Yang selalu jengok

Showing posts with label Bank. Show all posts
Showing posts with label Bank. Show all posts

Wednesday, July 8, 2015

Cerita Pengurus Bank


Menjadi Pengurus Bank adalah impian setiap pekerja bank. Melihat mereka kononnya membawa kereta2 mewah dan diberi kelonggaran waktu bekerja kadang2 boleh menjadi mimpi indah budak2 yang baru masuk ke cawangan. Pengurus Bank (cawangan) hanya terdapat jika Bank itu mempunyai cawangan. Jika banyak cawangan maka banyaklah pengurus banknya.  

Kali ini saya akan bercerita tentang Pengurus Bank yang harus pandai menguasai persekitarannya. Pengurus Bank yang bagus pasti dikenali hanpir kesemua orang disesuatu kawasan. Contoh jika di Perlis, cuma ada satu cawangan maka Pengurus Bank itu pasti dikenali hampir kesemua orang di Perlis.  Jika disebut siapa Pengurus Maybank Kangar pada satu ketika dahulu ketika Maybank hanya ada satu di Perlis iaitu di Kangar, pasti nama boleh disebut oleh orang ramai.  Pengurus Kangar pada satu ketika dahulu bagi aku adalah Pengurus Negeri.

Aku menjadi Pengurus Bank di kawasan yang terdapat banyak cawangan iaitu di Selangor.  Dan kalau difokuskan ia adalah di Shah Alam. Di Shah Alam sahaja sudah ada 2 cawangan. Pengurus2 Bank yang banyak sepatutnya mengambil langkah berbeza dari cawangan2 di Negeri. Aku mesti berkenalan dengan Ketua Polis Daerah, mesti kenal dengan SUK negeri, berjumpa selalu dengan Ahli Dewan Negeri atau kenal dengan ketua Bomba.  Bukan setakat itu, semua ahli perniagaan sekitar kita perlu dikenali. Peguam, mahkamah dan Masjid mesti dilawati untuk berkenalan. Kerja lebihan ini tidak terdapat dalam skop standard prosedur pekerjaan tetapi mesti dihadam kemas untuk menjadi Pengurus Bank yang bagus.

Dan aku selalunya  suka bercerita tentang seorang Pengurus Bank yang boleh menahan kapal terbang dari berangkat.  Pelik.  Jadual di tunda kerana disebabkan seorang Pengurus Bank.  

Pada satu ketika, pengurusan besar Bank datang melawat kawasan di Kota Kinabalu.  Setelah habis lawatan, penerbangan untuk kembali ke Semenanjung hanya kira2 20 minit sahaja sebelum penerbangan.  Jika melalui jadual normal maka pengurusan besar Bank pasti tidak dapat naik kapal terbang tersebut atau disekat dari masuk ke balai menungu. Tetapi Pengurus Bank Kota Kinabalu ini tahu menguasai persekitarannya. Dia telah menalifon orang dalam di Lapangan Terbang dan memohon tunda jadual penerbangan. Dan pengurusan besar Bank dapat menaiki kapal terbang tanpa perlu menunda ke kapal terbang yang lain.

Tuesday, July 7, 2015

Nak kenal Pekerja Bank


Sebagai pekerja bank, malu tidak berasas sepatutnya tidak ada dalam kamus harian mereka.  Kalau dari 10 orang yang kita jumpa, mungkin 9 terlibat secara lansung dengan bank.  Menyimpan duit, meminjam duit, hutang kereta, hutang rumah atau pernah masuk bank atau ada kredit kad.

Pekerja bank selalu boleh bersembang dengan mudah dengan memperkenalkan diri pada sesiapa sebagai pegawai bank.  Pekerja bank boleh memperkenalkan diri sebagai pemudah cara untuk meminjam duit.  Beritahu kepada masyarakat apa produk baru bank dan bagaimana kos dikenakan jika mengeluarkan duit dari ATM.  

Pekerja Bank sepatutnya tidak boleh terlalu diam dan menunggu orang bertanya "Awak kerja kat mana".  Kalau hendak berkenalan, pekerja bank mesti berbahasa dahulu "Saya kerja Bank di Subang Perdana".  Sambung perkenalan "Tahun ini raya, duit baru tidak dikeluarkan hanya recylce duit lama".  Sambung lagi "Pernah masuk bank saya"

Sebenarnya dikeliling kita, orang yang mahu berkenalan dengan pekerja bank terlalu banyak.  Lihat 9 orang dari 10 orang di atas.  Perlibatan mereka dengan bank terlalu rapat hatta ada yang hampir setiap minggu bertemu dengan bank walaupun hanya di ATM.

Pekerja bank mestilah memenuhi kemampuan untuk menjual barangan bank.  Bercerita dengan orang ramai kemungkinan memberikan pengalaman menjual walaupun kita bukan dari jabatan jualan.

Saya pernah berada dalam kelompok bank selama 20 tahun.  Orang2 mahu dekat dengan saya bukan sebab saya ada duit banyak atau sebagai artis.  Tetapi saya sebagai pemudah cara untuk mendapat sesuatu dengan bank.  Ada yang mahu pinjaman kenderaan, ada yang mahu meminjam untuk membeli rumah dan ada yang mahu bertanya yang macam2 tentang bank.

Peluang mendapat perhatian orang hanya dapat apabila kita membuka mulut.  Seperti di musim raya, sesiapa yang hendak tukar duit, orang bank pasti menjadi kawan yang paling rapat.

Monday, June 30, 2014

Revolusi Beratur di Bank

Aku mula beratur bila mak aku mengandungkan aku.  Mungkin mak aku kena beratur untuk diperiksa di klinik kerajaan dulu.  Aku terus beratur hampir ke mana2.  Ini adalah peradaban yang dituntut dan ia nampak baik pada bila2 masa.  Beratur ketika menunggu bas, beratur untuk mendapatkan sesuatu bantuan atau beratur kerana kesesakan jalanraya.

Selama 20 tahun aku bekerja bank, revolusi beratur juga mengalami perubahan dan anjakan paradigm tersendiri.

1989 - Sistem beratur adalah beratur selagi cukup tanah bagi aku.  Orang2 akan beratur sehingga keluar dari pejabat bank walaupun kadang2 bank belum buka lagi.  Dan sistem ini nampak ikhlas pada waktu itu kerana semua orang akan nampak siapa yang lambat dan ramai2 menegur atau biasanya marah. Bila pintu dibuka dikaunter2 yang berkenaan akan penuh orang beratur.  Kebanyakan kaunter untuk mengeluarkan duit adalah paling panjang beraturnya.  Mungkin adik2 pelik - pada masa itu sistem ATM adalah terlalu pelik bagi orang ramai.  Dan tidak pelik kerana sistem ini digunapakai sehingga sekarang.  Di klinik2 kerajaan yang aku lihat sehingga sekarang masih beratur hatta sebelum klinik dibuka.

1991 -  Pada ketika ini sistem beratur ditukar kepada satu sahaja.  Dimana hanya ada satu barisan dan apabila sudah selesai, juruwang akan memanggil secara manual untuk ke kaunter mereka.  Ketika ini semua transaksi boleh dilakukan pada mana2 kaunter.  Tak pelik sehingga sekarang sistem yang sama ini diguna pakai sekarang seperti ketika membeli tiket wayang di mana2 tempat canggih di Malaysia.

 1992 -  Ketika ini kerusi diperkenalkan dibank2.  Pelanggan2 akan hanya beratur di kaunter 1 untuk mendapat nombor dan boleh terus duduk.  Nombor akan dipanggil untuk dilayan.  Ketika ini kita akan melihat kebanyakan orang boleh tertidur dikerusi kerana layanan agak manual dan lama menanti boleh membosankan.  Sistem ini paling banyak digunakan sekarang tetapi lebih praktikal.

1995 - Sistem telah dinaiktaraf.  Pengawal menguasai sistem tiket pula.  Pengawal akan memberikan nombor kepada pelanggan2 mengikut apa yang dihajatinya.  Pengawal sendiri ada tempat duduk khas hanya untuk memberi tiket sambil menjaga keselamatan.  Kebanyakan pengawal2 ini berumur lebih dari 60 tahun.  

1997 - Pelangan2 tidak lagi beratur di kaunter tetapi beratur dimesin2 mengeluarkan nombor untuk dilayan.  Mesin ini hanya perlu ditekan nombor dan duduk untuk dipanggil ke kaunter berkenaan.  Sehingga sekarang beberapa bank menggunakan konsep yang sama dan kekal sebagai satu alat beratur.

2000 - Sistem tiket sudah bertukar kepada kaunter layanan mesra dimana pegawai diletakkan disitu untuk melayan dan memberikan nombor.  Tetapi konsep ini kadang2 menyebabkan orang beratur lama di situ kerana soalan2 yang tidak mampu dijawab oleh pegawai mesra itu.

2005 -  Mesin canggih tiket sudah bertukar.  Pelangan hanya perlu meletakkan kad pengenalan mereka di mesin itu dan kaunter2 akan memanggil nama pelangan dan bukan nombor lagi seperti dulu2.  Bank yang pertama aku jumpa adalah di Shah Alam, Bank Islam.  Terkejut juga aku pada waktu itu kerana rasa2 tak selalu masuk Bank Islam tetapi bank itu sudah memanggil nama aku untuk ke kaunter.  Pada ketika yang sama diberitahu juga CitiBank juga menggunakan konsep yang sama.

Dan seterusnya pengerakan revolusi beratur tidak bergerak pantas seperti dulu.  Mana2 bank hanya terlekat pada satu2 konsep kerana revolusi permodenan bank berlaku seperti internet banking dan sistem ATM yang banyak membantu mengurangkan sistem beratur ini.  Cerita ini ditulis untuk mengingatkan aku sendiri bahawa beratur itu memenatkan.


Thursday, February 20, 2014

Bank Zaman Moden

Bank sudah berevolusi berbagai.  Dari sistem beratur, ke sistem komputer bercakap sekarang.  Tetapi model berniaga masih tidak berubah iaitu mendapat duit dari penyimpan dan mengeluar duit untuk memberi pinjam.  Pekerja2 yang diperlukan dahulu seperti 'teller' yang berada di depan kaunter sudah tidak menjadi pilihan bank untuk keperluan pekerjaan kerana sistem ATM seperti mengemaskini buku, mengeluarkan duit, memasukkan duit atau menghantar duit sudah boleh dilakukan oleh komputer di rumah.  

Bank2 di Malaysia sepatutnya memikirkan cara paling mudah mendapat pelanggan dari duduk menunggu.  Kaedah mendapat pelanggan secara paksa juga menampakkan bank seperti kekurangan idea untuk bergerak.  Apabila kita masuk dalam sesuatu pekerjaan, maka Bank yang menjadi tempat untuk mendapat gaji dan terpilih untuk kita membuka akaun.  Kaedah ini menyebabkan bank tidak dapat menyimpan duit yang banyak pada sesuatu masa kerana pekerja yang membuka akaun hanya untuk singgah sebentar dan mengeluarkan semula untuk penggunaan lain.

Beberapa bank di negara2 maju sudah pergi jauh dari memikirkan untuk mendapatkan peluang pembukaan buku akaun berdasarkan tempat gaji dikeluarkan.  Mereka pernah memberikan percuma komputer riba hanya untuk memastikan pelanggan membuka akaun dengan mereka.  Mereka juga memberikan voucher diskaun untuk yang membuka akaun dengan mereka.  Ini adalah lebih praktikal dalam memastikan bank cukup duit untuk memberikan pinjaman kepada orang ramai.  Mungkin orang biasa tidak mengetahui bank2 yang ditubuhkan di Malaysia tertakluk untuk menyimpan tahap deposit yang secukupnya di Bank Negara Malaysia.

Keadaan ini sebenarnya tidak tertekan kepada bank2 di Malaysia kerana nisbah antara bank dan penduduk masih tinggi.  Di Amerika dimana di setiap kampung sendiri ada bank2 mereka sendiri.  Kecil dan lebih dipercayai untuk buat simpanan menyebabkan bank2 berlawan sesama sendiri untuk memasarkan produk mereka.  Bank2 besar hanya tertumpu pada pinjaman2 yang besar dan lebih menguntungkan.  Keadaan ini juga menyebabkan bila sesuatu ekonomi jatuh maka bank2 besar juga turut jatuh kerana tidak ada simpanan yang menjamin keteguhan mereka.

Bank Zaman moden adalah dimana fungsi bank diambil alih oleh pelanggan secara total.  Bank hanya menjadi satu tempat untuk berdaftar bukan lagi diperlukan sebenarnya.  Terkejut mungkin tidak - kalau melihat ATM sekarang tidak perlu bank tetapi hanya memerlukan Syarikat pengawal menjaganya (MEPS) - mereka mengisi duit dan mengambil duit.  Bank sepatutnya melupakan perniagaan ATM kerana risiko memasukkan duit, kos menyewa dan memilih tempat yang memastikan tinggi penggunaan ATM.

