Yang selalu jengok

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, March 5, 2017

Korban kali ini

Semalam kami bermesyuarat.  Bercerita tentang korban pada tahun ini.  Kali ini kami membuat konsep menyimpan dan berkorban. Peserta2 korban boleh membuat pembayaran bulanan selama 6 bulan sebanyak RM100 dan bayaran terakhir akan mencukupkan. Bermula Mac sehingga Ogos 2017. Banyak orang yang mahu berkorban tetapi tidak diseru dengan betul. Ada yang berkorban dengan hanya menghantar duit melalui on-line dan mengharapkan pihak yang menerima duit itu membuatkan korban untuk mereka. 

Apa beza dengan valet doa yang dibuat oleh satu syarikat untuk dibaca di Mekah? Betul hanya yang ada duit pasti akan buat benda ini. Ustaz datang ke surau minta sumbangan korban untuk dibuat di Kemboja (luar negara) dan kita bagi duit untuk mereka buat di sana? Dan memohon supaya diberikan pahala korban. Dan ramai yang menyumbang untuk berkorban di Kemboja dan sebagainya.

Konsep valet doa itu dibuat oleh orang lain dengan tag pemasarannya "Berapa lama sudah berdoa tidak dimakbul2kan oleh Allah?".  Doa2 akan dibaca di Mekah ditempat2 yang mustajam doa. Doa yang berbayar ini sudah mendapat pelanggan yang mungkin tiada masa untuk berdoa. Doa adalah percuma dan Allah pasti makbulkan doa hambanya.  Yakinlah.

Cerita mesyuarat korban pun berakhir dan semua setuju untuk membuat banner dan menyampaikan maklumat kepada semua. 

Tuesday, February 17, 2015

Jangan Putus Harapan dengan Allah SWT


Di zaman Nabi Musa A.S, terdapat seorang manusia yang tersangat jahat.  Jahat orang ini sehinggakan sekampung tidak boleh membuat apa2.  Dan mereka berdoa kepada Allah SWT untuk membuat sesuatu kepada lelaki jahat ini.

Maka Allah perintahkan Nabi Musa A.S pergi ke kampung orang jahat itu dan halau pergi ke kampung lain.  Nabi Musa berjumpa dengan si jahat dan menyuruh si jahat keluar dari kampung itu. Si Jahat berlalu pergi ke kampung lain tetapi masih mengulangi perkara jahat tersebut.

Kampung itu pula memohon pada Allah SWT buatlah sesuatu kepada si Jahat ini.  Allah SWT memerintahkan Nabi Musa A.S pergi berjumpa dengan si Jahat itu dan halau si Jahat ke tempat di mana tiada orang di situ.  Maka padang pasir adalah pilihan terbaik.

Si Jahat diletakkan di padang pasir yang tiada manusia di situ.  Semakin lama semakin lemah tubuh badan si Jahat dan si Jahat terbaring kelemahan.  Ketika itu dia berdailog dengan Allah SWT dengan lenangan air mata.

"Ya Allah, jika ibu aku berada pasti ketika ini aku sedang terbaring di peha.  Ya Allah jika ayah aku berada di sini pasti aku dipapahnya.  Ya Allah, jika isteri dan anak2 aku berada di sisi aku ketika ini, pasti mereka sudah berdoa memohon ampun untuk aku Ya Allah."  Dia mengulang2 dailog yang sama memohon kepada Allah.

"Ya Allah, hati aku terbakar bila Kamu pisahkan aku dari ayah dan ibuku.  Ya Allah, hati aku terbakar bila kau pisahkan aku dari isteri dan anak2 ku ya Allah.  Aku pohon ya Allah, cukuplah hati aku terbakar disini jangan hati aku dibakar di neraka mu ya Allah"

Seketika, Allah perintahkan Nabi Musa A.S pergi ke padang pasir itu kerana lelaki itu sudah meninggal dunia.  Dan Allah memberitahu bahawa Rahmat Allah lebih besar dari dosa2 yang dilakukan oleh si Jahat itu.  Si Jahat sudah bertaubat.

(tazkirah oleh Ustaz Farid di Surau AL Mahdi 18/2/2015)

Wednesday, December 24, 2014

Mengetuk Pintu Masjid Nabawi

Aku mengetuk pintu Masjid Nabawi
Aku berada di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah pada 15/10/2014 sehingga 24/10/2014.  Ini bukan kali pertama aku ke sini.  Termasuk kali ini sudah 3 kali aku mengunjungi di mana Rasulullah SAW dimaqamkan.  Bagi aku di sini adalah kota air mata aku.  Sudah kesekian kali aku ke sini, air mata tak pernah kering dan entah mengapa air mata jadi murah sangat di sini.   
Kota air mata - murah sangat air mata ini
Suasana di Madinah pada ketika itu seperti di Malaysia bukan seperti ketika bulan haji bermula. Wukuf Haji pada 5/10/2014 dan sebelum itu ikut kata orang yang datang melalui Madinah, panas pada awal datang dulu adalah sehingga 48% celcius.  Sekarang mengikut kata Tabung Haji panas hanya 37% - 39% sahaja.
Selesai solat Isyak hari pertama 15/10/2014
Aku dan isteri akan berada disini lebih kurang 10 hari (tolak waktu perjalanan mungkin jatuh 9 hari separuh sahaja).  Ukurannya disini maka 40 waktu InshaAllah dapat iaitu jika dikira waktu wajib untuk 8 hari maka 40 waktu menjadi senang.  Tetapi kena ingat ia tidak termasuk jika kita sakit atau perempuan yang datang bulan.  Alhamdulillah perjalanan kami dari Mekah cepat sekitar 5 jam dan kami sampai kira2 2 jam sebelum Magrib 15/10/2014.  Kiraan 40 waktu kami akan bertambah InshaAllah.

Apa istimewanya Masjid Nabawi ini.  Ini adalah masjid yang dikatakan dalam hadis Rasullullah SAW 

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW  bersabda : "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari


Dalam Hadis lain,

Dari Abu Hurairah RA Rasulullah SAW telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil Nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Berada di masjid Nabawi memang terlalu aman.  Orang2 yang datang seperti terikut2 dengan rentak orang yang tinggal di Madinah.  Baik dan bertegur sapa.  Mungkin kebaikan ini sama seperti dulu ketika Rasullullah ingin berhijrah ke Madinah (nama lama bagi Madinah adalah Yathrib).  Membaca Al Quran menjadi satu benda yang biasa di dalam masjid.  Al Quran disusun di setiap tiang dan ada penjaga yang memastikan semua Al Quran itu model yang sama. (tali tandanya mesti berwarna kuning)
Al Quran yang memakai tanda tali kuning

Pada waktu musim haji ini, pembelajaran Al Quran hampir berada pada setiap tiang di tengah2 Masjid Nabawi.  Aku turut bersama meraikannya.  Ada yang mendengar hafalan dan ada yang membetulkan bacaan.  Setiap kali habis solat wajib, kuliah Al Quran akan bermula.  Berkumpullah semua yang mahu belajar dan didengari oleh sheikh2 yang dilantik.  Ini semua percuma. Bacaan Al Fatihah aku perdengarkan pada sheikh2 yang ditugaskan mengajar di Masjid Nabawi.  Beberapa hari aku duduk bertalaqqi dengan sheikh2 ini.  
Salah seorang oengajar Al Quran yang pandai berbahasa Inggeris dan Arab pastinya
Dan satu ketika aku duduk bertalaqqi dengan seorang pengajar Al Quran.  Aku mempendengarkan bacaan untuk beberapa surah lazim dan dia seronok dan berkata orang Malaysia mempunyai lidah yang pandai meniru.  Aku mengiakan.  Dia mengeluarkan minyak wangi dari koceknya dan menyapu minyak wangi pada aku.  
Sheikh Mansur mengeluarkan minyak wangi untuk aku - MashaAllah
Aku juga mengambil peluang berjalan sehingga ke tingkat atas Masjid Nabawi.  Hanya kaum lelaki dibenarkan berada di atas.  Kuliah agama juga berada di atas.  Ketika aku berada di atas kuliah agama dalam bahasa Bangladesh sedang berjalan.  Aku berjalan hampir ke seluruh bahagian atas.  Melihat keliling bandar Madinah dari pandangan atas Masjid Nabawi.

Tingkat atas Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah
Bukan di atas sahaja ada kuliah agama, Banyak kumpulan2 dibuat di dalam masjid meraikan pembelajaran agama. Sheikh2 tua akan memberi syarahan dari atas kerusi untuk satu kelompok jemaah.   Aku diberitahu kuliah dalam bahasa Indonesia juga terdapat dalam Masjid Nabawi selepas waktu Magrib.  
Kuliah Agama di tingkat bawah
Yang pastinya bila bercerita tentang Masjid Nabawi, Rhaudah menjadi tempat paling afdal untuk berdoa.  Dengan ramainya orang pada waktu musim haji ini, waktu menunggu untuk masuk ke Rhaudah menjadi panjang.  Alhamdulillah, susunan menunggu menjadi senang jika tiada yang tolak menolak dan berebut2.


Masjid Nabawi ini akan pasti aku rindui sampai bila2.  Dan yang paling aku rindu adalah menemui Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.  Ini adalah amalan terpenting apabila melawat Masjid Nabawi kerana ada hadis tentang melawat Rasullullah SAW.

Sabda Rasulullah saw, “Barangsiapa pergi haji kemudian ziarah ke maqamku setelah aku wafat maka seakan-akan ia telah mengunjungiku sewaktu aku masih hidup“.

Maqam Rasullullah SAW dan 2 Khalifah selepasnya Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Khattab
Cerita tentang payung yang terbuka sendiri memang aku kena cerita.  Aku yang berada lebih dari 3 hari di Masjid Nabawi pasti tahu bila waktu payung2 besar yang meneduhkan ini berkembang.  Ia akan bermula pada waktu sharooq (waktu keluar matahari sekitar 6 am waktu Arab Saudi). Perubahan2 ini dinantikan untuk dirakam.  Ia akan mula ditutup pada waktu sebelum Magrib. Payung yang didalam pula akan dibuka selepas Maghrib.



Ini waktu tengahari - payung sudah berkembang
Aku pasti sangat sesiapa yang pernah berkunjung ke Masjid Nabawi, perasaan untuk ke sana bukan hanya cerita mulut sahaja.  Rindu ingin menemui Rasulullah SAW dan berada di Raudhah. Berdoalah kita supaya diberikan kesempatan untuk ke sana lagi dan selalu letak hati untuk ke sana, InshaAllah.




Sunday, October 26, 2014

Sampai Ke Jeddah 10/09/2014

Bila di tanya orang tentang Haji, kami sendiri tidak ketahuan untuk bercerita. Ada rasa 1001 cerita dan 1001 malam untuk diceritakan.  10 minit atau sejam cukup? Setiap orang ada cerita berbeza untuk dikongsi.  Ada yang sedih, ada yang seronok gembira dan penuh dengan barakah perjalanan ini.

Cerita dalam perjalanan sahaja sudah membuat cerita haji ini seronok.  Dalam kapal terbang, walau pun tidak banyak benda yang kami boleh buat, tapi keseronokan sudah bermula. Melihat orang sekeliling yang berbeza dan dihati memujuk mereka ini akan bersama kita selama 45 hari. Berniat dalam hati, aku cuba untuk meluangkan masa membaca doa2 sepanjang penerbangan ini.

Kapal terbang hari itu adalah dari Saudi Arabia dan terus ke Jeddah tanpa berhenti. Perjalanan diberitahu selama 8 jam 30 minit.  Kami bergerak pada pukul 4.30 pagi dari KLIA dan akan sampai pada pukul 1.00 tengahari waktu Malaysia. Dan mengikut waktu Saudi pada waktu kami sampai adalah sekitar 8 pagi waktu tempatan.

Inilah kapal terbang SV 5215
Tidak lebih sejam dari KLIA, kapten mengumumkan waktu subuh sudah masuk. Kami sudah diajar tentang solat menghormati waktu. Kami juga sudah bersedia dengan spray semburan untuk mengambil wuduk. Solat tidak boleh ditinggalkan hatta berada di dalam kapal terbang atau kenderaan. Nabi Muhammad SAW bersolat sunat di atas unta ketika unta sedang bergerak dan nabi berhenti untuk bersolat wajib jika waktu sudah masuk. Disebabkan maslahah perjalanan kami yang jauh dan mungkin waktu solat ketika tiba nanti sudah hapus, solat ini bagi aku adalah solat wajib dan bukan solat menghormati waktu.  

Aku duduk bersebelahan dengan isteri.  Kami hanya berbual tentang kerja2 haji pada permulaannya. Aku memberitahu isteri untuk membeli senashkah Al Quran di Mekah nanti untuk kita khatam di sana. Sebelah kiri aku ada sepasang suami isteri duduk dan dapatlah aku berbual cerita2 tentang persiapan untuk ke Mekah ini. Seorang pensyarah universiti di Iskandar Ipoh Perak berumur 34 tahun bersama isterinya. Dia pernah mengerjakan umrah pada tahun 2005 dahulu ketika bujang dan sekarang bersama isteri mengerjakan haji. Kami bercerita terus sehingga letih dan tidur untuk kesekian kali nya.

Makanan sudah dihidangkan dan mengikut Ustaz yang memberi ceramah pagi tadi di Kelana Jaya, hidangan makan ke 2 adalah tepat di Qarnul Manazil untuk berniat Umrah pada yang membuat Haji Tamattuk dan berniat Haji untuk sesiapa yang mahu membuat Haji Ifrad.  

Rasa2 sudah beberapa kali terlena dan jaga, kami sampai di Jeddah pada pukul 8 pagi waktu tempatan. Kami diberitahu untuk tidak memikirkan tentang beg dan kami hanya perlu memastikan beg sandang dan beg yang kami pegang ini selamat bersama kami.

Sampai di Jeddah
Kami terus menaiki bas shuttle yang disediakan untuk ke terminal.  Kami akan disaring oleh pihak imigresion Saudi dan dibenarkan berada di Mekah dan Madinah untuk haji sahaja.  Bergeraklah semua orang terus ke Terminal secepat yang mungkin untuk tidak beratur lama.  Aku dan isteri mengambil sikap memberi laluan kepada yang mahu cepat dan lebih banyak bersabar.  

