Yang selalu jengok

Monday, February 3, 2014

Warkah buat Isteri

Sayang

Tahun 2014 ini bukan seperti tahun2 dahulu. Tahun ini menjanjikan satu cerita besar.  Masa berjalan pun pantas seperti kita tak mengira kalendar.  Anak2 membesar di depan mata - disitu kita mencurah kasih.  Kita bukan tidak di duga.  Berbagai dugaan sedih dan gembira.  Kita perlu beriman dengan Al Quran surah Al Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" maka manusia itu diuji mengikut kemampuan masing2.  Kita wajib bersyukur kepada Allah setiap masa.  Kita duduk di dunia yang diberikan percuma oleh Allah - udara yang disedut, nikmat kesihatan yang baik, makan masih dicari, menelan sedap makanan, minum dari segalanya dan tidur tidak tidur selamanya. Kita wajib bersyukur masih bernyawa hingga hari ini.

Sayang

Tahun 1999 kita hidup bersama.  Baru kita kenal rasa.  Kita diduga tanpa anak selama 6 tahun.  Bukan sikit yang bertanya - hampir kesemua yang kenal.  Mana hospital yang kita tak pergi untuk berubat.  Kita diduga.  Alhamdullilah kita setia berkawan, berkongsi cerita dan tersenyum bersama.  Bukan kita yang menentukan tetapi Allah dan kita beriman dengan Qada' dan Qadar.  Kita berusaha dan melabur duit tanpa berkira.  Kita sedih bersama dan gembira berdua.  Bukan senang menerangkan pada kawan2 dan saudara.  Tetapi kita tidak takut berdepan dengan tanya yang hanya Allah tahu.  Mungkin mereka berdoa sama untuk kita.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
(QS: Al-Mu'min Ayat: 60)

Sayang

Tahun 2000 kita sudah keluar berdikari rumah sendiri.  Bukan diatas tanah tetapi berlantaikan siling orang dan berdindingkan rumah orang.  Dan juga siling menjadi lantai orang.  Duduk di Apartment Kota Damansara seperti dapat mengurangkan tanya orang.  Kita masih tidak takut bertemu sesiapa.  Kita redho kerana kita tawakal dan percaya kejadian Allah.  Kerja kita tidak digangu.  Sebagai suami mencari jalan keluar dengan belajar sebagai jalan keluar dan sebagai isteri - paling dihormati kerana pandai menghibur diri sendiri.  Mungkin melihat suami penat itu jadi hiburan atau hiburan membaca menampung tutup cerita sedih.

Sayang

Tahun 2001 - 2004 bukan tidak banyak ujian pada kita.  Isteri mengandung dan keguguran.  D&C dibuat dan suami yang kelam kabut baru teringat bahawa duit dikocek tidak ada.  Isteri tidak dibenarkan keluar jika pembayaran tidak dibuat.  Pening si suami tetapi duit boleh dicari.  Ingat tak lagi selepas 10 hari dari itu, sayang masuk kembali ke hospital yang sama kerana masih mengandung dan kali ini diluar rahim.  Dan berbincanglah si suami dengan doktor.  Doktor memberitahu bahawa salah satu tiub filopian mesti dibuang  disebabkan itu.  Dan terpancarlah cerita isteri sayang ku ini disiang seperti ikan.  Apa akibatnya - bila kami bertemu dengan doktor pakar mereka mengatakan bahawa sayang hanya ada 50% jaminan untuk mengandung.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Sayang

Dan doa kita dikabulkan dan pada tahun 2005 kita dianugerah cahaya mata, Muhammad Aliff Nabil.  Bagaimana nama ini timbul.  Ketika itu suami sedang belajar Syariah di Universiti Malaya.  Si suami bertanya dengan beberapa ilmuan pandai Islam tentang nama dan nama ini menjadi pilihan mereka setelah 3 nama diberikan.  Si isteri setuju dan anak ini lahir dengan dugaan yang amat menakutkan.  Anak pertama dan berada di tingkat 4 Apartment tiada lif dan isteri kesakitan kerana air dalam badan yang kita tidak tahu keluar melempah2 di atas katil.  Hospital telah ditempah turut takut dan memohon si suami membawa sendiri isteri ke Hospital Besar Kuala Lumpur.  Masyaallah - Allah membantu dan kita mendapat Muhammad Aliff Nabil - kawan yang bijak.  Mungkin si isteri tidak tahu sang suami tidur di depan hospital berteman nyamuk berdendang sepanjang malam.

