Yang selalu jengok

Friday, April 1, 2011

POCO-POCO


Semua orang bising bila Mufti Perak haramkan poco2. Yang bergambar menari, menari bersama PM, hari poco2, bersenam Poco2 dan kadang2 majlis tak berseri tanpa poco2. Keputusan telah dikeluarkan tapi di Perak sahaja. Kajian yang dibuat di Majlis Agama Negeri Perak telah khatam, khalas, period dan tamat. Fatwa lalu dikeluarkan. Bagaimana mereka nak undurkan ke belakang apabila semua yang pernah berpoco2 berdetik minta dikaji. Mengikut Datuk Harunsani, Mufti Perak, poco2 ini berasal dari Jamaica dan untuk memuja semangat. Dia tidak berbelah bahagi dalam mengatakan keputusan itu tetap dan kalau mahu joget juga, dia mencadangkan tukarkan kepada joget Melayu (dalam suratkhabar semasa). Hebat cadangan Datuk Mufti.

Thursday, March 31, 2011

Stye


Suasana panas di luar mengundang sakit mata kat Aku. Pedih sakit mata menyebabkan mata untuk melihat matahari sangat menyakitkan. Penyakit yang dipanggil ketumbit lahir di sekitar kelopak mata. Ia disebabkan oleh Jangkitan Staphylococcal yang datang dari hidung. Kalau ketumbit ini berasa sakit ia adalah jenis Stye. Ada 2 jenis ketumbit iaitu Stye dan Chalazion kat mata. yang aku rasai sekarang adalah jenis Stye kerana sakit dan susah hendak membuka mata. Kalau Chalazion tidak sakit tetapi ia seperti ketumbuhan. Aku pernah 2 kali semasa menngerjakan Umrah mengalami benda yang sama. Bagi aku ia adalah sebab alahan aku kepada suasana terlalu panas. Bila panas, aku selalu berada di dalam bilik ber aircond dan keadaan lama menyebabkan mata kering atau air mata tersumbat dan ini menyebabkan ia tidak dapat dirembeskan dengan sempurna. Dan ketumbit ini selalunya aku ubatkan dengan jenis ubat sapu sahaja. Selalunya ia akan menyejukkan mata. Nak kerja pun dah tak larat. Mata tutup sebelah baik aku tidur je.

Wednesday, March 30, 2011

Mula Meminjam


Kita mula meminjam apabila kita masuk universiti sekarang. Dengan berbekal 2 orang penjamin, kita mendapat pinjaman untuk belajar. Bila duit itu akan sampai ke tangan kita selalu menjadi isu. Sebelum sampai duit pinjaman kita perlu meminjam. Sesampai sahaja duit kita selesaikan dulu duit yang kita hutang. Duit yang sampai sekian banyak belum tentu sampai ke penghujung tahun. Duit itu kita hendak berbelanja. Mula2 keluar dengan kawan2 ke Mc Donald, KFC, Pizza dan cafe2 terkenal. Telefon yang ayah bagi sudah jauh ketinggalan usianya. Telefon mesti yang bersifat pandai - 3G, Wifi atau ada MMS. Duit yang dapat tadi tak sempat untuk berlabuh hingga hujung semester. Maka kita perlu meminjam lagi. Yang pandai mula melabur walaupun tidak tahu pelaburan itu akan datang balik atau tidak. Masuk sistem MLM, jual barang secara terus atau jual prepaid. Cubaan menggandakan duit selalunya terdengar kegagalan dari kejayaan sebab masa yang tidak mengizinkan. Belajar dan berniaga. Apabila habis belajar, keadaan seperti tidak berubah. Duit yang kita pinjam dulu sudah mula mencekik diri minta dipulangkan. Untuk membayar RM150 sebulan juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk membayar. Kerja yang tidak sepadan dengan kelulusan terpaksa diterima hanya untuk membayar hutang. Mengikut AKPK, 47.6% penghutang yang dilaporkan mendapat bantuan kaunseling adalah anak2 muda berumur bawah 25 tahun. Mengikut rekod juga kebanyakan mereka berhutang dan tidak terurus hanya selepas setahun mendapat apa2 pinjaman (kredit kad, hutang kereta)

Witness Protection Programme


Aku melaporkan pada Badan Pencegahan Rasuah secara senyap. Aku dipanggil memberikan keterangan. Aku ditemuduga lebih dari 3 jam. Dan aku diberi tawaran untuk menjadi saksi. Aku takut kalau aku menjadi saksi, orang2 yang aku dakwa ini akan datang mengacau keluarga aku. Aku memohon keselamatan aku dijaga. Aku diberitahu tentang program keselamatan saksi. Aku akan diberi identiti baru, tempat kerja baru dan dipindahkan ditempat baru. Mungkin aku selamat. Tapi kes Datuk Trio baru2 ini diulas oleh Menteri Nazri, Zulkifli Nordin, Mr Naran (peguam), Datuk T sendiri menyatakan bahawa mereka minta dimasukkan kedalam program itu sebab ketakutan. Kelayakan mereka dan perbuatan mereka melaporkan itu sebenarnya tidak nampak ke arah ketakutan. Mereka membuat 'press conference' tentang penayangan video, muka2 mereka terkeluar di dalam TV secara terang dan laporan polis dibuat. Kalau mereka mahu mungkin boleh dalam program menukar rupa. Rahim Thamby Chik kita tukar muka menjadi seorang yang lebih muda dalam usia 16 tahun. Shazryl Eskay ditukar menjadi atlit dan Datuk Shuib kita mudakan jadi 37 tahun. Program ini lebih sesuai.

Tuesday, March 29, 2011

Banyak sangat Tax

Percukaian yang berlebihan memang memeritkan. Setiap tahun semua orang mesti membuat deklarasi tentang berapa duit kita dapat setahun. Bagi pendapatan antara RM100K - RM120K cukai persendirian adalah 26% dan ini menyebabkan kita mendapati pendapatan kita akan kurang sebanyak 26%. Kalau kurang kita kena tambah. Hari ini di Parlimen, KJ menyuarakan pendapat bahawa tarif percukaian yang tinggi itu hendaklah diturunkan. Kos hidup yang tinggi menyebabkan kita rasa membayar cukai itu sebagai beban. Barang2 untuk anak2 bawah 12 tahun sepatutnya tiada cukai kerana barang2 ini menjadi 30% pendapatan kita. Susu mahal, baju mahal, lampin mahal dan rasa yakin aku semua barangan budak adalah mahal. Tax relief untuk anak2 bawah 18 hanya RM1 ribu sedangkan sebenarnya lebih dari itu seperti tempat jagaan budak lagi. Kesan dari cukai ini menyebabkan kita cuba untuk mengelak membayar cukai dengan betul.

Monday, March 28, 2011

Temuduga SUDOKU


Hari ini cerita pasal sudoku dalam The Star - Maki Kaji nama penciptanya. Mula2 diperkenalkan di Jepun pada tahun 1984 dan sekarang menjadi sesuatu permainan yang menduga akal dengan nombor dan mencipta perniagaan yang mengkagumkan. Buku Sudoku yang terjual lebih dari 20 juta buah diseluruh dunia tetapi kena faham bahawa nombor didalam sudoku bergerak hanya 1 - 9 sahaja - tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi mengikut rekod hanya pada 1995 sahaja permainan ini popular di luar Jepun. Sehinggakan salah satu applikasi di dalam google juga terdapat sudoku. Aku ciplak cerita ini dalam The Star kerana teringat aku pada satu sessi temuduga kerani di Bank Muamalat tempat aku kerja dulu. Perempuan yang agak berisi tetapi mempunyai pengetahuan yang agak luas di dalam bekerja. Dia pernah bekerja di Giant Supermarket. Aku sudah memastikan dia akan bekerja dengan syarikat aku dengan kebolehan dan pengetahuan dia tentang kerjaya. lalu aku menyelak di dalam 'Resume' lalu menjumpai perkara yang diminatinya - Sudoku. Dan aku menyuruh dia menyelesaikan masalah sudoku di dalam The Star dihadapan aku bersama2 3 orang panel penemuduga. Kami menunggu dan dia berjaya. Lalu dia bekerja dengan Bank Muamalat kerana dapat menyelesaikan masalah sudoku. Hahahahahahah

Masa Dunia (Earth Hour)


