Yang selalu jengok

Sunday, August 16, 2009

JaM



Kadang2 untung main golf ni. Masa main di Bandung pada 07/08/09 dulu dapat hadiah jam - Polo Club Britania. Goodies kata golf player. Isteri pun kadang2 suka suami dapat hadiah voucher di Sogo, Jaya Jusco dll. Kadang2 golf kena associates dengan shopping for wife pleasure dan akhirnya isteri suka suami main golf.

Main2


Semalam join tournament di Glenmarie dengan Army BPA. Main stable ford 36 concept dan dapat stroke score 44 1st nine dan 46 2nd nine. 4 par. Point mungkin dalam 34 - 36. Tapi tak dapat hadiah sebab Bank Muamalat belanja Army. Biasalah business call.

Friday, August 14, 2009

Kreatif Selling











Pakaian dalam untuk Jualan. Semasa di Bandung di kawasan Jalan Riau. Nak test sila masuk dalam van.

Thursday, August 13, 2009

Teringat Makan


Pecel Lele = Ikan keli
Mungkin ikan keli bakar kot. Sedap hingga menjilat kaki.

BanDung bukan mee



Suasana di Bandung, waktu selepas Subuh. Yang syoknya bila bangkit ni tahu hari tu nak main golf.

NoorDin NgeTop

Dan terbukti bukan teroris Nordin M Top yang diganyang di Temenggung Indonesia tetapi Ibrohim salah seorang yang terlibat dalam meletupkan JW Marriot. Nordin M Top masih di luar sana.

Wednesday, August 12, 2009

GolF di Bandung


Main di Mountain View Bandung. Tee Off pukul 12.00 pm @ 1.00 pm Malaysia. Caddy nama Tina. Suasana panas tapi menjelang petang suasana lebih sejuk. 1st nine 46 2nd nine koyak 59 stroke.

TiuB AnGin


Nampak pekerjaan yang tidak ada di Malaysia. Kalau tayar pancit boleh singgah isi angin di sini. Nampak pada hari pertama di Bandung, Indonesia. Mula2 ingat dorang buat tong NGV tegpi jalan - ada tourist guide beritahu tentang kerjaya ini. HEBAT.

Tuesday, August 11, 2009

NorDin M tOp


Sepanjang malam pada hari Jumaat di Indonesia disiar secara lansung dari Temengung daerah Jawa Timur. Rumah dikepong lebih dari 17 jam dan sekali sekala terdengar ledakan pistol dan senapang dari rumah dan luar rumah. Penembak tepat terus membedil rumah yang disyaki lebih dari 4 orang tetapi drama terus berlaku dengan beberapa wartawan dibenarkan berada disekeliling kawasan rumah sambil membuat ulasan. Pelik dan mungkin terlalu lama, yang disyaki sebagai Nordin M Top tewas ditangan pihak polis. Tetapi pada pagi Sabtu itu 08/08/09 hanya satu keranda yang dikeluarkan dari rumah itu. Penat tunggu. 2 robot digunakan untuk menjadi alat merakam keadaan dalam rumah dan disyaki Nordin M Top hanya dijumpai di dalam bilik air dalam keadaan sudah meninggal. ADAKAH TERRORISM AKAN BERAKHIR?????????

PANDEMIC



Saya baru balik dari Indonesia pada 09/08/09. Membaca akhbar Tempo bertarikh sama memperlihatkan beberapa ketidakseimbangan tentang penyakit pelik ini. Penduduk Indonesia sekarang dalam lingkungan 330 juta orang dan penyakit influenze A (H1N1) yang disyaki hanya lebih kurang 650 dan masih tiada kematian. Bandingkan negara kita yang 26 juta sudah ada lebih 1500 disyaki dan setiap hari sekarang terus ada kematian dan sehingga hari ini sudah ada 32 orang. Penyakit biasa tetapi pencegahan luar biasa.

Monday, August 3, 2009

GAMES

Kanak2 hendaklah dibenarkan main secukupnya. Di padang permainan, di padang bola, di laman rumah dan di mana2 tempat permainan. Banyak perkara yang dipelajari oleh kanak2 di tempat2 begini. Contoh pengetahuan yang akan sampai pada mereka adalah cara bergaduh, cara berkawan, menangis, main bersama2, berkongsi permainan, sabar menanti orang lain, sakit, seronok, berpeluh, jatuh, luka lutut, baju kotor, stamina, penat, malam, siang, ramai orang, sedikit orang, rumput, batu, pokok, plastik, air, aiskrim, Ali, Ah Chong dan Ramasamy. JANGAN TAHAN ANAK DARI BERMAIN.

Tong Gas Meletop


Semalam 02/08/09, di Kg Melayu Subang pada pukul 8 - 9 mlm dekat rumah Wak Sipon, sebuah gudang gas telah meletup dan menyebabkan beberapa rumah terbakar. Satu derma kilat dilancarkan pada Subuh 03/08/09 oleh Tok Nazir, masjid An Nur selama 3 hari. Sesiapa pun boleh menderma duit, pakaian, kain selimut dll. Tolong dan bantu dalam masyarakat amalan terpuji.