Yang selalu jengok

Sunday, August 30, 2015

Perjalanan ke Ivanovo - City of Brides

Berada di salah satu textile mall terbesar di Ivanovo
Perjalanan dari Moscow ke daerah Ivanovo, Ruse Province melalui darat akan memakan masa 4.5 jam.  Aku kena berada di sana sekitar 9 pagi maka perjalanan harus bermula sekitar pukul 5 pagi.  5 pagi di Moscow seperti pukul 7.30 pagi di Malaysia.  Aku kurang pasti adakah orang Malaysia sudah pernah tiba di Ivanovo ini atau aku menjadi orang yang pertama ke sana.

Aku dengan 2 orang kawan yang bekerja seminggu ini kena menghabiskan masa sehari di sana untuk melihat satu daerah lain di Russia.  Perjalanan ini pasti memenatkan dan pemandu yang akan membawa kami esok sudah diperkenalkan kepada kami.  Dia akan memandu Nissan Teana dan mengambil kami dari Mercure Hotel, Stevlana pada pukul 5 pagi 18/08/2015.

Perjalanan bermula dengan suasana di luar dalam keadaan sekitar 11% celcius.  Mungkin sebab seronok kami tidak terasa penat untuk pengembaraan 4.5 jam itu.  Ivanovo berada di Timur dari Moscow, sejauh 264 KM sahaja tetapi disebabkan kebiasaan perjalanan kami diberitahu 4.5 jam adalah perjalanan biasa dari Moscow ke Ivanovo.

Jalan awal dari Russia - Lurus terus
Ivanovo mula dikenali pada tahun 1561.  Ia terkenal dengan industri textile dan migrasi kaum wanita yang banyak kerana industri tersebut sehinggalah dipanggil "City of Bride" atau "Bandar pengantin perempuan".  Mengikut rekod terdapat 400 kilang textile terdapat di Ivanovo.  Di hati kecil aku, pasti bandar perempuan ini menantikan kedatangan lelaki setiap hari.

Sekitar perjalanan sejuk pagi itu hanya terdengar dari corong radio kereta lagu2 lama Inggeris. Mungkin pemandu mahu menghibur hati penumpang seperti aku.  Sebenarnya aku lebih terhibur melihat perjalanan yang seperti basah sepanjang jalan.  Bukan disebabkan hujan tetapi seperti basah sepanjang masa.  Sekarang adalah musim panas di Russia iaitu bulan July sehingga September.  3 bulan panas ini digunakan oleh orang Russia untuk bercuti sakan.

Jalan yang dilalui tiada yang melencong ke kiri atau ke kanan.  Hanya lurus dan lurus.  Tiada tol sepanjang perjalanan dan suasana sejuk menjadikan kami lapar.  Sarapan pagi tadi di Hotel tidak membantu sangat perut kami lalu kami singgah di sebuah stesyen minyak.  Sarapan dan minum memanaskan badan.  Sekarang sudah pukul 7 pagi - 2 jam dari Moscow.
Jalan lurus

Singgah di SP market - R&R kedai minyak

Perjalanan akan melalui bandar Vladimir dan terus ke Ivanovo.  Sepanjang perjalanan aku agak terhibur dengan suasana kampung di sana.  Ia menyerupai cottage seperti cerita trilogi, Peter Jackson - Lord of the Rings - rumah2 Hobbit dalam filem tersebut.  Cantik dan ada industri yang dipaparkan di sepanjang jalan seperti patung kanak2 dan kraf tangan yang cantik.  Aku tidak berhenti untuk menjengah kerana ada kerja yang lagi penting di Ivanovo.



Kira2 jam 9.15 am, aku sampai ke Ivanovo.  Kerja terus dijalankan tanpa berhenti untuk makan dan minum.  Perut lapar hanya digalaskan dengan makan coklat yang dihidang pada aku.  Aku perhatikan di syarikat itu terdapat lebih dari 80% perempuan dan ini menambah yakin aku bahawa cerita "city of bride" ini bukan main2 tetapi kenyataan.

Seterusnya pada tengahari itu, aku dibawa melihat2 sekitar Ivanovo dan terus ke Masjid yang sedang dalam pembinaan.  Terasa haru di hati melihat masjid merah di bandar Ivanovo.  Percayalah berada yang tempat majoriti bukan Islam melihat masjid pasti menyejukkan.  Walaupun suasana memang sejuk ketika itu.  Masjid mesti menjadi tempat singgah dimana boleh mendapat makanan yang halal, berjumpa dengan orang Islam yang lain dan bersolat Tahiyattul masjid.  Aku tidak sempat bersolat di masjid tersebut dan hanya melihat2 keliling masjid yang masih dalam pembinaan.

Masjid di Ivanovo, Ruse Province

Ini adalah gereja Katolik Ortodox - berkubah seperti masjid
Dan akhirnya, aku singgah ke Supermarket textile yang terbesar di Ivanovo.  Di depan supermarket itu terdapat banyak bas yang hadirnya ke situ pasti membeli belah.  Kebanyakan yang datang adalah perempuan dan industri di Ivanovo ini memang pasti menjadi idaman wanita2 yang mahu tahu tentang textile.  Aku juga membeli belah untuk anak2 kerana yang pasti aku hanya tahu memakai dan tidak tahu perihal kain2 ini.
Ini adalah Supermarket terbesar untuk textile di Ivanovo

Pada pukul 2, aku sudah bersedia balik ke Moscow dan perjalanan 4.5 jam akan diharung kembali. Cerita Ivanovo ini sesuatu yang seronok untuk aku kongsikan.  Cerita tentang bandar yang penuh dengan wanita dan textile.  Penduduk lebih kurang 450,000 orang dan kalau dalam google diberitahu salah satu bandar yang akan pupus kerana tradisinya yang dikekalkan, bank2 tidak perlu ATM untuk berniaga, universiti2 bercerita tentang kain, lelaki yang kurang, migrasi pemuda pemudi ke bandar Moscow dan peningkatan penduduk yang amat lemah.  Aku rasa seperti diperlukan di bandar ini.


2 comments: