika isteri sudah tidur. Aku merokok hanya di tandas. Anak2 tidak ketahuan tentang perangai rokok aku ini. Aku merokok kuat hanya di pejabat. Tidak di rumah.

Telah beberapa kali percubaan untuk berhenti merokok selama lebih kurang 20 tahun merokok secara tegar.  Kegagalan untuk berhenti merokok adalah disebabkan persekitaran yang lunak mengajak kembali untuk merokok. Aku berhenti disebabkan batuk yang teruk tetapi hanya menukar jenis kepada yang lebih lembut. Mungkin niat untuk berhenti sebenarnya tidak ada di hati aku ketika itu. 

Bila diberi peluang untuk mengerjakan haji, aku melihat ini adalah masa untuk berhenti merokok. Persiapan berbeza dari pergi umrah sebelum ini.  Aku membeli 4 kotak rokok dan berniat hanya untuk merokok sebanyak 2 batang rokok sehari dan kemungkinan 4 x 20 = 80 batang rokok boleh bertahan selama aku ada di sana.

Perjalanan Haji selama 45 hari bagi aku adalah satu perjalanan rohani dan maksimum impaknya. Aku menyusun baju dan peralatan untuk kembara rohani ini supaya tidak terganggu bila hari mahu sampai nanti Bersama 4 kotak rokok tersorok di dalam beg jauh dari pengetahuan isteri.

Sesampai di Mekah (perjalanan Haji aku adalah secara Tamattuk melalui miqat di dalam Kapal terbang) bermulalah perjalanan untuk menunggu hari wukuf dimana satu maksud Hadis memberitahu ' Tiada wukuf tiadalah haji'.

Apabila malam menjelang, ketika kawan2 sebilik sudah tidur, aku akan keluar pergi ke kawasan tangga dan duduk sambil merokok di situ. Tangga itu ada sebuah tingkap melihat ke arah Jam Besar di kawasan Masjidil Haram. Aku akan merenung ke arah jam yang ada lambang bulan dan bintang.  Aku menghisap rokok di situ dan menghisap rokok sehingga aku rasa mahu tidur.  Dan ini berulang sehingga beberapa hari.  Tiada kawan2 bilik yang tahu tentang aktiviti aku itu.

Peristiwa ajaib berlaku adalah 4 kotak yang aku jangkakan habis dalam masa 45 hari terus habis dalam hanya 5 hari. Dan aku tiba-tiba keputusan rokok. Niat untuk berhenti masih tiada dalam hati aku. Aku mula mencari2 sesiapa yang boleh memberikan aku rokok. Mencari benda2 begini selalu senang bila berjumpa dengan perokok tegar yang lain.

Percubaan untuk berhenti masih tidak singgah dalam hati aku. Rokok pertama yang dibeli dari pekerja hotel tidak mencapai standard yang aku mahu.  Aku mula menukar jenis rokok untuk mencari nikmat menghisap. Tetapi rasa pelik menghisap rokok di sana membuatkan aku mengurangkan merokok di Mekah.  Perjalanan hari ke waktu wukuf terus berjalan dan rasa nikmat merokok makin berkurangan. Dan sampailah ke hari untuk berwukuf. Dan entah mengapa selama aku berwukuf dan berada di Mina untuk melontar, perasaan untuk merokok terus hilang dan benci pula timbul.

Dan Alhamdulillah sehingga aku menulis ini dari kerja haji 2014, aku masih kekal tidak merokok.

Tuesday, April 16, 2019

Orang biasa dan Pemimpin berbeza berhukum dalam Islam

Kadang2 kita berfikir beragama mesti sama untuk berhukum secara keseluruhannya. Orang biasa dan pemimpin di Malaysia perlu berbeza di dalam berfikir tentang Islam.  Islam merahmat seluruh alam. Baik Muslim ataupun yang bukan muslim/yang belum muslim.

Berbeza membuat hukuman atau meletakkan hukum fiqh pada sesuatu memberikan perbezaan besar pada manusia. Contoh:- Seorang sami Buddha datang ke stesyen minyak dan meminta kita derma untuk membesarkan kuil Buddha mereka. Kita diharuskan memberi derma atau mengikut pandangan yang ekstrem dikatakan haram memberikan sebarang derma. Bagaimana pula dengan pemimpin masyarakat yang didatangi oleh orang yang sama? Sebagai pemimpin dia wajib pula memberikan bantuan di dalam kaedah izin tapi tidak redho. Izin dan redho berbeza. 

Contoh untuk Izin dan Redho seperti memberikan keizinan untuk membuka kedai arak. Sebagai pemimpin terpaksa memberikan keizinan untuk itu tetapi tidak boleh redho didalam hati. Ini hokum fiqh yang perlu kita faham.   

