Kita biasa dengar tentang kemarahan orang tentang majikan menyuruh pekerja membuka tudung untuk bekerja dengan mereka. Dan baru2 ini cerita tentang jururawat swasta yang diarahkan berhenti kerana tidak mahu memakai seragam hospital swasta yang berlengan pendek. Marah dan memang menimbulkan kemarahan pada Muslim.
Cerita ini juga membuatkan aku teringat ketika aku bersama dengan Bank Muamalat (M) Bhd sekitar tahun 2006 - 2010. Ketika itu aku selalu dipanggil untuk menemuduga bakal pekerja2 baru. Sekitar 8 - 12 orang akan aku temuduga dan bermacam2 perangai yang akan aku simpulkan. Dan ini berkaitan dengan cara pemakaian untuk Bank Mualamat (M) Bhd.
Ada satu ketika, seorang pemohon gadis bertanya tentang status pemakaian yang perlu dipakai. Gadis ini berbaju kurung tetapi tidak bertudung. Dia bertanya "Bolehkan saya tidak bertudung nanti bila bekerja" . Aku dengan tegas memberitahu bahawa bertudung untuk institusi Bank berimej Islam ini mestilah wajib. Dia mengeluh kerana berdasarkan pengalaman bekerja di bank dahulu dia adalah pemohon paling layak untuk jawatan itu. Aku memujuk dan gadis itu bersetuju tetapi dia bertanya lagi "Kalau diluar waktu pejabat bagaimana Encik?" Aku diam tersenyum. Mungkin Allah hanya ada di dalam bank ini sahaja.
Aku ingin marah seperti orang marah bila bertudung disuruh buka. Dan majikan ini pula terbalik. Orang tak bertudung diminta bertudung tetapi minta diskaun untuk tidak bertudung. Dan aku tidak pelik perkara ini berlaku. Jangan marah terus. Aku pernah melihat pekerja2 Bank aku ini juga buka tudung2 mereka bila habis waktu kerja. Adakah ini baju seragam bentuknya?
Adakah tudung ini hak persendirian? Cuba kita lihat orang bekerja di Mc Donald atau KFC atau A&W dan majikan mengarahkan semua yang bekerja memakai topi. Arahan ini diambil seperti tidak melihat kiri dan kanan. Tiada isu agama di sini.
Aku juga pernah bekerja di Maybank dan ada pekerja2 aku yang bertudung waktu siang dan di waktu malamnya tidak. Bila ada hari keramaian kadang2 aku sendiri tidak kenal yang rambut berwarna jingga itu adalah salah seorang pekerja aku.
No comments:
Post a Comment