Kalau kereta rosak di rumah, jiran2 datang membantu. Bagi 'jumper', tolong tolakkan dan tolong tukarkan tayar kalu pancit. Kereta rosak tengah jalan pun ada yang membantu. Kalau kita sibuk, pasti ada yang datang bertanya dan boleh membantu. Kalau kita kesempitan tak payah minta, ada yang menghulurkan. Kalau kita lapar ada yang datang belanja. Kalau dahaga ada yang datang bawa air atau belanja air. Kalau tengah bulan belanja rumah tak cukup, ada yang datang bertanya dan menolong. Kalau hujung bulan gaji tak masuk lagi, ada yang tolong pinjamkan dulu. Duit tidak menjadi masalah sekarang tetapi masa. Kalau sibuk buat macam2, ada yang datang tolong. Tolong hantarkan anak, tolong ambilkan anak, tolong bermacam2 sampai tak tahu nak bayar balik. Senang hidup ini kalau datang banyak kalau sampai kita rasa senang kalau kita senang. Kalau susahpun pasti kalau ini tolong. Kalaulah.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Monday, May 9, 2011
Serial Acid Splasher

Sudah lebih 20 kes dilapurkan. Tak jauh dari kita hanya di Kuala Lumpur. Menungang motor Honda Ex5 dan melontar asid kepada perempuan yang berjalan. Semalam, hari Ahad seorang wanita dan anak kecilnya juga disimbah asid di Kuala Lumpur. Mungkin perangai orang ini seperti peragut menggunakan motor. Aku rasa penyimbah asid ini seorang yang tidak kacak hatta mungkin tidak kaya. Seorang yang pendendam mungkin kerana ditinggalkan awek dan berumur lebih kurang 25 hingga 35 tahun. PDRM boleh mulakan siasatan dengan melihat jenis asid yang dilontar itu. Adakah ia boleh didapati di kedai2 pembekal cat atau 'hardware' sahaja. JPJ boleh membantu dengan melihat empunya Honda Ex5 di sekitar Kuala Lumpur. Mengikut laporan mereka bertindak tidak ikut masa dan di mana hatta di depan sekolah pun mereka bertindak. Sudah 8 orang budak sekolah kena simbahan asid ini. daripada 20 cuma seorang lelaki yang terkena simbahan asid ini. Perangai gila ini mesti diberhentikan. Apa yang perlu dibuat jika kita terkena simbahan asid ini - terus basuh dengan air.
MUHAMMAD ANIQ ZAHEEN

Hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan "Di antara hak2 anak yang mesti ditunaikan oleh bapa :tiga perkara iaitu mengelokkan nama bila dia lahir, mengajar Al Quran apabila dia matang dan mengahwinkan apabila ia baligh". Anak aku yang ketiga, lahir pada 06 May 2011 pada pukul 8.59 am Jumaat 02 Jamadil Akhir 1432. Bayi lelaki ini akan dinamakan Muhammad Aniq Zaheen yang bermaksud Yang terpuji, kacak (elegant) dan pandai (inteligent). Lahir pada hari yang sama dengan aku - Jumaat. Sigmund Freud juga lahir hari yang sama pada 1856 dulu.
Labels:
life
Sunday, May 8, 2011
Selepas 3 Kali disebut

Bergelung di dalam perut. Menanti yang dikasih keluar ke dunia. Bergelung lagi perut dan kali ini seperti tidak boleh ditahan2. Sakit berkurangan tetapi menyerang sekejap2. Ombak di dalam perut sekejap bergelung sekejap berhenti. Putaran seperti air di tandas turun mahu membersihkan sekeliling. Sakit yang sekejap2 sudah seperti terlalu singkat untuk berhenti. Sekejap lagi gunung yang berapi ini akan membuahkan ledakan. Sakit kerap yang tidak terhenti2 cuma sendiri yang tahu. Tenang sebentar tadi seperti memanggil sakit kembali. Bukaan mengikut kata pakar masih menunggu sendiri. Peluh didahi seolah2 panas walaupun aircond di bilik pembedahan terlalu sejuk. Suami memberi nasihat seolah2 berkata2 sendiri. Apa yang disebut tidak sampai sama macam sakit ini. Sakit makin kerap dan terasa seperti bergulung2 di dalam. Tsunami yang akan berlaku. Memegang apa yang ada disekeliling. Bukaan terasa besar dan terasa seolah2 akan pecah sebentar lagi. Berputar2 sekeliling dan terasa nyawa seperti ditarik2. Sang suami masih berkata2 yang tidak didengar. Putaran air tandas akan berakhir sebentar lagi. Sakit berhenti2 dan sakit lagi. Macam sudah pasti. Orang sekeliling masih berkata2. Keadaan sekitar seolah2 macam kiamat kecil. Berputar2 isi dalam perut. Gunung berapi ini akan meletup. Peluh terasa di leher. Sakit lagi. Berputar lagi dan sakit berhenti. Tsunami ini akan meletus. Sakit dan sakit terus. Kenapa ia tidak berhenti disini. Sakit dan berputar lagi. Ini semua adalah igauan ibu2. SELAMAT HARI IBU
Friday, May 6, 2011
Cesarean Birth

