Yang selalu jengok

Tuesday, April 1, 2014

BOMOH

Bila kapal terbang MH370 hilang dari radar pada 8/3/2014 semua pihak bertanggungjawab bergerak ke arah Laut China Selatan sekitar lautan berdekataan Vietnam untuk mencari kawasan tempat terakhir kapal terbang itu hilang dari radar.  Semua pihak berusaha termasuk dengan seorang Bomoh.  Cerita ini sekadar sejarah untuk diingati bahawa seorang bomoh juga turun ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk membantu mencari kapal terbang yang hilang MH370.  

Pada kali pertama 10/03/2014 dia turun dia telah membawa bubu ikan dan 2 batang rotan sebagai teropong.  Habis dia bercerita tentang kapal terbang yang dinaikinya di Tawau terdapat garuda melintas.  Dia juga membawa bubu untuk diteropong dimana kapal terbang MH370 berada.  Dia memberitahu menggunakan kaedah scan bubu untuk diteropong.

Pada hari yang sama juga dia menggunakan beberapa pelancong untuk memegang bubu bagi dia meneropong untuk melihat MH370.  Bagi aku mungkin pelancong2 ini terkesima kerana biasa sambutan yang diterima di setiap negara2 berlain seperti di Hawaii diberikan bunga maka di Malaysia diberikan bubu siapa yang tahu.  Aksi ini telah ditiru pakai oleh sekumpulan sosial media untuk menyindir bomoh itu.

Selang 2 hari selepas itu walaupun telah diasak dengan Ustaz2, media sosial dan dunia tentang penggunaan bahan untuk mencari MH370, kali ini dia kembali turun ke KLIA dengan membawa labu air, kelapa, tikar payung dan bakul rotan. Aksi ini lebih 'internasional' kerana diketahui sehingga orang Jepun dan beberapa kumpulan di UK meniru aksi yang pelik ini.

Aksi ini mendapat liputan meluas sehingga dilapurkan di media Indonesia bahawa presiden Amerika Barack Obama juga menonton aksi bomoh ini.  Mungkin dia terkeliru dengan aksi ini.
Aksi ini juga tak lepas untuk ditiru oleh kumpulan sosial media dan gambar2 mereka boleh didapati di dalam mana2 sosial media.

Ketahuilah anak2 pada tahun 2014 ketika radar digunakan untuk pencarian MH370 ada manusia bernama bomoh menggunakan bahan2 yang biasa untuk mencari.  Sekadar berkongsi ingat dengan pembaca.


No comments:

Post a Comment