Di zaman Nabi Musa A.S, terdapat seorang manusia yang tersangat jahat. Jahat orang ini sehinggakan sekampung tidak boleh membuat apa2. Dan mereka berdoa kepada Allah SWT untuk membuat sesuatu kepada lelaki jahat ini.
Maka Allah perintahkan Nabi Musa A.S pergi ke kampung orang jahat itu dan halau pergi ke kampung lain. Nabi Musa berjumpa dengan si jahat dan menyuruh si jahat keluar dari kampung itu. Si Jahat berlalu pergi ke kampung lain tetapi masih mengulangi perkara jahat tersebut.
Kampung itu pula memohon pada Allah SWT buatlah sesuatu kepada si Jahat ini. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa A.S pergi berjumpa dengan si Jahat itu dan halau si Jahat ke tempat di mana tiada orang di situ. Maka padang pasir adalah pilihan terbaik.
Si Jahat diletakkan di padang pasir yang tiada manusia di situ. Semakin lama semakin lemah tubuh badan si Jahat dan si Jahat terbaring kelemahan. Ketika itu dia berdailog dengan Allah SWT dengan lenangan air mata.
"Ya Allah, jika ibu aku berada pasti ketika ini aku sedang terbaring di peha. Ya Allah jika ayah aku berada di sini pasti aku dipapahnya. Ya Allah, jika isteri dan anak2 aku berada di sisi aku ketika ini, pasti mereka sudah berdoa memohon ampun untuk aku Ya Allah." Dia mengulang2 dailog yang sama memohon kepada Allah.
"Ya Allah, hati aku terbakar bila Kamu pisahkan aku dari ayah dan ibuku. Ya Allah, hati aku terbakar bila kau pisahkan aku dari isteri dan anak2 ku ya Allah. Aku pohon ya Allah, cukuplah hati aku terbakar disini jangan hati aku dibakar di neraka mu ya Allah"
Seketika, Allah perintahkan Nabi Musa A.S pergi ke padang pasir itu kerana lelaki itu sudah meninggal dunia. Dan Allah memberitahu bahawa Rahmat Allah lebih besar dari dosa2 yang dilakukan oleh si Jahat itu. Si Jahat sudah bertaubat.
(tazkirah oleh Ustaz Farid di Surau AL Mahdi 18/2/2015)
(tazkirah oleh Ustaz Farid di Surau AL Mahdi 18/2/2015)
No comments:
Post a Comment