Yang selalu jengok

Sunday, February 21, 2016

Ibubapa Rancang Masa Depan Anak


Ibubapa sekarang perlu merancang untuk anak2.  Betul rezeki Allah ada pada setiap makhluk tetapi kalau tidak berusaha maka pasti tidak mendapat rezeki.  Konsep takdir atau beriman dengan Qada' dan Qadar tanpa berusaha adalah beriman dengan salah.

Beriman dengan Qada’ dan Qadar termasuk salah satu daripada kewajiban Rukun Iman, meyakini bahawa seluruh penciptaan alam semesta mengikut ilmu Allah dan kebijaksanaan-Nya, sesungguhnya Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu dan berkuasa melakukan perkara yang dikehendaki-Nya.

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan).” (al-Qamar:49)

Sabda Rasulullah s.a.w :
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ : اكْتُبْ قَالَ : رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ : اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Maksudnya : “Sesungguhnya yang pertama diciptakan oleh Allah adalah ‘al-Qalam’. Allah berfirman kepadanya ; ‘Tulislah.’ Al-Qalam pun berkata; ‘Ya Tuhan, apakah yang aku akan tulis?’ Allah berfirman; ‘Tulislah akan qadar (ketetapan) dan segala apa yang terjadi sehingga menjelang Kiamat.” (riwayat Abi Daud)

Firman Allah :
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلا فِي أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Maksudnya : “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid:22)


Keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah memerlukan seseorang melaksanakan tiga perkara;

Pertama: Hendaklah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan baginya untuk mendapat kesenangan dan menjauhkannya daripada kesusahan dan segala larangan-Nya di samping bertawakkal kepada Allah dan meminta perlindungan daripada-Nya, maka jadilah ia sentiasa bergantung dengan Allah untuk mendapatkan perkara yang baik dan meninggalkan kejahatan.

Firman Allah :
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksud : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)

Kedua: Hendaklah berusaha mencapai tujuan akhirat sebagaimana usaha yang dilakukan untuk mencapai tujuan dunia. Adalah sangat menghairankan jika dalam urusan akhirat segala amal usaha ditinggalkan sementara dalam urusan dunia masing-masing sedar bahawa hanya beristirehat tanpa usaha dan perancangan adalah salah satu bentuk amalan menuju pengangguran dan kemiskinan.

Sabda Nabi s.a.w :
احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya : “Hendaklah kamu melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada kamu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, jangan kamu mudah berasa lemah (malas). Sekiranya musibah menimpa kamu maka janganlah kamu berkata; ‘Kalaulah dulu aku lakukan begitu tentu ia akan jadi begini’, tetapi katakanlah, ‘Allah telah menentukan dan setiap yang dikehendaki-Nya akan dilakukan-Nya’. Lantaran kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka peluang kepada syaitan.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w membimbing umatnya untuk bersemangat menempuh usaha yang bermanfaat dalam urusan dunia dan juga akhirat. Perintah Rasulullah s.a.w kepada umatnya untuk berusaha itu, baginda gabungkan dengan iman kepada taqdir, ini menunjukkan bahawa beriman kepada taqdir tidak menafikan keperluan strategi dan usaha untuk mencapai sesuatu hajat.

Ketiga: Hendaklah bersabar di atas perkara yang telah ditentukan ke atasnya dan tidak meratap atau menyesal, setelah dia mengetahui bahawa semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah maka dia redha dan berserah diri. Dia seharusnya mengetahui bahawa dia tidak mungkin terlepas daripada perkara yang ditetapkan untuk menimpanya dan perkara yang tidak ditetapkan ke atasnya tidak akan menimpanya.

Firman Allah :
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksud : “Katakanlah (wahai Muhammad); Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”(Taubah:51)

Ketika Khalifahan Umar al-Khattab r.a, beliau telah bermusafir bersama beberapa orang sahabat dari Madinah ke tanah Syam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabi’ul Akhir tahun 18 H, di mana perjalanan Umar adalah untuk melihat keadaan rakyat dan para gabenurnya. Setelah beberapa hari menempuh perjalanan, rombongan Umar mendapat berita bahawa Syam telah dilanda wabak ta’un. Umar kemudiannya bermusyawarah bersama para sahabat di dalam jemaah rombongan itu dan masing-masing sepakat memutuskan untuk kembali ke Madinah.