Pelanggan secara total menggunakan komputer untuk membuat transaksi dan pengeluaran duit di ATM untuk penggunaan harian.  Perlukan bank menjadi orang tengah?  Bank2 sekarang kena fikir untuk menukar konsep meniaga mereka dari mendapat orang untuk penyimpanan duit dan mencari orang untuk diberikan pinjaman.

Thursday, October 24, 2013

Risiko Kerja Bank

20 tahun dulu sekitar tahun 1990.  Satu rompakan bersenjata berlaku di Salak Selatan Mayban Finance.  Ketika seorang pegawai bank dan pembantu membawa duit untuk disimpan di Malayan Banking Berhad.  Pegawai itu telah ditembak dan mati ditempat kejadian tetapi berlaku di luar kawasan bank.  Duit yang hilang dipercayai sekitar RM20,000 sahaja. Pihak atasan Mayban Finance Bhd telah membuat keputusan tidak lagi membenarkan pekerja2 mereka menghantar duit ke bank tanpa ada kawalan keselamatan.  Pada masa itu semua duit Mayban Finance Bhd hendaklah disimpan ke Malayan Banking Berhad.  

Pada tahun 1998, Mayban Finance PJ Old Town telah dirompak pada waktu pagi. Beberapa pekerja ditahan pada waktu sebelum bank beroperasi.  Bilik kebal yang mempunyai 2 kombinasi kunci diperlukan untuk dibuka menyebabkan perompak terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk membuka bilik kebal.  Semua hanya selesai dalam masa 10 minit setelah pintu bilik kebal dibuka.  Tiada kecederaan dan pekerja hanya di ikat semasa menunggu 2 pemegang kombinasi pintu masuk kerja.  Duit yang dilaporkan hilang sekitar RM700,000.  

Yang aku beritahu ini bukan ini sahaja tetapi ratusan rompakan yang berlaku hatta memecah masuk mengambil mesin ATM juga sudah berlaku banyak kali.  Kebarangkalian rompakan berlaku tinggi bila hari raya - Raya Cina, Raya Hindu dan raya orang Islam juga.  20 tahun dalam bank dan bertugas hampir ke seluruh ruang kerja di cawangan - memegang duit yang banyak tidak menakutkan tetapi bila rompakan berlaku wang bukan duit kita untuk dipertahankan. Bagi sahaja dan risiko audit untuk menyiasat.

Semalam di AMBank USJ Subang seorang pengawal telah menembak pegawai operasi wanita.  Pengawal ini adalah pengawal bersenjata yang diberikan tugas mengawal pekerja ketika memasukkan duit ke dalam ATM.  Terlalu sadis dan buruk perangai. Bagaimana pekerja2 lain yang bertugas di tempat yang sama ketika ini.  Kerja bukan lagi nombor satu pada mereka. 

Bank adalah lubuk duit yang semua orang tahu.  Selalunya 2 jenis pengawal diperlukan iaitu pengawal statik (tidak bersenjata dan selalunya dah tua) dan pengawal bersenjata untuk mengawal ketika memasukkan duit yang banyak ke dalam ATM. 

Bank2 kena pastikan keselamatan pekerja2 di tahap paling penting kerana lubuk duit ini bukan lagi rahsia. Pekerja hendaklah diinsurankan lebih tinggi di tempat menjaga duit orang ini. Kerja menjaga duit orang ini tidak berbaloi jika kita gugur ditengah jalan.  Jika ini berlaku - BAGI dan JANGAN MELAWAN.