Sayang

Tahun 2008 kita diuji lagi dengan kelahiran anak ke 2, Nur Najla Aqilah.  Bukan ujian yang biasa tetapi amat berat untuk sayang seorang.  Si suami berada di dalam wad yang sama menghibur hati sayang.  4.2 kg bukan cerita senang dan dilahirkan secara normal.  Hebat sayang dalam kelembutan. Allah membenarkan doa kita kalau sayang ingat, kita baca doa bersama2 di dalam wad itu ketika doktor belum sampai.  Anak kita bersulam cantik - ini ujian dari Allah.


Sayang

Tahun 2009 ingat tak sayang dengan Muhammad Arif Nazree.  Anak ini berada 9 bulan dalam perut sayang.  Dan dipenghujungnya dia meninggalkan kita - sedih dan bersyukur kita pada Allah.  Suami ingat pesan bilal kampung ketika memandikan jenazah anak saudara dahulu "Mungkin Allah nak mengelakkan anak ini derhaka kepada ibubapa mereka bila membesar nanti" Suami tersenyum dan percaya dengan ayat Allah surah Al Baqarah 216 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu pahadal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amak buruk untuk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".  Bukan kita tidak sedih, anak itu 3 hari berdiam diri walau doktor sudah mengesahkan kematian didalam perut sayang.  Mungkin si isteri tidak tahu, masjid di Kg Melayu Subang membuat solat hajat untuk kita.  Kita bersedih tapi percaya dengan Qada dan Qadar Allah.

Sayang

Tahun 2011dan 2013 kita dikurniakan 2 anak - lelaki dan perempuan.  Muhammad Aniq Zaheen 2011 dan Nur Aalia Fakhirah 2013.  Terasa sudah cukup semuanya, dugaan yang diterima dan kita bersyukur selalu pada Allah.  Dugaan perlu ada untuk kita bertambah kuat menghadapi hidup ini.  Perlukah kita berhenti berdoa.  Tidak sayang.  Berdoalah terus kerana setiap waktu kita diduga diberi ujian untuk menjadi lebih baik, Insha Allah.


Sayang

Kenapa tahun ini penting - kita dipanggil untuk mengerjakan Haji (rukun Islam yang ke5).  Pengesahan pada 9/1/2014 seperti terlalu cepat untuk membuat keputusan. Kita membuat keputusan bersama dan kita kena akur bahawa Allah menyusun segalanya untuk kita.  Kita kena berlapang dada dan Insha Allah susunan hidup dibuat oleh Allah.  Kita tawakkal dan redho dan pasti sabar di dalam hati.  Kita pohon pada Allah kerana kita merancang tetapi Allah maha merancang segalanya.

أعوذ بـالله من الشيـطان الرجيم

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan `umrah karena Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau karena sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfidyah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan `umrah sebelum haji (di dalam bulan haji), wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidilharam (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya.”

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسُوقَ وَلا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّـقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الألْبَـابِ
“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.” (QS. Al Baqarah [2]; ayat: 196-197)

Sayang

Kenapa si suami menulis surat ini dalam keadaan komunikasi yang terus senang dan singkat seperti Facebook, Whatapp, Twitter, dan seharian berjumpa.  Biar surat ini menjadi saksi kerana pada 29/01/2014, sayang sudah bertambah setahun lagi. Selamat Ulang Tahun Sayang.

Thursday, December 26, 2013

2014 Cerita TOL

Tol akan naik bermula pada hari pertama 2014. Cerita tentang kenaikan ini sudah berlanjutan sehingga 2 bulan dan di laman2 sosial penyokong kerajaan seolah2 sudah tidak tahu untuk memberi komen.  Pada PRU13 dahulu, dijanjikan oleh manifesto Barisan Nasional adalah menurunkan tol secara berperingkat2 dalam masa 5 tahun menjadi janji tidak ditepati.  Minyak sudah naik kepada RM2.10 2 bulan lepas.  Penduduk Malaysia menelan pahit tapi hidup perlu diteruskan.  Yang berkereta sudah merasa kesakitan dan sekarang tol pula akan dinaikkan.

Teori domino pun akan bermula.  Van kenderaan dan bas sekolah sudah mula menghantar memo kepada kerajaan untuk menaikkan yuran mereka.  Ini sama juga berlaku kepada bas2 dan lori2 besar yang menghantar barangan ke pasaraya2 atau yang membawa muatan besar.  Domino ini akan bergerak walaupun diumumkan kenaikan tol tidak akan melibatkan barangan lain.

Beberapa para ilmuan agama dan pakar motivasi mengulas - Kenaikan harga itu adalah ketetapan Allah SWT atau penduduk Malaysia kena pandai bersyukur atau jalan alternatif diberikan memberikan peluang memilih. 

Aku mula berfikir bahawa kerajaan ini tidak berfikir susah kepada rakyat.  Memang kenaikan itu sekitar RM0.50 kepada RM3.00 sahaja tetapi ia membebankan.  Berapa ramai orang yang menggunakan jalan bertol untuk sampai ke tempat kerja.  Dari Klang ke Kuala Lumpur atau dari Seremban ke Kuala Lumpur dan penggunaan jalan alternatif kebanyakan tidak membantu kehidupan mereka dan yang pasti jalan2 bertol ini juga sesak pada sesuatu masa.

Aku bertanya pada seorang penjual Yong Tau Foo pasar malam.  "Berapa semalam dapat bang".  Dia menjawab "Dalam RM150 ke RM200 semalam, tapi kalau kira Profit tu dalam RM30 ke RM50 je" Aku mendengar keluh dia "Satu meja je kena bayar RM4, abang pakai 4 meja semalam dah RM16 kali dengan 30 malam dah RM480".  "Itu belum kira hari hujan lagi, kadang2 nak dapat RM50 pun susah". Minyak kenderaan bergerak maka kos mereka sudah naik dan sekarang tol pula.  Mereka bergerak dan pasti menempoh tol ini. 

Aku juga bersembang dengan penyokong kerajaan.  Tol nak naik ni kata aku. Dia senyum dan berkata "Mana ada barang turun - kau bagi aku contoh barang dulu yang sampai sekarang sama harganya" Aku tak ingat satu pun dia menambah.  "Ala cerita naik tol ni semua orang dah tahu.  Yang nak marah pun mana ada, ni semua pembangkang punya cerita.  Kita nak jalan OK, bayarlah tol"

Aku tanya lagi "Kalau hari2 pulang balik lalu kat tol teruk juga Bang".  "Masalah dorang yang cari, guna jalan alternatif kan boleh, Confirm tak kena tol".  Dia menambah lagi "Tol nak naik tu untuk tolong rakyat gak.  Itu janji PM tau.  Syaikat Konsesi tol akan kena cukai berdasarkan keuntungan mereka, duit cukai tu balik kat rakyat". "Kalau boleh tukar cara hidup"  Dia nampak bersemangat seolah2 baru pulang dari mendengar taklimat terus dari PM.

Aku pun mengundur diri.  Menjengok2 kancil yang dibawanya - road tax pun dah sebulan mati.  Dengar cerita kereta sorok bawah selimut dan sekarang bawa motor.  Mungkin inilah cara dia menukar cara hidup.




Thursday, November 7, 2013

The Ghostwriter

Siapa penulis hantu yang dimaksudkan.  Filem yang diarahkan oleh Roman Polanski ini memang aku suka.  Pelakon2 yang berkaliber seperti Ewan Mcgregor dan Pierce Brosnan nampak kena sangat dengan watak masing2.  Ewan sebagai penulis upahan dan Pierce Brosnan bekas Perdana Menteri Britain.  Penulis hantu adalah penulis upahan dalam membuat satu2 biografi seseorang.  Buku itu akan keluar dengan nama biografi itu sendiri seperti Khir Toyo tulis tentang diri dia, walaupun yang menulis itu orang lain.  

Cerita ini lebih politik dari biasa kerana ada unsur2 perkhianatan dalam negara bila CIA Amerika dapat lolos didalam pentadbiran Pierce Brosnan. Semua keputusan penting berpihak kepada Amerika semasa bekas PM ini berkuasa.  Siasatan dilakukan kerana bekas PM itu ketika berkuasa telah melepaskan 3 orang pengganas (terrorist) kepada Amerika walaupun ditangkap di Britain.  Ini adalah kesalahan antarabangsa dan perlu dibawa ke mahkamah dunia.  Semua ini berlaku ketika biografi bekas PM ini mahu dibuat.  Penulis upahan pertama telah dibunuh dan Ewan Mcgregor telah diganti dan telah meneruskan siasatan dan membongkar cerita.  

Cerita yang luas biasa dari Roman Polanski memang boleh ditonton untuk mengetahui penglibatan CIA dalam sesuatu negara.  Jangan terkejut jika pimpinan Malaysia juga boleh dimasuki oleh CIA tanpa kita ketahui.

Monday, November 4, 2013

Perjalanan ke Saigon, Vietnam

Pada 1 November 2013, aku telah berangkat ke Ho Chin Minh, Vietnam.  Bukan untuk berniaga tetapi untuk melihat tempat orang.  Tiket melalui penerbangan MAS berharga RM596 dan hotel berharga RM304 Kingston Hotel di Vietnam. Ini semua tidak dirancang kerana perjalanan paling murah masih boleh didapati melalui Airasia atau Vietnam Air.  Kalau rajin merancang dan tahu bila nak cuti perjalanan 1 jam 50 minit dari KLIA lebih murah boleh didapati.
Ben Thant Market waktu malam

1 November 2013 adalah hari Jumaat dan kapal terbang akan berlepas pada pukul 2.40 pm.  Solat Jumaat memang terlepas dan sebelum berangkat, solat jamak takdim dilakukan di KLIA.  Disebabkan menaiki pesawat MAS, perjalanan naik keretapi ke bangunan yang jauh tidak berlaku.  Masa yang awal 11 pagi berada di KLIA membolehkan kami bergerak juga ke bangunan satu lagi untuk berjalan2. 

Saigon atau nama barunya iaitu Ho Chi Minh City terletak di District 1 di dalam Vietnam.  District 1 ini adalah bandar terbesar dalam Vietnam.  Airport antarabangsa Vietnam adalah Tan Soo Nhat di Ho Chin Minh City.  Dalam masa 1 jam 50 minit kami tiba di airport tersebut.  Waktu tempatan pada masa itu 3.40 pm.  Perjalanan menjadi lebih mudah kerana teksi khas untuk ke hotel Kingston memang sudah menanti kedatangan kami ke Vietnam.
Pandangan Notre Dome Cathideral dari Daimond Plaza
Vietnam berada dalam koloni Perancis dan disebabkan itu bangunan2 lama mereka masih terlihat corak2 Perancis.  Bukan bangunan sahaja tetapi gadis2 yang sudah 6 generasi lama selepas koloni Perancis masih ada nilai2 Perancis seperti hidung mancung dan putih yang berlainan.  Apa yang selalu bermain di minda orang yang hendak pergi adalah sistem pengangkutan.  Di Vietnam, kenderaan paling popular adalah motorsikal.  Terlalu banyak dan tidak mematuhi sistem normal perjalanan.  Hon2 akan berbunyi ketika kita melintas dan susah hendak nampak mereka berlanggar sesama sendiri.
Ni tengah berhenti
Cukup sejam berjalan dengan ketakutan melintas, jiwa muda berani muncul dan aku sudah tidak takut melintas dalam keadaan motor bersimpar siur.  Apa yang ada di Vietnam ini barangan wanita Islam seperti baju kurung, telekung cantik2 dan tudung2 yang mahal di Malaysia.  Dan yang aku perasan, bila berjalan disini hampir 85% orang Malaysia yang pasti suka bershopping.  Vietnam ini dikategorikan nombor 132 paling mahal untuk diduduki kerana mahal kehidupan disini.  Salah satu kedai yang aku masuk dan bertanya sewa di Ho Chin Minh ini bagi kedai dikenakan sekitar USD2 ribu sehingga USD 10 ribu.  Banyak tu.