Aku dipanggil masuk ke bilik pembedahan. Doktor Zul sudah mula meletakkan pisau ke perut isteri dalam keadaan isteri ditegakkan kain menutup prosedur dari di lihat. Doktor Ravi - pakar bius menyuruh aku berada di kepala isteri sambil tersenyum. Aku merapatkan mulut ke telinga isteri sambil bertanya "Rasa tak? Isteri tersenyum kelat kerana tidak mampu bersuara untuk memikir menjawab soalan aku. Aku menyuruh isteri mengucap kerana prosedur yang mungkin memakan masa kurang dari 20 minit akan selesai. Aku menjengok2 melihat pisau memotong membelah perut isteri aku. Prosedur Caesarian ini hanya memotong kurang sejengkal sahaja di atas perut. Bayi yang diberitahu kepada aku semalam selepas di scan kemungkinan berat 3 kilogram akan keluar bila2 masa. Nampak doktor menghadapi kesulitan kerana seorang perlu menolak bayi keluar dari atas. Doktor Ravi dipanggil untuk membantu. Dari kepala isteri aku, dia berdiri dan menolak dan aku saksikan sendiri dia menolak sambil kakinya berada di dinding. Seolah2 sukar untuk keluar bayi yang satu ini. Aku terus bercakap2 dengan isteri. Meminta dia mengucap Dua kalimah Syahadah dan beristigfar. Dan akhirnya bayi yang ditunggu sudah keluar. Masih berlumuran darah dan berwarna pudar, bayi itu ditunjukkan pada isteri aku dan terus dibawa untuk dicuci.
Prosedur seterusnya adalah menjahit perut yang sudah terbuka. Jahitan diperut itu memerlukan masa lebih kurang 30 minit. Aku dibenarkan keluar dan aku terus berjumpa bayi yang dipaksa keluar dari tempat yang paling seronok bagi dia. Subhanallah.
Prosedur seterusnya adalah menjahit perut yang sudah terbuka. Jahitan diperut itu memerlukan masa lebih kurang 30 minit. Aku dibenarkan keluar dan aku terus berjumpa bayi yang dipaksa keluar dari tempat yang paling seronok bagi dia. Subhanallah.
Labels:
life
Hari yang Penting


Jam 5.30 am sudah sibuk memulakan perjalanan hari. Hari ini lebih penting dari hari2 lain. Isteri kesayangan akan melahirkan anak ke 3. Kejutkan anak2 dan suruh mereka mandi. Bagi mereka tiada beza seperti hari2 lain. Hari ini Jumaat 06/05/2011. Ayah akan pergi kerja dan Mama akan ke hospital bagi mereka. Jam menunjukkan 6.45 am. Perjalanan mesti diteruskan kerana prosedur pembedahan 'caesarian' akan dilakukan sekitar jam 8.00 am. Perjalanan dari rumah lebih kurang 30 minit dari Taman Bukit Subang ke Hospital Pusrawi, Kota Damansara. Anak2 sudah awal sampai ke Taska masing2. Jam sudah pukul 7.15 minit seperti dijanjikan mesti sampai disana. Perjalanan diteruskan lagi. Pergerakan jalanraya agak perlahan kerena orang ramai berpusu2 untuk ke kerja. Berbeza niat masing2 dan perjalanan dilambatkan pula dengan sebuah kereta rosak ditengah2 jalan di Kg Melayu Subang. Sesampai di Hospital Pusrawi jam sudah menunjukkan pukul 7.35 am. Termengah2 isteri menyampaikan perjalanan ke tingkat atas hospital terus ke bilik pembedahan. Jururawat2 menyambut dengan tersenyum dan memberitahu bahawa tukang Bius masih belum tiba kemungkinan sampai pukul 8.15 am. Aku diberi pakaian khas untuk masuk ke dalam bilik pembedahan menunggu jam 8.15 am. Perut belum diisi dan berat kepala kerana tidur lewat malam sebelumnya. Penantian yang mendebarkan. Isteri telah masuk ke dewan pembedahan menjalani ujian2 sampingan dan aku menunggu debar untuk meneman. InsyaAllah.
Labels:
life
Wednesday, May 4, 2011
SPREE