Didalam suasana beragama di dalam negara yang berbilang kaum, berhukum berbeza adalah merahmati kehidupan seluruh alam.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Tuesday, April 2, 2019

Pencen Awal


Pencen atau tidak lagi bekerja melibatkan beberapa dilemma kepada seseorang. Tidak lagi menerima duit gaji dan masih menanggung hutang yang banyak antara dilemma paling berat. Tetapi banyak orang yang memikirkan tentang bagaimana mahu pencen awal atau berhenti kerja awal. Hutang sudah tiada dan duit sudah banyak dalam simpanan adalah salah satu kemestian untuk pencen awal.

Kajian dibuat pada orang2 yang pencen sudah muak diketahui. Orang pencen tidak tahu menjaga duit simpanan kerana masih berhutang, orng pencen terus bekerja kerana masih menanggung hutang dan duit pencen yang mereka dapat tidak cukup. Cerita itu habis begitu dan pendakwah kita mengharapkan mereka selalu ke masjid apabila pencen. Banyak orang faham cerita yang begini dan walaupun sudah dicanai semahunya masalah orang pencen masih terus terjadi.

Kajian tentang pencen awal pula dan tidak perlu kerja juga pernah dibuat pada beberapa orang. Ada yang pencen seawal 30 an lagi.  Dan kajian ini mengambil kira orang yang pencen awal di bawah 45 tahun. Jangan terkejut kerana mereka ini adalah jutawan ciptaan teknologi yang tiba2 kaya. Mereka mencipta applikasi dan menjual pada Google dengan harga yang tidak masuk akal. Tiba2 dalam akaun mereka ada berjuta duit.  Beberapa orang ini tiba2 merasakan ini masa untuk pencen awal. Maka kajian ini memberitahu beberapa cerita tentang pencen awal. 

Orang yang pencen awal akan mengalami beberapa revolusi dalam kehidupan mereka, Peringkat satu - 6 bulan pertama mereka akan kehilangan rakan2 perniagaan mereka. Mereka tidak pandai bersosial dan hanya menggunakan applikasi di tangan untuk bercakap. Peringkat ke 2 selepas itu diantara 6 - setahun setengah, mereka sudah tidak pandai bersosial dan tidak boleh bercakap di khalayak ramai. Peringkat ini menyebabkan mereka terasa terlalu jauh dari orang dan mula mendekati orang2 dengan cuba kembali bekerja. Dan kerja yang mampu mereka pilih adalah kedai 24 jam atau restaurant makanan segera. Mereka bekerja bukan mahu mendapat duit kerana mereka masih banyak duit tetapi mereka cuma mahu bersosial. - ini tidak berlaku di Malaysia





Sunday, March 31, 2019

Kapal rosak

Ada sebuah cerita tentang kapal laut yang tidak dapat bergerak walaupun setelah diperbaiki oleh engineer2 yang bertauliah didalam kapal. Captain Kapal naik marah.  Habis semua orang disemburnya. Lalu dia membuat satu keputusan untuk membuka tender kepada siapa yang dapat membetulkan kapal yang tidak boleh bergerak itu. 

Habis satu negara technician dan engineer datang cuba membetulkan kala tersebut tapi gagal. Captain Kapal sudah marah tahap tinggi.  Dia membuka satu tawaran lagi iaitu kepada siapa sahaja yang dapat membetulkan kapal sehingga ia bergerak akan dibayar keseluruhanya.

Bila tawaran telah keluar dalam surat khabar, maka berduyun2 orang biasa datang. Peluang diberikan dan mereka hanya ada satu peluang dan diberikan hanya 15 minit masa untuk menyelesaikan masalah tersebut.  Pada hari-hari selepas itu, datang seorang pemuda yang bertugas sebagai pembaiki kereta yang juga ingin mencuba nasib.  Dia naik ke kapal dan berjalan ke arah tengah kapal dan terus ke enjin tengah.  Dia minta penukul dan mengetuk beberapa tempat dan minta enjin dimulakan.

Enjin berbunyi dan kapal seperti sudah elok seperti sedia kala. Captain kapal berjumpa dengan pemuda dan meminta invoice dibuat supaya pemuda dapat dibayar.  Pemuda mengeluarkan invoice dan menulis RM100,000 untuk kerja yang berjaya dilakukan. Captain Kapal terkejut dan minta pemuda memberitahu secara terperinci. Pemuda itu memberitahu bahawa - Kos untuk penukul adalah RM20 dan kos untuk ketuk dimana adalah RM99,980-00.

Apa moral cerita di atas?

Gaji Pertama

Terkejut hari ini kerana dapat surat dari Google AdSense. Aku mungkin dapat gaji pertama dari Google AdSense sebab blog ini. Menulis sebenarnya memerlukan ketekunan yang luar biasa.  Aku ada berkawan dengan seorang penulis sepenuh masa yang membaca dan menulis adalah kerjaya tetap dia. Aku menulis sekadar hiburan dan memenuhi masa terluang.  

Bila aku baca beberapa post terdahulu.  Nilai sejarah yang tertulis menjadi sangat mahal pada aku.  Aku dikira sebagai seorang yang kuat ingat dan masih mampu berfikir dengan aktif. Cerita tahun 1980an masih kekal segar dalam ingatan aku kerana aku kerap menulis tentang masa itu.

Cerita tentang asrama Tun Dr Ismail di Kampung Pandan tahun 1980an menjadi cerita aku tentang Kuala Lumpur.  Cerita tentang bas mini, cerita tentang Benteng, cerita tentang pawagam dan lain2. Aku senyum seorang hari ini dengan surat dari Google AdSense.  Gaji pertama aku dalam Dollar USD9.82  

Tuesday, January 15, 2019

Cuti ke Surabaya 2 - 7 Disember 2018


Cerita bercuti ke Surabaya adalah ulangan percutian pada tahun 2016.  Kali ini aku sekeluarga bersama 3 keluarga lain sebelah isteri aku akan bercuti pula.  Kami menempah kapal terbang AirAsia untuk ke Surabaya dan menempah 6 Malam di hotel yang sama iaitu Hotel Elmi yang berada dalam kawasan bandar.

Perjalanan bermula pada siang hari dan kapal terbang kami akan bergerak pada 2.10 pm dari KLIA2. Satu keluarga lagi terpaksa mengambil kapal terbang yang kemudian kerana lambat menempah kapal terbang kami. Kami tiba di Surabaya Airport Juanda sekitar 4.45 pm waktu Indonesia.  Perjalanan 2 jam 45 minit tidak terasa kerana mungkin keseronokan. Kami menunggu di Airport hampir 3 jam kerana kapal terbang yang selepas itu tertunda lebih dari 2 jam.

Rombongan kali ini sebanyak 7 Dewasa dan 9 kanak2. Aku macam seorang yang pemandu pelancong kerana kalau dikira ini sudah sebanyak 3 kali rombongan besar aku bawa. .

Elmi Hotel


Tiba di Elmi Hotel, hari sudah jauh malam.  Kami semua tidur dan aku berpesan semua tentang sarapan esok sekitar 6 pagi dan perjalanan ke Batu Malang akan bermula pada pukul 7 pagi.

Hari Ke 2

Perjalanan ke Batu Malang bermula dengan mengharung kesesakan jalan yang teruk kerana orang sudah mula hendak bekerja. Kesesakan ini bagi aku lebih teruk dari tahun 2016 dan pemandu kami pada hari itu mengiakan kerana disebabkan Surabaya dikira bandar terbesar selepas Jakarta maka penghijrahan orang terlalu ramai ke Surabaya. Perjalanan ke Batu Malang lebih dari 3 jam walaupun mengikut peta hanya 140 km.


Kami sampai ke Batu Malang tempat pertama adalah tempat memetik buah epal.  Sebenarnya program memetik epal tidak termasuk dalam program aku kerana aktiviti ini akan melambatkan perjalanan harian aku tetapi permintaan ahli rombongan perlu diambil kira.  Dengan membayar sebanyak Rp35,000 atau RM10, kami diberi kebebasan untuk makan sepuasnya di dalam kebun tetapi jika membawa balik maka akan dikenakan charge sebanyak Rp100,000 atau RM30 sekilo.


Selepas itu kami bergerak ke Museum Angkut.  Pada tahun 2016 aku sekeluarga pernah ke sini tetapi disebabkan masa tidak mengizinkan kami bergerak terlalu pantas di dalam Museum itu.  Peluang kali kedua ini perlu diambil kerana Museum Angkut ini bagi aku sudah sekelas dunia.  Setiap yang masuk perlu membayar Rp100,000 atau RM30 dan kami ada passport untuk mendapat diskaun sebanyak 30% iaitu Rp75,000 atau RM20 sahaja. 



Kami menghabiskan masa sekitar 3 jam di dalam Museum itu.  Jam sudah menunjukan 3 petang.  Kami perlu ke satu tempat lagi iaitu JATIM Park 3 yang baharu dibuka pada tahun 2017. Kami memilih The Legend Star dengan tiket sekitar Rp70,000 atau RM20.  Park ini memberikan pandangan berbeza tentang Indonesia.  Semua Presiden Indonesia disatukan di sini dengan patung lilin dan pemimpin2 dunia. Bukan sahaja Pemimpin dunia malah ahli sukan, pelakon hollywood, istana2 seperti White House dan Istana Bogos (replika) boleh didapati di sini. Bayaran sebanyak Rp70,000 sangat berbaloi dan murah bagi aku.


Aku dan Enstien

Kami keluar dari The Legend Star sekitar jam 7.00 malam.  Kami sudah penat dan perjalanan untuk kembali ke hotel adalah dinanti2kan. 

Bersama artis Hollywood


Di India


Hari ke 3

Kami sepatutnya bersiar2 di bandar dengan pemandu yang sama.  Aku menyewa Suzuki Elf dengan pemandu sebanyak Rp2.5 juta atau RM700 untuk 2 hari - Ke Batu Malang dan bersiar2 di Kota Surabaya. Setelah berbincang dengan pemandu, aku meminta untuk berihat sehari kerana ahli rombongan penat dan memerlukan rehat yang cukup. 


Tetapi walaupun berehat, aku memberitahu bahawa aku dan keluarga akan ke Transtudio Mini di Rungkut seperti Transtudio di Bandung.  2 keluarga bersetuju untuk ikut dan kami bergerak dari Hotel agak lambat selepas pukul 8 pagi.  

Di Transtudio, hanya permainan budak2 yang ada.  Ibubapa hanya perlu keluarkan duit untuk memastikan anak2 terhibur.  Sekitar tengahari, kami bergerak ke Mall yang berdekatan untuk membeli belah.  Selepas itu kami terus ke Hotel untuk berihat.

Malam hari, aku dan isteri berdua sahaja keluar untuk makan malam. Kami menggunakan shuttle yang percuma yang diberikan oleh pihak hotel.  

Makan malam aku - Sup Buntut


Hari ke 4

Selepas bersarapan, perjalanan bersiar2 bermula dengan pemandu yang sama ke Batu Malang.  Aku memberikan itteneri untuk diikuti.  Perjalanan pertama adalah ke Jambatan Sura Madu - jambatan yang menhubungkan Surabaya dengan Madura. Dahulunya jambatan itu dikenakan tol dan menyebabkan pada tahun 2016 dulu, pemandu aku tidak berminat untuk ke Madura melalui Jambatan itu. Sekarang disebabkan tiada tol lagi maka perjalan ke Madura bagi aku adalah sesuatu yang baru.


Setelah melepasi Jambatan Sura Madu, pemandu memberhentikan bas ditepi jalan untuk memberikan peluang pada rombongan untuk membeli belah dengan orang2 Madura. Orang2 Madura ini adalah diketahui yang pertama datang ke Malaysia. Mereka agak kasar dan boleh dilihat dengan cara mereka menjual. Aku dan keluarga agak biasa dengan jual2an memaksa ini.


Suasana di jalan Masjid Ampel

Perjalanan ke 2 adalah ke Masjid Ampel. Pada tahun 2016, disebabkan pemandu aku seorang yang berkumpulan dengan Muhamadiah, dia seperti tidak suka membawa rombongan ke Masjid Ampel kerana disitu bagi dia terlalu banyak karut marut seperti menyembah kubur dan memohon sesuatu pada kubur. Masjid Ampel ini adalah seperti kawasan orang2 Arab awal ke Indonesia. Satu jalan ke Masjid Ampel itu penuh dengan jual2an seperti jubah, tudung, minyak atar, kurma dan seperti di Mekah layaknya.  Kami tidak pergi hingga ke dalam Masjid Ampel untuk melihat kubur Wali Sembilan yang gah itu.


Perjalanan seterusnya adalah Pasar Atum - tempat beli belah yang tersohor di Surabaya. Hampir semua yang ada di Indonesia ada di situ. Setelah lebih dari 3 jam di Pasar Atum, rombongan mengambil keputusan untuk balik ke hotel kerana sudah penat.  Hari masih siang dan aku meminta pemandu singgah ke Kebun Binatang untuk menunjukkan simbol Surabaya iaitu  Sura (jerung) dan Boyo (buaya). Setelah itu kami kembali ke hotel dan berihat.

Hari Ke 5

Hari kebebasan pada semua.  Anak2 dibenarkan mandi kolam renang dan pada hari kami datang sehingga hari Rabu itu, kolam itu seperti sedang diperbaiki dan tidak boleh digunakan.  Anak2 hanya mengeluh dan aku menjadi sasaran marah anak2. Kolam renang dan hotel mempunyai ikatan amat kuat pada anak2 aku.


Tengahari itu aku sekeluarga pergi ke Jembatan Merah (satu mall yang menjual pakaian).  Kami menghabiskan masa di situ sehingga pukul 4 petang.  Kami balik ke hotel dan menyambung mandi di kolam lagi.

Hari ke 6.

Hari ini adalah hari terakhir di Surabaya.  Elmi hotel memberikan perkhidmatan shuttle ke Airport amat memudahkan perkiraan aku. Aku tidak perlu mencari teksi.  Kapal terbang kami akan bergerak pada pukul 3 petang dan sampai ke KLIA2 pada pukul 6.45 petang.  



