Yang selalu jengok

Friday, July 16, 2010

Subsidi Turun = Minyak Naik


Penduduk kampung pasti tertanya-tanya. Minyak akan naik tak bila subsidi direndahkan. Kalau dulu sudsidi baja mungkin cepat faham, tapi bila diturunkan.....kenapa minyak naik. Jimat subsidi = Sudsidi turun = Minyak naik.

Thursday, July 15, 2010

Tak dengar Tiada Bau


"Doktor, sekarang kentut saya tak ada bau dan berbunyi. Saya takut saya ada masalah kesihatan. Doktor itu tersenyum "Saya bagi ubat dan minggu depan jumpa saya lagi". Minggu depan dia datang sambil tersenyum. "Doktor saya dah dengar kentut saya tapi masih tak ada bau". Doktor tersenyum "Bagus, sekarang pendengaran awak dah ok, saya bagi ubat untuk hidung awak pulak". Kentut bukanlah masalah kita.

Gemuk dan Sihat


Membaca petikan rencana tentang kegemukan dan segala keburukan tentang kegemukan memang menakutkan. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, penat, dan macam2 lagi pasti cerita yang tak tertinggal. Tetapi mengikut laporan oleh Harvard School of Public Health yang menguji 115,000 jururawat berumur 30 hingga 55 dan dari yang kurus kepada yang paling gemuk memberikan laporan yang mengelirukan. Kebanyakan orang yang gemuk adalah lebih aktif dan kecergasan lebih tinggi dari yang kurus. Mengikut laporan itu juga, yang gemuk itu mendapat tahap kehidupan 91% lebih bagus. Kehidupan lebih ceria tanpa masalah untuk berlawa, tidak berhutang untuk cantik, tidak terlalu memilih baju dan tidak ada masalah memilih makanan. Kesimpulan yang boleh dibuat - Jadi gemuk jangan takut, terus aktif.

Kembali jadi Normal

Dalam laporan perubatan dan psikologi melaporkan tahap pertemuan dan perbincangan secara fizikal menurun mendadak. Apabila diperkenalkan persahabatan maya seperti Facebook, Friendster, myspace, SMS, Twitter dan lain2, orang sudah tidak bertemu secara fizikal. Mengikut laporan US Pew Research Center dan US Kaiser Family Foundation, lebih dari 50 sms dikeluarkan dari seorang kanak2 setiap hari. Apabila diselidik, mereka lebih banyak bercakap secara maya dari bercakap dengan seorang yang hidup. Perbandingan seperti 1 dan 24. Jika mereka keluar dari tempurung ini hanya menumpu kepada tempat yang tidak di kenali orang seperti Pusat Karoake, pawagam dan tempat permainan video. What a Life?

Kelas pun Bermula


Jadi pelajar kembali memang ditunggu2. Peluang jadi muda ini bukan datang selalu tapi boleh dicipta. Seronok hari pertama datang ke kelas apabila umur sudah nak ke 40 ini memang peluang menjadi orang baru. Daftar kelas mandarin (Hauyu) di UiTM, Shah Alam menjadi agenda tahun 2010 setelah kerja sudah perlahan-lahan kurang. Duduk di sebelah dengan seorang anak dara berumur 18 tahun memang seronok. Kita nampak pandai, muda dan pandai berseloroh. Hari ini adalah hari pertama ke sekolah semula. Sudah terasa semua akan bergerak ke arah berjaya untuk menamatkan pendidikan sampingan ini. Pensyarah yang mengajar kurang lebih separuh umur kita. Dan pastinya semua menjadi menarik untuk hari-hari belajar.

Friday, July 9, 2010

Bad bOy


Konsep bekerja dalam suatu organisasi besar adalah berasaskan keuntungan. Setiap orang yang bekerja mesti memberi nilai tambah atau pulangan yang bagus berasas gaji yang diberi. Tetapi kadang2 pekerja yang tidak mampu bekerja keras atau perwatakan merugikan masih ada dalam organisasi. Perangai tidak baik kadang2 mengganggu perjalanan organisasi. Dan mengikut teori menjadi 'budak jahat' setahun boleh memberi kelebihan apabila ia bertukar menjadi baik untuk tahun2 kemudian.

Diego Maradona


Personaliti paling menarik sepanjang Piala Dunia 2010 boleh diberikan terus kepada dia. Cara dia meraikan gol seolah2 dia yang menyumbat gol menjadi gambar2 klasik Piala Dunia. Berlari terus kepada penonton dengan dua tangan menunjuk ke arah penonton memang menghiburkan. Personaliti bercahaya sepanjang zaman dengan berbagai cerita begitu mengashikkan. Wartawan bertanya kepada Palermo selepas menyumbat gol apabila baru seminit dua masuk ke padang..."Apa arahan yang diberikan oleh Diego sebelum awak masuk". Dan jawapan yang diberikan hanya jauhari yang kenal manikam. Awak masuk dan bagi kemenangan kepada Argentina. Maradona personaliti yang dikagumi, dicemburui, tidak disukai dan diminati ramai. Bolasepak terus menjadi menarik kerana insan pelik ini terus mewarnai dunia bolasepak.

Thursday, July 8, 2010

Mendengar Celoteh


Tahap kefahaman orang sangat berbeza. Apabila marah, kesenimbungan ayat tidak di peduli. Bila nak memberi arahan, ayat disusun cantik untuk bagi orang faham. Teknik untuk nampak macam faham bila dengar celoteh memang boleh dipelajari. Kadang2 bila orang bercakap, dia mengharapkan pendengar mendengar walaupun topik adalah mari bercucuk tanam ala menteri pertanian. Topik boring dan pasti yang mendengar cuba2 menguap untuk mendapat perhatian. Teknik paling asas adalah main bulat dan pangkah dengan orang sebelah. Kedua, main permainan yang ada di dalam telefon. Ketiga, banyakkan menyoal soalan luar dari tajuk. Bila di marah, jangan marah - senyum.

Bila sotong Berbicara


Banyak kaki judi mengeluh dengan sotong seekor ini. Telahan yang pelik2 pada masa Piala Dunia memang memeranjatkan tepatnya. Kuasa menilik bukan lagi hanya milik manusia dan burung. Telahan tepat ini kadang2 membuat orang kecewa. Semalam ia memberi kemenangan kepada Sepanyol dan pagi tadi keputusan itu betul. Tuan punya sotong adalah orang Jerman dan lawan Sepanyol adalah Jerman. Yang pasti mungkin sotong ini akan dicampur tepung dan digoreng sedap.

Monday, July 5, 2010

Cita2 dan Umur


Semalam bersembang dengan anak lelaki berumur 5 tahun. Bertanya tentang cita2 dan pendidikan. Anak tanpa berselindung terus memberitahu bahawa menjadi batman, superman atau super heroes adalah cita2 paling tinggi. Semangat bercerita sehingga rasa macam dah tak ketahuan. Bertegas untuk menyelamatkan dunia menjadi nombor paling wahid. Nak marah - jangan ini mungkin simbolik sahaja. Nak biarkan, mungkin ini adalah realiti. Super heroes boleh ubah dunia. Terpengaruh dengan TV dan komik kot. Muka serius bercerita sehingga tak jadi nak ketawa.

Peluang Di Tolak


Apabila Ghana dapat peluang menjadi pasukan 16 terbaik di kejohanan Piala dunia 2010. Peluang digunakan sepenuhnya. Dan terus menjadi pasukan 8 terbaik suku akhir melawan Uruguay memang menyakitkan. Gol pada hujung perlawanan separuh pertama menjadi taruhan dan pada minit2 terakhir dalam keadaan 1 : 1, Luiz Suarez menahan bola betul2 di garisan gol. Penalti yang diambil oleh Asamoah Gyan gagal disempurnakan. Bila tambahan masa pun tidak ada keputusan maka penentuan penalti dibuat. Salah seorang pemain Ghana gagal menjaringkan tetapi selepas itu pemain Uruguay juga gagal. Tetapi keputusan berpihak kepada Uruguay. Berapa banyak peluang tapi disia2kan. Begitulah dalam hidup kita, peluang diberi tapi tak dicapai dan kadang2 diulang kembali masih tak dapat. Kerja Allah SWT melebihi segalanya.

Friday, July 2, 2010

Takutkan Orang

Guna kuasa takutkan orang memang satu kesalahan moral. Cipta berbagai ketakutan dalam pekerjaan agak senang berbanding dengan terus memecat. Tetapi masalah yang susah apabila orang dihajati tidak takut. Ugut buang, ugut tak ada kenaikan gaji, ugut tak ada bonus, ugut di tukar jabatan dan sekadar ugut. Tahap berfikir pekerja sudah berbeza dan perlu skil lain untuk ugut pekerja. Cuba bekerja dengan Mafia, ugutan bunuh mungkin diterima.