Bank sudah berevolusi berbagai. Dari sistem beratur, ke sistem komputer bercakap sekarang. Tetapi model berniaga masih tidak berubah iaitu mendapat duit dari penyimpan dan mengeluar duit untuk memberi pinjam. Pekerja2 yang diperlukan dahulu seperti 'teller' yang berada di depan kaunter sudah tidak menjadi pilihan bank untuk keperluan pekerjaan kerana sistem ATM seperti mengemaskini buku, mengeluarkan duit, memasukkan duit atau menghantar duit sudah boleh dilakukan oleh komputer di rumah.
Bank2 di Malaysia sepatutnya memikirkan cara paling mudah mendapat pelanggan dari duduk menunggu. Kaedah mendapat pelanggan secara paksa juga menampakkan bank seperti kekurangan idea untuk bergerak. Apabila kita masuk dalam sesuatu pekerjaan, maka Bank yang menjadi tempat untuk mendapat gaji dan terpilih untuk kita membuka akaun. Kaedah ini menyebabkan bank tidak dapat menyimpan duit yang banyak pada sesuatu masa kerana pekerja yang membuka akaun hanya untuk singgah sebentar dan mengeluarkan semula untuk penggunaan lain.
Beberapa bank di negara2 maju sudah pergi jauh dari memikirkan untuk mendapatkan peluang pembukaan buku akaun berdasarkan tempat gaji dikeluarkan. Mereka pernah memberikan percuma komputer riba hanya untuk memastikan pelanggan membuka akaun dengan mereka. Mereka juga memberikan voucher diskaun untuk yang membuka akaun dengan mereka. Ini adalah lebih praktikal dalam memastikan bank cukup duit untuk memberikan pinjaman kepada orang ramai. Mungkin orang biasa tidak mengetahui bank2 yang ditubuhkan di Malaysia tertakluk untuk menyimpan tahap deposit yang secukupnya di Bank Negara Malaysia.
Keadaan ini sebenarnya tidak tertekan kepada bank2 di Malaysia kerana nisbah antara bank dan penduduk masih tinggi. Di Amerika dimana di setiap kampung sendiri ada bank2 mereka sendiri. Kecil dan lebih dipercayai untuk buat simpanan menyebabkan bank2 berlawan sesama sendiri untuk memasarkan produk mereka. Bank2 besar hanya tertumpu pada pinjaman2 yang besar dan lebih menguntungkan. Keadaan ini juga menyebabkan bila sesuatu ekonomi jatuh maka bank2 besar juga turut jatuh kerana tidak ada simpanan yang menjamin keteguhan mereka.
Bank Zaman moden adalah dimana fungsi bank diambil alih oleh pelanggan secara total. Bank hanya menjadi satu tempat untuk berdaftar bukan lagi diperlukan sebenarnya. Terkejut mungkin tidak - kalau melihat ATM sekarang tidak perlu bank tetapi hanya memerlukan Syarikat pengawal menjaganya (MEPS) - mereka mengisi duit dan mengambil duit. Bank sepatutnya melupakan perniagaan ATM kerana risiko memasukkan duit, kos menyewa dan memilih tempat yang memastikan tinggi penggunaan ATM.
Pelanggan secara total menggunakan komputer untuk membuat transaksi dan pengeluaran duit di ATM untuk penggunaan harian. Perlukan bank menjadi orang tengah? Bank2 sekarang kena fikir untuk menukar konsep meniaga mereka dari mendapat orang untuk penyimpanan duit dan mencari orang untuk diberikan pinjaman.
No comments:
Post a Comment