Aku mula beratur bila mak aku mengandungkan aku. Mungkin mak aku kena beratur untuk diperiksa di klinik kerajaan dulu. Aku terus beratur hampir ke mana2. Ini adalah peradaban yang dituntut dan ia nampak baik pada bila2 masa. Beratur ketika menunggu bas, beratur untuk mendapatkan sesuatu bantuan atau beratur kerana kesesakan jalanraya.
Selama 20 tahun aku bekerja bank, revolusi beratur juga mengalami perubahan dan anjakan paradigm tersendiri.
1989 - Sistem beratur adalah beratur selagi cukup tanah bagi aku. Orang2 akan beratur sehingga keluar dari pejabat bank walaupun kadang2 bank belum buka lagi. Dan sistem ini nampak ikhlas pada waktu itu kerana semua orang akan nampak siapa yang lambat dan ramai2 menegur atau biasanya marah. Bila pintu dibuka dikaunter2 yang berkenaan akan penuh orang beratur. Kebanyakan kaunter untuk mengeluarkan duit adalah paling panjang beraturnya. Mungkin adik2 pelik - pada masa itu sistem ATM adalah terlalu pelik bagi orang ramai. Dan tidak pelik kerana sistem ini digunapakai sehingga sekarang. Di klinik2 kerajaan yang aku lihat sehingga sekarang masih beratur hatta sebelum klinik dibuka.
1991 - Pada ketika ini sistem beratur ditukar kepada satu sahaja. Dimana hanya ada satu barisan dan apabila sudah selesai, juruwang akan memanggil secara manual untuk ke kaunter mereka. Ketika ini semua transaksi boleh dilakukan pada mana2 kaunter. Tak pelik sehingga sekarang sistem yang sama ini diguna pakai sekarang seperti ketika membeli tiket wayang di mana2 tempat canggih di Malaysia.
1992 - Ketika ini kerusi diperkenalkan dibank2. Pelanggan2 akan hanya beratur di kaunter 1 untuk mendapat nombor dan boleh terus duduk. Nombor akan dipanggil untuk dilayan. Ketika ini kita akan melihat kebanyakan orang boleh tertidur dikerusi kerana layanan agak manual dan lama menanti boleh membosankan. Sistem ini paling banyak digunakan sekarang tetapi lebih praktikal.
1995 - Sistem telah dinaiktaraf. Pengawal menguasai sistem tiket pula. Pengawal akan memberikan nombor kepada pelanggan2 mengikut apa yang dihajatinya. Pengawal sendiri ada tempat duduk khas hanya untuk memberi tiket sambil menjaga keselamatan. Kebanyakan pengawal2 ini berumur lebih dari 60 tahun.
1997 - Pelangan2 tidak lagi beratur di kaunter tetapi beratur dimesin2 mengeluarkan nombor untuk dilayan. Mesin ini hanya perlu ditekan nombor dan duduk untuk dipanggil ke kaunter berkenaan. Sehingga sekarang beberapa bank menggunakan konsep yang sama dan kekal sebagai satu alat beratur.
2000 - Sistem tiket sudah bertukar kepada kaunter layanan mesra dimana pegawai diletakkan disitu untuk melayan dan memberikan nombor. Tetapi konsep ini kadang2 menyebabkan orang beratur lama di situ kerana soalan2 yang tidak mampu dijawab oleh pegawai mesra itu.
2005 - Mesin canggih tiket sudah bertukar. Pelangan hanya perlu meletakkan kad pengenalan mereka di mesin itu dan kaunter2 akan memanggil nama pelangan dan bukan nombor lagi seperti dulu2. Bank yang pertama aku jumpa adalah di Shah Alam, Bank Islam. Terkejut juga aku pada waktu itu kerana rasa2 tak selalu masuk Bank Islam tetapi bank itu sudah memanggil nama aku untuk ke kaunter. Pada ketika yang sama diberitahu juga CitiBank juga menggunakan konsep yang sama.
Dan seterusnya pengerakan revolusi beratur tidak bergerak pantas seperti dulu. Mana2 bank hanya terlekat pada satu2 konsep kerana revolusi permodenan bank berlaku seperti internet banking dan sistem ATM yang banyak membantu mengurangkan sistem beratur ini. Cerita ini ditulis untuk mengingatkan aku sendiri bahawa beratur itu memenatkan.
No comments:
Post a Comment