Yang selalu jengok

Showing posts with label Macam2. Show all posts
Showing posts with label Macam2. Show all posts

Sunday, March 5, 2017

Menjadi JURUNIKAH


Perbezaan pendapat terjadi lagi di surau aku.  Ada yang mahu ustaz itu teruskan kuliah dan ada yang mahu ustaz itu diberhentikan.  Pegawai tauliah JAIS sudah bersurah bahawa jika ada nama2 ustaz itu dalam senarai kuliah, maka surau itu akan dipantau atau tidak dibenarkan membuat sebarang kuliah lagi.  Aku juga memberikan pendapat.  Jika kuliah surau dibatalkan, maka menjadi tanggungjawab Pegawai Tauliah JAIS itu menggantikan kuliah yang ditiadakan.  Jemaah surau memerlukan santapan minda hampir setiap malam, walaupun sekadar mendengar dan bersandar di dinding.

Menjawab dengan Jemaah surau juga memberikan tekanan yang luar biasa. Kutipan sedekah masa Jumaat yang banyak memberikan peluang untuk memanggil ustaz2 yang terkenal tetapi keadaan sensitif yang dikenakan oleh Pegawai JAIS membuat surau berfikir banyak kali.  Ustaz2 yang bersyarah tentang munakahat dan muamalat mendapat tempat dan rasa2 semua jemaah terasa ingin bernikah lagi selepas mendengar kuliah. Bercerita tentang masalah untuk kahwin dua lebih utama dari perkara2 sensitif lain. Tentang syiah, tentang wahabi atau Shariah dalam Islam susah mendapat tempat sekarang ini kerana isu sensitif.

Setelah mendengar kuliah munakahat yang banyak, aku terasa mahu menjadi juru nikah. Kemungkinan pekerjaan ini boleh menjadi komersial jika diperhalusi dengan sistem marketing yang betul. Penerapan nilai2 hipster dan iklan yang baik, memastikan permintaan tinggi untuk juru nikah. Peluang ini bukan seperti untuk memberi kuliah atau ceramah tentang masalah keluarga tetapi khutbah untuk mengeratkan hubungan suami isteri dan ceramah ini lebih kurang sama sahaja. Kemungkinan boleh dimasukkan elemen2 kasih sayang cinta agung maka jurunikah dilihat lebih hispter dari pengantin. Boleh difikirkan.

Thursday, December 31, 2015

Tahun 2015

Di Stesyen Metro, Paveletskaya, Moscow
Apa yang berlaku pada tahun 2015 pasti berlalu tidak boleh berundur. Tiada yang boleh diulang kecuali perkara2 yang tidak habis dibincang atau memang sentiasa menjadi cerita hangat.

Aku sendiri

Aku 45 tahun. Tahun ini menjadi satu titik beza bagi aku kerana tahun ini aku dapat ke Moscow Russia pada bulan Ogos dahulu.  Musim panas yang pasti seronok dilawati.  Aku bekerja bukan berehat selama 8 malam di Moscow sambil melihat tempat orang. Dan cerita ke Russia ini mungkin akan bersambung fasa baharu jika aku pergi ke sana pada tahun 2016.

Cuti2

Tahun ini kami sekeluarga bercuti banyak di Malaysia Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Penang pada akhir tahun 2015.  Bulan March 2015, kami sekeluarga juga ke Jakarta cuti penggal pertama sekolah. Kami juga naik bas Hop Out Hop In Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk melihat tempat percutian di Kuala Lumpur dan di Penang.

Isteri

Masih seperti dahulu dan aku terus merindui bila berjauhan.  Masak makin sedap dan berat badan aku naik tak terjaga. Bijak berkeluarga dan berkorban untuk aku bila2 masa.  Makanan baru terus dicuba buat.  Kadang2 jadi dan kadang2 aku tengok je.


Anak2

Nabil sudah habis tahun 4 dan akan menjadi Pengawas Pusat Sumber 2016.  Aqila pula naik ke tahun 2 dan Aniq sudah mendaftar ke tadika.  Aalia masih seronok untuk tidur dengan aku dan isteri. Anak2 sudah pandai merajuk bila tidak dapat apa yang mereka hendak.  Masih mendengar kata dan Nabil cuba solat penuh dan selalu gagal.

Kerja

Aku masih bekerja dengan syarikat yang sama seperti tahun2 dahulu.  Ini adalah tahun ke 5.  Masih membuat benda2 sama. Agak senang tanpa gangguan. 

Politik

Tahun yang gagal bagi aku.  Ada cerita RM2.6 billion masuk dalam akaun orang yang paling berkuasa di Malaysia dan bantahan tidak dilayan atau diperkecilkan cerita.  Cerita mengganggu juga apabila beberapa orang penting PAS keluar dan menubuhkan Parti Amanah.  Dan paling mengganggu fikiran juga bila PAS diceritakan seperti akan bergabung dengan UMNO. 

Kesihatan

Full check up buat pada bulan November 2015, BP ok di 110/70, ECG normal, Kidney tak de masalah dan Liver ok.  Diberitahu juga bahawa urik asid dan kolesterol berada dalam keadaan tinggi. Dinasihatkan mengambil ubat secara tegar harian malam dan pagi.  Kadang2 aku ingat kadang2 aku lupa.

Ekonomi

Tahun yang tidak menunjukkan prestasi apa2.  Kita kena sendiri mencipta bonus.  Syarikat tidak membayar bonus dan kenaikan gaji yang agak minima.  Harga barang naik dan cerita GST yang menyemakkan. Untuk mendaftar anak pada hujung tahun, ibubapa mesti mengumpul duit atau akhirnya meminjam adik beradik.

