Dan peluang pergi ke Pameran Buku menjadi bualan suami isteri dan menjadi salah satu aktiviti tahunan. Semalam berakhir Pameran Buku di SACC Shah Alam dan kami sekeluarga menghabiskan masa dan duit ke sana. Anak2 ikut suka membantu menghabiskan duit ayah mereka. Tapi aktiviti begini perlu disusun sementelah seminggu sebelum pergi. Buku2 didalam ingatan hatta bualan orang pasti dicari. Berapa lama dihabiskan masa untuk mencari buku tidak menjadi hal dan pasti waktu solat tidak bertembung. Walaupun Pameran Buku Selangor ini tidak sebesar Pameran Buku Antarabangsa di PWTC tetapi kepuasan melayan nafsu memberi kepuasan suami isteri. Anak2 tumpang memilih cerita mereka dan pasti buku2 ini mesti dihabiskan bacaannya sebelum pergi ke pameran buku yang lain.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Monday, July 4, 2011
BUKU
Labels:
buku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment