Hari ini adalah hari paling bersejarah buat aku suami isteri. Doa kami diperkenankan Allah dan kami akan berangkat ke Mekah dan perjalanan haji kami bermula. Hari ini juga Selasa 9/9/2014 begitu sibuk buat kami, anak bersekolah, menukar duit, beli bateri handphone dan berjumpa dengan kawan2. Kami sudah sibuk bermula subuh pagi tadi. Mandikan anak2 yang bersekolah dan mengejutkan anak2 yang kecil untuk dihantar ke TASKA taman asuhan kanak2.
Selepas Asar kami menjemput anak2 dari Taska untuk terus ke rumah emak di Kampung Melayu Subang. 2 anak yang besar kami tinggalkan pada adik ipar kami yang berjiran dekat dengan kami. 2 anak kecil kami tinggalkan pada emak aku di Subang. Aku juga menerima telefon ada kawan2 yang mahu berjumpa dirumah mak aku di Subang nanti. Entah mengapa hari bergerak pantas dan seolah2 tidak banyak perkara boleh dibuat. Kami pada pagi hari tadi terus ke Alam Sentral Shah Alam menukar duit RM kepada Riyal. Aku hanya membawa RM1,500 untuk perjalanan ini. Kalau apa2 berlaku duit dalam Tabung Haji boleh dikeluarkan.
Beg2 sudah kami kemas tetapi belum disarungkan dengan tali dan sarung khas. Ini diperlukan untuk memastikan barangan ini tidak terpisah dan boleh dicam dari jauh. Kawan2 sudah berjumpa di rumah mak aku di Subang. Aku perlu mandi sunat musafir dan bersolat Magrib dan terus dengan solat sunat musaffir. Perjalanan jauh ini perlu diredhai Allah.
Saudara mara masih banyak di rumah mak aku sekarang. Ada yang sempat bertanya, ada yang mahu bersalam sahaja dan ada yang menghulurkan sedekah. Aku hanya tersenyum dan memohon doa dipermudahkan perjalanan jasad dan rohani ini. 17 minggu kursus asas, 2 hari kursus intensif dan 2 hari kursus perdana memungkin jamaah haji Malaysia faham tentang perjalanan Haji ini.
Selepas Isyak, makin ramai saudara mara yang hadir di rumah emak aku. Aku sempat makan mengalas perut yang lapar tidak makan seharian cuma bersarapan kerana sibuk pada hari itu. Aku akan bertolak ke Kelana Jaya untuk mendaftar dan memasukkan beg2 terus ke kapal terbang di KLIA. Beg aku tadi sudah diikat kemas oleh adik aku. Azan dikumandangkan oleh adik ipar aku terasa lain dari biasa. Air mata mengalir panas dipipi. Entah sudah kali keberapa air mata ini mengalir dalam beberapa hari ini.
Yang menunggu hingga kami masuk ke dalam Tabung Haji |
Kami perlu mendaftar di Tabung Haji pada pukul 1.30 pagi 10/9/2014 tetapi pada hari semalam Tabung Haji telah menalifon isteri aku dan meminta kami hadir 4 jam lebih awal. Kami sampai sekitar 9.45 pm dan orang sudah ramai di sekitar Tabung Haji.
Berdua bersama |
Menunggu sambil tersenyum |
Bersama anak2 -Nabil dan Aqilah - inilah anak2 besar kami |
Taklimat diberi secara ringkas dan kesabaran 300% diminta oleh ustaz yang bertugas. Perut masih lapar dan aku dan isteri bergerak ke kafeteria untuk makan mengalas perut kerana tadi diumumkan bahawa kapal terbang akan bergerak hanya pada pukul 4.30 pagi. Aku dan isteri juga menyelesaikan Dam untuk Haji Tamattuk sebanyak harga seekor kambing. Dam ini dikenakan kerana kami mengerjakan umrah dahulu bila memasuki Mekah nanti dan sebab bila musim haji datang kami hanya berniat di hotel tempat tinggal kami tidak di miqat yang sepatutnya. Miqat adalah tempat niat untuk mengerjakan haji atau umrah. Niat umrah bagi orang Asia yang datang menggunakan kapal terbang adalah di Qarnul Manazil (di udara kira2 sejam sebelum sampai ke Lapangan Terbang Jeddah).
Taklimat ditamatkan sekitar 3.00 am dan ustaz memanggil pada yang sudi untuk melaungkan azan pada pagi itu. Bukan azan subuh tetapi azan mengiringi perjalanan kami ini. Azan berkumandang dan air mata aku mengalir lagi. Selesai azan jamaah haji berdiri mengikut barisan kerusi dan jamaah haji bertalbiah mengiringi perjalanan untuk menaiki bas.
Bas2 sudah menuggu kami di perkarangan Tabung Haji. Jamaah Haji kali ini sebanyak 430 orang yang diberitahu jamaah paling banyak akan menaiki kapal terbang Saudi. Seperti orang2 besar, polis mengiringi bas kami tanpa perlu berhenti ketika merah dan terus ke KLIA. Aku menjangkakan kami akan diturunkan di KLIA dan menaiki keretapi untuk ke kapal terbang Saudi. Tetapi sebaliknya, kami terus dibawa ke lapangan terbang dan berada dekat dengan kapal terbang tanpa berjumpa dengan pihak imigresen KLIA dan terus ke tempat menunggu.
Yang paling awal masuk ke dewan menunggu |
Tepat pukul 4.15 am kami diberitahu untuk masuk ke dalam perut kapal terbang. Aku dan isteri berada di kerusi ke 2 paling belakang. Orang disekeliling kami masih tidak dikenali. Kami lebih banyak tersenyum dari berkata2. Mungkin masa menukar segalanya. Perjalanan Haji 1435 kami pun bermula.
Kerusi ke 2 terakhir |
No comments:
Post a Comment