Berada di barisan terakhir ketika pemeriksaan
Selepas 45 minit semua telah selesai dan kami di pandu berjalan ke tempat berehat di dalam lapangan terbang Jeddah itu.  Ketika berjalan, beberapa orang Arab menyambut kami, Ahlan Ahlan disebut sambil tersenyum.  Kami berada di kawasan lapang dan disitu tempat solat dan berehat menunggu bas.  Ada yang solat qada' menggantikan solat subuh tadi dan ada yang solat Dhuha meraikan waktu Dhuha di Jeddah.
Di sini tempat rehat menunggu bas
Kira2 30 minit di situ, kami diberitahu bahawa Konsol Jeddah dalam perjalanan untuk ke situ. Konsol Jeddah tiba dan dengan gembiranya dia memberitahu bahawa KT 34 ini beruntung kerana ketika ini suasana di Mekah tidak sibuk dan masa kami disaring di imigresion tadi tidak lama seperti dulu2 sekitar 2 - 3 jam.  Dia menyambut kami dengan gembira dan berdoa semoga kami berada dalam keadaan sihat dan mendapat haji yang Mabrur.

Konsol Jeddah sedang memberi ucapan 
Kira2 jam 11 pagi, 3 jam dari mendarat, kami diberitahu bahawa bas2 sudah sampai untuk membawa kami ke hotel Abraj Janadriyah, Mekah.  Aku perasan ketika kami sampai tadi tiada bas di sekitar kami.  Mungkin disebabkan kecekapan pihak imigresion Saudi, kami lepas awal dari lapangan terbang.  Ini menyebabkan bas2 tidak menungu kami dan sebaliknya kami menunggu bas.  Sehingga waktu ini, kami masih tidak nampak beg besar kami.  Kami hanya bersama beg sandang dan beg tarik yang dibawa bersama kami di dalam kapal terbang tadi.

Kami masuk ke dalam bas dan diberi makan oleh pihak Saudi sambil menonton beg2 besar kami tiba di bas tersebut.  Mengikut cerita mak2 aku dulu, beg2 ini akan dibaling, dilontar untuk dibawa ke hotel dan kami sendiri terpaksa tarik sendiri.  Aku sekarang berada di Jeddah menyaksikan satu perubahan baru dan kagum kerana kami sendiri tak jumpa beg2 besar kami sehingga kami berada di dalam bas untuk ke hotel.  Dan yang paling penting, beg2 kami tidak lagi dibaling atau dilontar.  Ia diangkat dengan mesin untuk dibawa ke atas bas.
Beg2 besar dibawa ke atas bas menggunakan mesin pengangkut
Waktu sudah pukul 12.30 pm dan kami dibawa keluar dari Lapangan Terbang Jeddah untuk terus ke Hotel.  Perjalanan sekitar sejam untuk ke hotel kami dari Jeddah.  Kami terus berdoa untuk selamat sampai dan mendapat haji yang Mabruroh, InshaAllah.

Di dalam perjalanan kami telah berhenti di 2 tempat iaitu tempat pertama di Muassasah Haji Arab Saudi.  Kami telah diberi sebotol seorang air zam zam dan satu kotak makanan seperti biskut dan kek. Ada juga lempeng yang berwarna kuning dan diberitahu orang bahawa itu adalah kurma yang telah dilenyekkan.  Ada yang merungut apabila berhenti itu kerana kami tak nampak bas2 lain yang berhenti di situ.  Tapi lebih kurang 10 minit sahaja berhenti selepas itu bas itu kembali bergerak.

Tempat ke 2 berhenti apabila sudah memasuki bandar Mekah.  Kami diberi gelang berwarna biru dan kad untuk dipakai bersama tag yang diberi oleh TH.  Kami diberitahu bahawa kami adalah untuk Maktab 83 dan penggunaan maktab ini penting untuk memastikan pergerakan bakal2 haji dan juga berapa ramai yang memasuki Mekah pada musim haji itu.

Akhirnya kami sampai ke Hotel Abraj Janadriyah ketika hampir sudah waktu Asar di Mekah. Alhamdulillah

Ini berita dari Malaysia 
Makkah: Penerbangan terus pertama (KT34) membawa 450 jemaah haji Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Jeddah selamat tiba di hotel penginapan Abraj Al Janadriyah, di sini, lewat petang ini.
Sehingga ini, 11, 724 jemaah sudah berada d tanah suci dan daripada jumlah itu 5,325 jemaah haji berada di Makkah.
http://www2.hmetro.com.my/articles/Lebihsebelasribujemaahhajisudahberadaditanahsuci/Article?mutakhir#sthash.2PCPDjDA.dpuf



Saturday, October 25, 2014

KT 34 - 9/9/2014


Hari ini adalah hari paling bersejarah buat aku suami isteri.  Doa kami diperkenankan Allah dan kami akan berangkat ke Mekah dan perjalanan haji kami bermula.  Hari ini juga Selasa 9/9/2014 begitu sibuk buat kami, anak bersekolah, menukar duit, beli bateri handphone dan berjumpa dengan kawan2. Kami sudah sibuk bermula subuh pagi tadi.  Mandikan anak2 yang bersekolah dan mengejutkan anak2 yang kecil untuk dihantar ke TASKA taman asuhan kanak2.  

Selepas Asar kami menjemput anak2 dari Taska untuk terus ke rumah emak di Kampung Melayu Subang.  2 anak yang besar kami tinggalkan pada adik ipar kami yang berjiran dekat dengan kami.  2 anak kecil kami tinggalkan pada emak aku di Subang.  Aku juga menerima telefon ada kawan2 yang mahu berjumpa dirumah mak aku di Subang nanti.  Entah mengapa hari bergerak pantas dan seolah2 tidak banyak perkara boleh dibuat.  Kami pada pagi hari tadi terus ke Alam Sentral Shah Alam menukar duit RM kepada Riyal.  Aku hanya membawa RM1,500 untuk perjalanan ini. Kalau apa2 berlaku duit dalam Tabung Haji boleh dikeluarkan.

Beg2 sudah kami kemas tetapi belum disarungkan dengan tali dan sarung khas.  Ini diperlukan untuk memastikan barangan ini tidak terpisah dan boleh dicam dari jauh.  Kawan2 sudah berjumpa di rumah mak aku di Subang.  Aku perlu mandi sunat musafir dan bersolat Magrib dan terus dengan solat sunat musaffir.  Perjalanan jauh ini perlu diredhai Allah.  

Saudara mara masih banyak di rumah mak aku sekarang.  Ada yang sempat bertanya, ada yang mahu bersalam sahaja dan ada yang menghulurkan sedekah.  Aku hanya tersenyum dan memohon doa dipermudahkan perjalanan jasad dan rohani ini.  17 minggu kursus asas, 2 hari kursus intensif dan 2 hari kursus perdana memungkin jamaah haji Malaysia faham tentang perjalanan Haji ini.

Selepas Isyak, makin ramai saudara mara yang hadir di rumah emak aku.  Aku sempat makan mengalas perut yang lapar tidak makan seharian cuma bersarapan kerana sibuk pada hari itu.  Aku akan bertolak ke Kelana Jaya untuk mendaftar dan memasukkan beg2 terus ke kapal terbang di KLIA. Beg aku tadi sudah diikat kemas oleh adik aku.  Azan dikumandangkan oleh adik ipar aku terasa lain dari biasa.  Air mata mengalir panas dipipi.  Entah sudah kali keberapa air mata ini mengalir dalam beberapa hari ini.
Yang menunggu hingga kami masuk ke dalam Tabung Haji
Aku tak boleh mengucapkan apa2 bila disuruh oleh adik aku.  Aku cuma menangis. Aku pohon diampunkan dan bergerak terus ke kereta untuk ke Kelana Jaya. Aku dan isteri berpandangan di dalam kereta tidak berkata apa2.  Kami senyum dan berdoa beristigfar sepanjang perjalanan itu. Perjalanan hanya sekitar 25 minit dari Kg Melayu Subang ke Tabung Haji Kelana Jaya.