Abu Ubaidah r.a yang ketika itu menjadi gabenur di Syam berkata mempersoalkan keputusan Umar al-Khattab r.a, “Wahai Amir al-Mukminin, mengapa kamu lari daripada taqdir Tuhan?”

Umar r.a lantas menjawab, “Ya, aku lari daripada taqdir Allah kepada taqdir yang lain. Apa pendapatmu wahai Aba Ubaidah seandainya engkau memiliki seekor unta yang turun di sebuah lembah yang memiliki dua lereng, salah satunya subur dan yang keduanya tandus, bukankah jika engkau membiakkannya di tempat yang subur bererti engkau menggembala untamu itu dengan taqdir Allah? Begitu pun sebaliknya, jika engkau membiakkannya di tempat tandus, bukankah engkau menggembalakannya juga dengan taqdir Allah?”

Tiba-tiba datang Abdurrahman bin ‘Auf kerana keperluannya lalu berkata;
إِنَّ عِنْدِي مِنْ هَذَا عِلْمًا، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ؛ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Maksudnya : “Sesungguhnya dalam masalah ini aku memiki ilmunya, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; ((Jika engkau mendengar wabak ta’un di sebuah negeri maka janganlah kamu memasukinya, dan seandainya wabak ta’un terjadi di negeri yang engkau tinggal di dalamnya janganlah engkau meninggalkan negerimu kerana lari daripada ta’un)).” (Riwayat Muslim)

Merancang anak2 untuk masa depan bukan bermaksud cuba menukar takdir tetapi cuba lihat cerita Khalifah Umar yang mengubah perjalanan kerana mendapat tahu tentang merebaknya penyakit taun di Syam. Salah satu cara merancang untuk anak2 adalah bekerja di luar negara.

Melihat Malaysia menjadi satu2 negara untuk bekerja adalah tidak benar sekarang ini.  Rancang anak supaya mereka dapat diterima di luar negara.  Bergerak secara global dan mengetahui tentang keadaan negara luar pasti memberikan ruang lingkup lebih luas untuk anak2.  

Aku mengambil satu contoh sahaja iaitu Kanada yang memerlukan pekerja mahir dan separuh mahir untuk banyak industri.  Industri seperti bidang kejururawatan dan pembinaan diperlukan sangat di Kanada.  Kerajaan mereka memberitahu bahawa pekerjaan sebanyak 3 juta diperlukan sehingga tahun 2020. Diberitahu bahawa jika pekerjaan ini tidak dipenuhkan maka pendapatan dari percukaian pendapatan tidak mencukupi untuk kerajaan Kanada meneruskan pentadbiran selepas tahun 2020 nanti.  

Banyak orang bekerja bermaksud banyak cukai boleh dikutip.  Dalam waktu sekarang, penduduk Kanada tidak berada pada tahap paling produktif kerana masalah pertumbuhan penduduk yang berkurangan.  Lihat ini dan rancang untuk anak2. Pastikan penggunaan bahasa Inggeris mereka pada tahap yang paling bagus. Tetapi ibubapa mesti banyak membaca untuk mengetahui pekerjaan2 yang diperlukan pada sesebuah negara.

Antara negara yang memerlukan orang2 luar yang banyak adalah seperti German, Perancis, United Kingdom, Australia dan Amerika.  Dan cerita ini bukan main2. Rancang dari sekarang.



Sunday, February 14, 2016

KEPERCAYAAN MAKLUMAT

Semasa zaman PM Mahathir, percapaian informasi teknologi dan di antara frasa yang diperkenalkan adalah Electronik Government dan medikal assistant iaitu teknologi yang canggih membantu doktor untuk membuat satu2 pendekatan perubatan seperti pembedahan atau klinik membantu orang ramai tanpa perlu doktor hadir sesuatu tempat. Pencapaian ini bukan mudah tetapi memerlukan iltizam yang cukup tinggi dari kedua2 pihak iaitu Kerajaan dan orang ramai.  Dari sudut kerajaan mungkin berdasarkan infrastruktur dan orang ramai dari penggunaaan dan penguasaan mereka.  Tetapi paling penting adalah kepercayaan terhadap sistem yang perlu dibina ini.