Duit yang dipakai terus disini adalah matawang Vietnam sendiri iaitu Vietnam Dong. USD dan duit Ringgit Malaysia.  Mungkin terlalu banyak orang Malaysia yang datang, duit RM digunakan meluas sehinggakan kalau ada duit untuk dipulangkan maka duit RM juga dipulangkan.  Hebat orang kita.
Dalam Ben Thant Market
 Dalam keadaan sekarang perjalanan ke Vietnam masih berbaloi jika pandai membawa peluang perniagaan.  Beli tudung atau telekung yang murah dan menjual di Malaysia.  Keuntungan sangat tinggi kerana produk kain2 di sana masih di terima hangat di Malaysia.

Percutian 3 hari 2 malam berakhir pada 3 November 2013 Ahad dan aku sampai ke KLIA pada pukul 10.15 pm.


Monday, October 28, 2013

Belanjawan 2014

Rakyat menguasai pemerintah
Bajet pun diulas di surat khabar, internet dan dicanai dengan baik oleh pencerita2 ekonomi yang faham.  Fiskal bukan basikal. Tetapi ia adalah kewangan kerajaan dalam mencari duit untuk menampung semua aktiviti dalam belanjawan.  Hartawan adalah kaya dengan harta, dermawan adalah kuat menderma dan belanjawan pula suka sangat berbelanja.  Ditanya oleh kawan2 pada aku tentang Belanjawan 2014 atau Bajet 2014 - AKU NO KOMEN.  Bukan sebab aku tak tahu menilai atau tak tahu ekonomi tetapi memang aku malas nak komen.  Tak ada satu cerita pun dalam bajet ini aku boleh bergembira  sedikit.  BRIM dinaikkan bagus untuk orang lain tapi aku tak.  Umur 21 dan pendapatan kurang RM2000 akan dapat bantuan, aku tak muda lagi dan gaji dah lebih.  BRIM 3.0 dilancarkan pun dengan yakin aku tak dapat.  Bonus kerajaan setengah bulan - aku dengar je la.  Coli khas untuk pesakit kanser payu dara - aku lelaki memang tak dapat.  Gaji RM8000 akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM2000 atau tepatnya pelepasan RM480 pada tahun 2014.  Yuran taska diberikan RM250 untuk pendapatan RM900. Entahlah satu pun tak kena kat aku.

Aku baca lagi dan aku nampak beberapa yang boleh dikenakan kat aku.  Subsidi gula dikurangkan dan harga gula pun akan naik RM2.84 per kilo.  Memang kena kat aku.  Tahun 2015 GST (cukai barangan dan penjualan) akan dimulakan.  Yang ini aku kena.  Nampak macam kurang seperti kalau di hotel dipanggil ++ (plus2) bermaksud 10% cukai perkhidmatan dan 5% cukai jualan.  Kalau makan bufet RM100 ++ maka kita perlu bayar RM115.  Adakah GST ini akan menghapuskan cukai2 yang sebelum ini.  Aku tak habis membaca lagi.  Bantuan RM100 untuk anak2 ke sekolah diteruskan.  Yang ini aku dapat.  

Aku membaca Bajet hanya untuk menilai apa yang aku dapat dan tidak dapat. Bagi cukai persendirian, cukai potongan berjadual (PCB) dikira sebagai muktamad bermaksud kita tidak perlu menghantar borang cukai pada tahun hadapan.  Ini bermaksud cuba kira sendiri cukai dikenakan oleh syarikat pada kita dan perhatikan setiap tahun kita mendapat lebihan atau kekurangan.  Kalau lebihan maka cukai tahun  2014 nanti kena berhati2 untuk buat PCB.  Lagi satu aku akan dapat pelepasan cukai jika terlibat dengan industri hijau - aku nak suruh isteri aku tanam cili banyak2. 

Sebagai kerajaan pula mereka perlu memikirkan tentang pembangunan secara keseluruhan selain diri mereka sendiri.  Aku masih membaca tentang bajet cerita coli khas tu.  Kalau kanser payu dara dapat coli - kanser tulang akan dapat apa?

Thursday, October 24, 2013

BLOOD

Blood bukan macam cerita biasa.  Cerita tentang orang jahat dikalahkan oleh oleh orang baik.  Blood bermula dengan pembunuhan yang tragis.  Seorang anak gadis remaja yang dibunuh kejam dan dilempar di tengah2 kawasan orang ramai.  Gadis yang dikenali dan orang2 yang disyaki juga boleh dikenali oleh pihak polis.  Pihak polis menangkap seorang yang paling disyaki dan soal siasat berlaku.  Kerana tiada bukti lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah dilepaskan.  Dia sekarang bekerja di sebuah gereja.  Polis yang masih tidak puas hati cuba menyoal diluar pada satu malam dan akhirnya telah membunuh lelaki tersebut. Di sorok.  Ini adalah pati cerita yang dikeluarkan filem Blood ini.  Suasana tidak menentu, rasa siasatan sudah cukup, rasa membuat betul terasa dihati dan perbuatan rasa dihalalkan kerana pembunuh sudah diberikan balasan.  Tetapi siasatan dilakukan lebih mendalam oleh pihak polis menyatakan lelaki yang hilang terbunuh bukan pembunuh gadis yang awal tadi.  Ini adalah cerita hati yang dibawa bersama dengan penonton.  Rasa bersalah tapi tidak boleh mengaku.  Hebat pelakon2 didalam filem ini.  Boleh tonton kalau mahu rasa bersama perasaan bersalah.

Risiko Kerja Bank

20 tahun dulu sekitar tahun 1990.  Satu rompakan bersenjata berlaku di Salak Selatan Mayban Finance.  Ketika seorang pegawai bank dan pembantu membawa duit untuk disimpan di Malayan Banking Berhad.  Pegawai itu telah ditembak dan mati ditempat kejadian tetapi berlaku di luar kawasan bank.  Duit yang hilang dipercayai sekitar RM20,000 sahaja. Pihak atasan Mayban Finance Bhd telah membuat keputusan tidak lagi membenarkan pekerja2 mereka menghantar duit ke bank tanpa ada kawalan keselamatan.  Pada masa itu semua duit Mayban Finance Bhd hendaklah disimpan ke Malayan Banking Berhad.  

Pada tahun 1998, Mayban Finance PJ Old Town telah dirompak pada waktu pagi. Beberapa pekerja ditahan pada waktu sebelum bank beroperasi.  Bilik kebal yang mempunyai 2 kombinasi kunci diperlukan untuk dibuka menyebabkan perompak terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk membuka bilik kebal.  Semua hanya selesai dalam masa 10 minit setelah pintu bilik kebal dibuka.  Tiada kecederaan dan pekerja hanya di ikat semasa menunggu 2 pemegang kombinasi pintu masuk kerja.  Duit yang dilaporkan hilang sekitar RM700,000.  

Yang aku beritahu ini bukan ini sahaja tetapi ratusan rompakan yang berlaku hatta memecah masuk mengambil mesin ATM juga sudah berlaku banyak kali.  Kebarangkalian rompakan berlaku tinggi bila hari raya - Raya Cina, Raya Hindu dan raya orang Islam juga.  20 tahun dalam bank dan bertugas hampir ke seluruh ruang kerja di cawangan - memegang duit yang banyak tidak menakutkan tetapi bila rompakan berlaku wang bukan duit kita untuk dipertahankan. Bagi sahaja dan risiko audit untuk menyiasat.

Semalam di AMBank USJ Subang seorang pengawal telah menembak pegawai operasi wanita.  Pengawal ini adalah pengawal bersenjata yang diberikan tugas mengawal pekerja ketika memasukkan duit ke dalam ATM.  Terlalu sadis dan buruk perangai. Bagaimana pekerja2 lain yang bertugas di tempat yang sama ketika ini.  Kerja bukan lagi nombor satu pada mereka. 

Bank adalah lubuk duit yang semua orang tahu.  Selalunya 2 jenis pengawal diperlukan iaitu pengawal statik (tidak bersenjata dan selalunya dah tua) dan pengawal bersenjata untuk mengawal ketika memasukkan duit yang banyak ke dalam ATM. 

Bank2 kena pastikan keselamatan pekerja2 di tahap paling penting kerana lubuk duit ini bukan lagi rahsia. Pekerja hendaklah diinsurankan lebih tinggi di tempat menjaga duit orang ini. Kerja menjaga duit orang ini tidak berbaloi jika kita gugur ditengah jalan.  Jika ini berlaku - BAGI dan JANGAN MELAWAN.

