Yang selalu jengok

Saturday, April 9, 2011

Rasuah Orang Muda


2 hari berturut2 dalam media utama cerita tentang anak2 muda yang berasuah dari Imigresion. 8 gambar yang dipaparkan anak2 muda dengan seorang wanita yang rata2 berumur bawah 35 tahun. Ini adalah permulaan yang bagus memaparkan gambar2 mereka tanpa menutup muka. Rasuah dikaitkan di Malaysia sangat membimbangkan. Tetapi cerita secara terangan begini hanya keluar selepas seorang petugas Kerajaan dalam Kastam, Ahmad Sarbini meninggal dunia secara mengejut dijumpai di tingkat 1, pejabat SPRM di Jln Cochren. Cerita menayangkan muka ini sebenarnya tidak dapat menutup cerita tentang kematian Ahmad Sarbini. Anak2 muda ini berasuah mengikut apa yang dicapai tetapi rasuah yang lebih besar selalunya datang dari orang yang lebih tua, lebih besar perutnya, lebih berkuasa dan pasti susah untuk diganggu.

Friday, April 8, 2011

Wednesday, April 6, 2011

Sama tak Serupa - Yayasan Selangor


Macam2 telahan orang. Sekali tengok sama. Tak lari dah dah. Dituduh terima rasuah RM45,000. Mula2 keluar di TV aku mati2 ingat Hattan penyanyi tu yang kena tangkap. Cuma dia buncit sikit. Gaya masuk ke mahkamah ketika pertuduhan disebut bergaya macam penyanyi Hattan. Muka ada iras2 sedikit. Cerita ini berkaitan rapat sangat dengan aku. Aku pernah bersama Yayasan Selangor 5 tahun dari 1982 - 1987. Duduk di Kg Pandan menjadi budak Kay Ell. Sekali lagi aku nak yakinkan ini bukannya Hattan tetapi Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor.

Market Driven


Berapa banyak bank diperlukan di Malaysia. Beberapa hari dulu, salah seorang taikun lama perniagaan Tun Daim memberitahu media bahawa Malaysia tidak memerlukan banyak bank. Bank adalah spekulator utama di dalam peningkatan kredit dimana2. Dengan simpanan wajib yang ditetapkan oleh BNM, bank2 boleh memberi pinjaman beberapa kali ganda kepada Malaysia. Perciptaan kredit ini adalah salah satu cara percambahan duit baru ke dalam pasaran.

Semalam Gabenor BNM, Dr Zeti memberitahu bahawa berapa banyak bank di Malaysia ditentukan oleh pasaran. Beberapa pengambilalihan bank luar untuk bank2 di Malaysia membuatkan Gabenor menceritakan tentang pasaran tersebut. Kalau diikutkan norma2 biasa, bank bertugas sebagai penyimpan dan pemberi pinjaman. Jika yang hanya menyimpan dahulu hanya BSN tetapi sudah berubah sekarang ini. Jika memberi pinjaman sahaja itu adalah Ah Long.

Untuk meraikan keadaan ekonomi yang meningkat naik dengan kemungkinan besar bahawa harga barang pun naik, bank2 hendaklah dibenarkan mencipta kredit semaksima mungkin. Tetapi jika tidak dikawal kemungkinan inflasi akan berlaku. Ah Long adalah pemberi pinjaman tulen. Mereka hanya berurusan diatas duit yang mereka ada sahaja. Tetapi kadar faedah yang tinggi adalah medium peningkatan duit di pasaran. Contoh seperti memberi pinjaman RM10,000 dan mereka mendapat balik RM18,000. RM8 ribu itu adalah ciptaan baru kredit.

Tetapi bank berbeza di mana simpanan diasaskan di BNM menjadi sandaran untuk membuat kredit berkali ganda. Mungkin boleh difikirkan kenapa perlu Bank ditentukan oleh pasaran.

Tuesday, April 5, 2011

Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya


Membaca buku tulisan Hishamudin Rais bertajuk "Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya" memang menyeronokkan. Dia akan membawa kita ke seluruh dunia dengan fokus yang berlebihan tentang politik di Malaysia. Pandangan yang berbeza dan pengetahuan yang diceduk bukan dari sekolah biasa memang memberi ceria. Buku ini adalah artikal2 ditulis oleh Hishammudin Rais setelah kembali ke Malaysia pada tahun 1995. Dia sempat mengeluarkan sebuah filem iaitu "Dari Jemapoh ke Manchestee" tapi semasa dikeluarkan dia ditahan di pusat tahanan Kemunting. Buku ini juga memberikan pandangan yang berbeza kepada umum tentang pilihanraya yang boleh ditentukan. Isham Rais juga menceritakan tentang pengembaraan beliau sebelum kembali ke Malaysia. Cerita2 tentang komunis, Saddam dan kekasih dari Finland menghiburkan untuk santapan muda mudi. Baca dengan hati terbuka kerana ilmu bukan kerana terpaksa.