Blogging

Sudah memasuki fasa baru dimana Dunia Firdaus sudah mencapai angka 100,000 pengunjung. Mereka membaca atau tidak, tidak diketahui tetapi beberapa maklumat penting seperti tulisan yang paling banyak dibaca adalah Gaji di Bank.  Dan post paling popular tahun ini adalah Surat Tawaran Haji.





Tuesday, December 15, 2015

Dilema Tudung


Kita biasa dengar tentang kemarahan orang tentang majikan menyuruh pekerja membuka tudung untuk bekerja dengan mereka.  Dan baru2 ini cerita tentang jururawat swasta yang diarahkan berhenti kerana tidak mahu memakai seragam hospital swasta yang berlengan pendek. Marah dan memang menimbulkan kemarahan pada Muslim.


Cerita ini juga membuatkan aku teringat ketika aku bersama dengan Bank Muamalat (M) Bhd sekitar tahun 2006 - 2010.  Ketika itu aku selalu dipanggil untuk menemuduga bakal pekerja2 baru.  Sekitar 8 - 12 orang akan aku temuduga dan bermacam2 perangai yang akan aku simpulkan.  Dan ini berkaitan dengan cara pemakaian untuk Bank Mualamat (M) Bhd.

Ada satu ketika, seorang pemohon gadis bertanya tentang status pemakaian yang perlu dipakai. Gadis ini berbaju kurung tetapi tidak bertudung. Dia bertanya "Bolehkan saya tidak bertudung nanti bila bekerja" .  Aku dengan tegas memberitahu bahawa bertudung untuk institusi Bank berimej Islam ini mestilah wajib.  Dia mengeluh kerana berdasarkan pengalaman bekerja di bank dahulu dia adalah pemohon paling layak untuk jawatan itu.  Aku memujuk dan gadis itu bersetuju tetapi dia bertanya lagi "Kalau diluar waktu pejabat bagaimana Encik?" Aku diam tersenyum.  Mungkin Allah hanya ada di dalam bank ini sahaja.

Aku ingin marah seperti orang marah bila bertudung disuruh buka.  Dan majikan ini pula terbalik. Orang tak bertudung diminta bertudung tetapi minta diskaun untuk tidak bertudung.  Dan aku tidak pelik perkara ini berlaku.  Jangan marah terus.  Aku pernah melihat pekerja2 Bank aku ini juga buka tudung2 mereka bila habis waktu kerja.  Adakah ini baju seragam bentuknya?  

Adakah tudung ini hak persendirian?  Cuba kita lihat orang bekerja di Mc Donald atau KFC atau A&W dan majikan mengarahkan semua yang bekerja memakai topi.  Arahan ini diambil seperti tidak melihat kiri dan kanan.  Tiada isu agama di sini.  

Aku juga pernah bekerja di Maybank dan ada pekerja2 aku yang bertudung waktu siang dan di waktu malamnya tidak.  Bila ada hari keramaian kadang2 aku sendiri tidak kenal yang rambut berwarna jingga itu adalah salah seorang pekerja aku.  



Sunday, November 29, 2015

Mari Berwakaf Al Quran


Pada salah satu malam di Taman Bukit Subang, selepas Kuliah Fiqh yang diperdengarkan oleh seorang Ustaz muda, seorang lelaki berdiri mohon laluan.  Dia memberitahu bahawa beliau berasal dari Johor dan mempunyai 8 orang anak.  Dari cara beliau membuka bicara, kami sekariah pasti sudah biasa dengan pemohonan bantuan yang selalu datang ini.  Tetapi kali ini pelik sedikit penerangan yang diberikan oleh lelaki berdiri itu.

Dia memberitahu bahawa beliau mempunyai kesemua anak yang buta.  Subhanallah kuasa Allah SWT tidak kita ketahui hikmah disebaliknya.  Beliau menyambung cerita bahawa kesemua anak2 beliau membaca Al Quran dan salah seorang dari mereka sudah hafiz Al Quran.  MasyaAllah kurnia Allah siapa yang tahu.  Beliau menyambung lagi bahawa sekarang anak yang keempat pula memerlukan Al Quran Braile untuk bacaan harian dan hafalan mereka.  Beliau memohon bantuan dari pihak kariah kami untuk mewakafkan Al Quran Braile untuk anak beliau.  Beliau memberitahu anak2 beliau akan menghafal Al Quran dan pahala itu kembali kepada sesiapa yang mewakafkan untuk anak beliau.

Al Quran Braile itu di letakkan di belakang kawasan umum dengan 6 jilid dan setiap jilid setebal 3 inci dan Al Quran Braile ini pasti untuk orang2 yang buta membaca dan menghafal.  Lelaki berdiri itu menyambung lagi senaskah Al Quran atau 6 jilid Al Quran itu perlu ditempah khas dan kos membuat satu Al Quran Braile adalah RM3,200 (Tiga Ribu Dua ratus Ringgit Sahaja).

Bila bab duit itu disebut aku tersedak perlahan.  Bagaimana kita melayan orang buta Islam yang mahu belajar AL Quran?  Kita yang nampak depan belakang dan Al Quran yang banyak di rumah, surau atau masjid tidak sampai RM100 untuk senaskah Al Quran.  Wakaf Al Quran di Masjid Nabawi yang bertali kuning juga sekitar RM50 sahaja.  Bagaimana orang buta mahu timbul minat untuk membaca jika kos senaskah Al Quran boleh sampai sehingga RM3,200.

