Yang selalu jengok

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Wednesday, November 1, 2017

A Taxi Driver


Entah mengapa tajuk yang seperti ini ada impak di dalam filem.  Kalau di Amerika, Taxi Driver lakonan Robert De Niro pasti diingati dengan tajuk yang sama. Pemandu teksi adalah pembawa berita, pencetus berita atau menyebarkan berita untuk penumpang. 

A Taxi Driver adalah filem terbaru Song Kang-Ho - filem Korea yang masih belum ditayangkan di Malaysia. Aku menonton secara rally dan terpegun sebentar dengan filem yang satu ini. Dikhabarkan filem ini adalah filem yang masuk dalam Academy 90th nanti dalam Best Foreign Picture.

Filem yang berdasar cerita benar berpusat tentang tentang demontrasi di Gwangju, Korea Selatan. Song Kang-Ho adalah seorang pelakon yang sentiasa dinantikan setiap tahun. Cerita2 seperti "The Host", "The Good, The Bad and the Weird", "The Snowpiercer"  atau "The Age of Shadows" adalah filem2 yang membawa karisma lakonan Song Kang-Ho ke persada antarabangsa. 

Banyak filem2 Song Kang-Ho yang aku sudah tonton. Tidak satu pun yang menjemukan. "The Attorney",  "Memories of Murderer" atau "Sympathy for Mr Vengences" dan "The Hindsight".

Kali ini dia adalah pemandu teksi yang membawa seorang pemberita, Mr Peter dari ARD Germany ke Gwangju untuk mendapat berita pertama tentang kebangkitan pelajar2 universiti di Gwangju.  Peristiwa ini dinamakan "Gwangju Masaccre" yang berlaku di antara May 18 - 27, 1980. Song Kang-Ho berlakon sebagai Kim Mon Seob dan Thomas Kretschmann sebagai Peter.

Hubungan yang terjalin diantara kedua2 di dalam filem ini menjadi rapat sehingga peristiwa itu berakhir dan mereka berpisah di Airport Seoul. Peter cuba mencari Mr Kim setelah datang kembali ke Korea pada tahun 2003 tetapi tidak bertemu. Peter yang sebenar telah meninggal dunia pada tahun 2015 di German. Pada penghujung filem, Peter masih mencari Mr Kim, pemandu teksi yang membawa dia ke Gwangju dan menyaksikan cerita Gwangju yang sebenar disebarkan keseluruh dunia.

Walaupun cerita ini diubah untuk mendapat kesan dramatik tetapi dia menjadikan penonton rasa rapat dengan hubungan tersebut. Diberitakan setelah filem ini dipasarkan pada bulan Ogos 2017, anak Kim membuat pengakuan bahawa ayahnya ada mempunyai gambar dengan Peter dan telah meninggal dunia kerana kanser 4 tahun selepas peristiwa Gwangju.

Sunday, October 11, 2015

Cerita Polis Evo

Ini adalah kali pertama aku sekeluarga menonton cerita Melayu di pawagam.  Bukan sebab apa tetapi desakan dari anak2 untuk menonton cerita tentang aksi Melayu.  Filem aksi Melayu di pawagam terlalu dibuat2 menyebabkan aku bosan dan selalu menolak sebelum bercerita untuk pergi pun.  Kali ini tidak boleh ditolak lagi.  Anak2 sudah pandai bernyanyi lagu filem tersebut dan video tentang cerita ini sudah beberapa kali mereka dengar dan bernyanyi.  Ke kiri Ke Kanan, hati2 bila di jalanan. Ayat ini semacam air keluar dari mulut anak yang paling tua dan perlahan2 dari anak aku yang berusia 2 tahun. Ia seperti tidak boleh ditolak lagi.

Filem Polis Evo adalah arahan Ghaz Abu Bakar.  Seorang pengarah yang bagus sinematografi.  Filem2 sebelum ini adalah Cicakman 3, Hantu Kapcai dan Tokan.  Filem aksi bagi aku mesti ada tembak2 tumbuk2 dan pecah sana pecah sini. Ghaz Abu Bakar juga selalu membuat video untuk lagu.  

Cerita polis evo ini bermula dengan pembunuhan seorang guru lakunan Wan Hanafisu di Terengganu dan ketika mayat dijumpai ditemui juga syabu yang berwarna merah.  Syabu yang dikenali dengan Syabu Naga menjadi syabu yang paling dikehendaki di pasaran dadah kerana pekat dan peningnya orang yang menggunakan syabu ini.  Zizan Razak seorang inspektor polis di Terengganu akan bergabung dengan seorang polis yang di panggil 'super cop' Syaheizy Sam dari Kuala Lumpur untuk menyelesaikan kes bunuh guru tersebut.

Cerita ini bagi aku seperti cerita post (akan datang) untuk drama TV Breaking Bad.  Cerita drama TV yang dilakunkan oleh Brian Crankston sebagai pensyarah menjadi pembuat dadah atau 'methamephin' paling popular di sempadan Amerika dan Mexico.  Tetapi cerita polis evo ini cerita tentang bahagian polis pula dan pembuat dadah sudah mati di awal cerita.  Kalau sesiapa perasan, gambar Walter White di dalam cerita Breaking Bad ada ketika polis menyerbu masuk ke makmal dadah dan berlaku letupan.  Gambar Walter White secara animasi di tampal di dinding makmal tepi sungai tersebut.