Kami perlu mendaftar di Tabung Haji pada pukul 1.30 pagi 10/9/2014 tetapi pada hari semalam Tabung Haji telah menalifon isteri aku dan meminta kami hadir 4 jam lebih awal. Kami sampai sekitar 9.45 pm dan orang sudah ramai di sekitar Tabung Haji. 
Berdua bersama
Kami diberikan beg sandang bersama dengan pelekat untuk beg yang dimasukkan sebagai bagasi dan passport bersama dengan tiket penerbangan.  Penat menunggu di Tabung Haji memang diperlukan sebagai latihan kesabaran.  Aku sempat duduk di surau bersembang dengan beberapa jamaah yang akan bersama di perjalanan ini.
Menunggu sambil tersenyum
KT 34 ini bagi aku sangat bertuah kerana ini adalah kumpulan haji pertama yang akan masuk ke Mekah berihram dan tidak ke Madinah (hanya ke Madinah selepas musim mengerjakan haji).  Aku dan isteri akan mengerjakan Haji Tamattuk dimana umrah wajib dahulu sebelum mengerjakan Haji. Haji yang paling afdal adalah Haji Ifrad, iaitu membuat haji dahulu pada musim haji dan mengerjakan umrah selepas itu.  Ketika kami pergi itu, wukuf haji hanya akan bermula pada 2/10/2014 atau 8 Zulhijjah 1435, kalau kami mahu membuat Haji Ifrad maka kami akan berihram dan menjaga larangan2 ihram lebih dari 20 hari.  Tabung Haji tidak menggalakkan kerana musim haji masih lama dan ketidak sediaan untuk menunggu haji dan merosakkan larangan2 ihram.  Ini adalah satu sebab untuk kami membuat Haji Tamattuk.
Bersama anak2 -Nabil dan Aqilah - inilah anak2 besar kami
Beg2 sudah beratur tanpa empunya diri.  Beg2 menghala ke tempat perjalanan untuk didaftarkan terus ke dalam kapal terbang di KLIA.  Waktu sudah pukul 1.30 pagi dan diumumkan jamaah haji untuk beratur bersama isteri masing2 dan bergerak ke dalam.  Kami melintasi beg yang ditolong bawa oleh petugas2 haji.  Kami terpaksa memilih beg2 sendiri untuk didaftarkan di ruang penimbang untuk didaftar masuk.  Selesai pendaftaran kami bergerak ke dalam dewan menunggu selesai semua jamaah haji masuk dan mendengar taklimat.

Taklimat diberi secara ringkas dan kesabaran 300% diminta oleh ustaz yang bertugas.  Perut masih lapar dan aku dan isteri bergerak ke kafeteria untuk makan mengalas perut kerana tadi diumumkan bahawa kapal terbang akan bergerak hanya pada pukul 4.30 pagi.  Aku dan isteri juga menyelesaikan Dam untuk Haji Tamattuk sebanyak harga seekor kambing.  Dam ini dikenakan kerana kami mengerjakan umrah dahulu bila memasuki Mekah nanti dan sebab bila musim haji datang kami hanya berniat di hotel tempat tinggal kami tidak di miqat yang sepatutnya.  Miqat adalah tempat niat untuk mengerjakan haji atau umrah.  Niat umrah bagi orang Asia yang datang menggunakan kapal terbang adalah di Qarnul Manazil (di udara kira2 sejam sebelum sampai ke Lapangan Terbang Jeddah).

Taklimat ditamatkan sekitar 3.00 am dan ustaz memanggil pada yang sudi untuk melaungkan azan pada pagi itu.  Bukan azan subuh tetapi azan mengiringi perjalanan kami ini.  Azan berkumandang dan air mata aku mengalir lagi.  Selesai azan jamaah haji berdiri mengikut barisan kerusi dan jamaah haji bertalbiah mengiringi perjalanan untuk menaiki bas.

Bas2 sudah menuggu kami di perkarangan Tabung Haji.  Jamaah Haji kali ini sebanyak 430 orang yang diberitahu jamaah paling banyak akan menaiki kapal terbang Saudi.  Seperti orang2 besar, polis mengiringi bas kami tanpa perlu berhenti ketika merah dan terus ke KLIA.  Aku menjangkakan kami akan diturunkan di KLIA dan menaiki keretapi untuk ke kapal terbang Saudi.  Tetapi sebaliknya, kami terus dibawa ke lapangan terbang dan berada dekat dengan kapal terbang tanpa berjumpa dengan pihak imigresen KLIA dan terus ke tempat menunggu.
Yang paling awal masuk ke dewan menunggu

Tepat pukul 4.15 am kami diberitahu untuk masuk ke dalam perut kapal terbang.  Aku dan isteri berada di kerusi ke 2 paling belakang.  Orang disekeliling kami masih tidak dikenali.  Kami lebih banyak tersenyum dari berkata2.  Mungkin masa menukar segalanya.  Perjalanan Haji 1435 kami pun bermula.
Kerusi ke 2 terakhir




Monday, August 11, 2014

Kursus Perdana Haji aku 1435 di Masjid Shah Alam

Kursus ini adalah terakhir dalam siri2 untuk menunaikan Haji.  Ia adalah praktikal sepenuhnya untuk wukuf di Arafah, mabit di Mudzdalifah dan mabit 3 malam di Mina dan melontar jamrah, tawaf dan saie.  Kursus2 yang diberi oleh Tabung Haji adalah Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan akhirnya kursus perdana Haji dimana satu negeri Jemaah terpilih di kumpulkan.  Di Selangor, Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam menjadi tempat kursus perdana ini. Ia bermula pada Zohor 9/8/14 dan berakhir pada Zohor 10/8/2014.

Kursus adalah bermalam di masjid kerana aktiviti praktikal bermula dengan urusan pendaftaran dan kaedah Haji Tamattuk dipilih untuk kursus ini.  Semua orang tampak bersedia dan terus mengikuti maktab2 yang ditetapkan.  Maktab dari 75 hingga 80.  Mengikut rekod Tabung Haji sebanyak 2,900 orang telah mendaftar untuk kursus padahari itu.  Aku juga mendaftar bersama isteri.  Pakaian sudah bertukar kepada ihram pada ketika itu.  Aku berada di Maktab 78. 

Tawaf di buat di perkarangan air pancut di Masjid Negeri Shah Alam
Kursus bermula dengan ceramah dari Sheikh Jabar (Ya Ha na na) tentang Mekah dan lambaian Kaabah dan bersambung dengan seorang Sheikh dari Mekah sendiri mengalu2kan Jemaah pada kali ini.  Aksi pun bermula selepas solat Asar setelah dikira telah berniat Umrah di Miqat orang Asia di Qarnul Manazil (atas kapal terbang). 

Tawaf umrah bermula di Hajarul Aswad sebanyak 7 kali dan berserta dengan saie dari Safa ke Marwah yang dibuat di kiri pintu depan Masjid Negeri itu.  Selesai aktiviti umrah dan sudah bertahalul, waktu sudah hampir Magrib.  Makan malam disediakan sebelum mandi itu.  Aku masih berihram dan setelah bertahlul, bebas dari ihram, aku menukar pakaian kepada jubah dan bersedia untuk solat Magrib.  Ada yang tidak bertukar kerana mungkin berniat Haji Ifrad kerana menunggu waktu wukuf nanti.  Isteri sendiri sudah diasingkan dibelakang dan hanya kadang2 aku melihat kelibat isteri tapi ramai menidakkan peluang melihat isteri. 

Aku sebenarnya masih belum berpeluang mandi kerana ramai orang yang berebut menyebabkan air menjadi kurang dan tidak bertenaga. Sementara menunggu masa Isyak, ceramah oleh ustazah untuk Jemaah wanita dibuat sambil ceramah biasa di Masjid negeri itu dijalankan seperti biasa.  Pihak suami juga digalakkan untuk mendengar ceramah tentang masalah wanita kerana disebabkan wanita ada darah haid maka penting untuk suami mengetahui kerana perempuan haid tidak boleh ke masjid maka tawaf tidak boleh dilakukan.  Ini melibatkan masalah masa dan rukun.

Selepas Isyak, aku bergegas ke tempat mandi dan melihat masih ramai yang menanti untuk mandi. Aku juga menunggu peluang kerana aktikiti wukuf akan bermula pada pukul 10 malam ini dan waktu sudah 9.30 malam.  Selesai mandi, kalau mengikut Haji Tamattuk niat haji akan berlaku di hotel tempat kita nanti di Mekah.  Maka pakaian ihram sekali lagi dipakai. 

Sementara menunggu masa untuk berwukuf, Jemaah terpilih haji mendengar arahan untuk berwukuf, mabid di Mudzhalifah dan Mina.  Semua maktab diberikan 2 pembimbing dan ketua pembimbing adalah Ustaz Hashim Fahmi.  Adik dia Ustaz Hashim Fikri mengajar aku dan isteri untuk kursus Asas di Tabung Haji Kelana Jaya juga ada berada di kursus ini.  Aku juga ternampak beberapa Ustaz yang aku kenali - Ustaz Hashim Karim yang pernah membawa aku menunaikan umrah pada tahun 2006 dan 2009 dahulu juga sebagai pembimbing.

Wukuf di Arafah diberitahu telah berjalan di tempat kami mendengar ceramah itu di dewan solat bawah Masjid Negeri itu.  Wukuf bermula pada gelincir matahari pada 9 Zulhijjah nanti. Ddan setelah magrib nanti disana pergerakan akan bermula ke Mudzdhalifah dan sampai pada sekitar 9 malam. Dan pergerakan menuju ke Mudzdhalifah bermula dengan pergerakan maktab 80 dari sebelah kanan keluar.  Di Mudzdhalifah, ustaz memberitahu mabit  hanya bermula pada tengah malam sekitar jam 11.40 malam.  Di sana juga diberitahu Jemaah kena mengutip sekitar 70 biji batu untuk urusan melontar jamrah nanti di Mina. 

Setelah waktu tengah malam itu, Jemaah diberitahu bahawa perjalanan seterusnya ke Mina.  Dengan batu yang ada di tangan, pada waktu itu Jamrah Kubro (Aqobah) dilontar dengan 7 lontaran dan selepas itu mencukur rambut - maka Tahalul Awal telah dapat untuk membuka ihram tetapi ada 3 larangan ihram lagi untuk dijaga.  Bersetubuh, ke arah bersetubuh dan berkahwin.  Alhamdulillah semua selesai dan waktu sudah menunjukkan pukul 11.45 malam.

Aku bergerak ke arah tempat beg aku dan melihat seorang mak cik juga sedang bersimpuh bersama seorang lelaki yang sedang baring.  Semua sudah penat dan aku pasti Ustaz pembimbing tadi sudah memberitahu bahawa Jemaah perempuan diminta ke belakang dan diasingkan dari lelaki.  Tetapi makcik seorang itu macam tidak faham atau tidak dengar.

"Makcik - perempuan dibelah belakang" Kata aku dengan nada yang paling baik walaupun penat sekarang ini. "Ia, saya dengan suami saya ni" balas makcik itu.  Aku tidak mahu berlanjutan kerana badan berpeluh ini perlu mandi dan dapatkan rehat.  Aku terus ke bilik air dan menunaikan apa yang perlu.  Kembali aku ke tempat tidur tadi, makcik yang tadi sudah tiada bersama2 dengan suaminya.  Aku pasti ia telah ditegur dan suaminya cuba mengalah dan bersama2 kebelakang pula.  Perkara mengasingkan suami isteri ini adalah biasa untuk Jemaah haji Malaysia kerana kalau muassasah haji bersama dengan Tabung Haji - suami isteri diasingkan.  Suami kena bersedia untuk mengasingkan diri dengan isteri kerana ikut muassasah.

Maka tidurlah aku bersama dengan seorang Haji dari Tanjung Karang.  Bersembang kami sehingga sekitar 1.30 pagi dan mata berat lalu tidur.  Tiba2 pak cik sebelah mengejutkan aku "Dah boleh mandi ni" Aku rasa seperti hanya baru sebentar tadi melelapkan mata.  "Sekarang pukul berapa haji" Aku bertanya.  Pakcik itu menjawab "Sekarang pukul 2.20 pagi, boleh bersedia mandi la.  Saya dah mandi".  Aku tak buka mata dan terus tidur.  Kira2 pukul 3.13 pagi aku sekali lagi dikejutkan dan aku terus bergerak ke bilik air.  Orang masih tak ramai dan aku boleh mandi dengan aman.
Pada waktu 3/4 malam itu, semua Jemaah bermunajat - solat Tasbih, solat Tahajud 4 rakaat, solat taubat dan solat witir.  Suasana sangat sayu dan hati2 Jemaah melekat di tempat sujud memohon ampun dari Allah.  Setiap bait2 yang keluar dari ustaz yang membawa qiamulail pada pagi itu sangat mendayu dan menusuk di hati. 

Solat subuh masuk terus berjamaah dan kira2 pukul 6.30 pagi, tawaf dan saie haji akan bermula.  Semua Jemaah bersedia dan beberapa soalan menjadikan Ustaz pembimbing keliru dengan kefahaman Jemaah pada masa itu.  Adakah tawaf pada pagi ini sambungan dari tawaf pada petang semalam.  Tawaf semalam adalah tawaf umrah dan sekarang adalah tawaf Haji.

Kira2 pukul 9 pagi semua tawaf dan saie selesai.  Minum pagi secepat kerana adalah majlis penutup pada pukul 10.30 pagi nanti oleh Sultan Selangor sendiri dan diiringi oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (diberitahu orang pada pagi itu - TSKI telah dibuang dari parti PKR pada hari Sabtu 9/8/14. 

Maka Kursus Perdana pun dilaksanakan oleh Sultan Selangor dengan hadiah simbolik untuk Jemaah haji sepasang ihram. 
Beberapa pengumuman menjadi sembangan Jemaah pada kali ini:-
1. Sila alihkan kenderaan anda kerana menggangu lalu lintas
2. Diminta isteri bertemu suami di depan pentas
3. Diminta suami datang ke pentas, isteri sedang menunggu.
4.  Diminta sesiapa yang memegang beg duit sila pulangkan kepada pentas (Diberitahu Jemaah sebelum masuk ke tandas telah memberi beg pada kawan yang tidak di kenali)
5. Sesiapa ada kehilangan tali pinggang haji boleh ke tempat urussetia.
6. Diminta Puan Samsiah datang ke bilik kecemasan kerana suami menunggu.
7. Sesiapa ada kehilangan duit yang banyak sila telefon nombor ini.
8.  Dminta Puan Samsiah datang ke bilik kecemasan kerana suami menunggu.
9.  Sila alihkan kenderaan anda kerana menganggu te,mpat saie.
10.  Diminta puan Samsiah datang ke bilik kecemasan kerana suami menunggu.
Setelah diberitahu beberapa kali baru kami faham, Puan Samsiah memegang ubat suaminya menyebabkan bila sakit, ubat tidak sampai kepada pesakit.
Selamat menunaikan haji pada tahun 1435.