Phaholyotin Road


Tiba2 Jalan Phaholyotin di Thailand jadi popular. Jalan ini penuh dengan hotel dan yang paling popular adalah Sifotel yang bertaraf 5 bintang. Skytrain yang melalui jalan ini juga terdapat banyak stesyen berhenti. Kawasan ini popular dengan pasar hujung minggu atau Chatucak Weekend market. Jalan ini tiba2 popular bila disandarkan dengan video yang melibatkan pemimpin pembangkang. Rasa2 kawasan ini bukan kawasan hitam di Thailand. Salah satu sebab bagi mereka perniagaan orang bukan perkara yang gelap.

Monday, April 4, 2011

Orang Muda Rule


Lebih dari 100 wartawan menyerbu di pejabat BN Sarawak menantikan pengumuman calon2 untuk bertanding pilihanraya umum. Yang datang berpangkat Datuk dan Datuk Seri semacam tidak dilayan kerana orang2 ini ketahui sudah lebih 6 kali menang pilihanraya. Mereka terlalu tua dan tidak dapat memberikan sesuatu yang baru kepada komuniti. Datang dengan kereta besar, berkot dan ada pembantu yang tolong menjawab. Muka2 tidak ceria kerana takut dikeluarkan dari senarai calon. Tiba2 datang seorang lelaki berjeans, bertshirt sahaja, dia telah diserbu oleh wartawan. Dia memberitahu bahawa dia telah diminta datang ke pejabat kerana kemungkinan namanya terdapat dalam senarai. Dia memberitahu bahawa dia dengan keluarga hendak pergi membeli belah. Orang muda menjadi trend sekarang dan jika mahu nampak diterima oleh masyarakat mestilah berwatak muda dan tahu akan suasana sekarang. Muda memang nampak tidak berfikir, agak kasar dan cuai. Tetapi mereka lah yang mengubah dunia kerana keberanian mereka.

Sunday, April 3, 2011

The Mechanic


Jason Statham memang pelakon berkaliber dalam aksi. Trilogi filem sebelum ini seperti The Transporter menunjukkan beliau memang pelakon aksi yang tidak pandai berlakon. Aksi beliau disemua filem lebih kurang sama. Mechanic adalah sebuah cerita tentang pembunuh upahan yang kerja tambahan adalah membaiki kereta, walaupun kereta yang ada hanya sendiri dan satu sahaja. Konflik terpaksa membunuh majikan dan akhirnya anak majikan yang dibunuh menjadi anak didik beliau. Apabila sudah mahir anak didiknya cuba membunuh mekanik tersebut dan pengakhiran dimana mekanik sudah mengetahui lebih awal. Aku boleh tertidur ditengah cerita kerana semacam sudah mengetahui pengakhiran cerita. Tontonlah jika tak pernah menonton cerita aksi.

Saturday, April 2, 2011

Lambang


Pilihanraya Sarawak akan berlaku tidak lama lagi. Untuk mengelak dari menggunakan lambang yang sama kepada calon2 persendirian, Spr telah meluluskan beberapa lambang untuk digunakan. Lambang2 tersebut adalah gajah, udang, kereta, kapal terbang, pokok dan gelas. Sesiapa yang pilih udang sebagai lambang pasti sukar untuk mengelak dari ditanya tentang otak udang. Kalau gajah menjadi lambang pasti sukar hendak menerangkan tentang besar badan. Jika pilih kereta atau kapal terbang, kena pilih kereta yang mewah tak boleh yang bawah 1.0 cc. Lambang2 memainkan peranan yang besar dalam mengaburi mata seseorang. Lambang menjadi sesuatu objek penerangan kepada apa yang diperjuangkan. Pernah dalam satu kursus motivasi diberi sehelai kertas pada semua yang hadir melukis lambang diri. Berbagai lukisan yang keluar dan dari lambang itu fasilitator akan bertanya perihal lambang dan hanya empunya lukisan dapat menerangkan. Diberi lambang kotak, bulat, segi tiga dan bintang lalu fasilitator bertanya apa lambang merujuk kepada kita. Ada yang memilih kotak - fasilitator akan berkata bahawa orang yang memilih kotak adalah menjurus kepada orang2 yang mengikut kata tanpa mengeluarkan idea tersendiri. Ada yang memilih bintang, fasilitator akan memberitahu bahawa bintang adalah orang yang celaru pemikirannya. Orang yang memilih segi tiga adalah orang yang ada tujuan. Mereka yang memilih bulat agak pelik. Fasilitator memberitahu bahawa orang yang memilih bulat adalah orang yang kuat sex. Pilihan lambang boleh membuat orang berfikir untuk memilih. Orang Sarawak pilihlah wakil yang boleh bekerja untuk mereka.