Tutup lampu, tutup sekejap! 20/03/2011 sejam!8.30 - 9.30 pm. Mana alien nak nampak dunia? Bagilah masa untuk Dunia berehat. Aku memang meraikan tutup lampu hatta seawal 8 pm lagi. Hanya TV atau komputer yang akan menerangkan rumah. Tapi pada hari 'Earth Hour' hari tu aku dan keluarga berada di Tiara Beach Resort. Terang benderang dan bising memuncak. Konsert dan peragaan pakaian memeriahkan suasana. tapi aku sambut tutup lampu macam biasa 8.00 pm. Macam2 cerita keluar. Dalam Twitter yang aku follow:- @kltraffic mengamuk pemandu tu apasal tutup lampu macamana dia nak jalan. Aku tetap macam biasa 8.00 pm tutup lampu. Tanda tutup lampu ini kelolaan WWF - global environment group dan disertai secara sukarela. Pagi2 lagi aku menonton berita di TV3 - wartawan AFP kena ragut di Bukit Bintang semasa tutup lampu antara 8.30 pm ke 9.30 pm. Apalah nasib wartawan asing ini, ingin melapurkan keadaaan sambutan tutup lampu sejam tapi berita kena ragut menjelma. Aku dan keluarga sentiasa tutup lampu pukul 8.00 pm kerana anak2 kecil nak tidur.

Sunday, March 27, 2011

China Akrobatic


Menonton pertunjukan Akrobatik di Tiara Beach Resort pada 26/03/2011 dulu memang menghiburkan. Dengan 2 lelaki dan 2 perempuan, penonton dihiburkan dengan aksi lipat melipat, lompat melompat dan baling membaling. Tetapi aksi paling tidak dapat aku lupa bila 2 orang perempuan ahli akrobatik itu membuat pertunjukan memusingkan pinggan atas kayu dan setiap seorang memegang 10 batang kayu dan 10 buah pinggan. Dan penutupan aksi itu adalah apabila salah seorang dari mereka memijak kepala yang seorang lagi sebelah kaki. Perempuan yang di bawah itu punyalah comel dan cantik. Bila dipijak kepalanya aku nampak herot muka perempuan tu. Mungkin kaki yang memijak bergerak sedikit dan menarik rambut di bawah kaki. Aksi itu walaupun sekejap kurang dari 5 saat tetapi aku nampak dia mengosok2 kepala selepas itu. Mereka yang pandai akrobatik di China ini dilatih tubi sehingga boleh. Teringat aku dan seingat aku mereka dicabuk dengan rotan atau dipukul sehingga boleh melakukan begitu. Latihan yang kasar itu boleh melahirkan persembahan yang bagi aku seperti binatang di dalam sarkis. Itulah kisah dimana penduduk di sebuah kawasan terlalu ramai. Pasti satu kemahiran yang mahu didapati itu terlalu mahal untuk dipelajari.

Friday, March 25, 2011

BN Youth Job Fair


Penganjuran BN Youth Job Fair di PWTC memang dinantikan. Pelancaran oleh Khairy Jamaluddin (KJ) memang kena tepat pada masanya. Banyak pekerjaan yang dilaporkan diiklankan tetapi susah mendapat pekerja yang sesuai. Penganjuran pekerjaan begini kena buat selalu atau seperti Match making concept - cari kekasih. Job street.com dah buat benda2 ini tapi selalu tak match. Tetapi kerja seperti yang KJ buat itu lebih aku suka. Tak kerja tapi kaya. Masuk wataniah dan jadi penerjun. Lepas ni jadi Pilot pulak. Sepatutnya KJ yang perlu daftar dalam BN Youth Job Fair dan cuba cari kerja dan rasai macamana kalau dah bekerja di suatu tempat yang yang tidak benarkan kita jadi penerjun.

PERKASA = Kuat Betul ke?

Syed Hassan Syed Ali menyatakan semalam bahawa tindakan bendahari Perkasa iaitu Datuk Shuib di dalam menayangkan video lucah di Carcosa Negara adalah di dalam kapasiti sendiri. Maka dia menyatakan bahawa tindakan tidak akan dilakukan oleh Perkasa terhadap Datuk Shuib. Dwi atau 2 orang, Rahim Thamby Chik dan Eskay sudah membuat kenyataan kepada pihak polis tetapi tidak dengan kehadiran Datuk Shuib. Yang memilukan bahawa kenyataan Syed Hassan di atas tindakan sendiri Datuk Shuib. Apakah perkataan yang keluar dari Syed Hassan itu difikir dahulu sebelum membuat kenyataan tersebut. Apabila ahli kumpulan kita membuat sesuatu yang buruk di luar seperti merompak, membunuh, meraba dan beli DVD lucah yang boleh mengaibkan kumpulan sepatutnya keputusan merehatkan dahulu adalah terbaik. PERKASA kena tunjuk kuat tentang perkara ini. Menayang filem lucah secara terangan kepada umum adalah Salah (dalam undang2 di Malaysia).