Aku tersedak lagi sendiri selepas solat terus melihat Al Quran Braile itu di belakang.  Sambil bersembang dengan lelaki yang mempunyai anak 8 orang, aku pohon nombor akaun bank jika nanti aku boleh bantu.  Melihat AL Quran Braile yang berjilid 6 itu dan perlu dibawa dengan kotak, kemungkinan harga RM3.200 terlalu tinggi untuk orang Malaysia bersimpati kepada orang buta.

Aku mencari2 cerita Al Quran Braile di internet dan membaca di KL Braille Malaysia sedang ada program mewakaf Al Quran Braille dan memberitahu disebabkan kos membuat Al Quran Braille memerlukan masa panjang dan kos yang tinggi maka wakaf diperlukan untuk membuat senaskah Al Quran Braille atau 6 jilid AL Quran adalah RM250.

Aku tersedak perlahan2 mengingatkan lelaki yang berani berdiri di surau memohon bantuan dengan senaskah AL Quran Braille berharga RM3,200.

Tuesday, July 14, 2015

Sembang Hari Raya


Topik untuk bersembang hari raya

  1. Sistem pendidikan sekarang
  2. Belanja duit budak2 belajar sekarang
  3. IMDB
  4. Najib
  5. Rosmah Mansor
  6. Mengerjakan Haji
  7. GST
  8. Kereta sekarang apa?
  9. Keputusan peperiksaan anak2 
  10. Kerja
  11. Dah dapat kerja?
  12. Kipidap
  13. Sultan Melaka
  14. Dubsmash
  15. Cerita Korea Baru
  16. Duit masuk Akaun
  17. Filem Baru
  18. Lagu Raya
  19. Beli ke buat kueh raya?
  20. Tukar Langsir tak?
  21. Rumah baru cat
  22. Kena saman bawa kereta laju
  23. Jalan jem
  24. Akaun masuk RM2 juta
  25. Akaun dah tutup
  26. Kenapa Ambank
  27. Phone baru ke?
  28. Duit raya baru ke recycle?
  29. Kenapa mamat tu selalu buat polis repot?
  30. Dulu selalu ada sarkis?
  31. Berat badan turun tak?
  32. Jubah baru wei
  33. Minyak attar
  34. Hasan Malek
  35. Baju Rozita Che Wan

Monday, June 30, 2014

Revolusi Beratur di Bank

Aku mula beratur bila mak aku mengandungkan aku.  Mungkin mak aku kena beratur untuk diperiksa di klinik kerajaan dulu.  Aku terus beratur hampir ke mana2.  Ini adalah peradaban yang dituntut dan ia nampak baik pada bila2 masa.  Beratur ketika menunggu bas, beratur untuk mendapatkan sesuatu bantuan atau beratur kerana kesesakan jalanraya.

Selama 20 tahun aku bekerja bank, revolusi beratur juga mengalami perubahan dan anjakan paradigm tersendiri.

1989 - Sistem beratur adalah beratur selagi cukup tanah bagi aku.  Orang2 akan beratur sehingga keluar dari pejabat bank walaupun kadang2 bank belum buka lagi.  Dan sistem ini nampak ikhlas pada waktu itu kerana semua orang akan nampak siapa yang lambat dan ramai2 menegur atau biasanya marah. Bila pintu dibuka dikaunter2 yang berkenaan akan penuh orang beratur.  Kebanyakan kaunter untuk mengeluarkan duit adalah paling panjang beraturnya.  Mungkin adik2 pelik - pada masa itu sistem ATM adalah terlalu pelik bagi orang ramai.  Dan tidak pelik kerana sistem ini digunapakai sehingga sekarang.  Di klinik2 kerajaan yang aku lihat sehingga sekarang masih beratur hatta sebelum klinik dibuka.

1991 -  Pada ketika ini sistem beratur ditukar kepada satu sahaja.  Dimana hanya ada satu barisan dan apabila sudah selesai, juruwang akan memanggil secara manual untuk ke kaunter mereka.  Ketika ini semua transaksi boleh dilakukan pada mana2 kaunter.  Tak pelik sehingga sekarang sistem yang sama ini diguna pakai sekarang seperti ketika membeli tiket wayang di mana2 tempat canggih di Malaysia.

 1992 -  Ketika ini kerusi diperkenalkan dibank2.  Pelanggan2 akan hanya beratur di kaunter 1 untuk mendapat nombor dan boleh terus duduk.  Nombor akan dipanggil untuk dilayan.  Ketika ini kita akan melihat kebanyakan orang boleh tertidur dikerusi kerana layanan agak manual dan lama menanti boleh membosankan.  Sistem ini paling banyak digunakan sekarang tetapi lebih praktikal.

1995 - Sistem telah dinaiktaraf.  Pengawal menguasai sistem tiket pula.  Pengawal akan memberikan nombor kepada pelanggan2 mengikut apa yang dihajatinya.  Pengawal sendiri ada tempat duduk khas hanya untuk memberi tiket sambil menjaga keselamatan.  Kebanyakan pengawal2 ini berumur lebih dari 60 tahun.  

1997 - Pelangan2 tidak lagi beratur di kaunter tetapi beratur dimesin2 mengeluarkan nombor untuk dilayan.  Mesin ini hanya perlu ditekan nombor dan duduk untuk dipanggil ke kaunter berkenaan.  Sehingga sekarang beberapa bank menggunakan konsep yang sama dan kekal sebagai satu alat beratur.

2000 - Sistem tiket sudah bertukar kepada kaunter layanan mesra dimana pegawai diletakkan disitu untuk melayan dan memberikan nombor.  Tetapi konsep ini kadang2 menyebabkan orang beratur lama di situ kerana soalan2 yang tidak mampu dijawab oleh pegawai mesra itu.

2005 -  Mesin canggih tiket sudah bertukar.  Pelangan hanya perlu meletakkan kad pengenalan mereka di mesin itu dan kaunter2 akan memanggil nama pelangan dan bukan nombor lagi seperti dulu2.  Bank yang pertama aku jumpa adalah di Shah Alam, Bank Islam.  Terkejut juga aku pada waktu itu kerana rasa2 tak selalu masuk Bank Islam tetapi bank itu sudah memanggil nama aku untuk ke kaunter.  Pada ketika yang sama diberitahu juga CitiBank juga menggunakan konsep yang sama.

Dan seterusnya pengerakan revolusi beratur tidak bergerak pantas seperti dulu.  Mana2 bank hanya terlekat pada satu2 konsep kerana revolusi permodenan bank berlaku seperti internet banking dan sistem ATM yang banyak membantu mengurangkan sistem beratur ini.  Cerita ini ditulis untuk mengingatkan aku sendiri bahawa beratur itu memenatkan.


Tuesday, April 1, 2014

BOMOH

Bila kapal terbang MH370 hilang dari radar pada 8/3/2014 semua pihak bertanggungjawab bergerak ke arah Laut China Selatan sekitar lautan berdekataan Vietnam untuk mencari kawasan tempat terakhir kapal terbang itu hilang dari radar.  Semua pihak berusaha termasuk dengan seorang Bomoh.  Cerita ini sekadar sejarah untuk diingati bahawa seorang bomoh juga turun ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk membantu mencari kapal terbang yang hilang MH370.  

Pada kali pertama 10/03/2014 dia turun dia telah membawa bubu ikan dan 2 batang rotan sebagai teropong.  Habis dia bercerita tentang kapal terbang yang dinaikinya di Tawau terdapat garuda melintas.  Dia juga membawa bubu untuk diteropong dimana kapal terbang MH370 berada.  Dia memberitahu menggunakan kaedah scan bubu untuk diteropong.

Pada hari yang sama juga dia menggunakan beberapa pelancong untuk memegang bubu bagi dia meneropong untuk melihat MH370.  Bagi aku mungkin pelancong2 ini terkesima kerana biasa sambutan yang diterima di setiap negara2 berlain seperti di Hawaii diberikan bunga maka di Malaysia diberikan bubu siapa yang tahu.  Aksi ini telah ditiru pakai oleh sekumpulan sosial media untuk menyindir bomoh itu.

Selang 2 hari selepas itu walaupun telah diasak dengan Ustaz2, media sosial dan dunia tentang penggunaan bahan untuk mencari MH370, kali ini dia kembali turun ke KLIA dengan membawa labu air, kelapa, tikar payung dan bakul rotan. Aksi ini lebih 'internasional' kerana diketahui sehingga orang Jepun dan beberapa kumpulan di UK meniru aksi yang pelik ini.

Aksi ini mendapat liputan meluas sehingga dilapurkan di media Indonesia bahawa presiden Amerika Barack Obama juga menonton aksi bomoh ini.  Mungkin dia terkeliru dengan aksi ini.
Aksi ini juga tak lepas untuk ditiru oleh kumpulan sosial media dan gambar2 mereka boleh didapati di dalam mana2 sosial media.

Ketahuilah anak2 pada tahun 2014 ketika radar digunakan untuk pencarian MH370 ada manusia bernama bomoh menggunakan bahan2 yang biasa untuk mencari.  Sekadar berkongsi ingat dengan pembaca.


Friday, October 4, 2013

Hati Kering

Semalam bermesyuarat di Sphere, One World sebelah TV 3.  Sebuah syarikat dari Labuan OffShore berminat untuk menjual diri pada aku.  Cerita yang berbagai2.  Tentang cukai, tentang duit masuk dan keluar, tentang komisen dan tentang perempuan2 di Labuan.  Bertemu muka dengan beberapa ahli perniagaan yang berjenama Dato dan Tan Sri ini kadang2 memualkan aku.  Di lounge ketika itu berkumandang lagu2 yang tenang tetapi bagi aku tidak senang untuk bercerita. Sekali sekala datang pelayan yang blouse yang dipakai dibelah sehingga paha.  Semua orang Filipino.  Dan aku ashik tersenyum bila mereka hadir kerana yang paling muda di meja ketika itu hanya aku.  Yang lain tua liar seperti baru pertama kali keluar malam.  

Perniagaan yang satu ini seperti meletakkan semua telor dalam satu bakul.  Kalau goyang kuat pecah semuanya kata Warren Buffet.  Duit yang dimahukan mereka sekitar RM10 juta dan akan diniagakan seperti duit mereka sendiri.  Setiap keuntungan akan disalurkan balik ke syarikat aku tanpa masalah dan tiada cukai. Betul ke ini boleh berlaku.  Boleh.

Dan kami berempat hanya benar2 bercerita tentang perniagaan tidak lebih dari 5 minit.  Selain dari itu, hanya berceloteh tentang perempuan yang lebih universal dari yang di Malaysia.  Ini adalah rempah ratus bercerita, mesti pandai bercerita untuk memberi minat orang mendengar.  Bermula dengan politik, ditengah2 cerita perempuan dan di akhirnya cerita keluarga. 

Aku terasa seperti tidak berhati kering seperti mereka.  Ada yang sudah pasang 2 dan ada yang sudah bercerai 2 kali.  Aku hanya beritahu kalau nak tambah satu lagi hati kena kering dan aku tak ada ilmu hendak jadi hati kering.  Contoh yang selalu aku cerita dengan kawan, 2 isteri dan setiap isteri ada anak2.  Isteri telefon suami pada hari bukan giliran "Abang, anak sakit ni!" Si suami dengan tenang "Awak hantar kat klinik la, saya giliran rumah ni pulak".  Kalau aku, anak menangis tengah malam pun aku terjaga dan tolong dodoi anak sampai tidur dan kalau begitu bagaimana nak buat hati kering.

Lounge sudah tenang tanpa nyanyian lagi.  Aku sudah penat dan waktu sudah hampir 12 malam.  Dan aku buat2 menguap dan minta diri.

Wednesday, October 2, 2013

Menangis Korban

Korban kali ini disertai lebih dari 40 orang dengan lebih dari 20 ekor lembu dan 3 ekor kambing.  Mewah semewahnya.  Dan beberapa ahli jamaah masjid satu ini, membuat korban di Kemboja.  Dan hari membantai atau hari sembelih lembu pun bermula.  Pada hari2 Tasrik atau di Mekah sekarang ini sedang orang yang menunaikan haji akan ke Mina untuk melontar jamrah - kita disini boleh lagi berkorban pada hari2 tersebut.  Maka seekor demi seekor tumbang.  Setiap yang berkorban menonton sendiri lembu yang mereka korban dan berlalu sehingga ke akhirnya.  Satu keluarga masih menunggu di sekitar khemah tempat sembelih dan bertanyakan tentang lembu mereka.  Si anak bertanya dengan ustaz surau di mana lembu yang ayah mereka korbankan kerana tiada di panggil sejak pagi tadi.  Ustaz yang agak keletihan kerana seorang sahaja yang bertanggungjawab menyembelih memanggil Tok Siak untuk menyiasat tentang kehilangan lembu yang seekor ini.  

Keluarga yang agak besar dengan 5 orang anak dan cucu2 yang sedang membesar.  Mereka menunggu jawapan dari ustaz surau yang agak pening untuk menjawab persoalan.  Harga lembu kali ini sudah beberapa kali naik dari beberapa tahun - dari RM2,400 sehingga RM3,400 seekor.  Bapa mereka telah membuat korban seekor lembu.  Penantian untuk jawapan hadir apabila persoalan tentang korban terjawab.  Exco pemuda surau membawa senarai korban dan memberitahu bahawa memang bapa mereka berkorban tahun ini tetapi korban yang dibuat adalah di Kemboja.  Maka lembu yang ditunggu memang tiada di surau pada hari Aidil Adha itu.  Semua anak2 terkilan dan termanggu - bapa mereka sudah tiada di surau kerana berjalan perlahan balik ke rumah.

Wednesday, June 19, 2013

Revolusi Makan

Bukan cepat sekarang mahu makan.  Setiap kali berada di restoran, si isteri kena check in dahulu.  Kalau biasa kita tahu check in hanya di Hotel2 sahaja.  Bila sudah check in, makanan diminta.  Sebelum makanan sampai permainan memenuhi sekitar perbualan. "Dah level berapa" atau "Games tu dah download".  Minum sampai "Nanti dulu nak Insta dulu".  Senyum dan Instagram merekod.  Makanan pun sampai.  Disusun elok2 dan diminta update status "Kami makan dulu" dalam FB.  Semua makanan tidak boleh diusik sehingga sudah diupload dalam FB.  Disusun menggunakan picture grid.  Sesudah makan 'Ok nak ambil gambar pinggan kosong".  Hantar gambar pada group Whatsapp dan Viber.  Sembang tidak berbunyi hanya sekali2 loceng telefon berbunyi dan berchat sehingga hendak balik.  Bila bayar "Abang bayar la, makan banyak".

Wednesday, March 13, 2013

Video Tragedi Lahad Datu

Tragedi Lahad Datu tentang pencerobohan tentera Sultan Sulu Kiram III, akan dibuat video untuk tatapan pelajar2 semasa program LPPKN.  Sesuai atau tidak ini adalah satu cadangan.  Ketika ini penceroboh2 masih dicari dan dilapurkan sudah melebihi 60 orang penceroboh sudah dihapuskan.  Idea untuk menayang video ini ketika program LPPKN nanti adalah untuk meningkatkan semangat patriotik kepada negara.  Penduduk Malaysia sekarang ini sebenarnya hanya mendapat maklumat dari satu pihak sahaja itupun melalui sidang akhbar seperti artis menjawab soalan.  Ini sebenarnya tidak mencukupi kerana penduduk Malaysia yang suka ambil tahu tentang negara nampak lebih patriotik kalau mahu tahu yang sebenarnya.  Wartawan tidak dibenarkan terlibat dalam Ops Daulat ini mungkin kerana bahaya tetapi sejarah mesti dirakam dan menjadi sesuatu untuk dibincang di masa akan datang.  Hatta perang2 yang besar seperti pembunuhan Osama Bin Laden, penangkapan Saddam Hussein atau rusuhan di Dataran Tahrir dibuat video untuk menjawab persoalan rakyat.  Beruntung kepada pelajar LPPKN kerana dapat melihat video dan mungkin bersemangat selepas itu. 

Thursday, February 14, 2013

Kon depan Maybank Sek. 14, Shah Alam

Perjalanan hari2 aku lebih kurang sama.  Bangkit pagi, siapkan anak2, hantar anak ke sekolah dan hantar isteri ke tempat kerja.  Selesai ini aku pula akan ke tempat kerja.  Tetapi hari2 yang sama juga aku nampak benda tidak berapa pandai berlaku depan mata.  Ini memang menyakitkan hati dan kadang2 aku rasa nak maki sahaja.  

