Yang selalu jengok

Monday, July 26, 2010

Ni jiao shemme mingzi


Pagi2 berlatih Mandarin memberi satu lonjakan lain macam kerana semua masih tidur. Selepas solat Subuh, cuba2 bercakap dengan cermin dan berlatih. Tak perasan bahawa anak yang berumur 5 tahun ada di belakang mendengar kita berlatih. Khusuk mendengar lama, anak kecil bertanya,"Macam bunyi orang China je". Hati bersorak senyum melebar. Aku sudah menyebut dengan fonem yang betul bersama itonasi. Dan yang paling pasti, anak aku dapat bezakan antara English, Bahasa Melayu dan sekarang Bahasa Mandarin. Yariba yabedabedu.

Saturday, July 24, 2010

The Karate Kid


Cerita kitar semula kadang2 boleh memberi pulangan yang besar kalau kena dengan cara pemasaran. Sebagai producer, Will Smith menggunakan Jackie Chan untuk pasaran Asia dan namanya untuk pasaran dunia. Aksi anak Will Smith dalama filem ini boleh dibanggakan kerana memerlukan aksi bergaduh dan adegan lelehan air mata apabila dipukul. Cerita yang terus dibawa ke Negara China memberikan kelainan untuk versi Will Smith ini. Menonton bersama anak di One Utama memberi tenaga baru untuk anak berlatih bergaduh dengan ayahnya. Seronok untuk ditonton.

The Lovely Bones


Menonton filem ini memang menjadi gangguan kepada yang bergelar bapa. Anak perempuan intan payung kita hilang begitu sahaja. Di bunuh dan disimpan dalam kotak besi bawah rumah. Arahan Peter Jackson yang membawa kita trilogi yang menggemparkan dunia filem beberapa tahun dahulu (Lord of the Ring). Pengembaraan roh yang dibunuh di alam lain memang menarik suasana. Stanley Tucci sebagai pembunuh bersiri memang layak untuk dinobatkan salah seorang calon pelakon terbaik dalam Acedemy Award tahun 2009 awal tahun ini. Menonton untuk melihat diri kita sebagai bapa atau ibu.

Friday, July 23, 2010

Sarang Tebuan dijolok


Jolok perkataan Melayu yang selalu nampak buruk. Apa2 yang kena jolok sebenarnya pasti sakit. Di mana tempat paling sakit kalau dijolok? Paling sedap dijolok. Buah dijolok baru jatuh. Jolok dengan jari, tangan, galah, kayu atau tombak. Orang yang menjolok sarang tebuan pulak mesti ada penangkis. Tebuan suka serang orang yang menjolok. Hari ini aku menjolok. Mungkin orang yang kena jolok akan membalas. Yang pasti aku tidak ada penangkis hanya aku suka MENJOLOK.

Thursday, July 22, 2010

Ramalan Tepat


MACC mengumumkan tiada kes untuk 3 kes yang melibatkan 3 ahli politik. Kalau diimbas kembali kes2 ini adalah yang berprofil tinggi sedikit masa lalu. Ramalan ku benar belaka nyanyian Axls boleh diambil sebagai cogan lagu untuk kali ini. Hidup 1Malaysia

Salah Pejabat


Semalam polis menyerbu ibupejabat PKR di Petaling Jaya untuk menangkap seorang komputer bernama Al Blog Chegubard. Tetapi semasa serbuan seekor peguam @ pegawai komunikasi PKR menerangkan bahawa seorang komputer itu boleh terdapat di mana2. Tambahan pulak Al Blog Chegubard telah dimuatturun di tempat polis. Maka pencarian komputer Al Blog. Chegubard dibatalkan. Kemungkinan komputer ini telah melarikan diri sebelum polis sampai.

Wednesday, July 21, 2010

Pencopet Pramugari


Semalam pramugari Air France ditangkap kerana mencuri duit penumpang ketika penumpang tengah tidur. Habis semua duit dikebas termasuk jam tangan. Kebanyakan perjalanan ke Timur Tengah. Umur penjenayah 47. Moral - jangan tidur mati dalam kapal terbang dan cari Flight yag pramugari muda belia. Yang muda tak payah mencuri dalam penerbangan.

Little Nopoleon


Siapa little Nopoleon yang orang selalu katakan ini. Semalam PM di Universiti Lim KoK Weng mengatakan tak perlu yang little tu tapi cuma perlu inovasi. Macam cerita Singapura dilanggar todak - Hang Nadim ke? Kadang2 kita dikelirukan oleh pendapat bahawa bila kita kecil kita tidak boleh beri pendapat atau jangan terlalu kreatif @ kreatif boleh membunuh.

Tuesday, July 20, 2010

Hujan Lebat di luar


Berhenti di tempat rehat tol Kota Damansara untuk bersolat Asar. Bunyi guruh di luar ketika solat memberi tanda hujan akan turun. Habis solat hujan sudah bermula lebat. Keluar dari bilik sembahyang, lebih dari 20 motosikal sudah tersadai berrteduh. Ada pokok tumbang menjadi perbualan. Aku berkereta juga sibuk bercerita. Bahaya tetapi hujan terus turun. Aku terus berlari ke kereta tanpa menunggu hujan reda. Basah tapi perjalanan yang pasti membawa ke Magrib terpaksa diharung. Yang canggih dalam kesesakan hujan ini adalah aku dapat berblogging.(Hujan 20/7/2010 - 5.45 pm sehingga aku sampai kerumah masih hujan - Allahuakbar)

Bertemu Penulis

Banyak yang dikeluhkan. Terlalu berat kerjanya. Lelah fikiran. Boleh dijual atau tidak. Berapa komisyen yang wajar. Kenapa pengedar mendapat pulangan paling tinggi dari pemikir ini. Hutang piutang masih seperti orang biasa. Tidak boleh terlalu berfakta. Cerita cinta jadi agungan. Persatuan tidak banyak membantu. Royalti atau sekali bayar. Berapa kali boleh berfikir sebulan. Nak berlawan dengan cerita cinta yang keluar 50 judul sebulan. Dan penulis itu terus mengeluh.....

Ni Hao ma.....


Belajar Mandarin memberikan nilai tambah yang amat bagus untuk menghadapi dunia sekarang. Bahasa yang ketiga paling besar digunakan di dunia boleh menaikkan saham si pengguna. Orang China lebih berbudi dengan orang yang berbahasa ibunda mereka. Mereka diberi diskaun, layanan istimewa, senyum sepanjang transaksi dan peluang berkenalan. Mandarin adalah seperti bahasa standard atau baku selain bahasa Cina yang lain seperti Hokkien dan Kantonis. Belajarlah bahasa Mandarin....mana tahu isteri ke2 kita adalah Mei Ling dari China.

Friday, July 16, 2010

Menjadi Orang Baru

Dalam setiap peringkat umur, kita pasti mengalami perubahan fizikal kepada tubuh badan. Badan gemuk, dah bongkok, tengok perempuan pun tak berapa selera, makan pun makin sedikit, pergerakan perlahan, kuat tidur, tak pandai mengorat dah, ketinggalan zaman dan kawan berkurangan. Kita sebenarnya memilih untuk menjadi seperti itu. Perubahan boleh dilakukan tanpa pembedahan atau terapi. Tukar kerja, daftar belajar, tulis blog, potong misai, botak, tukar baju baru, kawan dengan budak2 muda dan cari hobi baru. Kadang2 berubah sedikit akan memberi impak tentang kembali Muda.