Thursday, March 24, 2011

100 to 200 Basis Point


BNM akan membuat peraturan baru untuk pinjaman. Kawalan ketat ini perlu dibuat untuk mengawal kadar inflasi. Bagaimana pengawalan ini dibuat. Sebelum ini dicarian seperti CTOS (satu sistem carian tentang masalah saman, kebangkrapan atau tindakan undang2) dan CCRIS (sistem carian untuk segala pinjaman yang dibuat di Malaysia - bank yang pastinya). Melalui 2 sistem ini, bank2 akan membuat satu simulasi tentang kuasa membayar pelanggan sebelum diluluskan. Jika pinjaman lama didalam CCRIS itu melebihi 70% maka apa sahaja yang mahu dipinjam pasti tidak lulus kecuali pelanggan itu membuat pengakuan bahawa sekian pinjaman itu dibayar oleh keluarga dan perlu membuktikannya. Tetapi mengikut peraturan baru bermula untuk Suku ke 3 (Julai) semua pelanggan akan diuji bukan setakat komitment sekarang bercampur dengan pinjaman baru sehingga 70% dari gaji tetapi ia akan bersangkutan dengan kenaikan kadar pinjaman semasa (BLR) sehingga 100 ke 200 basis point semasa sedang meminjam. Setiap 25 basis point boleh menyebabkan kenaikan kadar BLR 0.25%. Dan bayangkan jika kadar basis point naik sehingga 200 basis point bermaksud BLR akan naik sehingga 2% dari kadar sekarang. Ini adalah indikatif bahawa kadar BLR akan naik tak berapa lama lagi. Pelanggan pasti digalakkan menyimpan apabila kadar BLR naik kerana kadar simpanan atau dividen pulang akan lebih tinggi. Ini adalah proses dalam ekonomi dipanggil galakan secara paksaan.

HANTU


Damping malam kata seorang budak dengan aku. Kadang2 saka yang yang ada. Congkak pun kami tak pernah main. Jangan Pandang Belakang. Ini adalah bahasa yang dilontar kat aku. Pelik macam tajuk filem. Satu pagi aku mendengar teliti cerita dari isteri tentang bunyi yang selalu ada setiap waktu Magrib dan menjelang tengah malam. Bunyi itu bersahutan kadang2 lebih dari 30 saat. Menakutkan sehingga meremang bulu. Berdebar hati mendengar cerita isteri aku. Dia menambah cerita tentang adik ipar yang berdekatan rumah juga mengalami benda yang sama. Yang parah apabila ibu mertua datang ke rumah dan bercerita tentang mimpi2 yang berulang datang setiap kali tidur di rumah. Aku setiap malam balik lewat ke rumah dan amat pasti bunyi bersahutan itu aku dengar. Dan aku cuba mendengar dan tidak melayan bunyi2 begitu. Dan akhirnya pada satu pagi, isteri aku berbisik di belakang tiang di ruang legar aku ternampak seperti burung hantu menyorok. Perkataan hantu itu dikuatkan oleh isteri aku. Berdebar hati tetapi sebagai lelaki aku kena nampak tenang. Suasana masih gelap walaupun jam sudah menunjuk pukul 7.00 pagi. Aku mengintai2 tiang di ruang legar seperti yang isteri aku nampak, sepasang mata bulat dan bersayap. Aku mendekatkan kepada menjenguk lebih rapat. Kelihatan sayap itu lebih tinggi dari badan burung hantu itu. Aku terus rapatkan muka kerana mahu melihat lebih jelas. Dan aku pasti benda itu bukan burung hantu dan sambil berbisik memberitahu isteri bahawa inilah benda yang berbunyi setiap malam kita. Aku pasti ia adalah kluang. Dan cerita kluang inilah menyebabkan mimpi yang berbagai kepada ibu mertua adik ipar aku. Berbagai bomoh hendak diupah, berkali surah Yassin dibaca dan diberi nasihat untuk pindah kerana bunyi yang pelik ini. Kadang2 aku pelik keadaan mistik yang mesti boleh dijawab menjadi satu trauma untuk dikongsi beramai. Cerita2 filem juga menambah tokok untuk menakutkan orang. Cuba tengok cerita Hantu Kak Limah balik Rumah - akhirnya cerita tentang UFO/hantu diuraikan tanpa ada hantu.