Sekitar lampu merah di Seksyen 14 Shah Alam, depan Maybank memandang ke arah MBSA akan di bubuh kon2 untuk mengelakkan orang memakir kereta.  Dan perbuatan ini dilakukan hampir setiap hari tanpa memikirkan bahawa jalan yang di buat adalah untuk membenarkan jalan bukan untuk disekat2.  Pekerja2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan datang seawal 8.30 am dan membawa kon2 untuk menyekat jalan yang paling kiri kemungkinan untuk mengelakkan orang memakir kereta di situ walaupun tanda tidak boleh memakir telah lama dipasang.

Jalan di situ sebenarnya ada 3 saliran. Yang kiri ditutup maka tinggal 2 jalan.  Arah yang datang untuk ke Maybank itu adalah dari Hotel Bluewave, dari masjid Shah Alam dan dari stesyen bas di belakang Maybank.  Apabila jalan di kiri sekali ditutup maka perjalanan kereta dari stesyen bas akan tersekat2.  Maka MBSA secara ramainya berfikir iaitu jalan terbaik (dari ladang lah ni) adalah menutup jalan itu supaya tiada kereta yang memakir menyekat perjalanan.  

Dan aku yang hari2 lalu disitu untuk menghantar isteri ke kerja akan melihat benda2 yang diulang sebagai tidak pandai.  Kerja yang MBSA buat itu iaitu meletak kon dan mengemas kon pada petangnya adalah kerja tidak pandai.  Kalau mereka terus berfikir secara (dari ladang lagi) penuhkan jalan kiri itu dengan pasu2 bunga atau tutup terus jalan yang paling kiri.

Aku bukan marah kalau orang tidak pandai tetapi kalau ramai2 tidak pandai memang menyusahkan orang ramai. Mereka mungkin letih untuk menyaman kenderaan yang diletak disitu atau idea datang dari orang atasan yang tidak boleh disanggah.  Cuba berfikir sejenak, jalan ini dibina untuk menyenangkan perjalanan bukan satu hari kita terfikir untuk menyekatnya pula.

Thursday, January 17, 2013

Tak Boleh Masak

Turun2 di Lapangan Terbang India di New Delhi. Aku mencari2 teksi di sekitar tempat pakir yang luas.  Ada tanda2 yang menjadi ingatan aku sehingga sekarang.  Salah satu tanda iaitu "No Cooking".  Aku tersenyum kerana ia diletakkan bersama "No Trespassing".  Kenapa tanda begitu diletakkan dikawasan pakir Lapangan Terbang Delhi menjadi persoalan.  Melihat2 kawasan yang luas begitu aku melihat beberapa orang memasang khemah sekitar tempat berumput.  Aku diberitahu mereka ini seperti orang2 nomad iaitu orang yang tidak berumah dan mereka akan berkhemah dimana2 yang mereka rasa boleh.  Tanda "No Cooking" iaitu terpaksa dinaikkan kerana penguatkuasa takut ia akan menyebabkan kebakaran yang besar atau mengganggu perjalanan kapal terbang turun dan naik.  Berbagai reaksi aku dan tersenyum berfikir sejenak.  Disebabkan banyak yang memasak disini maka tanda tersebut terpaksa dinaikkan.  Terlalu praktikal.

Sunday, January 13, 2013

Mesyuarat di Singapura

Pada 08/01/2013, tergesa2 aku ke Lapangan Terbang Subang.  Penerbangan hari ini pada pukul 9.40 pagi dengan Firefly terus ke Singapura.  Kepala pening dengan kesesakan lalu lintas pagi menuju ke Lapangan Terbang Subang reda bila tiba dengan selamat.  Ada sejam lagi dari kapal terbang akan berlepas.  Aku minum pagi di sana dengan donut dan air kopi.  Bukan kopi biasa tapi yang trendy di Big Apple (Donut and Coffee).  Dan masa berlepas dengan kapal terbang yang kecil ini memang boleh membuat aku muntah.  Duduk disebelah seorang India Muslim yang 2 kali lebih besar dari aku.  Aku rasa Firefly kena timbang orang ini dulu sebelum bagi dia masuk dalam kapal terbang.  Tiba di Singapura sekitar 10.40.  Kepala terus pening.  Mungkin disebabkan dah lama tak naik kapal terbang kecil.  Mesyuarat pun bermula sekitar 11 pagi.  Ia seperti lari maraton sehingga pukul 3 baru mesyuarat habis.  Dan makan tengahari yang sudah nampak petangnya disebelah bangunan yang aku bermesyuarat.  Yang aku nampak seperti bangunan OUB (salah satu bank terbesar di Singapura).  Makan sehingga 3.30 petang dan aku memberitahu yang kapal terbang aku pukul 5 petang.  Mereka mengatakan selepas ini terpaksa terus ke Lapangan Terbang Changi.  Dan aku terus bersama pemandu yang diberikan bergegas ke Lapangan Terbang Changi.  Pukul 4 aku sampai di situ dan terus dihebahkan bahawa pintu berlepas akan ditutup pada pukul 4.15 petang.  Aku pelik kerana kalau di Lapangan Terbang Subang tadi aku hanya memerlukan 10 minit untuk berada di dalam kapal terbang tetapi disini - 45 minit.  Duduk didalam kapal terbang aku mencari sebab kenapa awal berada dalam kapal terbang ini.  Aku melihat setiap kapal terbang beratur untuk berlepas dan melihat kapal terbang turun pada landasan yang sama.  Itu lah jawapan kenapa aku perlu ada awal di dalam kapal terbang.  Mereka hanya ada satu landasan.  Pening aku berada dalam kapal tidak habis sehingga sampai pada pukul 6.20 petang di Lapangan Terbang Subang.  Perjalanan ke Singapura adalah yang pertama bagi aku dan aku hanya melihat bangunan yang aku tak kenal dan kawasan yang hanya sekejap untuk aku faham.