Friday, November 9, 2012

Kecekapan Bank

Dan sekarang diperkatakan Bank2 di Malaysia tidak sepantas dahulu.  Banyak Agensi Kerajaan sudah berubah gerak laku, perubahan ke arah kecekapan terus didambakan. Aku teringat ketika mahu membuat pasport 20 tahun dulu.  Paling kurang sebulan baru kita dapat lihat buku merah keras itu.  Sekarang hanya perlu 2 jam.  Jabatan2 di dalam bank ditambah hanya untuk melambatkan segala proses.  Risk Department berbeza tingkah laku dengan orang yang cuba meluluskan pinjaman.  Compliance Department pula bekerja memastikan kelambatan itu boleh diterima sebelum duit keluar untuk pinjaman.  Untuk pengeluaran pinjaman pula, semua bank sudah membuka Pejabat Kawasan (Regional Office) untuk membuat pemeriksaan sebelum duit dikeluarkan.  Kalau ditanya pada jabatan2 yang terlibat, semua mengatakan mereka effektif dan memastikan dalam masa 24 jam ia akan keluar.  Tetapi orang diluar semestinya tidak faham kalau 3 bulan baru semua selesai - merujuk kepada pinjaman rumah, pinjaman korporat, pinjaman ASB dan pinjaman persendirian.  Yang memproses pinjaman mengatakan mereka hanya perlukan 24 jam untuk lulus jika semua dokumen dapat.  Ini menyelamatkan mereka kalau terlambat.  Yang hendak meluluskan pula perlu pandangan Risk Department.  Selepas lulus maka dokumen hendaklah dipastikan telah termeterai sebelum dihantar ke pejabat Kawasan untuk dikeluarkan pinjaman.  Ketua di situ pula memberi kepada Comliance Department untuk memeriksa tentang fail yang dihantar itu boleh dikeluarkan duit atau dokumen masih  belum cukup.  Setelah seminggu dua baru duit itu dikeluarkan setelah semua yang terlibat memenuhi kehendak Risk dan orang yang meluluskan.  Maka kalau orang marhaen tidak faham tentang ini kemungkinan mereka akan marah.  Ketahuilah untuk satu pinjaman paling kurang fail itu akan dilihat seramai 20 orang.

Wednesday, June 13, 2012

Gaji di Bank

Bagaimana keadaan gaji sekarang di bank?  Mengikut taburan sembang2 yang aku buat sendiri dan pengalaman berada di dalam sekitar bank lebih 20 tahun, pergerakan gaji di bank Malaysia tidak berganjak banyak seperti harga2 barang.  Teringat aku sekitar tahun 1997 dulu ketika aku mendapat Ijazah dan kononnya dinaikkan kepada pangkat Pegawai Kelas 1, gaji yang aku terima sekitar RM1,800 dan mengikut laporan sekarang 2012, gaji ini tidak berganjak banyak walaupun tahun sudah berubah.  Ada kawan2 yang masih di bank berkata bahawa sekarang gaji sudah naik kepada sekitar RM2,300 untuk Pegawai Kelas 1.  Walaupun begitu naiknya, perbezaaan RM500 untuk 1997 dan 2012 adalah 15 tahun dengan kenaikan sebanyak RM34  setahun.  Persatuan pegawai2 Bank tidak memastikan pegawai2 di Bank mendapat pembelaan yang sewajarnya.  Anak2 yang baru habis belajar yang mahu bekerja di bank2 nampak seperti menerima sahaja kadar gaji yang diberikan kerana mengikut rekod juga, majikan2 tidak mahu berbelanja banyak pada pegawai2 yang baru masuk ke dalam Bank.  Di sebabkan ini, pekerja2 selalunya tidak setia dengan sesatu bank.  Mereka akan bergerak, melompat mencari ibubapa yang baru.  Mana bank yang memberikan imbuhan lebih tinggi 10 - 20 % mereka akan melompat.  Bekerja di Bank sebenarnya agak senang sekarang kerana sistem yang berdisiplin membuatkan orang bekerja lebih senang.  Cuma bahagian pemasaran yang memerlukan kerja lebih untuk memastikan bank terus belayar.  Gaji yang tidak menarik untuk bertahan pada satu bank menyebabkan ramai senior yang bergerak untuk meningkatkan gaji sendiri.

Tuesday, April 10, 2012

Tukar TOPI

Islamik Banking menjadi satu tunjang utama pentarbiahan iaitu ia bukan lagi alternatif tetapi pilihan.  Urusan perbankan secara Islam ini diterima pakai di Malaysia dan menarik beberapa bank berkonsep Islam untuk datang kerana platform (Akta Islamik Banking 1983) yang disediakan untuk mereka berniaga.  Maka menderu2 bank2 Islam seperti Kuwait Finance House (KFH), AL Rajhi, Qatar Bank, Bank Muamalat Indonesia dan bank2 Islam di dalam Malaysia tercabar seperti Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Bank Rakyat. 

Konsep Islamik Banking ini juga membuatkan bank2 konvensional seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan bank2 kecil membuat satu jabatan kecil didalam bank untuk menunjukkan bahawa Islamik Banking terdapat dalam bank mereka.  Konsep awal dulu dipanggil sebagai Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).  Beberapa bank di Jepun seperti Matsusita dan Mitsui sudah menceburi Islamic Banking.  Bank Perancis seperti BNP Paribas juga sudah ada unit Islam mereka sendiri.
Masa berlalu dan setiap tahun Malaysia menganjurkan seminar iaitu Kuala Lumpur Islamic Financial Forum atau KLIFF.  Ini adalah satu program memberi hadiah kepada bank2 yang mempromosikan Islamik Produk kepada Malaysia. 

Setiap kali diumumkan, nama Maybank, CIMB atau Public Bank pasti ada kerana promosi hebat yang mereka lakukan.  Betul ke ?  Sebenarnya program yang dibuat oleh bank2 ini berdasarkan 'TUKAR TOPI' sahaja. Bagaimana? Contoh yang paling senang, apabila sampai sukuan ke 3 atau ke 4 perakaunan Bank tersebut, maka dengan sekali arahan, semua pinjaman selepas ini mestilah di buat secara Islamic maka Bank2 ini mengaut segala pelanggan yang memohon pada masa itu kepada secara Islam.  Apa perbezaan yang akan berlaku? Berlaku penurunan di dalam konsep konventional tetapi secara Islamik meningkat secara mendadak.  Tarbiah utama kepada pelanggan sebenarnya masih tidak sampai dan pelanggan sebenarnya di pihak yang menanti maklumat kerana yang diketahui mereka hanya membeli rumah atau kereta tapi duit tidak cukup.

Syariah Kounsel yang berada di dalam bank2 kena mengambil peluang tarbiah melakukan setiap kali pinjaman paksaan ini berlaku kerana pengetahuan tentang Islam boleh diterap kepada pelanggan2 bukan Islam. 

Kelebihan yang berada pada konventional bank amat besar kerana jangkauan cawangan yang luas dan sistem elektronik banking yang sangat canggih.

Wednesday, June 1, 2011

Bandits



Ketika aku tengah2 kesesakan lalu lintas di Petaling Jaya, aku menerima talifon dari pekerja aku di Petaling Jaya Lama. Dengan bunyi yang kelam kabut dan termengah2, dia memberitahu bahawa cawangan Mayban Finance Bhd di Petaling Jaya Lama baru dirompak. Ia berlaku sekitar pukul 7.30am ketika pegawai bertugas membuka pintu bank. 2 perompak yang menunggu di luar nampak pintu di buka dan terus masuk bersama pegawai bertugas. Setiap bilik kuat 'Strong Room' ada kunci keselamatan dan kombinasi yang perlu dipecahkan. Oleh kerana seorang sahaja yang hadir pada pagi itu, perompak telah mengikat dan sama2 menunggu pegawai yang seorang lagi datang. Setelah seorang hadir dan dia adalah orang yang memegang kombinasi maka pintu bilik kuat telah dibuka dan pada hari itu sebanyak RM700,000 telah hilang di Mayban Finance Bhd. Aku tiba di tempat kejadian pada pukul 8.15 dan kejadian telah berlalu dengan pantas. Aku teringat cerita ini bila menonton semalam cerita 'Bandit' lakonan Bruce Willis and Billy Bob Thornton tentang mereka menculik Pengurus bank semalaman untuk merompak di hari esok ketika bank di buka oleh Pengurus itu. Anak isteri pengurus bank akan di tahan di rumah sebagai cagaran untuk mendapat duit rompakan. Rompakan di Mayban Finance Bhd berlaku sekitar tahun 2001.

Wednesday, April 6, 2011

Market Driven


Berapa banyak bank diperlukan di Malaysia. Beberapa hari dulu, salah seorang taikun lama perniagaan Tun Daim memberitahu media bahawa Malaysia tidak memerlukan banyak bank. Bank adalah spekulator utama di dalam peningkatan kredit dimana2. Dengan simpanan wajib yang ditetapkan oleh BNM, bank2 boleh memberi pinjaman beberapa kali ganda kepada Malaysia. Perciptaan kredit ini adalah salah satu cara percambahan duit baru ke dalam pasaran.

Semalam Gabenor BNM, Dr Zeti memberitahu bahawa berapa banyak bank di Malaysia ditentukan oleh pasaran. Beberapa pengambilalihan bank luar untuk bank2 di Malaysia membuatkan Gabenor menceritakan tentang pasaran tersebut. Kalau diikutkan norma2 biasa, bank bertugas sebagai penyimpan dan pemberi pinjaman. Jika yang hanya menyimpan dahulu hanya BSN tetapi sudah berubah sekarang ini. Jika memberi pinjaman sahaja itu adalah Ah Long.