Kalau dulu orang tidak percaya bahawa telefon akan menjadi kecil untuk dibawa kemana2 atau sistem perhubungan yang pantas seperti Skpe boleh berlaku. Kalau dulu orang tidak percaya kita dapat berkomunikasi dengan percuma walau kawan kita itu berada nun jauh di Barat.    

Aku masih ingat tentang ketakutan beberapa kawan tentang FB dan mampu menyebabkan pengguna senang disihir.  Atau jangan terlalu banyak meletak gambar nanti orang cuba manupulasi dan menyebabkan kita akan tertipu.  Berapa banyak pengguna FB setelah fasa ini berlaku.  Jika pengguna FB ini mengundi untuk popular pasti Mark Zuckerberg akan menjadi Presiden Dunia dengan pengguna yang melebihi dari 1.5 billion manusia di dalam dunia. 

Ketidak percayaan kepada data menjadi bualan sekarang apabila ustaz2 berceramah memohon pengguna2 internet supaya jangan percaya dengan Lebai Google atau pencarian maklumat didalam internet. Kenapa perbualan ini masih berlaku sedangkan promosi penggunaan internet untuk medikal atau apa sahaja sekarang menggunakan internet untuk mencari jawapan.  Penguna menjadi lebih senang dengan kehadiran internet yang berlambak informasi untuk sesiapa yang mahu mencari maklumat.  Kalau mahu doktor di gebangkan supaya jangan merujuk kepada Doktor Google.  Betul pada masa sekarang dan tidak betul pada masa akan datang. Akan datang maklumat dari Internet pasti diperlukan secepat mungkin dan boleh menyelamatkan nyawa pada masa itu.

Google adalah carian yang paling mudah.  Kalau mahu apa sahaja cuma perlu taip dan semua maklumat keluar.  Penyakit jantung dan cerita penyakit jantung akan berjela2 keluar dan ini amat membantu pengguna pada bila2 masa.  Adakah perlu percaya dan tanpa rujuk kepada doktor yang terlatih?  Maka misi penguna adalah mendapat maklumat sebanyak mungkin sebelum berjumpa dengan doktor.  Ini lebih membantu. Maklumat tentang penyakit banyak ada di dalam internet dan hanya perlu pastikan web dari sumber2 yang betul. 

Ceramah2 yang tidak dapat dihadiri juga boleh dicari didalam Youtube dan hanya membuat carian, taip dan semua ceramah akan keluar. Ustaz2 memerlukan internet lebih lagi dari pengguna untuk memastikan dakwah berlaku sekarang.  Guna FB, instagram atau blog untuk menyampaikan maklumat. Banyak application yang membantu pengguna.  Application Al Quran, azan, kejut tidur atau cara untuk bermekap.  Adakah semua ini proses penggantian. Bukan masih perlu baca Al Quran dan berazan untuk melalui proses ini.

Orang yang selalu menggunakan internet untuk mencari maklumat agama pasti melalui frasa berjumpa dengan ustaz dan maklumat diterima tidak dihadam begitu sahaja kecuali diperiksa dan dibandingkan maklumat.  Percayalah internet sudah banyak membantu dan bukan mencuri kerja ustaz untuk menidakan kerja2 dakwah.  Bergandinglah dengan internet untuk menjadi lebih ke hadapan.

Tuesday, February 9, 2016

Cerita Lepas Ceramah

Seorang budak lelaki datang tersenyum2 simpul menyerah diri untuk bercerita.  Dia duduk betul2 di sebelah aku dengan memegang cawan berisi teh. Setiap kali lepas ceramah, surau di sini tidak pernah lepa dengan makan dan minum. Waktu sudah menunjuk pukul 9.20 pm.  Hanya tinggal aku dan tok bilal surau bersembang2 cerita ceramah tadi.  Budak lelaki itu masih tersenyum2 minta perhatian.  

Budak itu berdehem dan tersenyum. "Pak Cik boleh tidur kat surau ni tak?" Aku berpaling dari cerita dengan tok bilal. Tok Bilal bertanya "Boleh, kau nak qiamulail ke esok?" Budak itu tersenyum "Bapak saya suruh saya keluar rumah". Tok Bilal menyambut "Kena halau ke?" Budak itu diam dan tersenyum kelat. Aku cuba menyibuk "Rumah kat mana?" "Kat blok depan tu saja".

