Yang selalu jengok

Showing posts with label Virus. Show all posts
Showing posts with label Virus. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

AGE

Bukan UMUR tapi penyakit.  Sehingga tadi lebih dari 3,000 orang di Hilir Perak mengidap penyakit menular ini.  Penduduk di Malaysia dinasihatkan untuk kurangkan makan ulam2, basuh tangan sebelum makan dan sentiasa memasak air sebelum minum.  Penyakit ini menyerang mengikut nama saintifiknya iaitu Acute Gastroenteritis iaitu tempat yang banyak gas - perut.  Orang yang terkena selalunya demam, cirit birit, pening dan rasa hendak muntah.  Kanak2 selalu kena dan mengikut rekod 2 kanak2 bawah setahun meninggal dunia disebabkan AGE ini.  Ia akan menyerang sesiapa sahaja dan arahan dari Kementerian Kesihatan mestilah diikuti.  Dalam wikipedia memberitahu, AGE ini pada tahun 1980 pernah membunuh lebih dari 4.6 juta manusia seluruh dunia.  Berjaga2. 

Tuesday, August 10, 2010

Demam Campak (Measles)


Anak lelaki aku terkena demam campak. Penyakit yang sudah lama dalam keluarga aku tidak menghidapnya. Cucukan cacar pada umur setahun dulu tidak menjadi atau penyakit ini menyerang untuk memberi kekuatan pada sistem imun dalam badan anak lelaki aku. Isteri sudah 2 hari cuti dan aku akan sambung sehingga hujung minggu (9 - 13 Ogos 2010)

Sunday, September 27, 2009

2nd Wave


Gelombang ke 2 akan sampai bila2. WHO kelam kabut nak cari ubat yang dulu, gelombang ke 2 mungkin lebih teruk. Selsema yang sedikit pun dah menyebabkan satu dunia hiruk pikuk mungkin ke 2 ni lemah jantung babi, kanser babi, liukimia babi, gout babi atau kronik babi. Allah hanya menguji manusia supaya manusia kembali kepada Islam seluruhnya. Bersedia.....

Friday, August 21, 2009

H1N1 bukan B1N1 (siri2)


Malaysia telah merekodkan kadar tertinggi penyularan H1N1 pada hari Khamis 20/08/09 lebih dari 550 orang dalam sehari. Kadar tinggi ini sepatutnya menakutkan. Tetapi tindakan bena tak bena menyebabkan pengetahuan tentang H1N1 sekadar mengira sahaja dengan andaian kita tak kena. Cadangan : Hari Jumaat sepatutnya sebelum masuk Masjid, ahli jamaah hendaklah dipastikan tidak panas sehingga 38 Celcius, memakai topeng mulut, memgambil air sembahyang dimasjid (walaupun sunat mengambil di rumah dan solat sunat di masjid). Perhimpunan mingguan yang besar ini paling senang untuk merebaknya H1N1.

Wednesday, August 19, 2009

ViRus Babi

Semalam 18/08/2009 di Malaysia. Penyakit yang pelik ni mungkin sama macam di Sepanyol dulu pada tahun 1930an (Spanish Flu) yang meragut lebih dari 100 juta manusia. Cuma pada masa dulu tidak ada internet, maklumat lambat, Malaysia tak merdeka lagi, UMNO tak de, PAS pun tak de. Kenapa peningkatan ini terus-terusan naik dan tidak dilapurkan dimana mereka berada - alamat - untuk kita semua buat pemeriksaan.

Monday, August 17, 2009

JanGan Rasa Tiada



Saya merasakan kepadatan penduduk di Indonesia dan India malah China akan memberi gelombang ke2 paling besar dalam influenza A (H1N1). Kadar rendah semasa di Indonesia dan India bukan indicatif bahawa kadar H1N1 tidak masuk ke dalam negara mereka. Penyularan tempatan mungkin tidak ada lagi tetapi jika kurang prihatin untuk kuarantin dari negara2 yang dikira sebagai pandemic maka local transmission lebih susah nak kontrol. SILA AMBIL PERHATIAN

PanDemic


Rasanya kita dah kena pakai macam ni. Simptom penyakit pelik sudah melampaui fikiran. Mengikut statistic kadar kematian kerana penyakit ni akan melebihi kadar demam denggi dalam masa 4 bulan berbanding denggi statistic setahun 69 kematian. Bersedia untuk tutup muka

Tuesday, August 11, 2009

PANDEMIC



Saya baru balik dari Indonesia pada 09/08/09. Membaca akhbar Tempo bertarikh sama memperlihatkan beberapa ketidakseimbangan tentang penyakit pelik ini. Penduduk Indonesia sekarang dalam lingkungan 330 juta orang dan penyakit influenze A (H1N1) yang disyaki hanya lebih kurang 650 dan masih tiada kematian. Bandingkan negara kita yang 26 juta sudah ada lebih 1500 disyaki dan setiap hari sekarang terus ada kematian dan sehingga hari ini sudah ada 32 orang. Penyakit biasa tetapi pencegahan luar biasa.

Friday, July 31, 2009

H1N1 bukan B1N1


Diumumkan pada subuh tadi, sekolah Menengah kat Kg Melayu Subang (dekat PKNS) di tutup kerana disyaki ada wabak penularan H1N1. Solat hajat selepas solah Jumaat akan diadakan di masjid An Nur, Kg Melayu Subang dan diimamkan oleh Ustaz Ruslan Muhammad. Semua masjid kena buat hari la, lepas solat Jumaat, penyakit babi selsema ni tak kenal agama beb, semua boleh kena. Batuk berterusan, selsema, sesak nafas - bunyi macam demam biasa je.

Wednesday, July 29, 2009

This is a BAD sign

3 kematian H1N1 dan akhir semalam dari local transmission. Mengikut statistik, local transmission sekarang lebih tinggi dari kes import. (53%). Mengikut Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri kesihatan berkata "All three victims died in the hospitals and now we've found out that the treatment came to them very late." So kalau ada simpton2 H1N1 lebih kurang demam, batuk dan sesak nafas. Jangan tunggu lama2. This is BAD after that HISTORY - Micheal Jackson.

Saturday, July 11, 2009

Virus Cycle


Ni cerita selsema babi lebih kurang. Demam macam biasa je. Batuk yang tak berhenti, sakit badan dan sesak nafas.

Babi lagi


Tambahan sekolah kena tutup lagi di Malaysia. Setiap hari ada je tambahan orang tempatan (local transmission) kena dan penularan H1N1 ni susah nak bendung kalau orang tempatan dah kena. Kuarantin yang dibuat mungkin orang tak tahu iaitu bukan tak kena pergi sekolah je, tak boleh jumpa orang (penjara kat rumah), kalau jumpa kena rekod sendiri. Bila kandang babi nak kena tutup ni.

SARS


Beberapa tahun dulu masa SARS virus (selsema burung) menular habis ayam kat kampung, kena bakar la, kena racun la. Kat Hong Kong tempat bela ayam dan sembelih habis kena sembur racun dan semua ayam mati sekarang selsema babi layanan kepada Babi tak macam ayam. Kenapa?

Monday, June 22, 2009

Selsema Babi


Virus A (H1N1) dah menyerang sekolah pulak. Latest news kat Seksyen 9, Shah Alam. Semalam kat SRK Assunta PJ dan sebelum tu kat SJK (C) Jalan Davidson. Takut beb, beberapa minggu lepas semua naik kapal terbang Asia dari negera2 disyaki akan diquarantin sekarang dalam negera sendiri pulak dia menyerang. Kerajaan sepatutnya berterus terang tentang wabak ni. Awal dulu 7 orang je dan M'sia tak dikatogeri sebagai negara pembawa....sekarang dah sampai 50 orang - jangan cover sampai tak boleh cover. Local Transmission ni dah cerita bahaya. Babiiiii betul la.