Untuk meraikan keadaan ekonomi yang meningkat naik dengan kemungkinan besar bahawa harga barang pun naik, bank2 hendaklah dibenarkan mencipta kredit semaksima mungkin. Tetapi jika tidak dikawal kemungkinan inflasi akan berlaku. Ah Long adalah pemberi pinjaman tulen. Mereka hanya berurusan diatas duit yang mereka ada sahaja. Tetapi kadar faedah yang tinggi adalah medium peningkatan duit di pasaran. Contoh seperti memberi pinjaman RM10,000 dan mereka mendapat balik RM18,000. RM8 ribu itu adalah ciptaan baru kredit.

Tetapi bank berbeza di mana simpanan diasaskan di BNM menjadi sandaran untuk membuat kredit berkali ganda. Mungkin boleh difikirkan kenapa perlu Bank ditentukan oleh pasaran.

Wednesday, February 9, 2011

Separuh Halal


Hari Ahad 06/01/2011, bank Pusat Qatar mengarahkan semua conventional Bank di sana menutup anak syarikat Islamik mereka. Segala yang bersifat 'window concept' kerana takut bertanggungjawab dengan kecelaruan penggunaan duit di antara kedua2nya. Peraturan ini menimbulkan bibit percakapan di antara Negara2 yang banyak mengamalkan dwi concept didalam satu bank. Arahan baru ini juga boleh diambil kira sebagai satu anjakan baru di dalam sistem perbankan Islam kerana Bank2 yang besar sekarang sudah mula membuat perkiraan dalam menubuhkan Islamic window concept bank iaitu tingkap je Islam. HSBC dengan HSBC Amanah, Standard Chartered dengan As Saddiq, OCBC dengan Al Amin. Sesuatu yang kena difikirkan.

Sunday, November 28, 2010

Jual Beli Pekerja - Bank 2


CEO yang berpandangan jauh dan tahu tentang berniaga, sepatutnya melihat peluang mencipta duit senang ini sebagai business baru. Jangan cuba berlawan harga dengan bank2 luar negara. Mereka datang dengan keadaan kosong tanpa kerugian dan duit tukaran yang tinggi tidak memberi masalah kepada mereka. Latih pengurus2 yang senior sekarang supaya berdaya saing dan boleh dipasarkan. Selalunya CEO akan marah2. Fikirlah seperti Alex Ferguson atau Asene Wenger menjual untuk membeli pemain2 baru yang boleh dilatih. Jual mahal dan beli murah.

Jual Beli Pekerja - Bank 1


Bank2 baru mungkin akan beroperasi di Malaysia bermula pada 2011 nanti. Permintaan tinggi pekerja yang mahir akan berlaku. Perpindahan dan permintaan ini menyebabkan bank2 yang sedang beroperasi akan mengalami kejutan kehilangan pekerja2 mahir. Pengurus2 yang berpengalaman dicari dan diberi peluang kenaikan gaji lebih 40%. Ini akan menyebabkan perpindahan akan berlaku. Kebanyakan bank2 ini akan beroperasi secara Islamic - National Bank of Abu dhabi, Al Baraqa group, Mizuho, Mandiri, Sumitomo Mitsui dan BNP Paribas. Apa yang sepatutnya CEO bank2 di Malaysia buat adalah seperti EPL - menjual pekerja yang telah mahir kepada bank2 baru ini. Perpindahan yang berstructur akan membolehkan mencipta duit senang. Kenapa perlu marah2 apabila pekerja kita digoda dengan kenaikan gaji yang kita tak mampu nak tanggung. Sekarang apabila pekerja sendiri berhenti, dia mestilah memberi notis sebulan aatau 3 bulan. Kadang2 bank2 baru ini sanggup membayar segala kos untuk mendapat pekerja2 ini. CEO yang bijak cuma perlu memendekkan notis itu dan berurusan dengan bank yang mahu pekerja itu membayar. Dalam undang2 sekarang "Pitching" - bank yang mengambil pekerja mesti membayar kos pembelajaran selama 2 tahun dan gaji sepanjang notis berhenti jika mahu pekerja itu masuk secepat mungkin. Mungkin pekerja bank sekarang boleh dilayan seperti pemain bola professional.

