Sebagai pekerja bank, malu tidak berasas sepatutnya tidak ada dalam kamus harian mereka. Kalau dari 10 orang yang kita jumpa, mungkin 9 terlibat secara lansung dengan bank. Menyimpan duit, meminjam duit, hutang kereta, hutang rumah atau pernah masuk bank atau ada kredit kad.
Pekerja bank selalu boleh bersembang dengan mudah dengan memperkenalkan diri pada sesiapa sebagai pegawai bank. Pekerja bank boleh memperkenalkan diri sebagai pemudah cara untuk meminjam duit. Beritahu kepada masyarakat apa produk baru bank dan bagaimana kos dikenakan jika mengeluarkan duit dari ATM.
Pekerja Bank sepatutnya tidak boleh terlalu diam dan menunggu orang bertanya "Awak kerja kat mana". Kalau hendak berkenalan, pekerja bank mesti berbahasa dahulu "Saya kerja Bank di Subang Perdana". Sambung perkenalan "Tahun ini raya, duit baru tidak dikeluarkan hanya recylce duit lama". Sambung lagi "Pernah masuk bank saya"
Sebenarnya dikeliling kita, orang yang mahu berkenalan dengan pekerja bank terlalu banyak. Lihat 9 orang dari 10 orang di atas. Perlibatan mereka dengan bank terlalu rapat hatta ada yang hampir setiap minggu bertemu dengan bank walaupun hanya di ATM.
Pekerja bank mestilah memenuhi kemampuan untuk menjual barangan bank. Bercerita dengan orang ramai kemungkinan memberikan pengalaman menjual walaupun kita bukan dari jabatan jualan.
Saya pernah berada dalam kelompok bank selama 20 tahun. Orang2 mahu dekat dengan saya bukan sebab saya ada duit banyak atau sebagai artis. Tetapi saya sebagai pemudah cara untuk mendapat sesuatu dengan bank. Ada yang mahu pinjaman kenderaan, ada yang mahu meminjam untuk membeli rumah dan ada yang mahu bertanya yang macam2 tentang bank.
Peluang mendapat perhatian orang hanya dapat apabila kita membuka mulut. Seperti di musim raya, sesiapa yang hendak tukar duit, orang bank pasti menjadi kawan yang paling rapat.
Assalam encik firdaus..saya ingin tahu lebih lanjut about br smart by bank rakyat.apakah kelebihan dan kekurangan training tersebut??dan setelah tmt tempoh training,adekah saya akn diserap menjd pekerja tetap?
ReplyDeleteTerima kasih..
Wkslm. Tak de elert untuk comment tuan di sini dan saya memang alpa untuk melihat, sorry. Training ini mungkin untuk sessi internship sahaja tapi kemungkinan diserap terletak pada mereka juga. Kalau performance bagus mungkin akan diserap. tahniah
ReplyDeleteSalam encik firdaus..maaf menganggu..sy nk bertnya..kerja finance officer tu Mcm mana ye?
ReplyDeleteSalam Fara Zara. Finance officer tu adalah marketing officer yang mendapatkan pelanggan untuk kredit sesuatu bank. Mereka adalah pegawai yang memasarkan produk seperti pinjaman rumah, kredit kad atau pinjaman kenderaan/prsendirian.
Deleteassalam en.firdaus
ReplyDeletesy skrng bekerja di CIMB namun sy masih berstatus kontrak setelah hampir dua tahun
dan sekarang sy ada mendapat tawaran sbg pekerja tetap di agrobank dalam bidang yang sama
dan sy agak keberatan untuk meninggalkan CIMB.
apakah yg harus sy lakukan? saya ada mendapat tawaran daripada majikan saya yang mereka boleh menerima sy sbg pekerja tetap tertakluk kepada beberapa perkara yang kemungkinannya harapan sangat tipis.
terima kasih.
Salam. Maaf tertinggal membaca komen ini. Mungkin penanya masih kekal dengan CIMB atau sudah berubah ke Agro bank. Jika diberi pilihan seperti ini, saya syorkan penanya utk melompat kerana Agro Bank bukan seperti CIMB yang memerlukan komitment tinggi untuk menjadi pekerja tetap. Mereka tidak menyimpan pekerja yang terlalu lama utk disimpan. Di luar sana banyak lagi orang mahu bekerja dengan CIMB. Peluang yang diberikan oleh Agro bank perlu diamabil. Selamat Maju Jaya.
Delete