Dari mana perkataan polis evo ini datang tidak diterangkan.  Mungkin evolusi tentang polis diberi nafas baru melalui filem. Atau hanya dari kereta polis - Mitsubishi evo. Tetapi cerita ini seperti mengundang sekuel bagi aku.  Cerita tentang Wan Hanafisu yang mati di awal dan bagaimana pengedaran dadah syabu itu berlaku dan di dalam filem seolah2 hanya Thailand tempat dadah itu akan pergi.

Plot cerita disusun baik untuk ditonton sepanjang 2 jam filem itu.  Tidak bercampur berat dengan plot2 lain seperti bercinta, menyanyi bagai dan berbincang di jalan2 dalam pejabat polis tanpa tujuan. Polis tidak digambarkan terlalu kaya tetapi nampak berhemah dan beberapa watak timbul sebentar tetapi berat seperti Wan Hanafisu, mak super cop dan pegawai polis Rosalinda.

Filem ini juga adalah tribute untuk Harun Salim Bachik yang menjadi ketua di balai polis Terengganu.  Harun Salim Bachik sudah meninggal dunia pada 08/03/2015 ketika filem ini mahu ditayangkan pada September 2015.

Filem ini memang penuh aksi dan humor bertapis.  Aku sekeluarga terhibur dengan tembakan dan letupan di dalam cerita ini.  


Thursday, September 10, 2015

Narcos .....everything has its price

Melayan cerita Narcos sebanyak 10 siri memperlihatkan pada aku bagaimana prinsip orang boleh dibeli dengan duit.  Kita dengan di Malaysia ini biasa dengar "cash is King".  Dalam Narcos kalau yang tidak menyokong di bunuh, di bom atau tiba2 hilang.  Ini berlaku dalam Narcos.  Cerita Narcos adalah cerita tentang Pablo Escobar di Colombia yang satu ketika dulu sangat popular dengan dadah dan pernah dalam majalah Forbes membariskan dia orang nombor satu paling kaya dengan dadah.

Nascos adalah perkataan pendek dari Narcotic dan di Colombia semasa zaman Pablo Escobar, ia lebih raja dari raja.  Duit terlalu banyak sehingga terpaksa menanam duit di dalam tanah.  Ini bukan lawak tetapi cerita benar. Disebabkan duit yang banyak ini, Pablo melibatkan diri dengan politik dan diwar2kan sebagai Robin Hood disebabkan kemurahan hatinya menderma duit.  Sekolah dan hospital dibina untuk rakyat Colombia.  Dia menjadi calon alternatif kepada seorang ahli politik dan apabila ahli politik itu menang lalu dia meletak jawatan memberi laluan kepada Pablo.  Pada hari pertama sebagai ahli Kongress di Colombia, Pablo telah dimalukan oleh Menteri Undang2 dan menghalau Pablo keluar dari Parlimen.  Menteri Undang2 itu mati di tangan Pablo akhirnya.


Peperangan dimulakan kerana Pablo dimalukan.  Seorang bakal presiden di bunuh, kapal terbang diletupkan dan pembunuh upahan paling hebat dipanggil ke Colombia untuk bekerja bersama Pablo Escobar.  Pembunuhan demi pembunuhan berlaku dan menyebabkan rakyat Colombia takut.

Hampir setiap hari ada pembunuhan dan setiap pembunuhan yang dilakukan ke atas pasukan keselamatan akan di bayar mewah oleh Pablo.  Tetapi kedua2 pihak mengalami penderitaan disebabkan pertempuran ini sehinggakan Presiden Colombia yang baru, penggganti yang telah dibunuh bersetuju untuk berbincang dengan Pablo Escobar.  Salah satu syarat adalah tiada ektradisi ke Amerika dan penjara dibina sendiri oleh Pablo Escobar.  Ini hebatnya kuasa

Penjara sendiri, polis dan tentera tidak boleh berada kurang dari 2 km dari penjara tidak mengurangkan lansung kuasa Pablo walaupun bagi Presiden, peperangan dan pembunuhan dapat dihentikan.

Cerita yang penuh dengan tembakan di kepala, pecah, berderai dan "cash is king".




Monday, March 2, 2015

Storie Pazzesche (Tajuk asal adalah Cerita Gila)

Cerita tentang kemarahan, melempiasi marah, keluarkan kemarahan, kejam, pukul, tikam, pecah, meletup menjadi satu benda yang aku suka raikan.  Bukan secara fizikal tetapi dengan menonton. Pedro Almodovor bukan calang2 pembikin filem. Dia membuat filem separa bio tentang kemarahan dalam diri orang.  Ada 6 cerita dalam filem ini.  

Cerita pertama tentang sembang di dalam kapal terbang yang akhirnya semua mengenali sesama sendiri. Pemandu pada hari itu adalah orang yang mahu melempiasi kemarahan pada penumpang yang dikumpulkan.  Kapal terbang itu tidak mendarat dengan tepat dan menjunam sehingga cerita pun bermula.

Cerita kedua tentang kemarahan kepada seorang ahli politik yang korup.  Kemarahan yang tidak terkawal tetapi masih bergerak pada kerendahan.  Tukang masak yang mengadu domba dan memasukkan racun tikus dan cuba di halang. Kemarahan dengan pisau dan penuh berdarah.

Cerita ketiga tentang pemandu yang mengangkat jari ketiga kepada pemandu yang lain.  Timbul kemarahan ini boleh menyebabkan pergaduhan walaupun saling tidak mengenali sesama sendiri. Diceritakan dengan penuh dramatik.  Lelaki yang dicarutkan memberakkan dan mengencingkan kereta. Dan akhirnya bersama2 mati meletup dek kebodohan masing2.

Cerita keempat tentang kena saman oleh bandaraya boleh menyebabkan kemarahan yang melampau. Disebabkan satu benda ini, keluarga bercerai berai dan kerja ditamatkan.  Noktah akhir dari pemarah adalah meletupkan kereta yang 3 kali disaman.  Dipenjara dan tersenyum puas bila bekas isteri dan anak melawat sambil menyanyi lagu "Happy Birthday".  Pelakon lelaki untuk babak ini adalah Ricardo Darin seorang pelakon yang aku suka.

Cerita kelima tentang kemalangan tersembunyi.  Langar dan lari.  Berbincang bersama dengan peguam untuk melarikan diri sambil menyalahkan tukang kebun.  Pembuat kesalahan anak mereka masih muda dan perlu meneruskan kehidupan kononnya.  Cuba ditipu oleh peguam dan pendakwa untuk membuat duit.  Akhirnya bersetuju dengan satu harga dan harga itu adalah ditikam oleh orang ramai ketika keluar dari rumah.

Cerita keenam adalah kegembiraan pada malam perkahwinan.  Satu keramaian dibuat dan dibuat sehebat mungkin.  Masalah bermula apabila si isteri tahu bakal si suami pernah bermain kayu tiga. Pergaduhan bermula dan berhenti.  Bermula kembali sehingga berdamai akhirnya.  Didamaikan dalam hati bahawa hanya mati akan memisahkan mereka.

Komedi gelap sesangat bagi aku untuk filem ini.  Memang teruja sehingga ke akhir filem.


Sunday, February 22, 2015

Million Dollar Arm

Cerita ini berlabun dari cerita benar.  Cerita bercampur dengan dunia India ini bagi aku bukan sekali memberikan aku paradigma berbeza - sudah beberapakali. Kalau masih teringat dengan Slumdog Millionaire - dan mungkin boleh ingat baru2 ini filem 100 Foot of Journey juga campuran kari dari India di dalam Hollywood. Bollywood bukan calang2 industri filem yang boleh diperkecilkan.  Ia diberitahu masih memegang rekod dunia dalam pengeluaran filem.  Sekitar 800 filem atau 3 filem setiap hari dikeluarkan.  Bagaimana dengan album runut untuk filem.  Ia keluar serentak dengan filem dengan sekitar 10 hingga 14 lagu.  Betapa kaya penyanyi runut untuk filem dan jangan terkejut kalau pelakon wanita yang cantik dan seksi sebenarnya menyanyikan lagu secara saduran oleh penyanyi yang lebih tua seperti Lata Mageskar. Cuba gambarkan bagaimana besar industri filem dan musik di India.

Kalau bab berhayal juga bagi kat India.  Aku menonton cerita India bercampur dengan Hollywood ini kerana meraikan cerita yang bagus.  Ini bukan hayalan tetapi cerita benar. Bermula dengan masalah untuk mendapat pendatang baru dalam sukan.  Agent2 sukan ini mencari peluang untuk mendapat habuan sebagai pengurusan sukan dalam iklan dan sebagainya.

Mereka membuat satu konsep pencarian seperti American Idol untuk pencarian bagi sukan besbal. India hanya popular dengan sukan kriket dan disebabkan konsep balingan ini maka agent2 ini cuba menyamakan sukan kriket dan sukan besball. Sesiapa yang terpilih akan diberi hadiah USD100,000 dan mendapat peluang untuk bermain di Amerika.

Aku terhibur dengan konsep pencarian ini.  Dan kalaulah Malaysia juga cuba melakukan benda yang sama.  Aristotle pernah berkata "Kalau kamu memilih ahli sukan yang bagus bagaimanakah pilihan kamu" Rakyat menjawab bahawa pastilah yang paling bagus didalam sukan.  "Maka jika kamu memilih ketua, siapakah pilihan kamu"  Disebabkan soalan ini dia dihukum bunuh oleh pemerintah pada masa itu.

Cerita yang sangat santai dan berkonsep keluarga.  Aku tonton dengan keriangan.



Thursday, January 29, 2015

The Hundred-Foot of Journey

Pelakon utama cerita ini adalah Helen Mirren, salah seorang pelakon perempuan yang aku suka. Tak lawa tapi lakonan yang 'outstanding' dalam filem apa2 pun.  Cuba tengok siri Red and Red2 - dia berlakon aksi pulak.  Pelakon lelaki paling penting untuk filem ini adalah pelakon Om Puri sebagai Papa.  Pelakon berkarektor yang aku suka dari India.

