Yang selalu jengok

Sunday, October 11, 2015

Cerita Polis Evo

Ini adalah kali pertama aku sekeluarga menonton cerita Melayu di pawagam.  Bukan sebab apa tetapi desakan dari anak2 untuk menonton cerita tentang aksi Melayu.  Filem aksi Melayu di pawagam terlalu dibuat2 menyebabkan aku bosan dan selalu menolak sebelum bercerita untuk pergi pun.  Kali ini tidak boleh ditolak lagi.  Anak2 sudah pandai bernyanyi lagu filem tersebut dan video tentang cerita ini sudah beberapa kali mereka dengar dan bernyanyi.  Ke kiri Ke Kanan, hati2 bila di jalanan. Ayat ini semacam air keluar dari mulut anak yang paling tua dan perlahan2 dari anak aku yang berusia 2 tahun. Ia seperti tidak boleh ditolak lagi.

Filem Polis Evo adalah arahan Ghaz Abu Bakar.  Seorang pengarah yang bagus sinematografi.  Filem2 sebelum ini adalah Cicakman 3, Hantu Kapcai dan Tokan.  Filem aksi bagi aku mesti ada tembak2 tumbuk2 dan pecah sana pecah sini. Ghaz Abu Bakar juga selalu membuat video untuk lagu.  

Cerita polis evo ini bermula dengan pembunuhan seorang guru lakunan Wan Hanafisu di Terengganu dan ketika mayat dijumpai ditemui juga syabu yang berwarna merah.  Syabu yang dikenali dengan Syabu Naga menjadi syabu yang paling dikehendaki di pasaran dadah kerana pekat dan peningnya orang yang menggunakan syabu ini.  Zizan Razak seorang inspektor polis di Terengganu akan bergabung dengan seorang polis yang di panggil 'super cop' Syaheizy Sam dari Kuala Lumpur untuk menyelesaikan kes bunuh guru tersebut.

Cerita ini bagi aku seperti cerita post (akan datang) untuk drama TV Breaking Bad.  Cerita drama TV yang dilakunkan oleh Brian Crankston sebagai pensyarah menjadi pembuat dadah atau 'methamephin' paling popular di sempadan Amerika dan Mexico.  Tetapi cerita polis evo ini cerita tentang bahagian polis pula dan pembuat dadah sudah mati di awal cerita.  Kalau sesiapa perasan, gambar Walter White di dalam cerita Breaking Bad ada ketika polis menyerbu masuk ke makmal dadah dan berlaku letupan.  Gambar Walter White secara animasi di tampal di dinding makmal tepi sungai tersebut.


Dari mana perkataan polis evo ini datang tidak diterangkan.  Mungkin evolusi tentang polis diberi nafas baru melalui filem. Atau hanya dari kereta polis - Mitsubishi evo. Tetapi cerita ini seperti mengundang sekuel bagi aku.  Cerita tentang Wan Hanafisu yang mati di awal dan bagaimana pengedaran dadah syabu itu berlaku dan di dalam filem seolah2 hanya Thailand tempat dadah itu akan pergi.

Plot cerita disusun baik untuk ditonton sepanjang 2 jam filem itu.  Tidak bercampur berat dengan plot2 lain seperti bercinta, menyanyi bagai dan berbincang di jalan2 dalam pejabat polis tanpa tujuan. Polis tidak digambarkan terlalu kaya tetapi nampak berhemah dan beberapa watak timbul sebentar tetapi berat seperti Wan Hanafisu, mak super cop dan pegawai polis Rosalinda.

Filem ini juga adalah tribute untuk Harun Salim Bachik yang menjadi ketua di balai polis Terengganu.  Harun Salim Bachik sudah meninggal dunia pada 08/03/2015 ketika filem ini mahu ditayangkan pada September 2015.

Filem ini memang penuh aksi dan humor bertapis.  Aku sekeluarga terhibur dengan tembakan dan letupan di dalam cerita ini.  


No comments:

Post a Comment