Friday, October 18, 2013

The Iceman

Mencari erti keganasan memang menjadi makanan aku.  Bukan untuk menganas di luar sana tetapi aku mencari sebab dan hak untuk menganas.  Aku menonton cerita ganas seolah2 aku berada di dalam filem tersebut.  Menembak orang yang buat aku marah dan kalau boleh terus pecah kepala dia tanpa perlu aku bertolak2 untuk gaduh bercakap dahulu.  Cerita The Iceman adalah tentang pembunuh upahan yang tugas hanya membunuh.  Ini adalah cerita benar dan berlaku di tempat yang mempunyai kebebasan untuk ada senjata mempertahankan diri, Amerika.  Pelakon2 seperti Micheal Shanon dan Wynona Ryder memang tidak boleh diperkecilkan.  Cerita tentang keluarga si pembunuh yang lansung tidak tahu pekerjaan suami atau bapa mereka.  Cerita period yang panjang sehingga 30 tahun membunuh.  Cerita ini diberikan kritik yang baik disebabkan jalan cerita yang bagus dan pelakon2 berkaliber.

Friday, October 4, 2013

Hati Kering

Semalam bermesyuarat di Sphere, One World sebelah TV 3.  Sebuah syarikat dari Labuan OffShore berminat untuk menjual diri pada aku.  Cerita yang berbagai2.  Tentang cukai, tentang duit masuk dan keluar, tentang komisen dan tentang perempuan2 di Labuan.  Bertemu muka dengan beberapa ahli perniagaan yang berjenama Dato dan Tan Sri ini kadang2 memualkan aku.  Di lounge ketika itu berkumandang lagu2 yang tenang tetapi bagi aku tidak senang untuk bercerita. Sekali sekala datang pelayan yang blouse yang dipakai dibelah sehingga paha.  Semua orang Filipino.  Dan aku ashik tersenyum bila mereka hadir kerana yang paling muda di meja ketika itu hanya aku.  Yang lain tua liar seperti baru pertama kali keluar malam.  

Perniagaan yang satu ini seperti meletakkan semua telor dalam satu bakul.  Kalau goyang kuat pecah semuanya kata Warren Buffet.  Duit yang dimahukan mereka sekitar RM10 juta dan akan diniagakan seperti duit mereka sendiri.  Setiap keuntungan akan disalurkan balik ke syarikat aku tanpa masalah dan tiada cukai. Betul ke ini boleh berlaku.  Boleh.

Dan kami berempat hanya benar2 bercerita tentang perniagaan tidak lebih dari 5 minit.  Selain dari itu, hanya berceloteh tentang perempuan yang lebih universal dari yang di Malaysia.  Ini adalah rempah ratus bercerita, mesti pandai bercerita untuk memberi minat orang mendengar.  Bermula dengan politik, ditengah2 cerita perempuan dan di akhirnya cerita keluarga. 

Aku terasa seperti tidak berhati kering seperti mereka.  Ada yang sudah pasang 2 dan ada yang sudah bercerai 2 kali.  Aku hanya beritahu kalau nak tambah satu lagi hati kena kering dan aku tak ada ilmu hendak jadi hati kering.  Contoh yang selalu aku cerita dengan kawan, 2 isteri dan setiap isteri ada anak2.  Isteri telefon suami pada hari bukan giliran "Abang, anak sakit ni!" Si suami dengan tenang "Awak hantar kat klinik la, saya giliran rumah ni pulak".  Kalau aku, anak menangis tengah malam pun aku terjaga dan tolong dodoi anak sampai tidur dan kalau begitu bagaimana nak buat hati kering.

Lounge sudah tenang tanpa nyanyian lagi.  Aku sudah penat dan waktu sudah hampir 12 malam.  Dan aku buat2 menguap dan minta diri.

Wednesday, October 2, 2013

Menangis Korban

Korban kali ini disertai lebih dari 40 orang dengan lebih dari 20 ekor lembu dan 3 ekor kambing.  Mewah semewahnya.  Dan beberapa ahli jamaah masjid satu ini, membuat korban di Kemboja.  Dan hari membantai atau hari sembelih lembu pun bermula.  Pada hari2 Tasrik atau di Mekah sekarang ini sedang orang yang menunaikan haji akan ke Mina untuk melontar jamrah - kita disini boleh lagi berkorban pada hari2 tersebut.  Maka seekor demi seekor tumbang.  Setiap yang berkorban menonton sendiri lembu yang mereka korban dan berlalu sehingga ke akhirnya.  Satu keluarga masih menunggu di sekitar khemah tempat sembelih dan bertanyakan tentang lembu mereka.  Si anak bertanya dengan ustaz surau di mana lembu yang ayah mereka korbankan kerana tiada di panggil sejak pagi tadi.  Ustaz yang agak keletihan kerana seorang sahaja yang bertanggungjawab menyembelih memanggil Tok Siak untuk menyiasat tentang kehilangan lembu yang seekor ini.  