Cerita ini mengashikkan aku walaupun sekitar cerita tentang sudut restoran, masakan dan juga diselit dengan cinta tak kesampaian.  A Hundred Foot of Journey membawa elemen2 kasih sayang dan cerita yang dari hati untuk masak atau berkarya dengan makanan.  Keluarga India yang melarikan diri ke London setelah pertukaran politik di India berlaku.  Tidak diketahui bila tapi nampak macam sekitar 1970 an.  Mereka bertukar ke tempat lain dengan memandu tanpa arah sehingga terlibat dengan kemalangan kecil.  Mereka percaya kemalangan itu akan menukar hidup mereka di tempat itu - France.

Helen Mirren sebagai chef utama sebuah restoran yang sudah mencapai 1 star michelin.  Cerita michelin ini pertama dulu aku dengar dari seorang chef (sepupu aku) dan ini adalah impian setiap restoran dan chef.  Tak kira berapa tinggi topi chef itu tetapi bintang nilaian Michelin ini lebih tinggi. 

Bila menonton sesuatu yang aku tidak tahu, aku akan mula membaca.  Dan satu benda yang aku tidak tahu adalah Michelin Star ini.  Mengikut cerita Gordon Ramsay yang pernah ditarik balik Michelin Starnya di Restaurant di Amerika marah dan menjadi tak tentu hala.  Dia memberitahu bahawa tarikan Michelin Star itu seperti kehilangan kekasih hati.  

Michelin Star ini diberi oleh satu 'guide' iaitu Michelin Red Guide.  Restoran2 akan didatangi oleh penilai atau pemeriksa  untuk menilai.  Nilaian yang diberi adalah dari 0 - 3 bintang sahaja.  1 bintang adalah seperti mendapat duit RM1 juta yang pertama.  Susah kerana mengikut rekod bacaan aku, yang ada 1 bintang pun tidak ada di Malaysia ini.  Sila rujuk google wikipedia untuk mencari bintang2 Michelin ini di seluruh dunia.   

Cara2 bintang itu dinilai - untuk bacaan sahaja

The stars are awarded as follows:
  • One star:  A good place to stop on your journey, indicating a very good restaurant in its category, offering cuisine prepared to a consistently high standard.
  • Two stars: A restaurant worth a detour, indicating excellent cuisine and skillfully and carefully crafted dishes of outstanding quality
  • Three stars: A restaurant worth a special journey, indicating exceptional cuisine where diners eat extremely well, often superbly. Distinctive dishes are precisely executed, using superlative ingredients.

Ketika keluarga India itu sampai, restoran Helen Mirren berada dalam keadaan 1 bintang dan disebabkan itu beberapa orang besar selalu dilihat makan disitu.  Keluarga Om Puri juga membuka restoran yang hanya 100 langkah jauhnya dari restoran dan membuat makanan India pula. Peperangan untuk mendapat pelanggan berlaku sehingga berlanjutan untuk membeli barangan di pasar.  Ini adalah yang paling menarik dan tukang masak utama keluarga India itu pula ingin menukar masakan dan mahu bersama restoran Helen Mirren untuk belajar.

Tonton filem ini dan rasa kebaikan dalam setiap kejahatan yang dibuat.  Filem ini bagi aku ' a feeling good story'.

Aku terkejut juga bila Juhi Chawla salah seorang pelakon hindi perempuan dimatikan wataknya hanya 5 minit cerita bersiaran.


Wednesday, January 14, 2015

The Railway Man

Semalam aku menonton cerita 'The Railway Man'.  Kisah benar berlaku dari tulisan buku Eric Lomax. Cerita yang bercakap dari mula hingga habis. Cerita tentang tentera British yang bertugas di Singapura dan dipaksa menjadi buruh keretapi maut ketika Jepun menawan Asia Tenggara.  Lelaki yang mengalami trauma dan hampir setiap hari naik keretapi yang amat cekap dengan waktu keretapi, kerosakan keretapi atau apa2 yang berkaitan dengan keretapi.  Colin Firth pelakon British yang melakonkan watak utama, Eric Lomax memang seorang yang pelakon yang bagus.  Aku dapat bayangkan bagaimana dia mahu mendalami watak tentang masa penaklukan Jepun dahulu. Amat terasa dekat dengan aku walaupun cerita banyak imbas kembali menceritakan keadaan mereka ketika penaklukan Jepun sekitar tahun 40an.  Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang dilakunkan oleh Nicole Kidman juga seorang pelakon yang berkalibar.  Mereka juga disatukan dalam sebuah filem lain iaitu "Before I go To Sleep".  Trauma yang dialami oleh Colin Firth ini menyebabkan isterinya terbabit sama. Cerita ini tentang bagaimana seorang tentera yang mengetahui bahawa pendera orang Jepun itu masih hidup dan tinggal di Kanchaburi dengan amannya.  Dia datang untuk membalas dendam tetapi di akhir cerita mereka menjadi kawan yang rapat.

Cerita ini aku kisahkan kerana aku pernah pergi ke Kanchanaburi pada tahun 2010 bersama seorang kawan.  Ia berada di utara Thailand lebih kurang 4 jam dari Bangkok dengan memandu.  Kami melihat sejarah pembinaan keretapi maut ini dan masih ada lagi jambatan keretapi yang sudah diperbaharui.  Ada muzium yang menceritakan keadaan pada masa itu dan aku berada disana hampir 1 hari penuh melihat keseluruhan keadaan Kanchanaburi sekitar tahun 1940an dulu.  Aku sempat bersolat jamak di sebuah restaurant Islam di Kanchanaburi dekat dengan tempat perkuburan tentera2 di situ.  Tempat yang bersih dan masih aku ingat dengan nasi goreng yang sedap di situ.



Thursday, July 3, 2014

The Raid 2 : Berandal

The Raid 2 - Berandal merupakan cerita kesinambungan dari The Raid : Redemption.  Kali ini hero yang lincah ini Uko Uwais ditugaskan untuk menyamar sebagai kawan seorang gangster di dalam penjara.  Cerita aksi ini terlalu detail dibuat sehinggakan kalau tak biasa boleh membuat kita muntah.  Pembunuhan dengan tukul besi, dengan bola besbal atau dengan parang dan kerambit.  Pergaduhan antara 2 puak gangster yang menguasai Jakarta dilukis seolah2 betul.  Pembunuhan demi pembunuhan dikaitkan dengan setiap kumpulan dan pergaduhan pun bermula.  Cerita itu tidak berhenti disini sahaja kerana dihujung cerita sekumpulan orang Jepun pula menunggu hero setelah habis penat membunuh semua dengan sekali lawan.  Dalam Raid 2 ini juga Mad Dog yang telah mati di Raid 1, muncul sebagai pembunuh upahan.  Yayan Ruhian diperlukan untuk menyemarakkan filem aksi ini.  Sesiapa yang mendambakan aksi, cerita Raid 2 brandal ini menyajikan hampir 75% aksi dan tingkatan perincian pergaduhan itu yang membuat filem ini bagus dan dibantu dengan kesan bunyi yang kompak. 

Thursday, April 24, 2014

National Security, 1985 / Bilik Sulit

Korea bagi aku sudah lebih beberapa langkah dari Malaysia dalam bentuk perfileman.  Baru2 ini aku menonton sebuah cerita tentang siksa di bilik sulit.  Malaysia juga mungkin pernah ada bentuk bilik2 sulit ini untuk menyiksa tangkapan2 politik tanpa perlu bicara. Sebuah teater hasil nukilan Hishamudin Rais salah seorang yang pernah mengalami peristiwa cerita bilik sulit menjadi pencerita.

Filem "National Security" ini penuh dengan siksa2 untuk aktivist2 di Korea pada tahun 1985.  Ini adalah cerita benar yang berlaku dimana yang dituduh disiksa sehingga membuat pengakuan.  Pengakuan demi pengakuan yang tidak benar diketahui dan disiksa kembali.  Cerita ini bagi aku boleh mempertawakan cerita cerita2 filem Amerika tentang menyiksa tahanan di Guatanamuo seperti Zero Dark Thirty dan sebagainya.  Siksa menggunakan air dan kain adalah teknik paling popular untuk mendapat maklumat dan ini dilakonkan secara terperinci dan kita sendiri akan tersedak.  Ketika itu Koean Central Intelligence Agency (KCIA) menangkap semua aktivist yang menentang regim pada masa itu 1985.  Demokrasi yang hanya baru boleh ditiru kepada Korea kerana Korea sudah menjadi satu lambang kenaikan ekonomi yang pesat ketika ini.  Yang paling menarik apabila seorang yang dikenali sebagai "The Undertaker" yang memang diketahui oleh polis2 rahsia bahawa siksaannya pasti membuahkan hasil berjanji sekiranya demokrasi dapat kepada Korea, "kamu boleh membuat benda yang sama pada aku".  Dan pada 2004 orang yang disiksanya itu menjadi Menteri Kesihatan berjumpa dengan "The Undertaker" dalam keadaan rasa kemenangan yang mutlak.

Thursday, April 10, 2014

Sang Pencerah

Menonton cerita sirah agama yang hanya kadang2 kita jumpa memang berinspirasi.  Sang Pencerah adalah suatu cerita yang beremosi bermula dari awal hingga akhir.  Cerita zaman kanak2 sebelum 1900 an dahulu dimana perkara mistik dan khurafat masih menjadi amalan di Jogjakarta.  Sang Pencerah adalah cerita tentang KH. Ahcmad Dahlan yang menjadi tonggak utama kumpulan Muhammadiyah - satu pertubuhan Islam terbesar di Indonesia.   Nama asal Kh Ahcmad Dahlan adalah Muhammad Darwis di tukar namanya di Mekah ketika kali pertama pergi ke Mekah.  Tugas pertama Kh, Ahcmad Dahlan adalah menukar arah kiblat ketika itu yang terang2 mengadap ke arah Afrika iaitu sejajar dengan Indonesia.  Pandangannya di tolak oleh golongan2 alim Kyai di Jogjakarta kerana menggunakan alat kafir untuk mencari arah kiblat yang betul.  Cerita menarik ini ditambah lagi dengan tuduhan sebagai kafir oleh golongan elit Kyai kerana dia mengajar sekolah Belanda tentang Islam.  Cara dia berdakwah menggunakan biola juga menimbul perasaan pelik di kalangan umum.  Yang menarik apabila ia diterjah oleh seorang Kyai tentang menggunakan kerusi dan meja untuk belajar kerana umum pada masa itu berasa bahawa penggunaan barangan ini adalah menampakkan kekafiran.  Lalu di jawab oleh Kh Ahcmad Dahlan dengan soalan juga "bagaimana kyai ini datang dari jauh untuk bertanyakan soalan ini".  Jawapan menggunakan ilmu laduni ini tepat dand digunakan juga ketika kali pertama mengajar tentang agama kepada sekolah Belanda dimana seorang pelajar telah kentut dan seluruh orang tertawa.  Banyak perkara menyedihkan berlaku bila tempat dakwahnya di bakar dirobohkan kerana tuduhan mengajar kekafiran.  Diejek oleh orang-orang awam tetapi Kh. Ahcmad Dahlan terus istiqamah.  Dia menubuhkan Muhammadiyah dengan perkataan yang popular "hiduplah dengan menghidupi Muhammadiyah bukan hidup dalam Muhammadiyah.

Thursday, November 7, 2013

The Ghostwriter

Siapa penulis hantu yang dimaksudkan.  Filem yang diarahkan oleh Roman Polanski ini memang aku suka.  Pelakon2 yang berkaliber seperti Ewan Mcgregor dan Pierce Brosnan nampak kena sangat dengan watak masing2.  Ewan sebagai penulis upahan dan Pierce Brosnan bekas Perdana Menteri Britain.  Penulis hantu adalah penulis upahan dalam membuat satu2 biografi seseorang.  Buku itu akan keluar dengan nama biografi itu sendiri seperti Khir Toyo tulis tentang diri dia, walaupun yang menulis itu orang lain.  

Cerita ini lebih politik dari biasa kerana ada unsur2 perkhianatan dalam negara bila CIA Amerika dapat lolos didalam pentadbiran Pierce Brosnan. Semua keputusan penting berpihak kepada Amerika semasa bekas PM ini berkuasa.  Siasatan dilakukan kerana bekas PM itu ketika berkuasa telah melepaskan 3 orang pengganas (terrorist) kepada Amerika walaupun ditangkap di Britain.  Ini adalah kesalahan antarabangsa dan perlu dibawa ke mahkamah dunia.  Semua ini berlaku ketika biografi bekas PM ini mahu dibuat.  Penulis upahan pertama telah dibunuh dan Ewan Mcgregor telah diganti dan telah meneruskan siasatan dan membongkar cerita.  

Cerita yang luas biasa dari Roman Polanski memang boleh ditonton untuk mengetahui penglibatan CIA dalam sesuatu negara.  Jangan terkejut jika pimpinan Malaysia juga boleh dimasuki oleh CIA tanpa kita ketahui.

Thursday, October 24, 2013

BLOOD

Blood bukan macam cerita biasa.  Cerita tentang orang jahat dikalahkan oleh oleh orang baik.  Blood bermula dengan pembunuhan yang tragis.  Seorang anak gadis remaja yang dibunuh kejam dan dilempar di tengah2 kawasan orang ramai.  Gadis yang dikenali dan orang2 yang disyaki juga boleh dikenali oleh pihak polis.  Pihak polis menangkap seorang yang paling disyaki dan soal siasat berlaku.  Kerana tiada bukti lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah dilepaskan.  Dia sekarang bekerja di sebuah gereja.  Polis yang masih tidak puas hati cuba menyoal diluar pada satu malam dan akhirnya telah membunuh lelaki tersebut. Di sorok.  Ini adalah pati cerita yang dikeluarkan filem Blood ini.  Suasana tidak menentu, rasa siasatan sudah cukup, rasa membuat betul terasa dihati dan perbuatan rasa dihalalkan kerana pembunuh sudah diberikan balasan.  Tetapi siasatan dilakukan lebih mendalam oleh pihak polis menyatakan lelaki yang hilang terbunuh bukan pembunuh gadis yang awal tadi.  Ini adalah cerita hati yang dibawa bersama dengan penonton.  Rasa bersalah tapi tidak boleh mengaku.  Hebat pelakon2 didalam filem ini.  Boleh tonton kalau mahu rasa bersama perasaan bersalah.