Wednesday, October 2, 2013

Menangis Korban

Korban kali ini disertai lebih dari 40 orang dengan lebih dari 20 ekor lembu dan 3 ekor kambing.  Mewah semewahnya.  Dan beberapa ahli jamaah masjid satu ini, membuat korban di Kemboja.  Dan hari membantai atau hari sembelih lembu pun bermula.  Pada hari2 Tasrik atau di Mekah sekarang ini sedang orang yang menunaikan haji akan ke Mina untuk melontar jamrah - kita disini boleh lagi berkorban pada hari2 tersebut.  Maka seekor demi seekor tumbang.  Setiap yang berkorban menonton sendiri lembu yang mereka korban dan berlalu sehingga ke akhirnya.  Satu keluarga masih menunggu di sekitar khemah tempat sembelih dan bertanyakan tentang lembu mereka.  Si anak bertanya dengan ustaz surau di mana lembu yang ayah mereka korbankan kerana tiada di panggil sejak pagi tadi.  Ustaz yang agak keletihan kerana seorang sahaja yang bertanggungjawab menyembelih memanggil Tok Siak untuk menyiasat tentang kehilangan lembu yang seekor ini.  

Keluarga yang agak besar dengan 5 orang anak dan cucu2 yang sedang membesar.  Mereka menunggu jawapan dari ustaz surau yang agak pening untuk menjawab persoalan.  Harga lembu kali ini sudah beberapa kali naik dari beberapa tahun - dari RM2,400 sehingga RM3,400 seekor.  Bapa mereka telah membuat korban seekor lembu.  Penantian untuk jawapan hadir apabila persoalan tentang korban terjawab.  Exco pemuda surau membawa senarai korban dan memberitahu bahawa memang bapa mereka berkorban tahun ini tetapi korban yang dibuat adalah di Kemboja.  Maka lembu yang ditunggu memang tiada di surau pada hari Aidil Adha itu.  Semua anak2 terkilan dan termanggu - bapa mereka sudah tiada di surau kerana berjalan perlahan balik ke rumah.

Korban

Ustaz jemputan pun memberikan ceramah pada malam itu tentang korban.  Semua yang hadir menumpu perhatian dan kadang2 diganggu dengan helai ketawa anak2 mereka bermain di luar.   Cerita korban pun dihurai satu persatu dan beberapa ilmu tentang korban mesti kita tahu kena terpahat dalam memori kita.  Buat sesuatu hendaklah dengan ilmu kalau tidak kita dipandu oleh syaitan.  

"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.)

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Hukum Ibadat Korban

Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;
  1. Muslim
  2. Baligh dan berakal
  3. Bebas/merdeka
  4. Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kelapangan atau kemampuan sama ada orang badar atau orang kampung/pedalaman, orang dalam musafir atau berada dalam negeri dan termasuklah kepada jamaah haji di Mina.[3] Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu. (Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.)

Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).


Hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :

1.  Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya : “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”.

2.  Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

3. Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

4. Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Wednesday, October 17, 2012

Kouta Haji 2012

Hari Wukuf di Arafah berlaku pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1433 nanti bersamaan Eid Mubarak 26/10/2012.  Wukuf adalah haji.  Tiada wukuf bermakna tiada haji.  Wukuf tidak boleh digantikan membayar dam seperti wajib haji.  Yang sakit, tenat tidak boleh berjalan atau pengsan sekali pun pasti dibawa ke Arafah untuk berwukuf kerana ia adalah rukun didalam haji. 
Kouta orang pergi haji di Singapora hanya kekal kepada 680 visa yang dikeluarkan tidak seperti tahun2 terdahulu sekitar 1,500 visa dikeluarkan.  Mengikut Menteri Agamanya, ini disebabkan dengan peningkatan pembaikan yang terlalu besar dilakukan disekitar Masjidil Haram di Mekah.  Benar ini adalah satu keputusan yang terpaksa diikut oleh semua negara kerana habuk yang banyak dan suasana yang tidak mesra alam akan bertambah teruk dengan orang yang lebih ramai.
Hujah mengatakan bahawa disebabkan demonstrasi Bersih menyebabkan kuota Malaysia tidak ditambah adalah tidak boleh diterima dan ini menakutkan orang yang masih menunggu masa untuk pergi.  Mengikut rekod lebih dari 975,000 orang sudah berdaftar dan jika mengikut kuota 28,000 sahaja yang boleh pergi maka lebih dari 35 tahun beratur di dalam susunan untuk pergi ke sana.  Berdoa supaya panjang umur.  Dan mengikut rekod juga 4,000 orang di dalam daftar itu berumur lebih 75 tahun dan perlu didahulukan.
Didoakan semoga haji2 dan hajah2 dari Malaysia mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan untuk menunaikan segala rukun2 haji.  Insyallah.

Friday, August 3, 2012

IBLIS tolong

Ada satu riwayat tentang sahabat Rasullullah SAW bernama Abdullah Ibni Maktum atau Ummi Maktum RA seorang buta.  Ketika Rasullullah mengesa penduduk Madinah untuk bersolah berjemaah maka tiada seorang pun dikecualikan.  Lalu Abdullah Ibni Maktum telah berjumpa Rasullullah SAW dan meminta dikecualikan beliau berjemaah setiap solat Suboh kerana waktu pagi2 tiada orang yang membantu beliau untuk ke masjid.  Rasullullah SAW bertanya kepada Abdullah Ibni Maktum - Adakah beliau mendengar azan yang dikumandangkan dari masjid.  Lalu dijawab ya oleh Abdullah ibni Maktum.  Maka Rasullullah SAW memberitahu selagi kau mendengar azan ini maka kamu patut datang dan berjemaah. 

Maka bermulalah perjalanan Abdullah Ibni Maktum ke masjid pada hari Suboh esoknya.  Dalam keadaan teraba2 dan mencari perjalanan berdasarkan azan, dia telah terlanggar batu dan jatuh tersembam ke atas batu yang lain.  Habis berdarah mukanya dan dalam keadaan terkial2 beliau bangun dari jatuh itu.  Tiba2 datang seorang membantu beliau berdiri dan bertanya ke mana Abdullah Ibni Maktum mahu pergi.  Dia memberitahu bahawa dia mahu ke masjid berjemaah Suboh dan pemuda itu membantu beliau untuk ke masjid.  Dan apabila selesai Suboh, pemuda itu masih menunggu dan membantu Abdullah Ibni Maktum kembali ke rumah. 

Masa pun berlalu dan setiap harilah pemuda yang sama membantu Abdullah Ibni Maktum ke masjid setiap Suboh.  Sudah sekian lama, Abdullah Ibni Maktum ingin sangat mengetahui siapakah pemuda yang hari2 membawa dia ke masjid pergi dan pulang.  Abdullah Ibni Maktum bertanya dan pemuda itu tidak mahu mengenalkan dirinya.  Abdullah Ibni Maktum akhirnya terpaksa memberitahu jika kami tidak mahu memberitahu nama maka hari ini adalah hari terakhir kamu menghantar aku ke masjid.  Setelah ditekan dengan penegasan begitu, pemuda itu memberitahu - Aku adalah Iblis.  Terkejut Abdullah Ibni Maktum mendengar pengakuan itu.  Iblis itu memberitahu ketika Abdullah Ibni Maktum pada hari pertama dulu mahu ke masjid berjemaah, Abdullah telah terjatuh dan aku, Iblis telah mendengar Allah SWT memberitahu bahawa separuh dari dosa2 kamu telah diampunkan.  Mendengar kata2 Allah SWT, aku bergegas ke tempat engkau jatuh dan aku kena pastikan engkau sampai dengan selamat pergi dan balik ke masjid, kerana aku tidak mahu kamu diampun keseluruhannya jika kamu jatuh lagi.


Wednesday, July 18, 2012

Dah daftar Haji?

Jumlah orang yang berdaftar haji sudah mencecah 953,136.  Kalau dikira setiap negara kuota yang dibenarkan mengerjakan haji pada satu tahun sebanyak 1% populasi maka Malaysia boleh menghantar para Haji dan Hajah sekitar 26,000 orang sahaja (populasi secara rambang sekitar 26 juta orang).  Maka jika berdaftar setelah melihat nombor ke sejuta maka tahun boleh pergi Haji adalah pada tahun 2050.  Kalau umur sekarang 40 tahun maka pada umur 78 nanti baru boleh pergi.  Maka nampak bahaya tua dan tidak larat atau sakit2 sudah mula datang.  Secara swasta atau daftar dan terus haji juga boleh tetapi kos mungkin sekali ganda atau 2 kali ganda sekitar RM18,000.  Maka aku rasa yang paling praktikal adalah terus mendaftar anak seperti membuka akaun PTPTN yang diperlukan buka sebelum mendapat pinjaman.  Kalau anak sekarang berumur 18 tahun, maka peluang untuk mengerjakan haji ketika berumur 56 tahun.  Yang berduit mungkin tidak nampak ini sebagai masalah kerana duit bukan penghalang untuk dikeluarkan.  Kerajaan Saudi juga bekerja keras untuk meningkatkan peluang orang mengerjakan haji setiap tahun tetapi kalau terlalu ramai juga boleh menyebabkan kesesakan yang terlalu padat dan mungkin ibadat yang barakah tidak dapat.  Pembesaran Masjidil Haram dan penempatan dibuat untuk ke arah itu.  Apa yang perlu kita buat adalah berdaftarlah haji kerana salah satu syarat Haji adalah berkemampuan - aman dalam perjalanan pergi dan balik dan yang ditinggalkan.  Ini boleh dikiaskan bahawa berdaftar adalah hukum tempatan yang perlu dibuat oleh semua orang.

Monday, June 4, 2012

Daging berlawan Daging

Orang bercerita tentang seorang yang bertanya.  Pertanyaan ini sangat susah kerana yang bertanya tidak faham.  Kefahaman memang susah kalau hanya mendengar tetapi tidak amalkan.  Bertanyalah oleh yang bertanya pada tok alim - tok alim, ustaz2 dan para dae2.  Semua jawapan memang skema dan tidak difahami oleh yang bertanya.  Dibacakan ayat Al-Quran, ditafsir, didengarkan Hadis tapi yang bertanya seperti tidak faham. Ustaz2 mula marah dengan soalan si penanya.  Apa soalan yang sangat susah ini?
1. Apakah tanda Allah itu ada?
2. Kenapa kita perlu percaya Qada' dan Qadar?
3. Iblis/Syaitan di buat dari api tapi hari kiamat nanti, iblis/syaitan akan masuk neraka dan dibakar dengan bahan yang sama - api, kenapa?
Cerita bertanya ini sudah sampai peringkat rasa orang ramai nak lempang sahaja orang yang bertanya.  Tapi disebabkan kesungguhan orang yang bertanya seperti tidak ketahuan lansung atau jika mendapat jawapan yang puas mungkin taraf keimanannya akan meningkat, maka dibiarkan oleh orang kampung. 

Lalu, terdengar cerita tentang orang tua yang berada di hujung kampung sangat bijak tentang agama.  Maka datanglah si penanya kepada orang tua bijak pandai ini.  Bertanyalah soalan2 yang masih tidak terjawab itu.  Mendengar sahaja jawapan, orang tua bijak itu menangkat tangan setinggi boleh dan menghayun tepat ke muka penanya dan seperti letupan pop di penunu bunsen. Maka tergolek2lah si penanya sambil memegang pipi kesakitan. Kenapa?

Maka di jawab orang tua pandai itu, semua jawapan yang dicari ada jawapan dalam lempang itu?
1. Adakah kamu sakit bila aku lempang tadi? Ya, tunjukkan sakit itu pada aku.  Penanya yang masih mengosok2 pipi kesakitan menunjuk pipinya.  Orang tua bijak pandai itu menidakkan kerana yang ditunjuk itu hanya pipi.  Sakitnya di mana?  Itulah tanda Allah itu ada. 
2. Percaya Qada' dan Qadar - engkau pasti tak kena lempang kalau kau tidak datang ke sini untuk bertanya.  Itulah Qada' dan Qadar
3. Dan yang lempang itu, pasti engkau tahu, tangan aku dibuat sama dengan pipi engkau - daging dan tulang dan bila aku hayun tangan ke muka kau, maka datanglah sakit hingga kau tergolek.  Begitulah iblis/syaitan di neraka nanti api itu tersangat panas bagi mereka.

Friday, February 10, 2012

RM6,750 dan Hak orang berHaji

Kalau kita daftar sekarang untuk mengerjakan haji melalui Tabung Haji kemungkinan nama kita muncul untuk mengerjakan haji hanya akan boleh pada tahun 2035. Ini bukan main2 punya tunggu.  Tapi ada cara yang cepat iaitu melalui 'package' yang mungkin berharga sekarang sekitar RM20,000 dan ke atas.  Ini adalah salah satu cara untuk melompatkan nama.  Kalau seorang yang berumur 40 tahun hari ini, kemungkinan untuk mengerjakan haji pada masa berumur 65 tahun.  Maka mengumpul duit sekarang bukan lagi untuk kehidupan anak2 tetapi untuk cepat mengerjakan haji.  Kita juga perlu ingat bahawa salah satu syarat wajib haji adalah kemampuan iaitu kemampuan orang yang akan ditinggalkan dan kemampuan untuk merentas dunia jika berlaku peperangan. Kemampuan2 ini mestilah dikaji sebelum membuat keputusan mengerjakan haji.  

Apa yang menarik berlaku semalam, diberitahu bahawa 2 orang Tabung Haji dituduh mengambil rasuah sebanyak RM6,750 untuk memotong barisan dan mendahului untuk 27 orang mengerjakan haji pada tahun 2010.  Bagaimana perasaan 27 orang yang mengerjakan haji tersebut?  Adakah hak orang lain diambil disebabkan oleh RM6,750 itu.  Mufti atau bijak pandai Islam kena ulas tentang masalah ini kerana mengambil hak orang lain secara haram? 

Friday, August 19, 2011

Lapar Dahaga

Melihat puasa secara zahir iaitu lapar dan dahaga tidak cukup.  Ini ditarbiahkan secukupnya semenjak kecil lagi.  Orang tua selalu bercakap tengok orang miskin bagaimana mereka menghadapi kemiskinan - makan tak cukup, minum tak cukup dan macam2 tak cukup. Tetapi orang miskin masih wajib berpuasa.  Melihat bulan Ramadhan sebagai bulan pahala juga tidak cukup.  Maka jika dilihat hanya Ramadhan masjid/surau penuh bila di luar Ramadhan kembali ke asal.  Maka ada satu hadis yang bercerita tentang bagaimana orang menyambut Ramadhan "Jangan kamu menjadi hamba Ramadhan tetapi jadilah hamba Allah SWT"

Rujuk ayat 183 Surah Al Baqarah hujung ayat  ".........mudah2an kamu berTaqwa".   Dalam ayat ini diwajibkan secara mutlak berpuasa di bulan Ramadhan dan tidak ada kecualinya termasuk yang miskin.  Miskin kaya sama berpuasa.  Ditanya pada ulama tentang orang2 yang berpuasa - jawapan yang diberikan adalah 3 jenis orang yang berpuasa - Lapar dan dahaga, ke 2 semua anggota badan berpuasa dan ke 3 hati juga berpuasa.  Yang pasti di dalam Ramadhan ada Lailatul Qadr yang lebih baik dari seribu bulan, yang pastinya juga beribadat dibulan Ramadhan untuk kita menjadi bertaqwa.  Umar Al Khatab R.A bertanya tentang taqwa kepada Ubay bin Kaab, lalu dijawab Ubay, "Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri" Umar menjawab "Ya" lalu disambung Ubay "Bagaimana kamu melalui jalan itu".  Dijawab Umar "Aku akan berhati2 supaya duri tidak kena padaku." Lalu Ubay menyambung "Itulah Taqwa".

Dari riwayat Bukhari dan Muslim "Orang yang berpuasa akan mendapat 2 kegembiraan. Pertama ketika berbuka puasa dan kedua ketika melihat Allah di hari akhirat nanti"  Memang gembira waktu buka dan ini memang Allah janjikan sukahati, gembira dan dirasai anugerah ketika berbuka puasa. 

Friday, August 5, 2011

Ramadhan ini kena Mula

Teringat aku ketika membuka cawangan Mayban Finance Bhd di SS2 di Petaling Jaya pada tahun 1995 tentang kursus 'Computer Appreciation".  Kursus ini tidak menceritakan tentang bagaimana nak membuat transaksi biasa bank atau menu2 di dalam transaksi di kaunter.  Kursus ini lebih menjurus bagaimana menghargai komputer - tidak minum di tepi komputer, pastikan komputer kering, buka pendingin hawa ketika operasi, buka komputer untuk dibersihkan dan mengenal2 barangan komputer.  Cerita menghargai ini aku rasa sangat terkait rapat dengan menghargai Al-Quran.  Kita wajib kenal dengan Al-Quran. Salah satu rukun Iman adalah percaya kepada Al Quran.  Bagaimana menghargai Al-Quran - dengan cara mengenal Al-Quran.  Tengok2 kat rumah kita, berapa banyak Al-Quran tersimpan.  Ikut mak aku, semua Al-Quran ini wajib dikhatamkan.  Menangis Al-Quran tu lihat dirinya tidak dibaca - kata mak aku.   Berapa surah perlu tahu? 114 surah.  Surah terpanjang Al-Baqarah. Ayat pertama turun Iqra'. Al Quran bermula dengan Al Fatihah dan berakhir dengan An Nas. Semua surah bermula dengan Bismillah.......kecuali surah At Taubah. Tetapi walaupun begitu terdapat juga 114 "Bismillah...."kerana pada surah An Naml ayat 30 terdapat 'Bismillah...."  Cuba berkenalan dengan Al Quran dan niat di hati pada Ramadhan ini untuk berkenalan lebih jauh.  Baca sudah pasti.  Berapa lama kita boleh baca novel yang kita minat - sehari atau seminggu.  Sudah dikira berapa ayat ada di dalam satu novel.  Ayat Al Quran mengandungi 6,236 ayat.  Novel kasino yang aku baca sebelum puasa dulu mengandungi lebih 60,000 perkataan dan dihabiskan kurang dari 2 jam. Tanam azam tahunan seperti nak kurus, nak beli kereta atau nak ke luar negara kepada Khatam Al Quran atau Khatam semua Al Quran di dalam rumah. Jangan takut salah nak baca kerana mengikut guru aku, orang yang merangkak dapat 2 pahala kerana dia mahu membaca dan perlahan2 untuk elak kesalahan. 

Tuesday, November 16, 2010

Metro Mekah


Keretapi pertama di Mekah menghubungkan 3 tempat penting Arafah, Muzdalifah dan Mina semasa mengerjakan Haji sudah bermula pada musim haji tahun ini. Keretapi ini disediakan pada tahun ini hanya untuk orang2 Arab dan negara2 teluk sahaja kerana kapasiti baru bermula hanya 35% siap. Perjalanan dahulu yang memakan masa lebih 5 jam dari Arafah ke Muzdalifah berkurangan kepada hanya 20 minit. Kenderaan bas sebanyak 3,000 buah dan kenderaan sendiri tidak dibenarkan masuk ke Arafah seperti tahun2 dahulu memang membantu perjalanan Haji tahun ini. Insyallah perjalanan yang lebih senang ini dapat menambah iman dalam hati dalam beribadat dari seperti selalu jemaah Haji komplen perjalanan yang tersekat2.

Friday, October 8, 2010

Haji 1431


Allah berfirman "Dan serulah pada manusia dengan (kewajipan) mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki atau berkenderaan dari segenap ceruk rantau yang jauh lagi dalam." - Surah Al-Haj:87. Pernerbangan pertama hari esok Sabtu 9/10/2010.

Saturday, September 18, 2010

Pelaburan dalam Islam


Satu ketika Rasulullah SAW bersabda "Tahukah kamu apa itu orang muflis". Lalu sahabat menjawab "Orang yang tiada emas dan dinar". Rasulullah menjawab "Orang yang muflis di akhirat nanti adalah apabila kamu berbuat jahat pada seseorang, nanti di akhirat pasti orang itu akan menuntut. Lalu segala pahala yang ada akan diberi pada orang yang teranaiya dan jika pahala habis, maka dosa orang itu pula kita ambil. Ini adalah muflis disisi Islam."

Sunday, September 12, 2010

EID 1431


Setelah sebulan berpuasa, berperang dengan nafsu, berterawih dan berzakat fitrah, sepatutnya kita kembali ke fitrah sebenar. Bersih dari dosa2 lalu. Hari Raya Aidilfitri disambut dengan bertakbir dan bertahmid. Bulan Ramadhan yang di hari2nya terdapat turunnya ayat yang pertama pada malam 17 Ramadhan dan Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Kemenangan sebenar apabila kita sudah berkursus sebulan dibulan Ramadhan maka kita boleh mengambil pendekatan bagaimana kita berperasaan apabila datang waktu Magrib. Menanti azan tanpa cuba lambat seminit pun. Menunggu Isyak dan terawih di masjid. Mendengar azan subuh membeza waktu sahur dan imsak. Renungkan kembali bagaimana kita pentingkan waktu bulan Ramadhan dan pasti nikmat kemenangan kita akan rasa. Insyaallah.