Kami sampai ke rumah pada pukul 9 mlm setelah makan di Dengkil dengan selamatnya. Perjalanan ke Surabaya kali ini juga menyimpan 1000 kenangan yang anak2 aku tidak akan lupa.


Tuesday, June 5, 2018

Mesyuarat PIBG macam politik

Pasti tahun ini 2018 beraya berbeza dengan tahun2 yang lain. Bagi aku teramat berbeza. Politik lanskap berbeza membuatkan semua berbeza. Tun Mahathir tidak marah bila dicuit dan dia menyindir seperti biasa kepada wartawan bila menjawap. Cerita 1MDB, cerita beg2 mewah, jam2 mewah menjadi sajian dimeja makan pastinya.

Perasaan kekalahan BN seperti sudah terasa bila aku mendatangi mesyuarat Agong PIBG sekolah menengah di Shah Alam pada 31/3/2018. 

Mesyuarat akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Tetapi seperti biasa menungu tunggu tukang perasmi yang datang dari BN selalunya VIP membuatkan aku resah dan geram. Pernah dulu aku suarakan di mesyuarat PIBG, lain kali panggil penulis atau seniman negara sahaja yang rasmi tanpa protokol berlebihan.  Tetapi ini adalah mesyuarat aku yang pertama di sekolah menengah ini. Perangai kena jaga.

Setelah menunggu beberapa waktu di kerusi ibubapa, seorang perempuan menuju ke pentas dan terus berucap."Kami pohon VIP yang rasmi mesyuarat datang ke mesyuarat kerana VIP yang sebenar adalah ibubapa dan guru2 disini. Kami dah tunggu lama". Semua ibubapa bertepuk kuat dibawah pentas. Guru yang diberi tugas sebagai pengerusi majlis memohon maaf dan memberitahu bahawa VIP sudah sampai tapi sedang mengadap sarapan. Untuk makluman juga ibubaga yang hadir diberikan sebotol air mineral, sandwich inti telor sekeping dan kueh seketul.

Dan selepas itu bermulalah si perasmi memberikan kata2 politik BN mereka dan bersetuju untuk memberikan RM5,000 untuk sekolah. Semua ibubapa bertepuk sorak. Yang di Pertua (YDP) sekolah adalah seorang berpangkat Puan Datuk dan berkali2 si perasmi memuji hebat si YDP dan hubungan dia seperti kakak. 

Selepas melafaz Bismillah maka rasmilah mesyuarat dan bermulalah segalanya. Perbentangan mesyuarat, perbentangan kewangan, aktiviti dan lain2.  Dalam setiap perbentangan ada sahaja ibubapa yang menyoal dan terpaksa dijawab oleh AJK lama.  Ini adalah proses biasa didalam mesyuarat.

Akhirnya permilihan untuk PIBG bagi tahun 2018/2019 pun bermula. Bila disebut nama YDP maka nama yang dicalonkan adalah si Datuk...YDP yang sekarang dan tiba2 ada seorang mencalonkan seorang lagi wanita untuk bertanding. Maka ada pemilihan. Pemilihan adalah dengan mengangkat tangan sahaja. 

Angkat tangan yang pertama. Pn Datuk YDP mendapat 53 undi dan Wanita mendapat undi 55. Akibat ketidakpuasan hati seorang lelaki bangun dan meminta pengiraan tangan sekali lagi kerana dia mengatakan bahawa mengikut pengiraan dia Wanita itu mesti berada dibawah dari 50 undi sahaja. Maka diadakan kiraan sekali lagi. Ibubapa ada yang bangun dan cuba menolak kiraan kedua tapi guru2 juga berkeras untuk mengira sekali lagi. Maka jawapan yang kami dapat pada hari itu adalah Pn Datuk YDP mendapat 53 undi dan Wanita itu mendapat 61 undi. Pelik dan tersenyum ibubapa.

Dan seterusnya AJK2 lagi dipilih. Aku juga dipilih sebagai salah seorang AJK. Mesyuarat sudah berlarutan sehingga 2.00 petang. Tiba2 guru penolong kanan mencapai Microphone dan memberitahu bahawa undian untuk YDP perlu dibuat kembali kerana beberapa guru praktikal dan sandaran juga mengangkat tangan sebanyak 8 orang. Tindakan ini telah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan dan mereka bersetuju untuk mengira kembali.

Beberapa ibubapa sudah marah dan memberitahu jawatan yang dikejar ini bukan boleh buat duit dan tidak membawa kemana2 tetapi seolah2 batu loncatan untuk seseorang. Walaupun di marahi kiraan kali ke3 terus dilakukan. Dan aku menjerit2 pada semua untuk mengangkat tangan kali terakhirnya untuk menyingkirkan Pn YDP yang lama itu.

