Yang selalu jengok

Tuesday, August 10, 2010

Demam Campak (Measles)


Anak lelaki aku terkena demam campak. Penyakit yang sudah lama dalam keluarga aku tidak menghidapnya. Cucukan cacar pada umur setahun dulu tidak menjadi atau penyakit ini menyerang untuk memberi kekuatan pada sistem imun dalam badan anak lelaki aku. Isteri sudah 2 hari cuti dan aku akan sambung sehingga hujung minggu (9 - 13 Ogos 2010)

Perang dalam Ramadhan


Beberapa perang besar dalam Islam berlaku dalam bulan Ramadhan. Kenapa? Tunduk kepada Allah, suasana berpuasa yang mengamankan, penuh dengan ibadat malam, bacaan Al Quran bertadarus, semua ini membina kekuatan dalaman yang tidak terdapat dalam orang2 selain Islam. Pihak batil mengambil peluang ketika orang Islam lapar dan dahaga tanpa ketahui bahawa berpuasa memberi kekuatan luar biasa hebatnya. Jadi mulakan peperangan melawan kebatilan di bulan Ramadhan.

Szu Tzu told.......


Kalau nak berperang mesti guna perisik. Menyiasat kelengkapan musuh, membuat bandingan, analisa dan mengatur strategi. Peluang melihat kelemahan musuh hanya perisik yang tahu. Berkawan dengan musuh, makan bersama, keluar bersama dan melihat kelemahan. Kadang2 perisikan memakan masa yang lama. Tetapi maklumat berharga pasti boleh digunakan untuk menyerang hendap.

Monday, August 9, 2010

Kalah Perang


Setiap peperangan pasti ada yang kalah dan menang. Khalid Al Walid semasa bersama Islam tidak pernah kalah berperang. Dikenali sebagai Pedang Allah dan akhirnya ditukar sebagai Panglima biasa selepas kewafatan Rasulullah SAW. Kita orang biasa sepatutnya terus berlawan tetapi mengambil pendekatan bijak. Serang dan terus serang bila musuh lemah. Berundur jika rasa macam nak kalah.

Sunday, August 8, 2010

Mahyuddin bin Alang Rahim (1939 - 2010)


Bekas imam Kg Melayu Subang Masjid An Nur sehingga 2008. Bekas pekerja MAS dan bapa saudara aku. Bawa ke hospital Sg Buloh pada pukul 2.30 am tetapi ambulan telah menghantar kembali ke rumah pada pukul 6.20 am. Dengan bantuan gas selama 1 jam dan selepas 7.30 am dia bernafas sendiri tanpa bantuan gas. Diumumkan meninggal dunia pada pukul 1.40 pm. Selamat dikebumikan pada selepas solat Asar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. (dalam gambar berada di nombor 2 dari kiri)

Friday, August 6, 2010

Perang cara Szu Tzu


Teliti apa yang kita ada. Mengkaji apa senjata musuh. Kalau rasa tak cukup kuat, berundur sebentar dan buat kajian. Perang 1 - serang dengan kekuatan yang sama. Kalau menang, pijak sampai lembik musuh. Dan taktik seterusnya serang lagi untuk melihat musuh mengeluarkan semua senjata. Jangan keluarkan semua kelengkapan perang dalam satu peperangan. Perkiraan, pihak lawan, menyerang, pertahanan, arahan, kekuatan dan kelemahan, mencari jalan keluar, respon, pergerakan tentera, menyerang dan penggunaan penyiasat. Jangan berhenti kerana rehat yang panjang menyebabkan lawan dapat mengkaji kita dan alatan perang berkarat. Terus-terusan angkat pedang.

Thursday, August 5, 2010

Di Sergah Orang


Bagaimana reaksi kita kalau dikejutkan secara kasar. Boleh pening sebentar dan seram sejuk. Kalau dalam sedar kita disergah, apa yang perlu kita buat. Biar je, tarik nafas, jangan tunjuk takut atau muka kena tenang. Kalau takut, sergahan ke2 mungkin boleh buat kita jatuh tersembam. Terkejut kali ke2 ini mungkin boleh buat demam. Aku kena buat kejutan. Nak bagi orang terkejut dan tidak dapat jawab. Seronok kalau tengok orang terkulat2. Kita pengurus dan mereka pekerja. Kejutan ini pasti menjadi bualan sampai bila2. Marah melampau boleh buat orang ingat kita.

Bezakan Pandai


2 orang tukang sapu bersembang tentang kepandaian. Kenapa mereka bergaji kecil dibandingkan dengan mandur mereka yang nampaknya duduk sambil menghisap rokok menunggu kerja sapu siap.

Geram 2 orang tukang sapu menyebabkan salah seorang terus pergi bertanya pada mandur. "Kenapa awak duduk berehat tetapi dapat gaji lebih dari kami". Mandur terkejut dan menjawab bahawa dia ada kepandaian. Tukang sapu bertanya lagi apa beza kepandaian dan kebodohan.

Mandur letakkan tangannya di meja lalu meminta tukang sapu memukul dengan penyapu tangannya. Tukang sapu tanpa berlengah memukul dan mandur mengelak cepat. Mandur pun menegaskan "itulah kepandaian". Tukang sapu faham dan terus sambung menyapu dengan kawannya. Kawannya bertanya "Dah tanya mandur, apa katanya." Tukang sapu yang bertanya mandur terus berkata "Dia ada kepandaian dan kita tak ada". Dan kawannya bertanya lagi bagaimana kepandaian itu. Tukang sapu tanpa berlengah meletakkan tangannya ke muka dan menyuruh kawannya memukul. "Kau pukullah kuat2, nanti aku beritahu apa itu kepandaian."

Wednesday, August 4, 2010

Kahwin awal @ Paksa


Kerajaan Melaka hari ini membenarkan pasangan yang mahu kahwin awal remaja untuk menyelamatkan anak yang terkandung dapat sah taraf. Setuju atau tidak! Orang2 Barat yang masih sehingga sekarang menghadapi masalah yang sama masih tidak bersetuju untuk remaja kahwin awal. Kita kena tengok realiti kenapa remaja bermukah awal. Adakah naluri mereka mahu kahwin dan bertanggungjawab. Kalau yang gatal hendak kahwin pun mesti telah dipupuk terpengaruh dengan seks sahaja bukan hendak menjadi suami isteri yang sayang menyayangi. Fikirlah jangan cuba selesaikan masalah hujung sedangkan yang pokok awal diabaikan.

Tuesday, August 3, 2010

Bila semua tak Kena


Bangkit lewat. Baju tak gosok lagi. Jalan jem. Dapat SMS mesyuarat di Kuala Lumpur. Ada pelanggaran pulak. Nyaris berlanggar dengan motor. Kena marah dengan budak2 motor. Polis tahan satu bahagian lampu isyarat terlalu lama. Kena tahan polis ikut lorong kiri. Sempat singgah minum tapi kna cepat. Makanan lambat hantar. Kuah kari roti canai terpercik ke baju. Hari sudah pukul 8.20 am dan perjalanan masih jauh. Hari ini jatuh hari apa? Baru teringat baru sehari bekerja selepas 3 hari bercuti.

Monday, August 2, 2010

Ni congshi shenme hangye


Perkara utama dalam belajar Mandarin adalah mengenal 'fonem awal'. Beberapa huruf dalam fonem awal berbunyi tidak seperti yang kita sangkakan seperti normal Roman. Contoh seperti P yang berbunyi 'be'. 'E' disini berbunyi seperti emak. Maka perkataan dahulu Peking sepatutnya berbunyi Beijing. Maka pakar bahasa di China mengambil inisiatif menukar Peking kepada Beijing untuk memberi kesenangan kepada orang luar menyebut. Huruf G pula berbunyi 'ke'. Maka jika kita ke Guangzhou, sebutan yang paling betul adalah Kuangzao. Hafalan untuk fonem awal memberi titik tolak untuk kita belajar bahasa Mandarin.

Sunday, August 1, 2010

Berapa Harga Satu Kemahiran


Minggu lepas penghawa dingin kereta tak berfungsi. Seminggu sebelum itu, kipas penghawa dingin yang sama tidak bergerak. Suhu kereta naik mendadak. Kereta perlu diselenggara. Lampu di rumah sudah tidak menyala walau diganti dengan yang baru. Air mandi panas menjadi terlalu panas. Komputer diserang virus. Ia jadi lembap dan bergerak malas. Apa perlu dibuat apabila masalah terlalu teknikal jadi kepada kita. Kemahiran menjadi mahal kerana kita tak tahu masalah sebenar. Kalau disuruh bayar RM100 untuk penyenggelaran penghawa dingin tinggi, jangan marah. Itu adalah harga kemahiran. Kalau diminta bayar RM500 untuk pasang lampu satu rumah. Biarkan atau redha sahaja sebab kemahiran itu tinggi nilainya. Jangan berdolak dalih, bayar dan semat dalam hati "Aku bayar kerana Kemahiran itu aku tiada".