Yang selalu jengok

Tuesday, December 6, 2016

Jalan2 ke Surabaya (Part I) 2/12/2016

Jatim Park II

Kami sampai ke Surabaya sekitar jam 7.40 pm  Malam sudah gelap dan aku terus bergegas ke tempat teksi untuk menempah kenderaan ke Hotel. Hotel yang kami tempah sejauh 18 km dengan tempoh perjalanan 35 - 45 minit dari Airport Juanda International Surabaya.  Kami menunggu lagi rombongan dari kapal terbang kedua yang akan tiba pada pukul 8.06 pm. Untuk rekod juga, perjalanan ke Surabaya ini adalah kali pertama untuk semua ahli rombongan.

Aku berbincang dan mendapatkan 4 Avansa dengan bayaran Rp125,000 (RM41.50) sebuah. Pada masa yang sama aku juga mendapatkan kenderaan yang boleh membawa 19 orang untuk perjalanan kami di Surabaya. Akhirnya aku bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan Pak Agus dengan bayaran Rp1.5 juta (RM498) seharian untuk ke Batu Malang yang perjalanan sekitar 3 jam dari bandar Surabaya. Pukul 8.45 pm kami sudah boleh bergerak ke hotel.

Suzuki Elf yang memuatkan 19 orang - Pak Agus paling kanan dalam gambar
Hotel yang aku tempah adalah Hotel Gunawansa Manyar yang berada di Menor, Purumpunan. Ia diberitahukan agak jauh dari bandar dan tapi agak tenang. Ia adalah apartment dan dari tingkat 15 sehingga 22 adalah hotel yang diberi kepada orang luar. Ia mempunyai kolam renang sendiri di tingkat 2 dan mempunyai kedai runcit 24 jam (Alfa Mart).

Malam itu berakhir tenang dengan semua mendapat bilik masing2 dan kami berjanji untuk bergerak dari hotel pada pukul 7 pagi. 'Breakfast' bermula pada pukul 6 am dan selepas makan kami terus bergerak dengan Pak Agus yang menanti tepat pada pukul 7 am. Perjalanan pagi itu, sejuk melalui jalan yang sesak dan bertol.  Jarak yang diberitahu adalah sekitar 110 km sahaja tetapi ia memakan masa lebih dari 3 jam. Tempat yang kami akan pergi adalah ke Batu Malang, Surabaya.

Perjalanan pagi ke Batu Malang 
Perjalanan pagi diiringi hujan renyai2.  Sejuk dan nyaman.  Disekitar permandangan gunung2 yang mencapai awan nampaknya. Aku terus bersembang dengan Pak Agus tentang Surabaya, tentang Islam, tentang Indonesia dan cerita terbaru aksi damai meminta Ahok (Gabenor Jakarta) meletak jawatan disebabkan celupar mulut tentang Ayat 51 Surat Al Maidah.

Kami sampai di Jatim Park 2 pada pukul 10 am.  

Jatim Park 2 

Terdapat 3 tempat untuk dilawati disini. Harga tiketnya berharga Rp120,000 (RM39.80) untuk 2 taman (Museum Satwa dan Batu Secret Zoo) dan Rp150,000 (RM49.80) untuk 3 tempat lawatan (Museum Satwa, Batu Secret Zoo dan Eco Green Park). Diberitahu juga jika kami menunjukkan boarding pass AirAsia diskoun sebanyak 20% diberikan. Tiket pada hari itu untuk 2 tempat lawatan bagi kami adalah sebanyak Rp96,000 sahaja (RM31.80).



Batu Secret Zoo

Ia adalah Zoo seperti biasa.  Binatang2 yang dipamerkan tidak seperti yang aku dengar atau baca di Kebun Binatang Surabaya iaitu binatang yang dibiarkan kelaparan dan tidak diselengara dengan sempurna. Bersih dan kawasan yang sangat luas untuk dikuasai seharian. Kami berjalan dan bergambar dan tidak perasan waktu sudah tengahari. Perjalanan yang hanya 25% dari kawasan sebenarnya sudah cukup memenatkan kami.  Pada masa itu, diberitahu kami boleh menyewa skuter untuk menghabiskan perjalanan didalam kawasan Zoo itu. 

Kami mengambil keputusan untuk keluar kerana banyak lagi kawasan yang perlu kami lawat pada sehari itu.
Yang paling gembira adalah anak2
Girafah batu

Suasana agak renyai sepanjang perjalanan dalam zoo ini

Kawasan bersih yang patut dipuji

Museum Satwa 

Kami menyambung perjalanan hari itu di bangunan sebelah Batu Secret Zoo itu Museum Satwa.  Ia adalah tempat binatang yang telah dikeraskan dan disusun cantik untuk dilawati. Dalam masa sejam, kami habis melawat di museum itu dan perut sudah meminta diisi.  

Kami keluar dari Jatim Park 2 itu dan terus ke restoran untuk makan. Perjalanan pada hari itu hanya baru separuh dari yang dirancang.  

Aku dan unta
Nyaman 

Bergambar aksi juga bagus

Dihadapan Museum Satwa dalam keadaan masih hujan


Memetik Apple di Agro Wisata

Tiket untuk memetik apple adalah Rp100,000 (RM33.20) seorang. Tiket yang diambil seolah2 diganti dengan memetik buah apple 2 biji sendiri, memetik 2 biji buah jambu, memetik 2 biji buah naga dan 2 biji buah limau. Mengikut kiraan aku yang membeli 5 tiket sekeluarga, kami akan membawa pulang 40 biji buah-buahan pada hari itu.

Memetik buah bermula dengan buah jambu (isi jambu yang berwarna merah jambu) dan kerana suasana basah, aku menyuruh isteri dan anak2 untuk memetik untuk bahagian aku. Selepas itu kami dibawa ke kawasan apple menggunakan pengangkutan untuk ke kebun. Sebelum itu kami diberitahu bahawa disebabkan buah limau masih belum masak untuk dipetik lalu diganti dengan tomato. 