Friday, October 18, 2013

The Iceman

Mencari erti keganasan memang menjadi makanan aku.  Bukan untuk menganas di luar sana tetapi aku mencari sebab dan hak untuk menganas.  Aku menonton cerita ganas seolah2 aku berada di dalam filem tersebut.  Menembak orang yang buat aku marah dan kalau boleh terus pecah kepala dia tanpa perlu aku bertolak2 untuk gaduh bercakap dahulu.  Cerita The Iceman adalah tentang pembunuh upahan yang tugas hanya membunuh.  Ini adalah cerita benar dan berlaku di tempat yang mempunyai kebebasan untuk ada senjata mempertahankan diri, Amerika.  Pelakon2 seperti Micheal Shanon dan Wynona Ryder memang tidak boleh diperkecilkan.  Cerita tentang keluarga si pembunuh yang lansung tidak tahu pekerjaan suami atau bapa mereka.  Cerita period yang panjang sehingga 30 tahun membunuh.  Cerita ini diberikan kritik yang baik disebabkan jalan cerita yang bagus dan pelakon2 berkaliber.

Wednesday, September 18, 2013

The Hunt

Menonton cerita2 bergerak perlahan dengan emosi memerlukan kesabaran sambil menikmati keindahan cerita.  Cerita bergerak bersama emosi sesuatu yang bukan boleh dipaksa.  Aku boleh bercerita dengan isteri sehingga dia minat untuk menonton sesuatu cerita tetapi menonton bersama2 mungkin boleh buat isteri aku boring.  Sumber ke 2 bercerita ini adalah sesuatu yang menarik kerana orang yang bercerita meringkaskan cerita merumus dan memberi jawapan hanya sekitar 10 minit untuk seseorang berminat.  Ini adalah peluru jual beli.  The Hunt lakonan Mad Mikkelsen salah seorang pelakon Jerman yang naik namanya di Amerika.  Dia juga berlakon dalam siri Hannibal sebagai Dr Hannibal Lecter.  Kalau menonton cerita Hannibal ia adalah 180% keterbalikan kerana di dalam The Hunt, Mad Mikkelsen adalah guru tadika yang lemah lembut dan disukai kanak2.  

The Hunt bukan cerita pemburuan biasa tetapi tentang suasana ketidakpercayaan orang keliling dan hilang percaya ini hanya berlaku sekelip mata walaupun sudah lama kenal atau berkawan.  Dia dituduh melakukan perkara tidak elok kepada seorang kanank2 perempuan di tadika dan seluruh kampung percaya ini berlaku dan dia dipulaukan secara total sehinggakan untuk membeli barang juga dilarang.  Cerita pemburuan hanya berlaku pada hujung cerita.  

Bagi aku ini adalah salah satu filem terbaik tahun 2013 yang aku tonton.  Emosi dari seorang yang tenang menjadi baran dan meledak secara perlahan ini dibawa dengan tepat oleh pengarah filem Thomas Vitterberg.  Cerita yang bagi aku filem mesti tonton.

Sunday, July 7, 2013

Doa yang Mengancam

Berdoalah kerana pasti Allah SWT mengabulkan doa kita.  Cerita ini bermula bila pelakon utama Madrim, di tekan dengan kehidupanya yang miskin, berhutang dan isterinya Leha melarikan diri.  Dia menjadi buntu kehidupan dan bermula pencarian tentang tempat mengadu.  Disarankan oleh kawannya seorang yang selalu berada di masjid supaya mengadu kepada Allah dan berdoa.  Dia berdoa dan berikhtiar dan berdoa terus tetapi kehidupan masih begitu.  Selanjutnya dia telah mencabar Allah dengan berdoa jika tidak dimakbulkan doanya dia akan murtad dan memohon pada syaitan.  Dijadikan cerita dia dipanah petir dan dikurniakan kebolehan mencari orang hilang.  Dia membantu polis dan menangkap banyak orang jahat.  Polis dan orang jahat menggunakan kebolehan Madrim ini dan Madrim mendapat kekayaan dengan kurnia itu. Tetapi hati masih tidak tenang kerana Leha si isteri masih tidak ketemui.  Dan cerita itu dilanjutkan kepada doa yang ke dua dimana dia berkira2 bahawa kebolehan mencari orang hilang itu bukan datang dari Allah maka dia memohon pula dengan syaitan.  Dihempap lampu di disko menyebabkan Madrim pengsan dan tiba2 dia diberikan satu lagi kurnia iaitu boleh mengetahui benda yang berlaku pada masa akan datang. Dan cerita selanjutnya lebih menarik, dia dapat meramalkan kenaikan dan kejatuhan saham tetapi ketenangan hati teringat isteri lebih dari itu.

Cerita yang memerlukan kekuatan diri sendiri untuk faham dan tahu bahawa berdoalah kerana Allah pasti kabulkan.  Kalau bukan sekarang mungkin esok, mungkin minggu depan, tahun depan atau Allah lebih mengetahui bahawa sesuatu tidak baik untuk kamu dan dikurniakan benda yang lain kerana Allah maha mengetahui.