Keluarga yang agak besar dengan 5 orang anak dan cucu2 yang sedang membesar.  Mereka menunggu jawapan dari ustaz surau yang agak pening untuk menjawab persoalan.  Harga lembu kali ini sudah beberapa kali naik dari beberapa tahun - dari RM2,400 sehingga RM3,400 seekor.  Bapa mereka telah membuat korban seekor lembu.  Penantian untuk jawapan hadir apabila persoalan tentang korban terjawab.  Exco pemuda surau membawa senarai korban dan memberitahu bahawa memang bapa mereka berkorban tahun ini tetapi korban yang dibuat adalah di Kemboja.  Maka lembu yang ditunggu memang tiada di surau pada hari Aidil Adha itu.  Semua anak2 terkilan dan termanggu - bapa mereka sudah tiada di surau kerana berjalan perlahan balik ke rumah.

Korban

Ustaz jemputan pun memberikan ceramah pada malam itu tentang korban.  Semua yang hadir menumpu perhatian dan kadang2 diganggu dengan helai ketawa anak2 mereka bermain di luar.   Cerita korban pun dihurai satu persatu dan beberapa ilmu tentang korban mesti kita tahu kena terpahat dalam memori kita.  Buat sesuatu hendaklah dengan ilmu kalau tidak kita dipandu oleh syaitan.  

"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.)

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Hukum Ibadat Korban

Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;
  1. Muslim
  2. Baligh dan berakal
  3. Bebas/merdeka
  4. Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kelapangan atau kemampuan sama ada orang badar atau orang kampung/pedalaman, orang dalam musafir atau berada dalam negeri dan termasuklah kepada jamaah haji di Mina.[3] Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu. (Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.)

Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).


Hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :

1.  Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya : “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”.

2.  Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

3. Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

4. Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Wednesday, September 18, 2013

The Hunt

Menonton cerita2 bergerak perlahan dengan emosi memerlukan kesabaran sambil menikmati keindahan cerita.  Cerita bergerak bersama emosi sesuatu yang bukan boleh dipaksa.  Aku boleh bercerita dengan isteri sehingga dia minat untuk menonton sesuatu cerita tetapi menonton bersama2 mungkin boleh buat isteri aku boring.  Sumber ke 2 bercerita ini adalah sesuatu yang menarik kerana orang yang bercerita meringkaskan cerita merumus dan memberi jawapan hanya sekitar 10 minit untuk seseorang berminat.  Ini adalah peluru jual beli.  The Hunt lakonan Mad Mikkelsen salah seorang pelakon Jerman yang naik namanya di Amerika.  Dia juga berlakon dalam siri Hannibal sebagai Dr Hannibal Lecter.  Kalau menonton cerita Hannibal ia adalah 180% keterbalikan kerana di dalam The Hunt, Mad Mikkelsen adalah guru tadika yang lemah lembut dan disukai kanak2.  

The Hunt bukan cerita pemburuan biasa tetapi tentang suasana ketidakpercayaan orang keliling dan hilang percaya ini hanya berlaku sekelip mata walaupun sudah lama kenal atau berkawan.  Dia dituduh melakukan perkara tidak elok kepada seorang kanank2 perempuan di tadika dan seluruh kampung percaya ini berlaku dan dia dipulaukan secara total sehinggakan untuk membeli barang juga dilarang.  Cerita pemburuan hanya berlaku pada hujung cerita.  

Bagi aku ini adalah salah satu filem terbaik tahun 2013 yang aku tonton.  Emosi dari seorang yang tenang menjadi baran dan meledak secara perlahan ini dibawa dengan tepat oleh pengarah filem Thomas Vitterberg.  Cerita yang bagi aku filem mesti tonton.