Yang selalu jengok

Wednesday, February 25, 2015

Sudahkah kita berdoa untuk Ibubapa Kita?

Sudahkah kita berdoa untuk ibubapa kita? 

Aku sendiri pun kadang2 boleh lupa dan selalu berdoa untuk diri sendiri sahaja.

Dulu bila aku belajar, bila tiba hari nak periksa aku akan telefon mak dan ayah.  "Mak, esok Daus periksa. Susah mak.  Mak doakan daus ye mak" .  Nampak normal.  Tapi memang ya, selama kita hidup ini, bapa aku akan bersama solat hajat bila tiba musim peperiksaan.  Berdoa sakan untuk kejayaan anak2. Bila nak temuduga, ingatkan mak suruh doakan kita.  Bila nak kahwin pun aku bergebang dengan ayah, pohon restu dan minta doakan kesejahteraan.  Tak malu betul.

Minta redha ibubapa penting.  Hatta hampir semua benda kita pohon redha dan doa ibubapa.  Tapi kita sebagai anak selalukah berdoa untuk ibubapa. 

Pada 7 Zulhijjah 1435, sehari sebelum hari Tarwiyah (hari perjalanan menuju ke Arafah untuk berwukuf), aku menalifon ibu aku di Malaysia.  "Mak, Daus ni.  Esok kami akan bergerak ke Arafah. Mak doakan perjalanan Daus ni."  Bergenang air mata bila teringat hari2 di Mekah. 

Sudahkah kita berdoa untuk ibubapa kita?


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 


Hadith ini nampak mudah tapi bukan secara umum tetapi tepat dan terang.  Doa anak yang soleh. Anak yang soleh tak cukup kalau tak mendoakan ibu ayah mereka.  Aku juga jadi ibubapa kepada anak2 yang kalau solat bersama aku, aku akan berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh dan selalu mendoakan kita sebagai ibubapa. Kena cakap betul2 pada anak2.  

"Hari ini dah doakan ayah emak" Tanyalah kita pada anak2.  

Sudahkah kita berdoa untuk ibubapa kita?

Anak2 yang baik pasti tahu bahawa selama ini doa ibubapa yang mereka mahukan. Tukar posisi ini dan ibubapa kena mula beritahu pada anak2 untuk berdoa pohon pada Allah SWT keampunan.


No comments:

Post a Comment