Dan benarnya setelah dikira Pn Datuk YDP untuk ke 3 kalinya beliau mendapat hanya 26 undi dan Wanita yang bertanding mendapat 76 undi. Seorang wanita Sikh sebelah aku memberitahu ini adalah reaksi benar seperti politik dan BN akan kalah pada PRU 14 pada 9/5/2018.

Thursday, May 10, 2018

Umur Pencen UMNO 2018

Ketika Tun Mahathir mengumumkan kemenangan

Semalam 9/5/2018 hari pengundian Pilihanraya Umum 14 (PRU14). Aku mengundi di Sekolah Rendah Agama di Kg Melayu Subang untuk Parlimen Sungai Buloh (P107) dan N39 bagi Dun Kota Damansara. Parlimen Sungai Buloh adalah Parlimen yang baru ditukar namanya dari Parlimen Subang dan Penyandang Parlimen adalah dari Parti Keadilan Rakyat , En Sivarasa.  Bagi Dun Kota Damansara, penyandang negeri adalah Datuk Halimahtun dari Barisan Nasional.

Kisah N39 Kota Damansara ini menjadi isu nasional pada PRU13 dahulu disebabkan pertandingan 3 penjuru pada kali penamaan calon antara Parti Sosialis (PKR) dan BN dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). 

Sebelum penamaan calon pada 28/4/2018, aku masih tidak membuat apa2 spekulasi tentang Pakatan Harapan. Perlawanan yang bagi aku berat sebelah tidak akan memihak kepada Pakatan Harapan. Kemungkinan2 untuk kekal di Selangor lebih senang untuk ditelah daripada untuk mendapatkan Persekutuan. Kekuatan BN di Sarawak yang selalu disebut sebagai simpanan tetap menjadi salah satu pengiraan aku.

Tetapi pada hari percalonan itu aku seperti mendapat endorphine baru. Ustaz Nik Omar Nik Aziz dijadikan calon oleh Pakatan Harapan untuk bertanding di Dun Cempaka Kelantan. Tanpa merujuk dari sesiapa aku melihat ini adalah satu anjakan pelik pada Persekutuan kerana dengan tiba2 mendengar Ustaz Nik Omar berucap pada malam percalonan seperti dia sudah bersedia memimpin Kelantan.


Dan bermula dari hari percalonan aku mula mencari data dari Invoke, dari Ide dan dari Ilham tentang Pakatan Harapan. Cahaya kemenangan dari cerita YB Rafizi tentang survey yang dibuat membuat aku lebih yakin tentang Pakatan Harapan. Ustaz Nik Omar dibawa ke Pantai Barat bermula dari Sek 17 Shah Alam dan bersama Tun Mahathir berucap di Putra Jaya.  Tiba2 Ustaz Nik Omar menjadi ikon baru PRU14. Aku tidak melihat cerita di Kelantan tentang Ustaz Nik Omar akan bersikap negatif kepada beliau.

Bagi aku Ustaz Nik Omar memberi cahaya baru pada tekanan2 PAS pada Parti Amanah yang dikirakan sebagai pengkhianat. Mat Sabu, Salehuddin Ayub, Husam Musa, Mahfuz Omar dan lain2 nampak seperti budak jahat sebelum ini telah diimbangkan dengan kemasukan Ustaz Nik Omar kedalam Pakatan Harapan walaupun dia bertindak masuk ke dalam PKR.

Keputusan PRU14 sudah keluar dan menafikan BN buat kali pertama setelah 61 tahun memerintah Malaysia. Keputusan yang seperti dilambatkan pada malam hari 9/5/2018 terpaksa ditunggu sehingga pukul 5.00 pagi untuk keputusan penuh. Pakatan Harapan mendapat 125 kerusi Parlimen dan beberapa negeri pantai Barat jatuh ke tangan Pakatan Harapan - Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Beberapa nama besar dalam BN ditolak oleh rakyat seperti Shahrir Samad, Lim Tong Lai, Johari, Ahmad Shabery Chek, Nur Juzlan, Khalid Nordin tidak dapat menahan kemaraan rakyat yang ingin berubah.

Dalam group2 Whatapp aku, cerita tentang politik hampir setiap hari dan memerlukan kekuatan untuk terus berada dalam group itu. Ada yang menyokong BN dan yang pasti penyokong Pakatan Harapan lebih ramai. Yang menyokong BN akan bercerita tentang rusuhan yang akan berlaku jika pembangkang menang, Islam yang tidak akan dijaga selepas ini, masalah LGBT yang tidak akan dibendung menjadi bualan untuk menakutkan jika memilih Pakatan Harapan.