Selepas memetik buah jambu
Naik van untuk memetik Apple 
Apple jenis Manalagi 
Petik 2 biji sahaja untuk diri sendiri
Dan akhir aktiviti di kebun itu adalah memetik buah naga.  Setelah itu, kami dibawa ke restoran mereka untuk minum air jambu, makan kacang rebus dan ubi rebus sebagai jamuan percuma untuk pengakhiran aktiviti memetik Apple di Agro Wisata. Ini semua adalah percuma termasuk didalam bayaran tiket Rp100,000 (RM33.20).

Minum selepas penat memetik buah
Kami mendirikan solat jamak di tempat memetik Apple di Agro Wisata kerana takut masa yang makin mendesak.  


Museum Angkut

Setelah habis aktiviti memetik Apple kami terus dibawa ke Museum Angkut iaitu muzium kenderaan. Di dalam kepala aku, pasti dalam masa sejam, kami akan selesai menghabiskan lawatan di sini. Waktu sudah menunjukkan 5 pm dan waktu Indonesia sudah seperti senja di Malaysia.

Bagi aku, Museum Angkut ini adalah tempat yang mesti dilawati jika ke Surabaya. Susunan aktiviti dan negara2 yang dilawati dengan kenderaan dari kereta ke kapal terbang, negara pengeluar kenderaan ke helicopter yang sebenar atau roket ke kereta lembu dipamerkan dengan cantik sekali. Negara2 pengeluar kenderaan seperti Itali, Britain, Jerman diberikan kawasan khas sendiri untuk mempamerkan kenderaan lama mereka. Ini adalah perjalanan pendidikan pada yang mahu menilai.

Kawasan paling bawah sudah mengkagumkan

Skuter seorang satu
Beca pun ada 
Anak2 kecil yang mahu tahu tentang kapal terbang, kapal laut, kereta kuda dan bermacam kenderaan dapat diketahui hanya melawat Museum Angkut ini. Bayaran Rp100,000 (RM33.20) mungkin mahal tetapi keluasan kawasan melawat dengan simulator kapal terbang dan peralatan canggih seolah2 memberi pulangan modal kepada aku.

Macam pilot betul
Di depan Buckingham Palace 
Kami terpaksa bergerak pantas pada setiap tempat kerana waktu sudah menunjukkan sekitar 8 pm. Dan kenderaan terakhir sekali yang kami lihat adalah keretapi yang bergoyang sehingga ke kawasan luar Museum Angkut.

Dan perjalanan hari itu berakhir dan kami perlu balik ke bandar Surabaya dengan menharung perjalanan 2.5 atau 3 jam untuk sampai ke Hotel Gunawangsa Manyar.





Perjalanan ke Surabaya 1 Disember 2016


Perjalanan ini memerlukan perahan fikiran yang lebih dari biasa.  Aku ditugaskan menjadi ketua untuk membawa 10 orang dewasa dan 9 orang kanak yang paling kecil 3 tahun. Terdapat 4 keluarga dalam rombongan ke Surabaya ini.  Keluarga aku sendiri, keluarga adik aku, keluarga sepupu2 aku dan mak dan mak saudara aku. Tiket sudah ditempat lebih kurang 9 bulan sebelum penerbangan. Dan 4 hari sebelum berangkat kami bertemu untuk berbincang tentang rancangan rombongan ini.


Sebelum sampai pada hari perbincangan, group whatapp dibuat untuk memberitahu tentang program, tukaran duit dan beberapa cerita tentang Surabaya hanya untuk menimbulkan kemeriahan. Sebelum hari perbincangan juga aku meminta ahli rombongan supaya 'check-in' melalui web site AirAsia. Check in boleh dilakukan dalam masa 14 sebelum hari penerbangan. Aku membuat satu program penuh sepanjang cuti tersebut.  Aku penuhkan dengan aktiviti yang perlu dibuat dan jangkaan kos setiap program tersebut. Rombongan ini tidak perlu menggunakan syarikat perlancongan untuk membuat program untuk kami. 

Setiap hari dikira sehingga pada hari Khamis 1/12/2016, aku diberitahu oleh adik aku, Khairunnisa' bahawa anaknya Najwa tidak dapat bersama dengan rombongan bersama suaminya, Azuan. Najwa dimasukkan ke wad pada 30/11/2016 dan memerlukan perhatian kerana penyakit athma. Berita itu mengejutkan dan disebabkan penerbangan kami pada pukul 4.25 pm. maka kemungkinan untuk bersama rombongan agak tipis. Sekitar pukul 10 am, aku diberitahu bahawa Najwa boleh dikeluarkan pada tengahari itu dan berita itu memberikan harapan sedikit.

Aku memberitahu Khairunnisa bahawa kami sekeluarga akan bergerak sekitar 12 pm untuk memangkir kenderaan di Putrajaya Sentral. Aku mencadangkan beliau supaya ke hospital menunggu Azuan dan Najwa dengan pakaian siap untuk ke Surabaya.  Khairunnisa' memberitahu dia akan bersama aku untuk ke Putrajaya Sentral kerana dia tidak mahu peluang untuk ke Surabaya terbengkalai jika hospital melepaskan lewat suami dan anaknya.  Dan benar, ketika kami sampai di Putrajaya Sentral pada jam 12.45 tengahari, aku diberitahu doktor pakar akan bertemu mereka pada pukul 3 pm itu. Dugaan ini terus dihadap dengan sedih.

Tiba2 aku mendapat SMS dari AirAsia, dan memberitahu bahawa penerbangan kami dilewatkan pada pukul 5.25 pm.  Dan ketika itu, hati bersyukur dan berkata hikmah penerbangan yang ditundakan untuk kami. Tetapi perlu diingatkan bahawa perjalanan dari hospital Sungai Buloh memerlukan masa yang masih singkat untuk ke KLIA2.

Kami sampai ke KLIA2 pada pukul 1.50 setelah menunggu lebih kurang 26 minit di Putrajaya Sentral menggunakan ERL. Setelah memasukkan bagasi kami menunggu sehingga pukul 4 pm sebelum bergerak ke gate Q.  Khairunnisa' masih memberi harapan agar suami dan anaknya sampai sebelum pintu ditutup.  Kami bergerak perlahan ke pintu Q dan aku sempat memberitahu pada pekerja AirAsia bahawa kami menunggu seseorang untuk bersama kami tetapi masih di perjalanan. Pekerja AirAsia itu hanya memberikan 3 minit sebelum pintu ditutup. Waktu sudah menunjukkan 5.25 ketika kami sampai ke tempat duduk dalam kapal terbang.  