Belanja mengikut kemampuan kadang2 tidak boleh aku ikut sangat. Semalam pengarah Syarikat aku memberitahu bahawa aku kena pergi ke Pavilion, Kuala Lumpur melihat pelancaran produk baru KFH. Pakaian yang dibenarkan adalah suit dan berkot. Aku tidak ada benda2 ini kerana bagi aku berbelanja mesti mengikut kemampuan. 2 hari lepas aku naik Mercedes Benz S350L bersama pengarah aku dan bercerita tentang suit ini. Dia mengajak aku buat satu suit yang bagi dia murah dan boleh diterima. Harga seluar sekitar RM700 dan satu suit lebih kurang RM2,500 - RM3,500. Cara dia bersembang seolah2 aku bergaji seperti mereka. Letih aku memikirkan kerana selama aku bekerja seluar paling mahal aku buat adalah di Bandung iaitu RM150 sehelai dan ia adalah yang terbaik. RM700 untuk sehelai seluar adalah seperti gaji sebulan salah seorang pekerja kilang syarikat aku. Aku seolah mengiakan tetapi dalam hati menolak secara diam2. Belanja mengikut kemampuan seolah2 berada dalam pulau tidak dikacau orang.
Labels:
life
Temuduga orang India

Hari ini aku menemuduga seorang lagi. Keturunan dari Hyderabad India dan seorang Islam. Sudah bekerja luar dari India lebih dari 20 tahun. Sekarang bekerja di Dubai selama 15 tahun dan bekerja di 3 syarikat yang berlainan. Seorang Pengurus Besar dan ada MBA dan Ijazah Business Marketing. Berumur 48 tahun dan sudah berkeluarga. Gaji sekarang USD6,800 dan meminta kenaikan sekitar 20%/30% kenaikan. Terlibat dalam perkilangan lebih dari 10 tahun dan majikan tertinggi lebih 10 tahun.
Berdasarkan pengalaman kerja di tempat2 luar dari negara sendiri memberi satu anjakan tinggi untuk mengambil dia sebagai pekerja. Cuma bagi aku agak pelik kerana dalam umur sekarang dia masih mencari2 kerja dan tidak nampak untuk berhenti dan duduk diam setempat. Perkara ini sepatutnya menjadi motivasi kepada semua orang bahawa peluang pekerjaan terdapat bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Berdasarkan pengalaman kerja di tempat2 luar dari negara sendiri memberi satu anjakan tinggi untuk mengambil dia sebagai pekerja. Cuma bagi aku agak pelik kerana dalam umur sekarang dia masih mencari2 kerja dan tidak nampak untuk berhenti dan duduk diam setempat. Perkara ini sepatutnya menjadi motivasi kepada semua orang bahawa peluang pekerjaan terdapat bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Jika sekarang sedang bekerja di Bank lebih dari 5 tahun, cuba2 jengok di dalam internet dan cari kerja di tempat lain. Kenaikan gaji yang mungkin kita tidak dapat nikmati hatta lebih 5 tahun akan dapat dengan sekali lompatan.
No Reservation

Melihat bagaimana kita dahulu, banyak perkara yang susah kita buat. Semalam aku menonton cerita tentang Anthony Bourdain. Dalam rancangan itu dia kembali ke restaurant mexico yang dia pernah kerja ketika berumur 18 tahun dan sebelum dia popular. Melihat kerja dahulu yang lebih senang memang memeningkan pakar masak itu. mengikut feeder (salah seorang yang paling penting di dapur), mereka memasak lebih dari 650 masakan setiap hari. Kerja feeder adalah kerja lama Anthony Bourdain ketika berumur 18 tahun dahulu. Semalam dia perlu mengingati semua menu dan membantu feeder untuk memesan makanan dengan tukang masak. Keadaan sempit di dapur mengengkang Anthony untuk memasak dan dia pelik dengan bagaimana dia boleh memasak ketika 18 tahun dahulu. Kadang2 kita perlu mengingati cara kita buat kerja dahulu. Ingat sesuatu benda yang susah kemungkinan boleh memberi kita semangat tentang menghadapi dunia semakin mencabar. Dahulu dengan RM500 mungkin kita boleh hidup senang dan kuat badan kita menghadapi hari2 yang susah.
Tuesday, May 3, 2011
The Tourist

Filem yang dibintangi oleh Johnny Deep dan Angelina Jolie adalah filem kitaran semula dalam tahun 2005 filem Perancis. Kalau dulu cerita twist begini memang nampak cantik dan mengelirukan. Tetapi setelah dikitar semula, cerita begini tidak menampakkan impak dan drama yang mengkagumkan. Cerita tentang Elise Ward seorang ejen Scotland Yard yang ditugaskan untuk bercinta dan menangkap seorang lelaki bernama Alexander Pierce yang tidak diketahui tentang raut mukanya. Alexander ini telah mencuri duit seorang gangster bernilai 744 juta Euro dan kedua2 Scotland Yard dan gangster ini mencari orang yang kemungkinan sudah menukar muka lebih dari setahun. Angelina Jolie telah berkenalan seorang pelancong didalam keretapi yang menuju ke Itali dan pelancong ini adalah johnny Deep. Berlansunglah cerita tentang kekecohan kerana menyangka Johnny Deep adalah Alexander. Sehingga akhir filem baharulah penonton mengetahui bahawa Johnny Deep adalah Alexander yang dicari. Kecantikan Angelina Jolie dan kekacakan Johnny Deep sahaja menjual filem ini.
OSAMA

Dan berakhirlah cerita tentang September 11, 2001. Rancangan yang kononnya dikelolakan oleh rangkaian Al Qaeda dan ketuanya Osama Ben Laden diberitahu telah terkorban di Pakistan tidak jauh dari kem tentera Pakistan. Berbagai benda telah berlaku semenjak dari September 11 yang kebanyakan orang tidak tahu. Tentang pandangan terhadap Islam dan kecantikan Islam yang terserlah apabila orang2 kafir belajar dari cerita September 11. Berlaku sahaja pengeboman dimana2 Al Qaeda akan disalahkan dahulu. Di Indonesia, di Tanzania, India, di Filipina dan hatta bunyi2 di Malaysia pun Al Qaeda pun dituduh. Filem2 yang dikeluarkan selepas isu tersebut menunjukkan keganasan Islam. Bank2 di dunia terpaksa terikat dengan Anti Money Laundering Act dimana setiap duit yang masuk atau keluar mesti diberitahu. Tetapi yang peliknya setelah 10 tahun baru Osama Ben Laden tertumpas. Canggihnya pihak bersekutu tidak dapat menangkap Osama menjadi bahan lawak seluruh dunia. Keganasan pihak bersekutu dikira halal dalam mencari Osama dan ini digunakan berkali2 untuk nampak mereka baik. Maka seorang anti hero terpaksa dicipta selepas ini untuk menunjukkan bahawa peperangan mesti diteruskan dan nampak halal.
DELETE

Satu rangkaian networking berjenama Friendster akan memadam semua data yang ada didalam rekod mereka. Dengan lebih dari 115 juta pengguna, gambar2 yang sudah lebih dari 10 tahun , blog yang tersimpan dan data2 cerita akan lenyap begitu sahaja. Benda2 ini akan berlaku kepada semua jenama networking apabila sampai satu masa dimana kemampuan menyimpan data tidak lagi dapat menampung kebanjiran data. Friendster telah memberitahu ahli2nya untuk menyimpan data sendiri sebelum 31/05/2011. Kalau difikirkan sudah berapa banyak kita menyimpan album dalam networking. Kita tidak lagi mencuci gambar seperti dahulu lagi. Mungkin gambar anak kita sendiri sudah tiada digantung di rumah. Gambar anak2 kita hanya boleh dilihat di networking. Salah satu cara untuk memastikan semua gambar dapat diselamatkan dengan menyimpan dibanyak networking yang percuma kalau masih malas nak mencuci. Masukkan dalam Picasa, load dalam geni.com, masukkan dalam blog dan banyak lagi web2 percuma untuk loading gambar. Ini adalah salahsatu cara sahaja dan kemungkinan tidak bertahan lama.
Subscribe to:
Posts (Atom)