Yang selalu jengok

Wednesday, January 14, 2015

The Railway Man

Semalam aku menonton cerita 'The Railway Man'.  Kisah benar berlaku dari tulisan buku Eric Lomax. Cerita yang bercakap dari mula hingga habis. Cerita tentang tentera British yang bertugas di Singapura dan dipaksa menjadi buruh keretapi maut ketika Jepun menawan Asia Tenggara.  Lelaki yang mengalami trauma dan hampir setiap hari naik keretapi yang amat cekap dengan waktu keretapi, kerosakan keretapi atau apa2 yang berkaitan dengan keretapi.  Colin Firth pelakon British yang melakonkan watak utama, Eric Lomax memang seorang yang pelakon yang bagus.  Aku dapat bayangkan bagaimana dia mahu mendalami watak tentang masa penaklukan Jepun dahulu. Amat terasa dekat dengan aku walaupun cerita banyak imbas kembali menceritakan keadaan mereka ketika penaklukan Jepun sekitar tahun 40an.  Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang dilakunkan oleh Nicole Kidman juga seorang pelakon yang berkalibar.  Mereka juga disatukan dalam sebuah filem lain iaitu "Before I go To Sleep".  Trauma yang dialami oleh Colin Firth ini menyebabkan isterinya terbabit sama. Cerita ini tentang bagaimana seorang tentera yang mengetahui bahawa pendera orang Jepun itu masih hidup dan tinggal di Kanchaburi dengan amannya.  Dia datang untuk membalas dendam tetapi di akhir cerita mereka menjadi kawan yang rapat.

Cerita ini aku kisahkan kerana aku pernah pergi ke Kanchanaburi pada tahun 2010 bersama seorang kawan.  Ia berada di utara Thailand lebih kurang 4 jam dari Bangkok dengan memandu.  Kami melihat sejarah pembinaan keretapi maut ini dan masih ada lagi jambatan keretapi yang sudah diperbaharui.  Ada muzium yang menceritakan keadaan pada masa itu dan aku berada disana hampir 1 hari penuh melihat keseluruhan keadaan Kanchanaburi sekitar tahun 1940an dulu.  Aku sempat bersolat jamak di sebuah restaurant Islam di Kanchanaburi dekat dengan tempat perkuburan tentera2 di situ.  Tempat yang bersih dan masih aku ingat dengan nasi goreng yang sedap di situ.



No comments:

Post a Comment