Kami terus minum sambil diam beberapa saat.  Tok Bilal memecah sepi bertanya "Apasal bapak kau suruh keluar rumah?" "Dia suruh saya kerja tapi saya kerja sehari je lepas tu saya malas nak kerja" Aku angguk macam faham "Berapa umur kau ni?" Tanya Tok Bilal. "17 tahun pak cik".  Aku mencelah "Tak sekolah ke?" "Dah lama tak sekolah, last sekali tingkat 3 dulu"  Aku angguk dan mengeluh perlahan.

"Bapak kau kerja apa" Tok Bilal bertanya.  "Dia jual pasar malam".  "Apa yang dijualnya?" "Topi cap macam2 la".  Aku mencelah "Adik beradik berapa orang?" "Ada 7, saya yang ke 3".  Tok Bilal bertanya lagi, "Pernah tolong bapak kau niaga?" "Dulu ada la, sekarang tak lagi". "Pasar Malam kat sini dia ada berniaga?" "Kat sini tak pernah".

Diam beberapa saat lagi. Tok Bilal terus memecah diam itu "Malam ini kau tidor la surau ni.  Duit ada ke?" "Tak de, tapi saya makan cukup kat sini" Tok Bilal bersuara seperti arahan "Bila bapa kau pergi niaga pasar malam, balik la kat rumah.  Kain baju macamana? "Bapak saya dah kemaskan beg saya.  Saya letak beg kat bilik solat perempuan." 

Aku diam dan senyum "Pergilah balik, mak ada lagi kan? Marah orang tua tak lama" Tok Bilal menyambung. Budak itu bersuara getar "Saya jumpa bapak saya hari ini.  Saya pegang tangan dia, dia tolak suruh saya jangan balik" Aku mencelah "Kerja apa yang disuruh bapak kau tu?" "Dia suruh saya jadi jaga" Tok Bilal mencelah "Mungkin dia yang dapatkan kerja tu, tapi kau tak pergi. Marahlah dia.' Budak itu diam.

Aku mendengar masalah ini dalam berbagai sudut.  Ekonomi kapitalis ini terlalu mencengkap.  7 orang anak, tinggal di flat, sumber pendapatan hanya pasar malam. Anak2 menjadi saham akan datang untuk membantu.  Melihat yang tidak bekerja dan hanya tahu makan membuatkan orang yang mencari pendapatan tercabar.  Ini kehidupan zaman penuh mencabar.  Dan anak2 ini seperti tidak perlukan pendidikan.  Pendidikan mahal kata mereka. Kalau aku membesarkan mereka dan mereka tidak mahu bekerja maka mereka terlihat seperti melawan menderhaka pada aku.  Ekonomi ini membuat banyak orang menjadi seperti itu. Bapa budak itu setiap malam keluar mencari rezeki. Kadang2 banyak dan selalunya sedikit.  Dan bila sedikit, hati marah melanda. Tugas siapa untuk berfikir bagi mereka ini?     

Wednesday, February 3, 2016

Tukar MB

Pertukaran Menteri Besar adalah perkara biasa dan perlu diterima pakai oleh rakyat dan ini telah berlaku beberapa kali di Malaysia.  Cerita ini kononnya hangat sekarang kerana Kedah menukar MB mereka kepada yang baru secara paksa.  Betul atau tidak hanya pihak dalaman UMNO yang lebih mengetahui.  Paksa memang terdapat bila beberapa ketua bahagian UMNO membuat kenyataan memohon Mukriz meletak jawatan. Apabila ini dipersetujui oleh pihak UMNO di persekutuan maka pertukaran MB pasti akan berlaku.

Di Kedah juga bukan sekali ia berlaku.  Ketika zaman Perdana Menteri Mahathir, MB lama iaitu Osman Aroff ditukar kepada Sanusi Junid.  Bukan sedikit tekanan yang dibuat oleh Mahathir kepada Osman Aroff.  Orang dah pegang lama jawatan Agong di negeri pasti susah mahu melepaskan kerusi empuk itu.

Di Terengganu juga bukan senang ketika Ahmad Said mahu ditukar kepada MB Baru.  Kain rentang dipasang dan cubaan melibatkan istana juga berlaku.  Memang istana akan terlibat apabila pertukaran MB berlaku.

