Yang selalu jengok

Sunday, March 22, 2015

Jangan Marah Anak - Mereka didikan kita

Kuasa membeli perlu ada pada seseorang. Dari mana datang kuasa membeli adalah bila ada duit di tangan. Kita memilih untuk membeli atau tidak. Itu adalah kuasa. Kuasa tawar menawar juga boleh datang dengan semulajadi bila kita ada duit. Yang sebenarnya terletak pada orang yang mempunyai kuasa duit juga. Kita sebagai manusia pasti ada masa2 yang mempunyai kuasa dan kita berasa menang bila kita berkuasa menentukan harga.

Aku dan keluarga berada betul2 di tengah bandar Jakarta yang sesak tidak bergerak.  Hari itu adalah malam terakhir kami di Jakarta. Kami ingin ke jalan Sabang, tempat yang popular dengan makanan sepanjang jalan.  Aku diberitahu oleh pemandu teksi semua jenis makanan Indonesia ada di situ. Ada gerai2 tepi jalan dan ada restoran2 mewah sepanjang jalan itu.  Kuasa memilih terletak di tangan kami sekeluarga.

Ketika jalan sesak yang selalu orang kata perkara yang mesti di Jakarta, teksi kami didatangi oleh orang yang berjualan di tepi jalan.  Ada yang menjual air, ada yang menjual rokok, menjual permainan dan ada yang menjual barang2 antik.  Aku sudah berminat dengan satu hiasan ikan lumba2 yang berwarna cokelat.  Di sisi penjual juga ada hiasan seekor kuda yang berkilat cantik.  

Dia berhenti di teksi kami dan memberitahu bahawa seekor kuda hiasan itu berharga 175,000 Rp atau RM50.75 dan hiasan ikan lumba2 berharga 100,000 atau RM29.  Disebabkan keadaan ekonomi yang mendesak jualan ditepi jalan dilihat seperti jualan yang terlalu memaksa. Menanti kenderaan bergerak dan mengelilingi kenderaan adalah perkara biasa dan ini juga menakutkan anak2 aku.  

Pemandu teksi memberitahu jangan membuka tingkap kenderaan kerana pasti yang lain akan menyerbu juga.  Lalu tawar menawar berlaku dalam keadaan tingkap teksi tutup rapat. Aku sudah membuka mulut untuk melihat.  Penjual mengangkat tinggi hiasan lumba2 itu dan merayu supaya jualannya dibeli.  Aku membuka mulut dan memberitahu jika 100,000 Rp atau RM29 untuk 2 hiasan ikan lumba2 pasti aku beli.  Muka penjual nampak sedih tetapi beria2 untuk menjual tapi aku ada kuasa untuk memilih tidak membeli atau peniaga setuju dengan aku.  

Teksi berjalan perlahan merangkak dan penjual bersetuju untuk menjual dengan harga yang aku tawarkan.  Duit bertukar tangan dari pemandu teksi dengan penjual tetapi bukan dengan aku kerana pemandu teksi baik memastikan aku tidak diserbu jika membuka tingkap teksi.  Penjual membuka mulut lagi dan memberitahu bahawa hiasan kuda pula mahu diturunkan kepada 75,000 Rp atau RM21.75 Aku mengeleng kepala dan kenderaan terus bergerak.

Suka hati aku kerana harga yang aku tawar diterima dan 2 hiasan lumba2 sudah berada ditangan. Tinggi hiasan itu lebih kurang sekaki. Apa yang berlaku seterusnya kepada 2 hiasan lumba2 itu menjadi cerita didikan anak2 disebabkan kita sendiri.  

Hiasan ikan lumba2 dibalut cantik isteri didalam beg kerana mahu memastikan ikan lumba2 dari Jakarta ini sampai selamat ke Malaysia.  Akhirnya kami sampai ke Malaysia dengan selamatnya membawa 2 hiasan ikan lumba2.  Pagi2 lagi anak aku yang paling tua, terus mengeluarkan barang2 dari beg dan mencari barang2 kepunyaan dia.

Perhiasan ikan lumba2 juga telah dikeluarkan dengan selamatnya dan diletakkan di sebelah beg pakaian kami.  Aku menyaksikan sendiri dan keluar pagi2 lagi untuk mencari sarapan keluarga di Taman Bukit Subang.  

Kembali dari membeli sarapan, isteri aku memberitahu bahawa perhiasan ikan lumba2 telah pecah dan terbahagi dua.  Aku terus ke meja dan melihat keadaan pecah tersebut.  Semua anak2 aku diam tidak berdenyut.  Aku mula bertanya siapakah yang pecahkan hiasan ikan lumba2 itu.  Anak lelaki aku yang kecil mengangkat tangan.  Senyum tanpa salah.


Dia memberitahu bahawa selalu aku membelikan dia belon ikan lumba2 dan dia telah memukul perhiasan ikan lumba2 itu ke lantai dan pecah.  Bukan satu tetapi kedua2 telah hancur di rumah aku. Ada 2 moral cerita boleh kita ambil dari masalah aku ini iaitu walaupun kuasa membeli memilih atau tidak membeli berada di tangan kita, kita jangan menggunakan kuasa sehingga peniaga rasa tidak berdaya untuk menolak disebabkan suasana ekonomi yang mencengkam.  Yang kedua jangan marah anak kerana selama ini itulah didikan kita. Perhatikan kenapa ia berlaku dan beristigfar dengan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment