Tahun baru akan bermula kurang dari 2 bulan. Perbelanjaan menuju ke situ pasti mengambil beberapa perkiraan ibubapa yang prihatin tentang anak2 mereka. Anak2 yang berumur 4 tahun kemungkinan boleh dihantar bersekolah untuk jadi pandai atau tunggu sehingga mereka 6 tahun untuk mengenal pelajaran. Perkiraan ini menyebabkan ibubapa termenung berfikir.
Kalau mahu di hantar ke tadika beberapa perkiraan perlu di buat seperti perbelanjaan bulanan yang tinggi sekarang ini. Seharian atau separuh hari? Bagaimana pendidikan awal yang diberikan? Ada bukti yang kukuh atau hanya mendengar cerita kawan2. Ibubapa sekarang kena tahu bahawa pendidikan awal sekarang terlalu penting kerana berdepan dengan pendidikan yang diterap disekolah2 kebangsaan yang berorentasikan keputusan peperiksaan.
Masuk darjah satu maka satu ujian dibuat untuk pemilihan kelas. Jika keputusan tidak memuaskan maka kanak2 itu akan duduk di kelas paling akhir dan sekolah tidak menumpu perhatian kepada kelas yang sebegini kerana reputasi sekolah berada di atas kertas peperiksaan. Mana sekolah yang paling banyak memberikan A kepada pelajar2. Maka ibubapa berfikirlah sejenak.
Ibubapa sekarang tidak boleh mengharapkan maklumat ini akan datang sendiri kepada mereka. Cari dan bertanya kepada yang lebih tahu. Maklumat dari kawan2 adalah satu sumber yang ada untuk mengetahui bagaimana keadaan sesebuah tadika. Datang pada hari terbuka sebuah tadika dan bertanya. Dan selalunya jika sebuah tadika itu berana membuat hari terbuka maka maklumat mereka lebih terbuka dan bagi aku mungkin bagus.
Cerita tadika juga boleh dibuat dengan hanya melalui telefon. Cuba ketahui tentang program mereka dan buku2 yang mereka guna. Ini boleh mencorak pola dan bukti bahawa mereka tahu apa yang perlu dibuat. Jika yang menjawab telefon hanya tahu tentang yuran yang perlu dibayar, tolong siasat lagi kerana sekolah awal ini terlalu banyak membuat duit tetapi tidak melahirkan pelajar2 yang berhemah.
Anak2 adalah kain putih yang diwarnakan oleh ibubapa. Bersedia menjadi ibubapa bila ada orang sudah memangil kita ayah atau ibu.
No comments:
Post a Comment