Kursus ini dibuat khas setiap tahun untuk bakal2 haji yang terpilih untuk menunaikan Haji pada setiap tahun. Aku diberitahu untuk menghadiri Kursus Asas Haji ini di Masjid Raja Tun Uda, Klang. Tapi disebabkan lokasi masjid agak jauh, aku memilih untuk ke Kelana Jaya yang kurang dari 15 kilometer dari Masjid di Klang itu. Kursus diadakan pada hari Ahad bermula pada pukul 9 dan berakhir pada 11.30 am.
Kursus bermula pada 26/01/2014 dan berakhir pada bulan May 2014. 17 siri bermula dengan Sejarah Mekah dan berakhir dengan praktikal mengerjakan Haji. Penceramah kursus adalah Ustaz Hashim Fikri. Beliau bersama kami sepanjang kursus kecuali 3 siri iaitu pada siri yang pertama, pada siri bersama dengan Ustazah dan pada siri tentang kesihatan jemaah. Pada siri yang pertama dia diganti oleh abang beliau iaitu Ustaz Hashim Fahmi (Faham dan fikir adiknya)
Kursus bermula dengan lebih kurang 250 orang tetapi berakhir dengan lebih kurang 700 orang. Alhamdulillah aku tidak pernah cuai untuk hadir bersama isteri walaupun orang memberitahu bahawa mungkin ada majlis2 yang kita tidak dapat hadiri seperti disebabkan perkahwinan atau sebagainya. Tetapi mungkin selama 4 bulan setengah itu tiada majlis maha penting selain dari Kursus Asas Haji ini.
Tiada sebarang pembayaran diperlukan untuk kursus Asas Haji itu. AJK kursus ketika itu memberitahu bahawa tiada sarapan disediakan dan ini telah membuatkan peserta2 kursus bermurah hati untuk membawa sedikit sebanyak makanan untuk dimakan bersama. Tabung sedekah juga disediakan ketika mendaftar dan duit2 ini digunakan untuk membeli air minuman untuk sarapan. Jangan ketinggalan bersedekah kerana dengan bersedekah kita akan menjadi lebih sihat. Aku mengajar diri sendiri untuk bersedekah untuk sentiasa sihat. Kerana kita boleh bertawasul iaitu berdoa ketika membuat kebaikan. Berdoakan ketika bersedekah InshaAllah Allah SWT kabulkan.
Ada yang membawa nasi lemak, bihun, kueh mueh dan macam2 lagi. Aku juga beberapa kali membawa air mineral untuk peserta2 kursus. Kami selalunya akan bersarapan sebelum kursus bermula. Aku selalunya akan sampai lebih kurang 8.15 - 8.30 pagi. Waktu awal itu aku akan bersarapan beramai2.
Kehadiran peserta akan direkod dalam satu kertas setiap kursus. Peserta2 Kursus hanya diberikan buku Kursus Asas Haji setelah 4 kali datang ke kursus. Ini disebabkan beberapa isu seperti kehadiran pada setiap minggu meningkat dan buku yang diperlukan tidak dihantar dari pihak pengurusan TH. Peserta2 kursus mesti menunjukkan surat penawaran mengerjakan haji untuk tahun 1435 untuk mendapatkan buku kursus itu.
Susunan kelompok masa mendengar ceramah juga bertukar apabila kehadiran peserta2 meningkat. Pada awalnya semua peserta duduk mengikut hati masing2. Ada yang bersandar di dinding, ada yang duduk dibelakang dan duduk di luar mendengar dengan santai. Tetapi ini berubah apabila peserta2 meningkat dan AJK mengarahkan peserta2 untuk duduk mengikut saf dan ini membolehkan lebih ramai peserta untuk kedalam masjid.
Suasana di perkarangan masjid juga tidak sunyi. Selepas kursus, peserta2 kursus boleh membeli barangan haji atau buku2 dan juga pakaian seperti jubah dan tudung. Aku juga tidak ketinggalan untuk membeli jubah disitu. Dan mungkin boleh digunakan untuk Hari Raya pada tahun ini.
Pada pengakhiran kursus, satu kursus praktikal di buat di perkarangan masjid seperti bertawaf, bersaie dan melontar jamrah. Aku diajar cara memakai ihram dan cara mengambil air sembahyang menggunakan spray sahaja. Replika Kaabah untuk bertawaf telah disediakan ketika kami datang dan semua peserta haji membuat aktiviti mengenali cara bertawaf, bersaie di antara Safa dan Marwah dan juga melontar Jamrah.
Aku galakkan sesiapa yang mahu mengetahui tentang umrah dan haji kalau ada kelapangan untuk hadir ke mana2 kursus Asas Haji ini. Ini amat membantu untuk pengetahuan dan gerak kerja bila kita mengerjakan umrah atau haji nanti. Jadikan 2 jam yang kita duduk mendengar ceramah itu sebagai waktu paling beruntung untuk seminggu yang tiada ilmu kita dapat.
(Gambar2 adalah dari FB Kursus Asas Haji Kelana Jaya - terimakasih AJK)
No comments:
Post a Comment