Wednesday, June 19, 2013

Nagabonar

Jika mahu mengetahui hebat filem2 Indonesia, cerita Nagabonar pasti tidak boleh ditinggalkan.  Cerita tentang seorang pencopet yang keluar masuk penjara tetapi akhirnya menjadi seorang Patriot mengangkat senjata melawan penjajah.  Nagabonar adalah satu ciptaan nama yang menjadi hero kepada Indonesia jika filem menjadi ukur tali patriot.  Cerita yang dipenuhi dengan tentang persahabatan, kekasih, kasih ibu dan semangat melawan penjajah.  Deddy Mizwar menjadi pelakon terbaik tahun 1987 untuk filem ini.  Nurul Ariffin ketika ini muda belia digandingkan dengan Deddy Mizwar. Nagabonar digelar Jenderal Nagabonar dan emak Nagabonar tidak terima. Nagabonar tidak takut dengan apa2 kecuali dengan emaknya.  Orang2 penjajah Belanda dipermainkan oleh Nagabonar seperti budak2.  Apa yang paling diingati dalam filem ini adalah "Apa kata Dunia"
 

Sunday, June 16, 2013

Ketika

Filem Ketika menceritakan tentang masa ekonomi meleset dimana beberapa konglomerat yang berjaya sebelum ini dijatuhkan hukuman kebangkrapan (dalam bahasa Indonesia - bankrut).  Deddy Mizwar salah seorang ahli perniagaan yang termasuk menjadi bangkrap.  Adegan lucu didalam cerita ini diceritakan dengan selit2 kepayahan membunuh diri seperti di dalam lif sambil melihat gambar keluarga.  Deddy Mizwar yang berkahwin di dalam cerita ini dengan Lydia Kandau salah seorang pelakon cantik dahulu.  Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang remaja (dia juga adalah anak Deddy Mizwar di luar filem).  Deddy Mizwar tidak sanggup membunuh diri tetapi terus menjadi miskin bersama2 keluarganya. Dia membawa teksi (bajaj - teksi kecil) dan isterinya membuka warung makan.  Bila melihat keakraban Deddy Mizwar mencapuk anaknya dibelakang seolah2 hari Bapa pada cuti baru2 ini terpancar.  Cerita yang mengembirakan walaup pahit untuk ditelan.  Ketika hukum kebagkrapan dilakukan semua barang2 dirampas dijadikan milik negara termasuk pakaian.  Dan menunjukan keterlaluannya, sebelum keluar pegawai2 itu melihat seekor kucing diluar dibincang berapa harga untuk dimilik negarakan.


Tuesday, June 4, 2013

Alangkah Lucunya (negeri ini)

Filem yang diarahkan oleh Deddy Mizwar selalu aku ikut.  Penuh dengan sindiran dan penonton berfikir dan selalu ingat bukan seperti filem2 lain yang ditonton dan dilupakan.  Cerita bermula tentang Muluk yang berpendidikan Sarjana dalam Management gagal mencari kerja.  Dia telah ditemukan dengan sekumpulan budak2 pencopet (pencuri kecil-kecilan) dan menawarkan pendidikan dengan 10% hasil copet dibayar kepada Muluk sebagai gaji.  Niat baik ini dibuat oleh Muluk kerana tidak bekerja dan boleh mendapatkan hasil.  Dia dibantu oleh 2 orang guru yang mengajar membaca dan tentang agama.  Cerita ini tentang Pancasila Indonesia yang dipegang kukuh oleh mereka dan kehidupan anak2 terbiar yang sepatutnya di beri perhatian dilakar baik dalam filem ini.  Bagus sangat untuk ditonton.  Kasar tetapi lembut terasa bila dihadam oleh fikiran.  Kena tonton ketika Muluk ditangkap walaupun anak2 terbiar pencopet ini sudah mahu mengubah nasib sendiri - budak2 mengibarkan bendera Indonesia adalah sindiran keras lembut.

Kentut

Cerita sinis menyindir politik.  Bermula apabila pertembungan 2 parti yang besar cuba mengambil hati rakyat di sebuah bandar di Indonesia.  Permulaan cerita seolah2 satu parti memberikan kegembiraan yang bersifat sementara seperti hiburan dangdut dan satu lagi seolah2 memberi harapan untuk akan datang.  Apabila 2 pemimpin parti ini berdebat di TV seolah2 yang memberi harapan akan datang pasti menang.  Selesai perdebatan, ketika keluar dari bangunan, pemimpin akan datang itu telah ditembak di dada sebelah kanannya.  Terus koma dan kelucuan berlaku seterusnya dimana cerita Kentut menjadi maha penting untuk diselesaikan.  Remeh tapi terlalu kuat sindirannya.  Bagus untuk ditonton.  Lakon Deddy Mizwar tidak boleh dipertikaikan lagi.  Aksi menarik apabila kebanyakan urusan di Hospital terpaksa dijawab oleh Pengarah Hospital dan keributan di hospital di pertaruhkan kuat dalam filem ini.

Tuesday, May 21, 2013

Jack Reacher

Cerita tentang pembunuh upahan yang tertangkap selepas membunuh 5 orang secara rambang.  Soal siasat dijalankan pembunuh upahan hanya mahu Jack Reacher masuk dalam penyiasatan tersebut.  Cerita yang tidak terlalu terbelit tetapi kalau tidak mengikuti dari awal kemungkinan boleh tersasar tidak faham.  Tom Cruise sebagai penerbit filem memang menggunakan sepenuhnya kecekapan beliau untuk menggunakan nama baik yang dia ada.  Jack Reacher adalah Tom Cruise yang cekap dan pantas dan selalu tepat menilik kemungkinan.  Cerita yang bagus untuk ditonton.