Yang selalu jengok

Monday, August 17, 2015

Perjalanan ke Moscow, Russia I

Hari ini aku akan penuhi perjalanan hari yang paling sibuk 15/08/2015.  Duit ke sana belum di tukar, depan rumah, jiran buat jamuan hari raya dan aku perlu sampai ke KLIA2 pada pukul 4 petang. Kapal terbang ke Bangkok akan bergerak pada pukul 6.45 pm.  Pagi2 lagi aku sudah mengerahkan semua ahli keluarga bersiap dan isteri juga sibuk berkemas kemungkinan mengiringi keluarganya untuk kerumah Mak Cik nya di Kuang - ada kenduri Aqiqah untuk cucunya.  Sekitar jam 9 semua sudah bersiap dan tiba2 isteri aku bertukar rancangan.  Dia akan menuruti aku ke Shah Alam untuk tukar duit dan seterusnya beraya di rumah jiran. Lebih baik begitu.

Berapa tukaran yang perlu dibawa dalam perjalanan selama 7 malam ini dari 15/08/2015 sehingga 23/08/2015? Aku akan bermalam sehari di Bangkok di Mariya Boutique Residence dekat dengan Airport Antarabangsa Bangkok.  Aku tukar RM200 untuk mendapatkan Bath tapi pengurup wang memberitahu supaya mendapatkan 2,000 Bath dengan RM234.  Aku turut sahaja kata pengurup kerana duit ringgit sekarang menurun harganya.  Aku mendapatkan tukaran Euro sebanyak 1,400 dengan tukaran setiap Euro sebanyak RM4.59.  Susah hati melihat tukaran yang rendah kepada ringgit sekarang ini tetapi tugasan perlu dibuat.

Selesai menukar duit, aku terus ke Supermarket Alam Central membeli dua helai baju kemeja dan kasut untuk dipakai di sana.  Hari terlalu pantas untuk aku kejar. Selesai membeli aku dan keluarga bergerak pantas balik ke  rumah dan waktu sudah menunjukkan 12 tengahari dan beg untuk ke Moscow masih perlu diperkemaskan.  

Sesampai di rumah, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 dan aku terus berkejar memasukkan baju2 yang baru dibeli ke beg besar dan kasut untuk dipakai nanti di Moscow.  Aku terus bergegas mandi dan bersiap untuk menunggu waktu zohor.  Selesai solat, aku beritahu anak2 dan isteri untuk ke rumah sebelah berhari raya.  

Bila tiba ke khemah kenduri, tuan rumah En Kamal (seorang mualaf) menyambut aku.  Dia beritahu doa selamat akan bermula pada pukul 2.00 dan makan.  Hati agak cuak dengan acara kerana masa tapi sudut hati masih mahu meraikan jiran yang seorang ini.  Aku turut bersama dengan kariah masjid berdoa selamat untuk tuan rumah dan terus makan.  Waktu makan 2.25 dan aku terus berhenti ketika jam sudah menunjukkan waktu 2.45 pm.  Bergegas aku ke rumah dan mengeluarkan beg dan terus ke kereta.  Aku terpaksa mengalah kerana masa bergerak pantas.

Aku membawa laju kenderaan melepasi tol Gutrie dan menuju ke Plus Highway ke airport KLIA tetapi jalan tiba2 tersekat sementelah keluar dari tol Gutrie.  Tol di Bukit Jelutong melekat padat dan aku sudah sampai untuk tidak boleh menukar arah lagi.  Perlahan2 kenderaan bergerak dan lepasi tol bukit Jelutong dan jalan masih tersekat2 perlahan.

Pembinaan di sekitar jejambat untuk ke Seafield menyebabkan jalan tersekat2.  Aku sabar di dalam kenderaan dan masa bergerak pantas dari biasa, hati cuba berkira2.  Lepas sahaja selekoh jalan masih tersekat2 aku mengambil keputusan untuk masuk ke USJ dan melalui Puchong terus ke Putra Jaya. Aku sudah bertekad untuk memangkir kereta aku di Putra Jaya Park & Ride selama 8 hari.

Sekitar jam 3.45 aku tiba di Putra Jaya Park & Ride dan secara kelam kabut aku menaiki ERL terus ke KLIA2.  Perjalanan terurus rapi dan aku tiba di KLIA 2 pada pukul 4.15 di kaunter check in. Alhamdulillah semua tersusun indah.  

Perjalanan aku ini adalah 2 jam terus ke Bangkok, tidur semalam di Mariya Boutique Residence dan pagi Ahad sekitar jam 10.45 akan bergerak ke Al Maty Kazakhstan sebelum ke Moscow.

No comments:

Post a Comment