Tua di Singapura

Makan sebentar di Hong Kong Street di Singapura menimbulkan berbagai andaian.  Aku melihat beberapa orang tua masih menjadi pelayan, mengutip  barang2 yang dikitar semula, menjadi pelayan di Mc Donald.  Ini adalah sesuatu yang baru bagi aku di kala Singapura dikategorikan sebagai negara yang pendapatan per kapita yang sangat tinggi.  Susah rasanya aku ingin melihat seorang berumur 60 mengambil pesanan di kaunter Mc Donald. Aku melihat dan menilai.  Ini juga akan berlaku di Malaysia jika rakyat tidak tegas menghadapi hari2 tua yang sebegini.  Mereka ini masih mengomel benda2 yang sama dengan kita iaitu mahal.  Semua barang mahal dan disebabkan benda ini kehidupan sebagai pekerja terpaksa diteruskan walaupun ketika itu sudah tidak larat lagi.  Kebajikan orang2 tua perlu dijaga dan aku melihat dan bertanya beberapa orang, mereka mengiakan dan berkata gaji yang anak2 dapat tidak mungkin dapat menyokong kehidupan ibubapa mereka.  Mahal adalah satu yang sangat berkait rapat dengan ekonomi.  Ekonomi meningkat, pendapatan meningkat, gaji besar maka barang2 perlu juga naik tanpa segan.  Di beberapa negara maju, contoh Australia, orang2 tua diberikan sara hidup sebanyak AUD400 setiap bulan.  Dengan duit ini mereka dapat tidur, makan dan berpakaian dengan mudah.  Kalau suami isteri maka mereka dapat mengumpulkan pendapatan isi rumah sebanyak AUD800.  Di Malaysia pinjaman perumahan sudah mencapai sehingga umur 75 tahun.  Maka berjaga2lah untuk sentiasa sihat untuk bekerja sehingga masa itu untuk membayar hutang. 

Thursday, August 9, 2012

Sup Gearbox

Sup gear box sudah banyak ada di pasaran.  Apabila bulan Ramadhan tiba, sup ini tiba2 melimpah2 banyak di pasaran.  Kalau aku berjalan sekitar Pasar Ramadhan (Param) di Stadium Shah Alam, kelibat sup gearbox ini pasti ada di setiap sudut. "Berapa kuat kena sedut bang?" tanya aku pada penjual sup yang nampak berehat menunggu peminat2 sup.  Jam baru mencecah pukul 5.30 pm.  Suasana sibuk belum tiba.  Mungkin kesesakan di KL mengurangkan kedatangan orang ke Param hari ini. Malas hendak layan kerenah aku " Kita bagi straw free bang" dia menjawab.  Aku tidak terlalu suka dengan sup gearbox ini yang datang dari kepala lutut lembu ini.  Melihat pada tulang2 di atas meja penjual, aku rasa 20 ekor lembu tumbang memberi lutut masing2.  Kesedapan sup gearbox adalah bila dapat menyedut sesuatu dari dalam tulang dan ini adalah sum sum tulang lembu dan tiada beza pada kita manusia.  Sum sum tulang lembu ini berwarna putih dan kadang2 berwarna krim keputihan.  Benda ini jarang kita lihat orang selain orang Malaysia.  Harga selutut boleh mencecah sekitar RM8 - RM12 dan selalunya sebelum beli, orang akan mengintai2 ke dalam tulang untuk melihat benda untuk disedut. Slurppppppp.  Memang lain kalau berbuka dengan sup gearbox ini macam BARBARIAN.

Thursday, July 26, 2012

Biryani Kambing

Rasa2 sudah 3 kali aku makan biryani kambing dalam masa 6 hari puasa ini.  Masih mencari yang paling sedap dan 3 kali makan terdahulu masih tidak mencapai makna kambing itu.  Makan biryani ini memastikan kita kenyang sehingga sahur.  Kadang2 terlalu kenyang waktu hendak berIsyak dan berterawih malam itu.  Aku mencari biryani kambing ini bukan kerana lapar sesangat tetapi sebab memang suka.  Tekstur daging kambing yang semacam dan rasa kuah yang berulit dengan daging memang kena dengan selera aku.  Kalau boleh di hidang dengan tulang sekali.  Kalau seketul daging yang agak besar kadang2 boleh menjemukan.  Tulang2 yang berselit daging memberikan keistimewaan tersendiri. Mencuba 3 jenis biryani kambing sekitar Bazar Ramadhan di Stadium Shah memberikan aku berbagai pandangan.  Lembut, keras, liat, bersama telor, tak ada kuah, ada acar buah dan harga yang berbagai.  Tetapi yang aku perasan harga pada tahun ini lebih rendah dari tahun lepas.  Biryani kambing yang paling mahal di Stadium Shah Alam adalah RM8.  Kalau ada yang meletakkan harga lebih mahal mungkin kurang orang yang datang.  Harga memainkan peranan sekarang.  Kalau rajin pergi sekitar dan saksikan biryani boleh didapati serendah RM6 di Shah Alam berlaukkan ayam.  Nasi Biryani ada berbagai jenis di sana - Biryani Gam Johor, Biryani Kelantan dan Biryani Biasa.  Masa aku tulis ini pun teringat dengan semua biryani2 ini.  Dan yang paling aku traumakan ejaannya beriani, biryani atau berani.  Selamat Berbuka Puasa.

