Ini adalah percutian kedua ke Jakarta bagi aku. Tapi bagi anak2 aku mungkin yang pertama. Pada tahun 2011 dulu aku dan keluarga sudah ke sini dan menaiki kenderaan yang sama iaitu KLM. Aku sudah sebulan menempah dari KLM dan menempah hotel di Best Western, Hotel & Residence Mangga 2. Cuti kali ini aku akan membawa anak2 ke Ancol - Ocean Dream Samudra.
Kapal terbang kami KLM akan bergerak pukul 17.05 dari KLIA dan mungkin sampai pada pukul 6.05 waktu Jakarta. Perjalanan selama 2 jam dari KLIA ke Jakarta. Beberapa isu kena difikirkan sebelum membuat keputusan untuk bercuti jauh ini. Apa kenderaan yang hendak membawa kami berenam ke KLIA? Kalau naik teksi kos teksi mungkin diperlukan kenderaan MPV kerana kami ramai dan membawa beg yang besar. Berapa hari hendak pergi? Bagaimana dengan kos yang akan ditanggung?
Akhirnya setelah menjengok2 internet dan aku telah mendapat satu jalan iaitu menempah KLM yang kapalterbang yang besar dan hanya transit di KLIA. Kos lebih murah dari Airasia yang aku jengok tadi. Seorang hanya dikenakan kos sebanyak RM375 untuk pergi balik.
Aku juga dapat tahu perihal Putrajaya Sentral Park & Ride. Pakir di sana hanya sekitar RM4 sehari. Dan perjalanan yang penuh telah terancang indah untuk bercuti ke Jakarta.
Kami bergerak dari rumah sekitar 12 tengahari. Sesampai kami di Putrajaya Sentral, pakir seperti tidak menyembelahi kami. Penuh dan sesak. Berpusinglah kami dari tingkat ke tingkat dan sekitar 10 minit ada satu keluarga baru tiba dan mengeluarkan kenderaan mereka. Dapatlah kami memakirkan kenderaan dengan selamatnya di tingkat P2.
Benda2 baru yang akan berlaku kepada kami sekeluarga bermula dari Putrajaya Sentral lagi. Tiket untuk ERL untuk dewasa adalah RM6.20 seorang dan kanak2 sebanyak RM3. Pukul 1.15 kami sudah berada di KLIA dengan selamat bersama2 beg kami. Kami terus menuju untuk makan sebelum menunaikan solat jamak takdim di surau KLIA.
Pada pukul 3.15 pm kaunter KLM sudah dibuka dan kami memasukkan kedua2 beg kami dan terus menuju ke terminal berlepas. Perjalanan laju itu dinikmati oleh anak2 dengan bersuka ria.
Kapal terbang KLM masih belum tiba ketika kami sampai ke pintu E5. Kami berjalan2 sekitar terminal sehingga waktu dipanggil jam 4.30 pm untuk masuk balai berlepas. Aku dan keluarga mendapat perhatian lebih kerana kami berenam dan anak2 masih kecil. Kami dipanggil dulu untuk masuk ke dalam kapal terbang.
Kapal terbang bergerak tepat pukul 17.05 pm dan dalam perjalanan 2 jam itu kami diberi 'pie' yang didalamnya seperti rasa karipap. Sekadar memberi ruang masa sebelum sampai ke Jakarta. Jam 19.05 atau 18.05, kami sampai ke lapangan terbang Soekarto Hatta.
Tiada perjanjian mendapatkan teksi, aku hanya bergerak berdasarkan perasaan sahaja. Bila keluarkan dari balai ketibaan, beberapa orang datang mengerumuni kami untuk memberi perkhidmatan teksi. Berbagai tawaran diberikan untuk ke bandar Jakarta. Semua dalam sekitar 270,000 Rp ke 350,000 Rp atau RM78.3 dan RM101.5 apabila melihat satu keluarga kami.
Aku hanya mampu senyum dan terus bergerak ke luar. Aku akan mengambil teksi di luar dan akhirnya kami ke Hotel Best Western Mangga 2 dengan kos 200,000 Rp atau RM58 pada waktu sudah bergerak ke malam hari.
Kami sampai ke hotel sekitar jam 7.50 pm waktu Jakarta dan kepenatan membuatkan kami sekeluarga terus ke bilik dan berehat.

No comments:
Post a Comment