Khairunnisa' memberitahu suami dan anaknya sudah sampai ke KLIA2 dan perlu melepasi 2 kawalan sekuriti sebelum sampai ke gate Q. Aku menyuruh adik aku bercakap lagi dengan peramugara untuk menunda kapal terbang sebentar.  Dalam hati berdoa kerana hanya isteri yang ada emosi boleh bercakap dengan hati ketika itu kepada peramugara. Khairunnisa' sudah memohon kali terakhir kepada peramugara dan terus duduk diam di kerusinya. Aku menyuruh anak lelakinya, Najmi berdoa dan mengalirlah air mata Najmi untuk berdoa supaya ayahnya sampai sebelum kapal terbang bergerak.

Aku diberitahu kereta mereka dipandu dan diberhentikan di Petronas sebelum KLIA2 dan dijemput oleh sepupu aku kerana 2 keluarga termasuk mak dan mak saudara aku akan naik sekitar sejam selepas kami pada pukul 6.20.  Aku sudah menenangkan hati dan hanya berharap Azuan dan Najwa dapat sampai ke kapal terbang.  Entah mengapa kapal terbang masih tidak bergerak dan waktu sudah menunggukan hampir 15 selepas waktu berlepas.

Kira2 15 minit sebelum 6 pm, ramai orang yang terlambat masuk ke kapal terbang dan ini mengejutkan kami semua. Dan termasuk orang yang ramai itu Azuan dan Najwa terselit dan kami gembira melihat kelibat Azuan dan Najwa walaupun aku tahu mereka masih sakit kerana cuti ini adalah kegembiraan dan kegembiraan akan menutup semua kesakitan.  Alhamdulillah.




Thursday, November 3, 2016

Cerita CCRIS

Apa yang bank lakukan sekarang untuk menguji kadar kemampuan orang yang mahu meminjam. Pengunaan CCRIS atau maklumat kredit yang ada di BNM sudah cukup memberikan trend atau pattern orang yang akan meminjam.  Beri nombor kad pengenalan dan maklumat sudah ada di CCRIS. 

Beberapa hari lalu, seorang pekerja aku bertanya 'Kenapa pinjaman peribadinya ditolak' walaupun dia tidak mempunyai komitmen lain.  Gaji sekitar RM3000 dan permohonan meminjam hanya RM10,000 dengan bayaran sekitar RM225 sebulan.  Aku bertanya dan dia memberitahu, hutang yang bermasalah dahulu sudah diselesaikan pada bulan Januari 2016.  Pada masa itu, dia mempunyai kendaraan yang sentiasa tertunggak selama 3 bulan. Tetapi menurut yang bertanya, pinjaman kenderaan itu sudah diselesaikan apabila kereta itu dijual kepada orang lain.

Maklumat di dalam CCRIS memberitahu trend atau pattern untuk setahun.  Maka maklumat yang baharu sekitar 7 bulan, masih terdapat di dalam rekod CCRIS. Dan trend atau pattern ini hanya akan hilang apabila putaran ke 12 bulan sampai.  Bermaksud hanya pada Januari 2016, trend atau pattern itu akan hilang.  Rekod di dalam CCRIS disimpan selama 12 bulan untuk tatapan pemberi pinjaman dan orang biasa boleh mendapatkan maklumat perihal diri dari BNM melalui CCRIS ini.

Semua hutang yang diambil di dalam negara akan dilaporkan di dalam CCRIS. PTPTN - pinjaman pendidikan juga dilapurkan disini. Sebelum aku berhenti dahulu dari Bank sekitar 2010, terdengar cerita tentang hutang di Aeon, Court Marmorth atau bil telefon juga akan dilaporkan di dalam CCRIS. Perlaksanaan cerita kredit ini akan memberikan kesenangan kepada bank untuk meluluskan pinjaman atau menolak permohonan pinjaman.

CCRIS yang membariskan hutang kredit seseorang memberikan maklumat kepada bank untuk melihat lebihan duit di tangan peminjam dan memberikan jawapan untuk lulus atau tidak sesebuah pinjaman. Maka pengetahuan kredit ini memberikan maklumat sumber pertama kepada bank untuk meneruskan pemeriksaan atau terus ditolak.  

Sesiapa yang ada cerita buruk dahulu, bersabarlah sehingga 12 bulan untuk memberikan kecantikan pada CCRIS sendiri.



Sunday, September 25, 2016

Berhenti kerja dan Belajar

Dalam rencana terbaru Bloomberg mengatakan satu trend baru di Korea di mana para senior banker mereka meninggalkan kerjaya mereka dan kembali menjadi pelajar.  Pendidikan ketika umur 45 ke atas memberikan mereka ruang luas untuk menukar dan menjadi lebih baik.  Bukan kepada kerjaya yang ditinggalkan tetapi kerjaya baru yang menjadi permintaan tinggi. Penukaran ini penting kerana ada kerjaya yang boleh diwarisi untuk anak2 seperti berniaga dan bersyarikat sendiri.

Di Korea, pegawai2 tinggi bank berhenti dan meneruskan pendidikan seperti dalam bidang kecantikan yang permintaan sentiasa tinggi di sana.  Orang muda perempuan dan lelaki yang mahu cantik, putih dan menawan. Kelompok sasaran ini seperti dipersetujui oleh Kerajaan Korea Selatan. Peningkatan bermaksud Korea akan berkembang lebih maju dalam filem, nyanyian dan industri media yang lain. Tiada yang 100% original sekarang di Korea tentang kecantikan mereka. Walaupun satu dunia tahu tetapi KPOP mereka terus hebat terjual dan disukai seluruh dunia.


Pendidikan selepas bekerja sebenarnya memberikan banyak kesenangan kepada yang memilih.  2 degree (kebolehan) memberikan peluang untuk berubah pasti kepada yang lebih baik.  Seorang pekerja bank yang senior yang dahulunya dari latar belakang akaun tiba2 bertukar menjadi seorang konsultant kecantikan maka perniagaan menjadi sesuatu yang lebih senang.  Boleh bercakap, boleh menjual dan nampak matang.

Aku juga sebenarnya cuba bertukar seawal boleh.  20 tahun dengan bank dan aku melanjutkan pelajaran dalam shariah di UM pada tahun 2002 untuk menambah pengetahuan.  Pada tahun 2004 sebelum aku berhenti dari Maybank, aku belajar di UM jua dalam Usulludin.  Tapi pengetahuan ini aku gunakan hanya untuk bertukar bank sahaja.  Dari Maybank kepada Bank Muamalat.  Dan aku berhenti secara total dalam bank pada tahun 2010 setelah lima tahun dengan Bank Muamalat.  

Aku terus ingin bertukar.  Aku mendaftarkan diri untuk belajar Bahasa Mandarin di UiTM pada tahun 2011.  Setelah 2 module, aku berhenti. Tidak nampak untuk bertukar tetapi bila difikirkan betapa senang untuk faham bila kita matang dalam banyak hal, maka pendidikan sebenarnya menaikkan taraf seseorang dan membezakan antara satu sama lain seperti dalam surah Al Mujaadilah.

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadilah: 11)

Pendidikan seperti menjadi mutawif haji atau umrah sekarang ada seperti di Institut Professional Baitulmal. Diploma dalam Pengurusan Haji dan Umrah. Ini adalah kemahiran baru yang boleh memberi peluang untuk berubah.  Jangan rasa terlambat kerana perubahan boleh kita lakukan sendiri dan jangan harap orang.  Tetapi yang paling benar, jika kita tidak berubah, luaran pula yang akan merubahkan kita dan semasa itu kita sudah lewat.



Contoh biasa kita dengar "Aku akan sentiasa setia dengan syarikat ini sampai bila2" Tapi bila ekonomi meleset, syarikat jatuh dan kita pun berjumpa dengan ketua syarikat dan bertanya "Bagaimana syarikat kita boleh terjatuh begini" Lalu jawapan mereka "Kita tak berubah tetapi masalah luar merubah kita.  Ada benda baru yang menggantikan produk kita dan kita terus lalai dengan produk lama kita".  

Cepat2 daftar untuk belajar dan menambah ilmu.  Ilmu menjaga harta tetapi harta tidak menjaga ilmu - kata hikmat dari Saidina Ali K.A.



Saturday, September 10, 2016

Cuti di Palace of Golden Horses

Palace of Golden Horses

Anak aku sebut hotel Kuda.  Betul memang banyak kuda di sini.  Dan semua yang bersangkutan dengan kuda terdapat di sini.  Kuda betul hanya ada di seberang hotel sahaja.  Hotel ini bertaraf 5 bintang dengan kemudahan bilik yang banyak, kolam renang, dewan ballroom (bilik bola) yang besar dan dewan mesyuarat yang banyak tidak terhingga.  Kuda emas, kuda besar, kecil, kuda merry go round dan bermacam kuda ada di Hotel ini.

Hotel ini bukan calang2.  Ketika kemegahan ia dulu, ia pernah menjadi tempat tinggal untuk Ketua2 Negara semasa CHOGM ketika Tun Mahathir menjadi PM.  Dan mungkin sebab promosi ini, Tun Mahathir dibinakan kepada dia sebuah rumah di belakang hotel ini.  Aku juga tidak ketinggalan melihat rumah Mahathir ketika berjalan di hotel Kuda ini.  Hotel ini juga pernah menjadi tuan rumah untuk pasukan bola Manchester United ketika berkunjung ke Malaysia.

Tengah 'Check in' - menunggu

Di ruang lobby
Masih menunggu bilik
Kami sekeluarga bergerak ke hotel ini pada hari Ahad 4/9/2016 dan hari ini adalah hari bersejarah aku dan isteri kerana 17 tahun dahulu kami disatukan sebagai suami isteri di Kelana Jaya.  Kenapa pilih hotel dekat dengan rumah?  Sebenarnya aku cuba memenuhi kehendak anak dan isteri.  Mereka mahu bercuti dan aku tidak dapat bercuti panjang.  Maka hotel yang dekat perlu ada kemegahan sesuatu untuk mereka bercerita.  Aku sebenarnya berhasrat untuk ke Bangi Wonderland yang baru dibuka pada 27/08/2016.  Tiket untuk masuk ke sana dewasa RM58 dan kanak2 RM48.

Aku akan tinggal di hotel ini untuk 3 Hari 2 Malam.  Aku 'booking' bilik yang besar kerana keluarga dengan 4 anak perlu bilik yang luas untuk selesa.  Kami diberikan bilik 'Minister' yang mana ruang tamunya diasingkan dari bilik tidur.  Bilik air ada 2 dan memandang ke tasik yang dibuat orang. Bilik ini agak luas dan memenuhi kehendak kami sekeluarga. No bilik aku 7073. Bilik ini aku tempah melalui AGODA.
Ruang tamu berasing dengan bilik tidur

Bilik tidur 

Ditengah2 antara ruang tamu dan bilik tidur adalah bilik mandi

Sebenarnya hotel ini sudah berumur, aku rasa seperti sudah lebih 20 tahun.  Banyak kawasan2 yang seperti perlu diperbaiki.  Ketika kami sampai, tasik buatan orang tidak boleh digunakan dan kawasan itu seperti mahu diperbaharui. Aku tiba sekitar 12 tengahari dan terus beratur untuk mendapatkan bilik. Waktu menunggu untuk mendapatkan bilik lebih kurang 30 minit lamanya. Ramai yang mahu masuk sama pada hari itu.  Pelancung dan Arab dan India paling ramai ketika itu.  Arab Saudi sedang bercuti kerana musim Haji.

