Yang selalu jengok

Thursday, February 12, 2015

Bertemu Kekasih (Nik Aziz Nik Mat 10 Januari 1931 - 12 Februari 2015)



Semalam malam seperti ikut suram mendengar cerita ini.  Kalau nanti ada air hujan yang jatuh pasti itu adalah air mata mengiringi pemergian Tok Guru ini.  Tok Guru ini bukan calang2 orang. Lawan dan kawan menghormati sehingga ke akhirnya.  
Nanti tiada lagi kata2 hikmat, kata2 kiasan, kata2 meletak agama paling atas datang dari Tok Guru ini. Dia bukan ada selalu di dunia ini.  Dia bukan ada berganti. Dan aku merasakan pemergian ini paling dirasakan oleh orang Kelantan. Tetapi ketahuilah Tok Guru ini adalah milik semua.  Bukan untuk satu daerah, kampung atau negeri sahaja.  
Khidmatnya luas dan yang paling aku ingat kalau di Selangor, dia pernah diharamkan berceramah. Ikut adat berperang, lawan takut maka pengaruhnya amat kuat.  Semoga roh beliau dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para2 sahabat, solihin 
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

No comments:

Post a Comment