Yang selalu jengok

Sunday, May 30, 2010

Shrek - Final Chapter


Menonton 3D version di GSC One Utama memang menghiburkan. Cerita yang mungkin lebih baik dari beberapa drama TV. Menghiburkan dengan apabila Shrek cuba untuk kembali ke masa lalu. Tanpa di sedari rupa2nya Rumpel telah mengambil sebahagian dari hidupnya, Princes Fiona tidak mengenal dia lagi. Apa yang dilakukan oleh Shrek untuk mengembalikan kenangan itu sebagai cinta yang berulang memang menghiburkan. Tontonlah bersama anak2 dan bercerita tentang kasih sayang. Boleh bagi 4 star untuk filem ini.

How to Train a Dragon


Menonton bersama anak2 kali pertama di pawagam memang menyeronokkan. Setiap kali keluar benda yang tidak difahami maka ada soalan akan keluar dari mereka. Cerita ini memang menghiburkan. Seorang budak yang lemah akhirnya menjadi hero dalam kumpulan mereka. Dapat berkawan dengan seekor naga yang tidak pernah diketahui oleh kumpulan mereka menjadi permulaan yang baik untuk menjadi adiwira. Cerita yang lebih kurang sama dengan Avatar apabila mengambil Toruk Maktu sebagai binatang tunggangan. Very entertaining and family gathering film.

Friday, May 28, 2010

ISLAMIC Banking


Konsep bermuamalat di dalam Islam bermula dengan 'Harus'. Sekarang semua bank cuba untuk bersama2 dengan perbankan Islam yang terbukti gagah walaupun dalam keadaan ekonomi yang meleset. Beberapa pendekatan dibuat seperti di Wall Street telah diperkenalkan dengan syariah stock dan ini tak pernah terfikir oleh pendukong2 kapitalis apatah lagi selepas 9/11. Pemain2 yang tiba2 muncul di dalam Perbankan Islam seolah2 bijak untuk berekonomi dengan cara Syumul Islamnya. Baik orang Cina, India, bukan muslim berebut2 mempelajari ekonomi Islam untuk bersama2 dengan arus perdana itu. Kualiti apa yang perlu untuk ekonomi Islam?  Tidak menipu, pinjaman yang tidak menekan, kalau mengalami kesusahan untuk membayar, konsep Qardul Hasan diutarakan - tak perlu bayar.  Bolehkah bank2 di Malaysia mempraktikkan!!!!

Dog day Afternoon


Filem lama tahun 1975 dan diarahkan oleh Sidney Lumet..cerita tentang Bank dirompak oleh sekumpulan penjahat yang tidak ada kerja. Bergerak dari tahanan kepada perompak dan akhirnya tahanan bersimpati dengan perompak. Lakonan Al Pacino memang ada kelas tersendiri. Menunjukkan dia seorang Homseksual dan mahu merompak untuk menukar jantina. Walaupun tidak memenangi Oscar pada tahun itu tetapi cerita yang berdasarkan kisah benar ini boleh dijadikan koleksi untuk ditonton berkali2.

Kick Ass the Movie


Menonton bersama anak di pagi Jumaat Hari Wesak. Entertaining movie with fast moving character. Filem aksi yang biasa kita tahu - yang jahat akan kalah. Bermula dengan si pemuda Dave Lizewski (namanya sahaja dah tahu Yahudi - mengikut beberapa orang bijak pandai kebanyakan superhero atau adiwira adalah ciptaan Yahudi untuk menunjukkan mereka lebih dari manusia biasa contoh Superman) nak jadi adiwira di dalam kehidupan sebenar. Tiba2 nama beliau popular disebabkan menyelamatkan seorang Negro dan disaksikan oleh beberapa orang dan merakam aksi tersebut dan memaparkan didalam Youtube. Cerita yang boleh kita tonton dan aksi2 pergaduhan yang menarik dan teliti.

Sunday, May 23, 2010

Cerita Duit Rakyat


Tun Musa membuka banyak cerita tentang Sime Darby Bhd dan kenapa berlaku kerugian melibatkan lebih dari RM1.6 billion. Kerugian disebabkan 'cost overrun' untuk bakun yang menurut Tun Musa berlaku sebelum dia jadi Pengerusi Sime Darby lagi iaitu 2002. Dalam blog Chedet, Tun Mahathir bercerita tentang kerajaan sepatutnya memikirkan tentang besarnya projek Bakun di Sarawak dan kemampuan membekal tenaga lebih sehingga ke Semenanjung Malaysia. Dan dia mengatakan kos tinggi untuk membekal tenaga melalui jalan laut bawah tanah memang tidak pernah dibuat oleh orang. Dia juga mempertikaikan tentang kesediaan Sime Darby mengambil alih projek dari Tan Pek King dengan harga RM1.6 billion dan membayar Tan Pek King sebanyak RM600 juta. Kos yang terlalu rendah untuk menampung projek Bakun memang tidak masuk akal menurut Tun Mahathir. salah satu sebab Sime Darby rugi disebabkan ketidakupaya memikirkan tentang kos tinggi diatas Bakun berlaku. Apalah sangat kita rakyat tahu semua cerita juta2 dan billion ni. Habis duit rakyat dah pasti. Bakun ini pula adalah projek besar masa pemerintahan Tun Mahathir. Kenapa sekarang Tun Mahathir mengatakan projek ini tidak masuk akal.

Transpotter : Tukang Angkut


Sedang enjoy menonton cerita aksi yang tidak ketahuan. Berlaku di sekitar Euro dan melibatkan aksi kereta,kapal dan letupan. Kira boleh tonton je. Lakonan kurang memberansangkan tetapi aksi yang cukup sempurna tanpa cacat

Thursday, May 20, 2010

BETUL2 KEJAM

Baru khawin dan mahkamah menjatuhkan penjara satu bulan. Memang tak patut, tidak berperi kemanusiaan, tidak faham perihal kehidupan dan kejam. Kesalahan saya hanya khawin. Apa salah saya nak khawin. Kalau dipenjarakan bersama isteri mungkin saya tak bising macam ini. Saya akan berpiket, berdemo, menyatakan hak saya. Dipenjara walau baru khawin - Bung Mukhtar

Sunday, May 16, 2010

Betul2 Hor Liow


Sebagai pekerja bank selama 21 tahun, saya mengesahkan perkara ini adalah benar.

Dah muktamad.....


Keputusan P212 dan majoritinya adalah.........

Thomas milik China


Kalahkan Indonesia 3 - 0, China mengungguli Piala Thomas. Tahniah

P 212 - BN mula berkemas nak BALIK


Bila2 masa nanti dari sekarang 9.21 pm SPR akan mengumumkan kerusi Parlimen P212 Sibu jatuh ke tangan wakil DAP. Apabila keputusan lambat diumumkan maka simpulan cerita sudah boleh dibaca oleh penganalisa politik. Semua kotak undi sudah dikira dan Pakatan Rakyat sudah mendahului lebih dari 3000 undi. Hanya tinggal undi pos dan mengikut kiraan jika ditolak semua undi pos lebih dari 2000 undi, Pakatan Rakyat DAP masih di depan. Banyak janji dibuat oleh kerajaan belum tentu mendapat kemenangan. Salute untuk PERUBAHAN.