Monday, July 26, 2010

New Approach of Marketing


Perlukah kita mencari orang perseorangan menjual barang2 kita. Perlukah kita beramai2 tolong menjual. Setiap penjual menjadi maha penting jika mereka pandai memegang kuat pelanggan mereka. Tetapi penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa pemasaran sekarang tidak memerlukan pegawai pemasaran yang banyak. Jika dahulu City Bank memerlukan lebih dari 1,500 orang pegawai pemasaran, sekarang mungkin tidak. Ibupejabat buat rangka dan terus ke pasaran melalui iklan.  Iklan memainkan peranan besar sekarang untuk menarik minat pelanggan untuk menggunakan barangan bank.  Bank2 terpaksa mengiklankan produk mereka secara komersial seperti di radio, TV, internet atau di media2 sosial.

Friday, May 28, 2010

ISLAMIC Banking


Konsep bermuamalat di dalam Islam bermula dengan 'Harus'. Sekarang semua bank cuba untuk bersama2 dengan perbankan Islam yang terbukti gagah walaupun dalam keadaan ekonomi yang meleset. Beberapa pendekatan dibuat seperti di Wall Street telah diperkenalkan dengan syariah stock dan ini tak pernah terfikir oleh pendukong2 kapitalis apatah lagi selepas 9/11. Pemain2 yang tiba2 muncul di dalam Perbankan Islam seolah2 bijak untuk berekonomi dengan cara Syumul Islamnya. Baik orang Cina, India, bukan muslim berebut2 mempelajari ekonomi Islam untuk bersama2 dengan arus perdana itu. Kualiti apa yang perlu untuk ekonomi Islam?  Tidak menipu, pinjaman yang tidak menekan, kalau mengalami kesusahan untuk membayar, konsep Qardul Hasan diutarakan - tak perlu bayar.  Bolehkah bank2 di Malaysia mempraktikkan!!!!

Wednesday, April 14, 2010

Pengurusan Kewangan oleh BMMB


Seperti dalam gambar.....orang selalu berkata "kalaulah aku mempunyai sayap". Kewangan kita hendaklah selalu diuruskan sebaik mungkin. Duit yang dapat dari sebulan bekerja kadang-kadang habis hanya beberapa hari. Seorang kawan saya mengadu pada hari gaji 70% duit masuk akan keluar terus ke tempat-tempat berhutang. Maka kad kredit menjadi jawapan. Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) ada cara untuk mengurus kewangan orang ramai. Sila berhubungan dengan BMMB untuk mencari jawapan. Dan burung juga terus hinggap kepada Bank Muamalat.

Saturday, March 27, 2010

Ar-Ruhul Jadid - Bank Muamalat Malaysia Bhd


Semangat menyintai perbankan Islam terus membara. Besar belum tentu kuat dan kecil tak selalu lemah.

Wednesday, March 24, 2010

HOT LINE - Bank Muamalat Malaysia Bhd


Bank Muamalat Malaysia Berhad.........ready to be online

Kerja Kosong kat Alliance Bank - Group CEO

Semalam 2 orang penting Alliance Bank berhenti kerja. Selepas sebulan Datuk Bridget Lai mengumumlan perletakan jawatan beliau, 2 orang penting buat benda yang sama. Executive Vice-President/CEO of Alliance Investment Bank (AIB) dan Head of Dealing (AIB). Sebenarnya jugak Group CEO mereka juga meletakkan jawatan. Dan mengikut sumber tidak ada kena mengena dengan perletakan jawatan Datuk Bridget Lai dan tak ada impak pada operasi bank. Betul ke ni? Adakah berita ini seronok di dengar sebagai pemegang saham atau berlaku lebih banyak pemberhentian?

Friday, March 19, 2010

Bank yang Pening

EON Capital terus memeningkan. Setelah tidak berjaya berbincang dengan Hong Leong untuk pengambilalihan mereka seperti orang yang gila talak baru2 ini. Mereka pengarah2 terus bergaduh dan semalam 4 orang termasuk Chairman Tan Sri Syed Anwar Jamalullail pula letak jawatan sebelum perlantikan baru atau BNM membenarkan nama2 itu diluluskan untuk lantikan. Ini mengejutkan dunia bank. Sekarang hanya 2 orang pengarah yang tinggal di EON Cap. Lebih dari 2 tahun dulu dibeli oleh sebuah syarikat Hong kong - Primus Limited, EON Capital terus menunjukan prestasi menarik dan membangga sebelum dari DRB Hicom dahulu. Transformasi nampak berjaya dan kadang-kadang membuatkan orang tidak tahan dengan kelajuan perubahan yang dimahukan. Resign atau letak jawatan atau bersama-sama BERUBAH.