Hari pertama kami tiba, aku terus mengajak sekeluarga ke Mines Wonderland.  Hari ini adalah hari terakhir Halal Fest yang diadakan setiap tahun di situ.  Hotel memberikan Shuttle secara percuma untuk ke Mines dan KLCC.  Pengunjung hotel kenalah tempah masa dahulu sebelum dapat Shuttle ini.  Pukul 3.30 kami sekeluarga menaiki shuttle yang diberikan dan melalui jalan dalam hingga ke Mines Wonderland.  Dan di jalan dalam itu terdapat rumah Tun Mahathir yang dia tinggal sekarang.

Rumah Tun Mahathir dari dalam shuttle kami

Berjalan sejam dalam Halal Fest seperti tukang rasa makanan yang hebat.  Anak2 sudah kepenatan dan sebenarnya mereka mahu mandi di kolam renang di hotel.  Pukul 5.30 shuttle tiba dan kami terus ke hotel.  Sesampai sahaja anak2 terus bersiap untuk ke kolam renang.  Penat yang tadi terus hilang. Kami suami isteri terpaksa layan buas anak pada waktu ini.  Pukul 6 pm kami turun ke kolam renang. Untuk pengetahuan, menggunakan shuttle dari hotel ke Mines Wonderland hanya 10 minit perjalanan melalui jalan belakang.

Kolam kanak2 


Kolam renang yang disediakan memang bagus untuk kanak2.  Aku dan isteri hanya menjadi penonton melihat anak bersuka ria dalam kolam yang besar untuk kanak2.  Pukul 7 pm kolam renang sudah di tutup.  Semua sudah benar2 letih dan perasaan hendak tidur lebih banyak dari hendak makan.  Aku dan isteri sudah berbincang untuk keluar makan malam ini berdua.  Anak2 akan kami tinggalkan di dalam hotel kerana mereka akan tidur kepenatan.

Setelah solat Magrib, kami berdua bergerak untuk mencari tempat makan. Disebabkan sudah lama meninggalkan Kuala Lumpur, aku seperti sesat untuk mencari tempat makan. Hanya yang nampak kedai mamak, Mc Donald dan KFC sahaja. Akhirnya aku singgah ke sebuah kedai mamak untuk makan. Kami makan di situ dan menyambung tidur di hotel.

Pintu masuk Caraosel - sarapan

Kami suami isteri sahaja yang makan, yang lain cuma main2 je
Esok perjalanan akan diteruskan ke Bangi Wonderland. Tempat baru yang tiada siapa tahu yang buruk atau yang baik.  Hanya baru pada asasnya bukan bermaksud baik. Aku menempah hotel ini bersama dengan sarapan.  Ini benar2 membantu aku sekeluarga untuk makan.  Mungkin aku akan ke hotel ini lagi.  Teringat pesan anak paling kecil "Ayah, nanti kita pergi ke hotel Kuda lagi".
Tengok bermacam2 kuda

Kuda2 yang keras


17 tahun bersama

Wednesday, June 22, 2016

Bercukur di Mina


Setelah kembali dari melontar Jamratul Aqabah, para Haji akan bergegas untuk bercukur dan setelah melakukan 2 perkara dari 3 perkara Wajib Haji maka para Haji dikira sudah bertahalul Awwal. Malam itu adalah hari pertama kami di Mina.  Suasana tidak biasa dan ramai para Haji berbagai bangsa disatukan di situ.  Kawasan Mina yang kami duduk itu lebih kurang 3.5 km jauhnya untuk melontar Jamrah. Semua para Haji akan datang dari Asia disatukan di satu tempat dan akan melalui terowong yang sama untuk melontar.  Ia berada di tingkat 3 di Bangunan untuk melontar Jamrah.

Menurut bahasa Tahalul bererti ‘menjadi boleh’ atau ‘dihalalkan’. Dengan demikian Tahalul  ialah diperbolehkan, halal, keluar atau membebaskan diri daripada larangan atau pantangan Ihram dengan mencukur seluruh rambut di kepala atau menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Bagi yang sedia botak, maka hendaklah sekadar melalukan pisau di atas kepalanya.

Sesampai ke khemah sekitar 10.30 malam itu, keletihan untuk berehat di simpan senyap2 di dalam hati.  Proses untuk bertahalul Awwal lebih penting setelah 3 hari berihram dan syarat2 berihram dijaga. Aku bersama Haji Azman bergegas mencari orang yang boleh mencukur kepala kami. Syarat bercukur ini lebih afdhal mengikut hadis dari memotong rambut dan hampir 80% orang di kawasan Mina itu akan bercukur untuk mengikut sunnah.

Kami bergerak ke belakang khemah dimana tempat mandi berada. Beberapa barisan dilihat terlalu panjang untuk bercukur pada malam itu. Kami berehat dahulu sambil melihat beberapa orang Arab yang menjadi tukang cukur akan membuat duit pada malam itu. Diberitahu bahawa pada siangnya Pak Arab tukang gunting hanya mengenakan bayaran SR10 tetapi menjelang malam itu, kos bercukur sudah naik kepada SR25 dan permintaan tinggi untuk bercukur pada waktu itu tidak memberikan masalah untuk para Haji membayar.  Tetapi beratur panjang pada malam itu membuat aku rimas tak tentu hala.

Ada pada Haji yang membuat keputusan untuk bercukur sendiri mengunakan pisau cukur janggut. Beberapa kali aku melihat mereka mengeluh kerana pisau cukur jangut tidak sesuai untuk mencukur rambut dan keadaan bercukur itu menjadikan beberapa kelompok haji dan semua sibuk bercukur untuk melepaskan ihram.  Waktu sudah bergerak ke pukul 12 malam, aku dan Hj Azman masih tidak bercukur.

Seorang haji dari Perak mengajak kami berdua untuk membantu beliau membuat satu kumpulan bercukur lagi.  Kali ini tukang cukur dari Malaysia sendiri.  Dia melantik diri sendiri sebagai 'Marketing Manager' untuk menjemput semua orang bercukur dengan tukang cukur dari Malaysia itu yang pastinya sama2 berhaji pada tahun itu. Aku pasti tukang cukur ini sudah biasa dengan kerja2 mencukur. Aku diberi nombor dan boleh kembali ke khemah.  Seingat aku aku bernombor 13 dan melihat masih ramai yang beratur, aku dan Hj Azman yang berada nombor selepas aku pergi berehat dahulu di khemah.

Kira2 sejam kemudian kami berdua datang kembali ke belakang dan melihat orang yang beratur sudah kurang.  Lalu aku bertanya dengan Haji dari Perak atau 'marketing manager' disitu.  Dia kata nombor aku sudah diambil orang dan tak tentu pukul berapa untuk bercukur pada waktu2 begini. Aku bersabar dan Hj Azman sudah beralih ke tempat lain untuk bercukur.  Waktu seperti sudah masuk ke pukul 1 pagi.  Aku bersiar2 memikir dimana untuk bercukur pada pagi itu. Kawan2 sekhemah sudah nampak botak dan senyum2 untuk mandi pagi itu. Aku bertanya pada Haji Wan dimana dia bercukur. Hj Wan memberitahu bahawa dia bercukur dengan seorang ustaz di kawasan lain dan dia memberitahu beberapa sukarela membantu proses bercukur di sana.  Aku terus bergegas dan mahu terus bercukur.

Sampai aku di satu simpang khemah ada beberapa kumpulan sedang bercukur dan aku pasti mereka ini sukarela tolong mencukurkan orang melihatkan keadaan tidak tersusun beraturnya. Aku bertanya dan mereka memberitahu bahawa mereka akan membantu mencukurkan aku kalau aku sabar menunggu. Salah seorang yang dipanggil Ustaz yang tolong mencukur memberitahu tanganya sudah kebas untuk mencukur.

Pada pagi sibuk itu 11 Zulhijjah 1435, aku dicukur seorang ustaz yang tangan sudah naik kebas. Perlahan2 dia bermula dan aku sudah mula berpeluh "Bang Haji, darah sikit la" Aku yang merasa berpeluh itu meraba kepala aku pada pagi itu.  Bukan air peluh yang mengalir tetapi darah merah. Aku tersenyum dan membiarkan darah mengalir seperti peluh.  Bukan hanya satu tempat yang berdarah. Cukur untuk bertahalul awwal berjaya setelah beberapa kali peluh bersama darah mengalir bersama.

Saturday, June 4, 2016

Jalan2 di Pekanbaru

Aku dan keluarga bercuti ke Pekanbaru dari 27/5 /16 sehingga 30/5/16.  4 Hari 3 malam tidur di Grand Central Pekanbaru.  Setiba kami di sana sekitar pukul 10.45 pagi waktu sana di Airport Sultan Syariff Kasim II Pekanbaru, kami terus bergerak ke hotel.  Duduk di dalam kapal terbang Airasia hanya sekitar 30 minit, kapal terbang sudah mendarat. Pekanbaru ini.  Dahulunya Pekanbaru dikenali sebagai Pekanbaru Kota Bertuah terpaksa ditukar kepada Pekanbaru Bandar Riau Madani kerana diberitahu bahawa selalu banjir maka namanya ditukar.

Pandangan hotel dari seberang jalan
Hari pertama kami sampai ke hotel Grand Central, kami terus pergi ke SKA Mall yang diberitahu bahawa ini adalah mall yang terbesar di Pekanbaru.  Berjalan2 seperti di Sunway Pyramid dan disitulah kami makan dan anak2 dibiarkan bersantai di taman tema untuk bermain.  Hari sudah malam dan kami terus kembali ke hotel untuk tidur.

Makan pertama di SKA Mall


Hari ke2 bermula dengan bersarapan di hotel.  Kos untuk seorang bersarapan adalah RP65,000 atau RM20.  Sarapan telah aku gabungkan ketika menempah hotel menerusi talian tempoh hari.  Selepas sarapan, kami mandi dikolam renang yang berada di tingkat 7.  Sebelum terlupa, kami tidur di tingkat 3  di bilik 336. Hanya aku dan anak2 yang mandi.  Isteri tidak menyinggah untuk mandi dan selalunya begitulah kerana aku sendiri tidak menggalak isteri untuk mandi di kolam renang di mana2 hotel.
Breakfast dulu sebelum mandi

Kolam untuk anak2 kecil

Selepas dari mandi itu, jam sekitar 9, kami turun sekeluarga ke lobi hotel dan meminta dihantar ke Pasar Bawah Pekanbaru. Di hotel ini, jika kenderaan hotel ada, pelanggan boleh dihantar sekitar bandar tanpa di caj. Pergi ke pasar bawah seperti jadual wajib pada sesiapa yang datang ke Pekanbaru. Pasar Bawah seperti di Bandung atau Jakarta dimana tempat membeli belah untuk telekung, langsir, T Shirt, jeans dan berbagai2 yang mahu dicari di Indonesia.

Kami sampai ke Pasar Bawah dalam keadaan yang sibuk.  Jalan yang tersekat dan suasana di pasar bawah yang terlalu padat sebenarnya tidak sesuai untuk anak2.  Kami membeli belah sehingga waktu tengahari dan perut sudah lapar.  Seorang pekedai memberitahu supaya kami makan di kawasan Pasar Bawah iaitu restoran nasi padang yang beroperasi setentang dengan Pasar Bawah.  Kulineri bagi aku adalah sesuatu yang perlu dipenuhi.  Aku memang pemilih dan yang pasti aku mahukan yang sedap2.

Pasar Bawah
Sebenarnya selain dari Pasar Bawah terdapat juga jualan2 seperti pasar bawah dimana ketika aku google diberitahu lebih murah iaitu di Pasar Ramayana. Ketika kami ke Pasar Bawah, pemandu hotel juga menunjukkan kedudukan pasar Ramayana yang baru 4 bulan terbakar dan penjual2 barangan berada disekitar bangunan yang terbakar untuk menjual.  Suasana agak panas dan kurang pelanggan yang datang ke pasar Ramayana disebabkan keadaan begitu.  Selesai membeli belah di Pasar Bawah dan makan nasi padang, kami bergerak terus ke Hotel untuk berehat.

Viz Cake - jual roti Durian

Di petang itu, aku berseorangan bergerak jalan perlahan2 di luar hotel dan nampak gerai durian seperti yang ada di Malaysia. Di Pekanbaru, durian tidak pernah tidak ada.  Durian seperti tidak bermusim di sana. Disebabkan itu, beberapa kedai kek mengambil inisiatif untuk menjual barangan berasaskan durian. Kita akan berjumpa dengan durian crepe, kek durian, roti durian dan bermacam oleh2 dari Pekanbaru berasaskan durian.  Aku menyeberang kehadapan dari Hotel.  Hotel ini berada di Jalan Sudirman iaitu salah satu jalan yang agak popular dengan kawasan durian.  Aku memilih untuk makan durian Pondok Durian Ayah. Mungkin kerana ia paling hampir dengan hotel.  Aku suruh penjual durian memilih yang terbaik dan mahu makan di situ juga.  Memang terbaik dan aku menyuruh dia membuka sebijik lagi.  Total kos durian pada petang itu adalah RP150,000 atau RM46. Harga durian agak mahal dan seperti di Malaysia pada masa sekarang.

Makan Durian di sini
Ini durian pilihan aku
Kedai oleh2 durian sebelah hotel

Selepas itu aku bersama anak2 pergi ke kolam renang lagi.  Bagi anak2 hiburan yang seperti ini adalah wajib ada kerana jika pergi hotel bermakna ada kolam renang dan boleh berenang.  Setelah sejam beremdam, kami sekeluarga sekali lagi keluar ke mall.  Sebenarnya tiada apa yang boleh dilawati di Pekanbaru selain membeli belah.  Ada Masjid Agung untuk dilawati, perpustakaan yang besar dan Istana Riau yang memerlukan kenderaan lebih dari 3 jam.  Lalu aktiviti paling bagus di Pekanbaru adalah makan kerana kulineri di Pekanbaru memang sedap - masakan Padang, Minang, Melayu dan Jawa.

Hari ke 3 pula, isteri masih mahu membeli belah.  Kami sekeluarga pergi ke Pasar Ramayana yang telah terbakar.  Kedai2 disekeliling masih boleh dilawati dan selepas itu kami bergerak ke satu mall lagi iaitu Ciputra Mall yang berdekatan di Pasar Bawah.  Sekitar 2 jam berjalan, anak2 sudah penat dan mahu kembali ke hotel.  Kami merancang untuk keluar makan di salah satu kedai makan utama di Pekanbaru iaitu Pondok Gurih atau Pondok Patin HM Yunus.  Kedua2 tempat ini memang didambakan sehingga urusan rasmi apabila Menteri datang kedua2 tempat ini akan menjadi pilihan.

Pondok Gurih

Kami menaiki teksi untuk ke Pondok Patin HM Yunus tetapi restoran ini telah ditutup awal kerana menurut pemandu teksi ada satu keramaian dibuat pada tengahari tadi.  Kami bergegas pula ke Pondok Gurih.  Bila sampai, seorang lelaki berpakaian Melayu terus memalu gong menandakan ada tetamu yang datang.  Kami bersila untuk makan pada malam itu.  Hidangan kami - udang tepung, ikan gerumi bakar, baung masak asam dan beberapa makanan yang aku tak ingat.  Harga sekitar RM65.  Makanan sedap dan menyelerakan.

Dan malam itu berakhir di hotel dengan tenang. Esok 30/5/16 kami akan bergerak ke KLIA2 dan balik ke rumah.  Kami betul2 berehat kali ini dengan dipenuhi keseronokan anak2 dan makan yang sedap.






Monday, May 2, 2016

Perjumpaan Alumni Guru Sekolah Kebangsaan Subang dan Pelajar Lama

Bersama Ustaz Samian 
Pada 30/4/2016, sebuah pertemuan bekas2 guru Sekolah Kebangsaan Subang (SKS) dan bekas2 pelajar dibuat di perkarangan kantin sekolah.  Aku sudah diberitahu kira2 seminggu sebelum tarikh itu oleh penganjur yang juga adik aku.  Adik aku Zuhijjah adalah bekas pelajar dan bekas guru yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaaan Subang.

Hari Sabtu yang panasnya seperti hari2 yang lain walaupun semalam hujan turun agak lama.  Aku agak menolak untuk pergi ke majlis yang pasti dirasai hangat untuk bekas2 guru berbanding pelajar kerana moto yang dipamerkan adalah 'Guru pemangkin masa hadapan" dan pasti aku bukan guru atau jemputan untuk sekadar membuat lawak atau membantu menghabiskan makanan.  Ya, makanan disediakan tanpa bayaran.

Aku selesaikan kerja2 cuti aku seperti memyelengarakan kereta dan menghantar anak ke sekolah. Hari ini juga salah seorang anak aku, Aqilah membuat lawatan sambil belajar ke Melaka bermula pada pukul 8 pagi tadi.  

Pertemuan alumni guru bermula pada pukul 9 pagi dan bekas2 pelajar akan datang pada pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 1 tengahari.  Aku membuat kerja seperti biasa dan bertanyakan pada adik aku Zuhijjah bagaimana keadaan majlis sehingga pukul 10.30 pagi.  Dia mengajak aku datang kerana beberapa guru sudah bertanyakan perihal aku.

Pukul 11 pagi, selesai penyelenggaraan kereta aku bergegas ke SKSdi Kampung Melayu Subang. Nampak dari jauh suasana meriah dan yang pasti semua adalah guru2 yang pernah mengajar di SKS. Turun sahaja aku dari kereta, aku disambut oleh Ustaz Samian.  Rindu teramat pasti. Dia memeluk seperti seorang kawan. Ini adalah pertemuan setelah 34 tahun.  Aku berakhir di SKS pada tahun 1982. Ustaz Samian rasanya tidak pernah mengajar aku tetapi dia adalah juga guru sukan untuk sepak takraw.  Sepak Takraw pada tahun 1982, pasukan sekolah SKS dapat masuk sehingga separuh akhir peringkat Daerah.  Bermacam soalan yang dihamburkan oleh Ustaz Samian.  Aku menjawab perlahan2 dan bergerak bersama ke kantin sekolah.  

Cikgu Azman dan cikgu Azmi juga berada di sana. Cikgu Dahlia, Cikgu Normah, Cikgu Yusuf tersenyum2 mengenali aku.  Aku membawa lengok yang sama seperti arwah ayah aku berada disekitaran begini. Hanya Cikgu Azman yang pernah mengajar aku ketika aku berada dalam darjah 5 tahun 1981 dahulu.

Kebanyakan guru yang mengenali keluarga aku dan nama2 kami terpancul sekali sekala sebagai rujukan. Arwah ayah dahulu pernah menjadi Pengetua PIBG untuk beberapa lama.  Kami adik beradik berada di SKS dari tahun 1977 sehingga 1990 dan pasti nama kami terkeluar sekali sekala. Semua kami adalah alumni di SKS dan paling istimewa adalah Zuhijjah kerana dia adalah pelajar dan merangkap bekas guru di SKS.  

Semua guru berucap pada hari itu, mengenalkan diri dan berakhir di mana dan kebanyakan mereka akan mengakhiri zaman2 akhir menjadi guru. Di antara itu juga beberapa guru sudah pencen dan menghabiskan masa pencen membuat beberapa perkara.  Semua dilabunkan mereka di hari Sabtu yang panas itu.  Aku bekas pelajar diam mendengar dan sekali sekala mengunjungi makanan yang terhidang untuk makan.

Selesai guru mengenalkan diri maka mereka menjemput pelajar-pelajar lama untuk mengenalkan diri. Dan aku baru tahu, ini juga adalah inisiatif dari bekas pelajar SKS dari tahun 1980 sehingga 1985. Beberapa pelajar dari tahun itu sudah datang meramaikan kantin. Aku masih duduk menikmati makan.  

Aku juga dijemput untuk mengenalkan diri pada hadirin.  Aku berdiri di depan guru2 dan bekas2 pelajar dan berkata 

"Terimakasih menjemput saya pada majlis yang bermakna ini.  Saya rasa kalau dikira paling tua di SKS ini maka saya dikira paling tua kerana saya masuk ke sekolah ini pada tahun 1977 dan guru2 disini paling awal masuk ke SKS adalah pada tahun 1980. Saya teringat pada guru2 yang telah meninggalkan kita di dunia ini seperti Ustaz Harun, Cikgu Harun, dan Cikgu Sharip.  Tugas guru dahulu mungkin tak sama seperti guru2 sekarang.  Komitmen guru sehingga ke rumah saya seperti Cikgu Azman yang bercerita tentang asrama mana perlu dipilih bila saya akan ke Sekolah Menengah menjadi ingatan saya sampai bila2.  Terimakasih guru."

Dan aku terus bercerita tentang setiap guru yang datang membawa perubahan yang besar.  Bila cikgu Azmi datang maka pengakap diperkenalkan.  Bila cikgu Dahlia datang, kelab catur ditubuhkan.  Aku berterimakasih amat sangat untuk majlis ini dan pohon diadakan selalu untuk mengenal guru2 lama. Terimakasih GURU.
Duduk Cikgu Yusuf, (paling kiri), Cikgu Normah (No 4 dari kiri), Cikgu Dahlia (no 3 dari kanan)
Di Tengah Cikgu Zuhijjah, (no 2 dari kiri) Cikgu Azman (paling Kanan)
Barisan belakang : Cikgu Azmi, Cikgu Azman, Cikgu Paridon dan Ustaz Samian



Tuesday, April 5, 2016

Panama......Che Det.......Panama


Orang Kedah paling senang nak sebut ....Panama....Apanama.  Cerita tentang Panama Papers terburai terpecah terkeluar ini sudah masuk ke minggu ke 2 dan mangsa pertama yang direkodkan perihal Panama Papers ini adalah Perdana Menteri Iceland.  Beliau meletak jawatan semalam apabila cerita tentang Panama Papers terburai untuk pengetahuan umum.

Apa dia Panama Papers ini? Ia adalah maklumat sulit yang terdapat pada satu syarikat peguamcara yang berada di Panama iaitu Mossack Fonseca.  Peguamcara ini mengendali lebih dari 300,000 syarikat luat persisir untuk menyimpan duit yang selamat tanpa dicukai.  Ini adalah sah disisi undang2 seperti menyimpan duit di Labuan (Free Duty).  Disebabkan pengendalian yang cekap kemungkinan Mossack Fonseca ini diberikan peluang mengendalikan syarikat yang sekian banyak itu. Tugas ini juga tak semena2 menjemput syarikat atau orang perseorangan untuk menyorokkan duit di luar negara.

Tapi tanpa diduga maklumat terbocor diberitahu sebanyak 11.5 million dokumen kemungkinan boleh memberikan sakit jantung yang tak boleh pulih untuk Mossack Fonseca dan kemungkinan memberikan Kanser tahap 4 pada yang cuba menyeludup duit untuk masa hadapan.  Nama2 pemimpin besar seperti di Russia, China, Brazil, Argentina, Arab Saudi dan Iceland menjadi cerita2 utama dalam Panama Papers ini.

Kebocoran maklumat ini adalah lebih besar dari dibuat oleh beberapa kaki komputer wizard.  Mengikut rekod dengan adanya 11.5 million dokumen ini iaitu sebanyak 2.6 terabytes data telah terburai.  Wikileak hanya 1.7 G, Luxembourg tax file hanya 4.4 G dan HSBC 3.3 G.  Kebocoran oleh Wikileak memberikan kita beberapa nama yang penting seperti Julian Assange atau Edward Snowden.

Dan jangan terkejut pada yang kurang membaca tiba2 keluar cerita tentang anak Najib didalam Panama Paper ini.  Perlukah kita terkejut kalau cerita duit derma sahaja sebanyak RM2.6 billion sudah ada pada PM kita dan WSJ bercerita sesuka hati tentang bukan sedikit yang masuk dan kemungkinan lebih dari itu. 

Dan aku sangat sedih kalau yang kurang membaca cuba marah2 tentang dengkinya Yahudi dengan kita atau iluminasi yang cuba masuk dalam negara disebabkan pengetahuan kita tentang ini.