Friday, April 1, 2011

Bila Hujan Berkahak


Bila hujan aku teringat cerita ketika menjadi Maybank Auditor di Kuala Lumpur. Semua berlaku lebih kurang pada tahun 1993 dahulu ketika aku berada di Jalan Medan Tuanku. Kami yang 4 orang dalam satu pasukan terpaksa bergerak di sekitar Kuala Lumpur untuk bekerja mengaudit syarikat2 yang membuat pinjaman lebih dari RM5 juta dengan Maybank. Satu hari panas terik sedang kami mencari teksi, lalu singgah seorang Cina yang membawa teksi dan seperti baru lepas menghisap rokok. Penuh asap di dalam teksi tersebut sehingga kami suruh dia buka aircond dulu sebelum kami masuk. Semua tingkap ditutup masih lagi berbau rokok. Dalam keadaan jam tersebut, hujan lebat turun. Suasana agak kabus didalam teksi kerana dari suasana panas kepada sejuk. Tiba2 pemandu Cina tersebut batuk2 dan mengeluarkan kahak. Punyala tak sopan dan terus meludah ke kanan cermin. Aku yang berada di belakang tersentak terkejut rasa nak pening.....tingkap tidak terbuka dan KAHAK itu melekat di cermin. "Sorry2 Bang, saya tak ingat" Pemandu itu mengambil kain lalu mengelap cermin tersebut. Mengeleng2 aku rasa nak muntah. Perjalanan yang sekejap rasa masih jauh. Hujan diluar masih lebat. Suasana di dalam kereta masih kabur. Pemandu itu sekali lagi buat hal. Aku cepat2 suruh berhenti dan kami semua lari tak bayar. Kami marah sebab Dia ambil kain yang berkahak tadi lalu mengelap cermin depan pulak. HUJAN dengan cermin BERKAHAK, chit.

Pembaziran


Khutbah Jumaat hari ini menceritakan tentang pembaziran yang manusia lakukan. Selalu kita bercerita tentang pembaziran harta tetapi kali ini khutbah menceritakan tentang pembaziran Harta, Masa dan Tenaga. Harta banyak digunakan untuk membuat barang yang tidak berfaedah. Masa banyak tidak digunakan untuk kebaikan. Tenaga banyak tidak digunakan membuat benda yang baik. Bagi aku banyak lagi pembaziran yang kita tidak nampak tetapi pembaziran berlaku. Kesesakan lalu lintas - harta, masa dan tenaga dibazirkan. Tenaga kita dalam kesesakan hanya duduk pening memikirkan perjalanan yang 20 minit menjadi 2 jam. Ini adalah kerugian masa yang tidak terkira. Tenaga minyak dan tenaga badan kita menyusuri kesesakan jalan juga pembaziran. Minyak yang habis ketika jalan sesak tidak terkira banyaknya. Bila sudah lewat tiba untuk mengambil anak di taska, mereka akan mengenakan caj kerana lewat tiba. Ini juga pembaziran. Kos penyelenggaraan seorang anak sekarang seperti menyewa sebuah apartment untuk tinggal RM350 - RM400 (untuk pengendalian sekolah yang berwibawa). Pembaziran yang berlaku disebabkan oleh keadaan sekeliling sepatutnya Kerajaan fikirkan.

POCO-POCO


Semua orang bising bila Mufti Perak haramkan poco2. Yang bergambar menari, menari bersama PM, hari poco2, bersenam Poco2 dan kadang2 majlis tak berseri tanpa poco2. Keputusan telah dikeluarkan tapi di Perak sahaja. Kajian yang dibuat di Majlis Agama Negeri Perak telah khatam, khalas, period dan tamat. Fatwa lalu dikeluarkan. Bagaimana mereka nak undurkan ke belakang apabila semua yang pernah berpoco2 berdetik minta dikaji. Mengikut Datuk Harunsani, Mufti Perak, poco2 ini berasal dari Jamaica dan untuk memuja semangat. Dia tidak berbelah bahagi dalam mengatakan keputusan itu tetap dan kalau mahu joget juga, dia mencadangkan tukarkan kepada joget Melayu (dalam suratkhabar semasa). Hebat cadangan Datuk Mufti.