Namun keputusan selepas beberapa hari berkempen telah diputuskan dan bualan2 seperti rusuhan, LGBT ke tidak memberikan impak pada aku. Maklumat dari Invoke aku turuti sehingga 2 hari sebelum hari pengundian. Lapuran terakhir menunjukkan seperti yang berlaku selepas hari pengundian. Ia nampak tepat walaupun terlalu ambitious. Tiba2 juga Tun Daim dan Rafidah Aziz muncul di Selangor dan Melaka membantu PKR semasa berkempen jug menambah benar cerita tentang kehebatan Pakatan Harapan pasti menawan Persekutuan.

Aku yakin kerajaan baru yang akan dilantik pasti menjadi kerajaan yang lebih baik dari sebelumnya. Perdana Menteri adalah bekas Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun. Walaupun dicerita tentang kerosakan hari ini disebabkan oleh apa yang dia buat dahulu namun keikhlasan untuk membetulkan adalah terlebih baik. 

Disamping pengalaman menjadi PM 22 tahun, dia juga akan dibantu oleh 2 bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yasin. Tidak berhenti disitu, Pembangkang2 yang tegar seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang, Mahfuz Omar, Salehuddin Ayub, Tony Pua menjadikan kerajaan baru ini adalah paling terbaik sebagai ganti.

2 Bekas Timbalan Perdana Menteri 


Sebagai rakyat Malaysia, percayalah tiada rusuhan yang berlaku. Peralihan kuasa yang tersusun dan barisan kabinet yang mantap akan membawa Malaysia ke arah lebih baik.



Saturday, December 9, 2017

Cuti ke Jakarta Pusat 1- 5 December 2017

Bergambar di Kota Tua, Jakarta

Percutian kali ini dirancang serba ringkas kerana memikirkan keadaan peserta2 rombongan. Kami pergi kali ini bersama 3 sekeluarga - Aku dan keluarga, adik ipar dan keluarga dan ibu bapa mertua. Pergi ke Jakarta ini bukan lagi benda2 takut bagi aku. Sudah kali ke-5 aku kesana dan bersama keluarga sendiri sudah kali ke 4.  Kali ini kami menaiki KLM pada hari Jumaat 1/12 dan akan sampai ke Jakarta pada sekitar 6.10 waktu sana.

Kami tidur di Best Western Hotel & Residence, Mangga Dua buat kali ke 3. Isteri aku sudah mahir tempat tidur di situ. Entah mengapa kalau ke Jakarta pasti hotel ini pilihan dia. Ruang tidur yang luas dan keadaan sekeliling yang berdekatan. Shuttle juga diberikan percuma untuk pergi berbelanja. 

Seluruh perjalanan dirancang sendiri. Hari kedua 2/12 Sabtu, aku memilih untuk membuat 'Town Tour' di dalam Jakarta - Jakarta Pusat dan pinggirannya. Aku menyewa sebuah suzuki Elf yang boleh memuatkan 14  orang. Sewa 12 jam bersama dengan supir adalah 1 juta Rp atau  RM310. Ini tidak termasuk pakir dan tol. 

Destinasi 1. Monas (Monumen Nasional)  dan Istana Presiden

Kami sampai ke simpang Monas dan jalan2 ke arah Monas - ditutup dan dipagari dengan pihak polis. Mengikut supir kami pada hari itu, Presiden Indonesia mengadakan Majlis Maulid Negara yang diadakan sempena Maulidur Rasul. 

Monas dari jarak jauh - kawasan ini ditutup kerana Majlis Maulid


Destinasi 2 -  Kota Tua, Jakarta

Bergambar di tengah2 Kota Tua, Jakarta

Aku sekeluarga tidak pernah sampai ke tempat ini. Tempat ini seperti satu tempat yang penuh dengan berbagai aktiviti. Yang paling banyak adalah berbasikal dengan memakai topi.  Semua ini boleh disewa. Suasana penuh dengan manusia - bergambar dan duduk2 santai sahaja. Di satu sudut Kota Tua itu ada muzium yang boleh dilawati.  Mengikut pengawal yang menjaga muzium itu adalah kelengkapan2 Presiden yang lepas2 - mungkin baju dan sebagainya. Tiket untuk masuk ke dalam muzium itu adalah 5,000Rp atau RM1.55 sahaja. 

Bergambar dengan basikal untuk disewa

Berbagai aksi boleh diambil di sini
Diam seperti batu
Aksi paling kronik


Kami memilih untuk meneruskan perjalanan di Kota Tua itu. Kota Tua ini adalah seperti satu tempat kosong seperti padang berbatu dan dikelilingi oleh bangunan2 tua. Di satu sudut lain, aku singgah dan kagum dengan beberapa orang yang mewarnakan diri mereka seperti patung dan berdiri sambil mendapat duit2 sumbangan. Kami tidak berkecuali untuk mengambil gambar aksi2 mereka.

Destinasi 3 - Museum Bahari 

Kami singgah disini dan melihat dari bangunan tinggi disebelah keadaan pelabuhan Sunda Kelapa, Indonesia yang berdekatan. Kami hanya singgah sebentar dan tidak masuk kedalam muzium kerana mahu meneruskan explorasi dalam Kota Jakarta. Tiket untuk masuk Museum Bahari adalah 2,000Rp atau RM0.62 sahaja. 

