Yang selalu jengok

Friday, August 21, 2009

H1N1 bukan B1N1 (siri2)


Malaysia telah merekodkan kadar tertinggi penyularan H1N1 pada hari Khamis 20/08/09 lebih dari 550 orang dalam sehari. Kadar tinggi ini sepatutnya menakutkan. Tetapi tindakan bena tak bena menyebabkan pengetahuan tentang H1N1 sekadar mengira sahaja dengan andaian kita tak kena. Cadangan : Hari Jumaat sepatutnya sebelum masuk Masjid, ahli jamaah hendaklah dipastikan tidak panas sehingga 38 Celcius, memakai topeng mulut, memgambil air sembahyang dimasjid (walaupun sunat mengambil di rumah dan solat sunat di masjid). Perhimpunan mingguan yang besar ini paling senang untuk merebaknya H1N1.

Teori Pembayaran Minimum


Satu penyelidikan dibuat oleh Neil Stewart dari Universiti Warwick tentang obsess kepada nombor. Dia berkata "Being exposed to numbers, it could affect people decision." Bermaksud melihat terlalu obsess dengan nombor, ia akan menyebabkan keputusan berubah.

413 orang telah diuji dengan pilihan untuk makan malam di 2 buah restaurant yang menggunakan nama sama kecuali nombor "Cafe 17" dan "Cafe 97". Result menunjukkan orang lebih banyak berbelanja di Cafe 97 dari 17. Kenapa? Kerana nombor!  Nombor yang lebih besar kemungkinan lebih sedap dari nombor yang rendah.  Nombor menukar keputusan hati kita.

Respondent juga diberi satu statement credit card berjumlah 435.76 dan bertanya berapa yang mereka akan bayar?. Jawapan yang diterima agak pelik. 40% hendak membayar separuh dari hutang. 42% hendak membayar pembayaran minima yag tertulis dan lebihan 18% cuba mengira berapa minimum payment dan hanya mahu membayar hutang tersebut. Maka sebagai banker anda....JANGAN LIHAT MINIMUM PAYMENT LAGI, bayar ikut kemampuan. Nombor kadang2 menjadi penunjuk arah kita.  

Maka sebenarnya bank2 tidak perlu meletakkan pembayaran minima di penyata bank itu.  Hanya perlu meletakkan satu nombor dan pasti cuma beberapa peratus sahaja akan mengira tepat dan membayar.  Selain dari itu akan membayar lebih dan membayar apa yang tertulis.  Ini boleh menyelamatkan hutang kredit di Malaysia. 


JanGan Sedih


Kanak2 memang sedih kalau tidak dapat apa yang mereka mahu. Kemurungan adalah perkara normal berlaku pada kanak2. Tetapi jangan biarkan kemurungan mereka tidak dilayan. Mereka mahu dimanjakan lebih dari orang lain hatta adik beradik mereka. (sources : STAR 19/08/2009)

Wednesday, August 19, 2009

Dapat basikal di Permatang Pasir

Gembira sungguh anak2 kecil ni kerana akan mendapat basikal baru. TPM janji akan jadikan Permatang Pasir "anak emas ke2" selepas Dun Manek Urai "anak emas 1st". Hip Hip Horee.

FeaR

Baru tahu dan boleh berkongsi dengan isteri tentang ketakutan yang sama. Johnny Depp rupanya takut dengan clown. Kenapa phobia ini terjadi. Ada yang takut lipas, takut tinggi, takut kotor, takut air. Mungkin masa kecil2 dulu ada insiden yang melibatkan benda2 phobia ini. Isteriku masih meRahsiakan segalanya.
Fear of clowns - Coulrophobia (sources phobialist.com)

aMah Pembantu Rumah

Mengaku salah menyerang majikan dengan kerusi, pisau dapur dan mortar. Di penjara 4 tahun dan 8 bulan. Berasal dari Indonesia. Siapa yang benar? Isu masih jadi isu.

Kena SeBat


Seorang part time model akan disebat sebanyak 6 kali bermula pada 24/08/09 kerana minum air beralkohol di sebuat hotel di Cherating, Pahang. Dia akan dirotan oleh seorang perempuan jugak. Hukuman rotan ini adalah yang pertama dijatuhkan hukum oleh mahkamah Syariah.
Dalam hukum Syariah @ takzir, rotan hendaklah ditarik tidak tinggi seolah2 ada buku di celah ketiak kalau diangkat akan jatuh dan tidak melebihi bahu. Buku tu hendaklah kekal di celah ketiak. Siapa yang mahir dalam merotan orang macam ni? Insyaallah ini akan menjadi pelajaran yang baik untuk kita di masa hadapan.

ViRus Babi

Semalam 18/08/2009 di Malaysia. Penyakit yang pelik ni mungkin sama macam di Sepanyol dulu pada tahun 1930an (Spanish Flu) yang meragut lebih dari 100 juta manusia. Cuma pada masa dulu tidak ada internet, maklumat lambat, Malaysia tak merdeka lagi, UMNO tak de, PAS pun tak de. Kenapa peningkatan ini terus-terusan naik dan tidak dilapurkan dimana mereka berada - alamat - untuk kita semua buat pemeriksaan.

Penyeri Padang


Kalau main Golf, ada bebudak ni permainan golf boleh jadi Ok atau teruk. Kadang2 kita menjadi lebih hebat kerana bebudak ni. Kadang2 kita bertambah miang lepas main golf mungkin dari baik ke tak baik. Tetapi yang pasti mereka cari makan walau apa pun yang orang kata. Ayuni dan Tina adalah caddy di mountain View Bandung yang sempat berborak.

Monday, August 17, 2009

JanGan Rasa Tiada



Saya merasakan kepadatan penduduk di Indonesia dan India malah China akan memberi gelombang ke2 paling besar dalam influenza A (H1N1). Kadar rendah semasa di Indonesia dan India bukan indicatif bahawa kadar H1N1 tidak masuk ke dalam negara mereka. Penyularan tempatan mungkin tidak ada lagi tetapi jika kurang prihatin untuk kuarantin dari negara2 yang dikira sebagai pandemic maka local transmission lebih susah nak kontrol. SILA AMBIL PERHATIAN

pRomoSi



Kami masih memberi kadar keuntungan terendah di pasaran untuk AITAB (Al Ijarah Thumma Al Bai) sewa pembelian kenderaan. Sila telefon kami cawangan Klang 603-33447215. Kadar keuntungan adalah dari 2.85% sehingga 7 tahun

PanDemic


Rasanya kita dah kena pakai macam ni. Simptom penyakit pelik sudah melampaui fikiran. Mengikut statistic kadar kematian kerana penyakit ni akan melebihi kadar demam denggi dalam masa 4 bulan berbanding denggi statistic setahun 69 kematian. Bersedia untuk tutup muka