Yang selalu jengok

Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

IBU masa dulu2



Aku pernah tinggal dengan nenek aku di Bakap, Batu Gajah, Perak bersama nenek untuk beberapa lama. Tiada masalah besar menjadi ibu pada tahun2 1970an sehingga awal 1980an. Kebanyakan ibu tidak bekerja di luar. Mereka hanya memasak pagi, tengahari dan malam untuk santapan keluarga. Nenek aku nampak aktif dan selepas subuh dia telah keluar menoreh getah untuk mendapat duit tambahan untuk keluarga. Pukul 8 pagi torehan sudah siap dan mahu dibawa ke tempat memproses menjadi getah keping. Masalah menjaga anak pada waktu itu adalah kebuasan membantu mereka dengan berlari di tengah2 kebun getah dan selalu jatuh tersembam. Selepas sampai di tempat proses, anak2 akan diajak bersama memijak2 getah menjadi seperti sekeping permaidani yang lembut bergetah. Itu sahaja program waktu pagi dan selepas itu balik ke rumah untuk membasuh pakaian semalam (basuhan tangan) dan memasak tengahari (ini adalah kecekapan luar biasa ibu2 dulu kerana api bukan datang dari gas). Selesai makan, sepanjang petang boleh tidur dan hanya marah anak2 kalau terlalu bising kacau mereka tidur. Malam lagi pendek dari petang. memasak tidak lagi sibuk kerana makanan tengahari dipanaskan untuk makan awal. TV tiada dirumah sebagai hiburan. Cuma yang ada menghibur adalah radio yang setiap hari seperti ada drama untuk bercerita. Radio dan TV pada waktu itu kena berlesen kalau ditangkap tiada lesen akan dikenakan denda oleh Kerajaan. Dissebabkan malam tiada hiburan, cerita dari ibu seperti ditunggu2. Walau cerita itu diulang2 tapi anak2 masih meminta bercerita. Lampu yang ada hanya gasolin yang perlu dinyalakan sebelum Magrib. Jika rumah ada satu sahaja gasolin maka hanya satu bahagian rumah sahaja yang terang dan yang lain gelap gelita. Tugas ibu berakhir di situ dan waktu panjang malam berbeza benar dengan waktu sekarang.

IBU zaman ini



Jadi ibu zaman sekarang memang memerlukan keaktifan yang berbeza dari dahulu. 4 K adalah satu formula senang cakap tapi susah nak ikut. Komitment terhadap keluarga mesti tinggi. Ibu bekerja dan bila balik pasti hendak rehat. Anak2 meminta yang macam2 dan kalau tak tahan, masuk bilik tidur dan pandai2 lah anak buat semua benda. Cuba dengar dahulu masalah mereka sebelum kita berehat. Sudah sehari kita bekerja, hendak mendengar satu cerita dari anak memang memenatkan. Konsistensi atau istiqamah membuat sesuatu. Kalau ajar solat pada anak2 atau membaca Al Quran mesti buat selalu kerana istiqamah lebih baik kerana memberi kekuatan walaupun sedikit setiap hari. Ibu kena kreatif zaman sekarang kerana rumah bersepah pening kepala, baju tak dilipat pun boleh pening kepala dan anak masih kecil. Mungkin dengan berkreatif kita dapat menyelesaikan masalah ini. Kumpul dalam bakul sebelum melipat pakaian boleh meyelesaikan masalah baju bersepah. Baju kotor ada tempat untuk diletakkan dan kawasan permainan diperkenalkan. Dan ibu kena mempertahankan ketaqwaan untuk memastikan tugas dijalankan dengan hikmah dan takut kepada Allah. Kita ibubapa sering meninggi suara pada anak2 dan mengeluarkan perkataan yang anak tak sanggup dengar. Kita memukul mereka kerana rasa dicabar dan menghalal perkara memukul kerana ingin mengajar. Dan paling ironi apabila kita mudah melupakan apa yang kita cakap, pukul, sindir kerana rasa kesibukan kita akan memudahkan kita melupakan semua itu. Kena ingat bahawa anak itu tidak lupa sampai bila2.

Monday, January 4, 2010

Haji Tahun 1430



Selesailah penerbangan terakhir dari Jeedah pada 03/01/2010 untuk jemaah haji tahun 2009 dan 1431. Semoga jemaah tahun ini mendapat haji mabrur dan mabrorah. Dan istiqomah dalam beribadat seperti di Al Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Mendengar azan dan panggilan solah terasa dekat dan bergegas menunaikan secara berjemaah.




(gambar dari kiri, Hajah Zaharah Mat dan adik Hajah Zaleha Mat - umrah 2009)

Friday, June 19, 2009

Mama




Perut dah besar. Final check akan dibuat pada 27 atau 28 Jun 2009. Tak de aral melintang, baby boy akan lahir. Tahan sikit mama - Kata Nabil. Ayaaaaaaaah - Najla menyahut (mama dia tak tahu sebut). ikut jadual pada 12/07/09. Semoga semua akan berjalan lancar