Hanya bergambar di luar Museum Bahari


Destinasi 4 - Jalan Surabaya

Jalan Surabaya terkenal dengan barangan antik. Kami singgah dan mata mula terpaut dengan jam seperti di stesyen2 Keretapi di England. Aku lalu bertanya "Berapa harga ini pak?" Penjual memberitahu jam itu berharga 10 juta atau RM3,100. Seperti biasa, aku tersenyum dan melihat isteri dan terus kekal bertanya sahaja. 

Kami menghabiskan masa disitu hanya sekitar 30 minit dan dapat mencari kedai menjual air untuk menghilangkan lelah.

Bapak aku hanya berjalan melihat2 barangan antik


Jalan Surabaya terkenal dengan barangan antik

Destinasi 5 - Tanah Abang

Kami tiba di sini sekitar jam 2 petang. Tempat ini tidak boleh hanya sekadar singgah tanpa membeli apa2.  Barangan disini disusun sehingga bertingkat2 dan kami hanya berlegar di satu tingkat dan jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. 

Tanah Abang adalah tempat membeli belah untuk semua generasi - tua, muda dan anak2.  Ia memerlukan seharian untuk mendapatkan kepuasan membeli belah di sini. 

Destinasi 6 - Masjid Istiqlal 

Masjid ini perlu dilawati kerana masjid ini adalah masjid terbesar di Indonesia dan malah terbesar di Asia Tenggara.  Ia boleh dimuatkan dengan 100,000 jamaah pada satu2 masa. Kami hanya lalu kerana keadaan disekitar yang terlalu padat dengan kenderaan. Perjalanan di Kota Jakarta memerlukan kesabaran 200%.

Pintu masuk Masjid Istiqlal


Sebagai musafir, kami meraikan solat jamak dan pilihan kami adalah makan petang di Restauran Garuda (makanan minang) yang terkenal hatta di Malaysia. Kami makan di sana seperti jamak juga untuk malam dan lansung bersolat jamak Zohor dan Asar di restoran.



Membeli Belah di Mangga Dua

Hari ketiga, 3/12 Ahad, aku mengambil keputusan untuk memberikan keluasan kepada ahli2 rombongan untuk membeli belah di Mangga Dua - di sekitar Mangga Dua ada 3 tempat yang besar untuk membeli belah iaitu Pasar Pagi, ITC dan Mangga Dua. Kami menaiki shuttle yang diberikan percuma oleh pihak Hotel. 

Setelah seharian disana kami pulang dengan berjalan kaki untuk ke Hotel. Jarak dari Mangga Dua ke Hotel hanya sekitar 600 meter sahaja.

Anak2 sudah kepenatan 


Dunia Fantasi

Hari ke-empat, 4/12 adalah hari untuk anak2 dan keluarga. Aku mengaturkan perjalanan ke Dunia Fantasi Ancol yang berdekatan dengan Hotel kami (5 km). Dunia Fantasi adalah taman permainan yang dipenuhi dengan mainan2 dewasa dan anak2. Aku sekeluarga sudah pernah ke sini pada tahun 2011 ketika anak2 masih kecil.  Tiket untuk hari biasa adalah 200,000Rp atau RM62 seorang. 

Lawatan ini memberikan keseronokan tahap maksima pada anak2. Walaupun kami seharian di dalam Dunia Fantasi ia masih tidak dapat menghabiskan semua permainan. Beberapa mainan untuk dewasa terpaksa di tinggalkan kerana aku sendiri tak sangup untuk naik.

Berada di pintu masuk Dufan



Selamat Tinggal Jakarta

Seluruh rombongan ke Jakarta 1 -5 December 2017

Hari ke lima, hari terakhir kami di Jakarta.  Walaupun kapal terbang kami akan bergerak pada pukul 7.25 malam tetapi terpaksa keluar dari hotel pada pukul 12 tengahari juga. Aku sempat berbelanja kali terakhir dengan menaiki Angkutan Kota pagi itu (motor yang boleh memuatkan dua orang). Aku beli sebuah beg untuk lap top dan minyak wangi.

Perjalanan berakhir dari Jakarta dan kami tiba di KLIA pada pukul 10.30 waktu Malaysia.  

Beberapa perkara aku buat sebab ada adik ipar berkawan. Aku dapat makan durian di Mangga Besar pada malam ke dua - kos untuk 2 biji durian yang sederhana adalah 120,000Rp atau RM37.2  Aku keluar makan malam dengan isteri sambil anak2 bermain gembira di dalam bilik yang bercantum dengan keluarga adik ipar.  


Makan durian di Mangga Besar