Sunday, April 22, 2012

Mari Berkhemah

Antara benda awal aku beli selepas duit gaji yang pertama dulu adalah khemah.  Entah mimpi mana yang aku dapat, tiba2 khemah yang aku beli.  Harga lebih kurang RM29 sahaja dan boleh muat 4 orang.  Maka khemah yang satu ini aku pakai semahunya. Port Dickson, Bagan Lalang, Air Terjun Lata Kijang pun sudah menjadi saksi khemah yang satu ini sudah berumah di sana.  Bukan aku sahaja sudah bermalam didalam khemah ini, mak mertua aku juga sudah berehat di dalam khemah yang sama.  Bersantai sekeluarga dan khemah ini banyak membantu dari hujan dan panas.

Bila berkhemah di Dataran Merdeka sudah masuk seminggu, ini terlalu pelik.  Cerita mereka yang mudah diselesaikan menjadi satu cerita besar yang nampak seperti satu kerajaan kena berbincang.  Pinjaman PTPTN minta dihapuskan oleh pelajar2 dan mereka berkhemah hanya memenuhkan protes yang sama.  2 malam sudah nampak impak dan apabila mereka diserang dengan 40 orang gangster dan dirakam video dan dipancar dalam MSN Yahoo maka cerita mereka ini tidak lagi mudah.  Kenapa perlu diserang mereka ini? Hanya DBKL sahaja yang berurusan dengan mereka.  

Aku melihat cerita mereka ini sebijik macam cerita India dari India.  Cuba tonton cerita hindustan "Pepli Live".  Gangster akan membuat ugutan jika diteruskan dan ada orang mendapat untung dari protes yang dibuat.  Aku juga pernah dengar cerita2 dalam di Syria.  Kerana terlalu marah dengan budak2 muda yang berprotes setahun dulu, beberapa orang telah ditangkap oleh sesiapa yang tidak diketahui.  Dalam beberapa hari mereka dihantar ke rumah masing2 dalam keadaan mata dicongkil. Adakah ini memberi ketakutan kepada orang2 muda yang lain?  Rupa2nya cerita congkil ini menambah kekuatan yang berbeza untuk terus protes.

Cerita berkhemah sekarang bukan lagi cerita kecil.  Satu dunia melihat video MSN itu dimana budak2 diserang maka yang pasti khemah akan bertambah.  Khemah sekarang ini bukan lagi untuk bersantai tetapi satu protes yang sudah nampak besar.

Saturday, April 7, 2012

GEMUK dan Kaya

Budak gemuk ini hanya berumur 19 ketika menggemparkan UK Billboard. Album pertama bertajuk 19. Budak gemuk ini juga membuat satu kejutan bila album kedua ketika berumur 21 dan dinamakan Adele 21.  Album ini telah direkodkan sebagai album sepanjang masa mengalahkan nama2 besar sebelum ini seperti Micheal Jackson, Beatles atau Madonna.  Budak gemuk ini juga pada Grammy Award 2012 mendapat 6 Grammy Award yang paling utama seperti Album for the Year, Song for the Year dan Record for the Year.  Budak gemuk ini bukan sebarang gemuk.  Hanya boleh jumpa di kurun ini sahaja. 
Aku memang teruja bila dengar lagu 'Rolling in the Deep' sebagai lagu untuk tahun ini.  Video lagu ini di Youtube ditonton pada masa aku tengok sebanyak 273,878,528 dan kalau di kira orang mungkin 10% penduduk dunia sudah kenal siapa Adele.  Aku lebih terpegun bila dia nyanyi secara 'live' kerana terikut dengan lentuk nyanyi dan maksud. Peluang melebarkan sayap ke Amerika dan muncul di Saturday Night Show telah menambah popularkan budak gemuk ini.  Siapa kata gemuk tidak boleh kumpul duit.  Yang pasti sekarang poket gemuk Adele ini paling penting. 



Friday, April 6, 2012

Tak Pelik

Cerita perihal kahwin.  Pelik tapi benar.  Seorang bekas dekan, universiti lagi.  Dan mengikut rekod benar, ini adalah perkahwinan beliau yang ke 3 kali dan isteri yang ke 3.  Nampak hebat dan ini berlaku pada tahun 2009.  Tetapi pada tahun 2010 baru dia sedar 'isteri' yang dikahwin dulu dalam tahun 2009 adalah seorang lelaki.  Bagaimana cara hendak memeriksa jantina pengantin? Mungkin cerita dalam selimut ini tidak boleh diwar2kan secara bebas kerana terpaksa diberi kelas 18SX.  Persoalan mungkin timbul cara bagaimana bekas dekan ini berjumpa dengan 'isteri' ke 3 beliau.  Bagaimana dia mengorat 'isteri' ke 3 ini? Bagaimana dia berjaya mengumpul 3 isteri sekali gus.  Kehebatan mengorat dia mungkin tidak dapat membezakan lelaki atau perempuan.  Bagaimana cara perkahwinan ini dilakukan? Di dalam negara atau di luar? Aku cuma meraikan waktu2 hujan pagi dengan cerita2 kahwin pelik ini.  Orang pandai tak selalu pandai pada semua tempat.