Menonton cerita sirah agama yang hanya kadang2 kita jumpa memang berinspirasi. Sang Pencerah adalah suatu cerita yang beremosi bermula dari awal hingga akhir. Cerita zaman kanak2 sebelum 1900 an dahulu dimana perkara mistik dan khurafat masih menjadi amalan di Jogjakarta. Sang Pencerah adalah cerita tentang KH. Ahcmad Dahlan yang menjadi tonggak utama kumpulan Muhammadiyah - satu pertubuhan Islam terbesar di Indonesia. Nama asal Kh Ahcmad Dahlan adalah Muhammad Darwis di tukar namanya di Mekah ketika kali pertama pergi ke Mekah. Tugas pertama Kh, Ahcmad Dahlan adalah menukar arah kiblat ketika itu yang terang2 mengadap ke arah Afrika iaitu sejajar dengan Indonesia. Pandangannya di tolak oleh golongan2 alim Kyai di Jogjakarta kerana menggunakan alat kafir untuk mencari arah kiblat yang betul. Cerita menarik ini ditambah lagi dengan tuduhan sebagai kafir oleh golongan elit Kyai kerana dia mengajar sekolah Belanda tentang Islam. Cara dia berdakwah menggunakan biola juga menimbul perasaan pelik di kalangan umum. Yang menarik apabila ia diterjah oleh seorang Kyai tentang menggunakan kerusi dan meja untuk belajar kerana umum pada masa itu berasa bahawa penggunaan barangan ini adalah menampakkan kekafiran. Lalu di jawab oleh Kh Ahcmad Dahlan dengan soalan juga "bagaimana kyai ini datang dari jauh untuk bertanyakan soalan ini". Jawapan menggunakan ilmu laduni ini tepat dand digunakan juga ketika kali pertama mengajar tentang agama kepada sekolah Belanda dimana seorang pelajar telah kentut dan seluruh orang tertawa. Banyak perkara menyedihkan berlaku bila tempat dakwahnya di bakar dirobohkan kerana tuduhan mengajar kekafiran. Diejek oleh orang-orang awam tetapi Kh. Ahcmad Dahlan terus istiqamah. Dia menubuhkan Muhammadiyah dengan perkataan yang popular "hiduplah dengan menghidupi Muhammadiyah bukan hidup dalam Muhammadiyah.
No comments:
Post a Comment