Di Selangor juga berlaku beberapa kali seperti ketika Mat Taib bertukar kepada MB baru.  Dan MB baru ini juga bertukar kepada Khir Toyo.  Tetapi agak berbeza kerana MB yang diminta tukar memang mempunyai beberapa kesalahan dan rakyat seperti bersetuju untuk bertukar.  Bukan setakat masa UMNO sahaja ia juga berlaku bila Pakatan Rakyat memerintah melalui Parti Keadilan Rakyat iaitu bila MB Khalid Ibrahim ditukar kepada Azmin Ali.  Nampak bukan senang kerana PKR terpaksa memohon pemegang adun Kajang pada masa itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Azizah.  Dan Azizah juga pernah meletak jawatan Ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Tetapi paling perlu diingati bagi rakyat Malaysia apabila pertukaran MB berlaku dari dua pihak yang berbeza iaitu di negeri Perak.  Rakyat Perak telah membuat keputusan dimana Nizar menjadi MB tetapi disebabkan 2 adun melompat kepada BN maka majoriti penyokong Pakatan Rakyat telah berkurangan maka BN telah ke istana Perak dan memohon untuk pertukaran MB.  Sepatutnya keputusan ini diberikan kepada rakyat Perak untuk ditentukan.  Ada perbalahan di dalam mahkamah tentang keputusan itu tetapi pertukaran di Perak ini bagi aku adalah satu kelemahan yang perlu diperbetulkan dan masyarakat diberikan penceritaan yang betul.  Sejarah ini akan dibaca selama2nya.

Jangan marah sangat bila pertukaran berlaku.  Kita sebagai rakyat masih menanggung GST tak kira kita layak untuk membayar cukai atau tidak.  Ekonomi masih tidak berpihak kepada kita walaupun bajet memberitahu bahawa pendapatan rakyat adalah ke arah pendapatan tinggi tetapi bukan semua yang mendapat tinggi itu.   "Change" atau berubah perlu dibuat.


Sunday, January 3, 2016

Bawa Anak2 Bercuti

Bercuti ke Penang

Ibubapa kena rancang awal untuk bawa anak2 bercuti.  Percutian yang berharga tinggi memerlukan kos yang tinggi dan tahap menyimpan duit juga kena bersistem. Percutian tidak perlu sehingga bergolok bergadai.  Malaysia juga mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati.  Balik kampung dan berkawan dengan anak2 kampung pasti dibawa ke tempat yang paling menarik bagi mereka. Ini juga berlaku bila anak2 dari kampung datang ke bandar, rumah aku pasti macam kena bom.  Ini adalah cerita percutian.

Ada yang bertanya kenapa perlu membawa anak bercuti atau berjalan2. Perlu atau tidak? Biarkan anak2 bermain di rumah sahaja sepanjang percutian.  Adakah bercuti itu mahal? Kenapa murah tidak dicari? Atau murah seperti tidak berjalan? Atau murah itu kurang pengalaman?

Beberapa sebab kenapa anak2 perlu dibawa bercuti?

1. Dapat mengenal tempat orang? Semalam aku baring bersama anak2 dan bercerita tentang percutian yang mereka lalui sepanjang percutian sekolah? Anak yang kecil memberitahu dengan kelat kanak2. Penang dan kolam katanya.  Aku bertanya lagi "Dalam Malaysia ada berapa negeri?" Anak perempuan aku memberitahu "Ada 6....satu Melaka, Perak, Penang, Johor, kelima Selangor dan Baling Kedah".  Ini adalah pengetahuan am yang perlu disemai pada anak2 kita.
(kesemua negeri yang disebut adalah tempat2 percutian yang kami sekeluarga pernah pergi). Bila kita berpergian maka ingatan mereka lebih kuat dan pandai bercerita.

2. Pengetahuan agama ditingkatkan? Aku kerap bercuti di tempat yang jauhnya lebih 2 marhalah. Ada yang mungkin bertanya apa itu 2 marhalah. 2 masalah mungkin biasa tapi marhalah.  2 marhalah adalah jarak yang dibenarkan untuk bersolat secara jamak dan qasar.  Ia dikirakan bermusafir.  Niat baik iaitu ingin melihat keindahan dunia Allah SWT dan bercerita dengan anak2. Ibubapa mesti bersedia dengan pengetahuan agama dan mencari jawapan kepada masalah musafir dan indahnya bermusafir.  

3. Dapat beli cenderahati? Anak2 aku diberi peluang memilih cenderahati yang mahu diberikan kepada kawan2 sekadar kemampuan. Dengan ada cenderahati ini mereka bercerita tentang tempat dan memberitahu aktiviti mereka di tempat percutian. Orang dewasa juga rasa seronok bila dapat cenderahati dari orang yang berpergian inikan anak2 yang bercerita tentang sesuatu tempat bersama keseronokan. Cenderahati tidak terlalu mahal tetapi bercerita indah tentang tempat. 

4. Melihat budaya orang. Mereka selalu melihat sesuatu tempat berbeza dari orang dewasa.  Anak perempuan aku bercerita tentang cara orang Jakarta memanggil pelanggan untuk makan.  Terlalu menakutkan kerana mereka menarik2 tangan dan ini tidak berlaku di Malaysia. Anak perempuan aku juga dapat membeza percakapan orang Kelantan dengan Kedah atau Perak berdasarkan telo mereka sahaja. Kalau mereka dengar di kawasan rumah aku maka anak perempuan aku akan beritahu bahawa orang itu Kelantan atau Kedah tanpa sangsi.

5. Pandai berkemas.  Sebelum berpergian, anak2 aku ini akan pandai mengemas dan mengambil barangan yang perlu untuk dibawa.  Kalau ada kolam renang maka baju2 renang pasti dikumpulkan hatta aku sendiri diperingatkan oleh mereka.  Mereka akan ingatkan ibu mereka tentang sikat, berus gigi atau barangan untuk berkelah.

Bawalah anak bercuti dan bercerita dengan mereka tentang sesuatu tempat.  Perkongsian ini hanya dapat kalau ibubapa juga berkehendak begitu. Jangan biarkan anak2 berimiginasi sendiri tanpa kita ada disisi. Cerita dengan mereka Gunung apa paling tinggi di Malaysia, dimana dan bagaimana hendak ke sana.  Cerita juga dengan mereka Tasik apa paling besar di Malaysia, di mana dan bagaimana hendak ke sana? Jalan darat atau jalan udara? Didik anak waktu berpergian mungkin lebih bermakna cuti kita InshaAllah.  


Thursday, December 31, 2015

Tahun 2015

Di Stesyen Metro, Paveletskaya, Moscow
Apa yang berlaku pada tahun 2015 pasti berlalu tidak boleh berundur. Tiada yang boleh diulang kecuali perkara2 yang tidak habis dibincang atau memang sentiasa menjadi cerita hangat.

Aku sendiri

Aku 45 tahun. Tahun ini menjadi satu titik beza bagi aku kerana tahun ini aku dapat ke Moscow Russia pada bulan Ogos dahulu.  Musim panas yang pasti seronok dilawati.  Aku bekerja bukan berehat selama 8 malam di Moscow sambil melihat tempat orang. Dan cerita ke Russia ini mungkin akan bersambung fasa baharu jika aku pergi ke sana pada tahun 2016.

Cuti2

Tahun ini kami sekeluarga bercuti banyak di Malaysia Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Penang pada akhir tahun 2015.  Bulan March 2015, kami sekeluarga juga ke Jakarta cuti penggal pertama sekolah. Kami juga naik bas Hop Out Hop In Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk melihat tempat percutian di Kuala Lumpur dan di Penang.

Isteri

Masih seperti dahulu dan aku terus merindui bila berjauhan.  Masak makin sedap dan berat badan aku naik tak terjaga. Bijak berkeluarga dan berkorban untuk aku bila2 masa.  Makanan baru terus dicuba buat.  Kadang2 jadi dan kadang2 aku tengok je.


Anak2

Nabil sudah habis tahun 4 dan akan menjadi Pengawas Pusat Sumber 2016.  Aqila pula naik ke tahun 2 dan Aniq sudah mendaftar ke tadika.  Aalia masih seronok untuk tidur dengan aku dan isteri. Anak2 sudah pandai merajuk bila tidak dapat apa yang mereka hendak.  Masih mendengar kata dan Nabil cuba solat penuh dan selalu gagal.

Kerja

Aku masih bekerja dengan syarikat yang sama seperti tahun2 dahulu.  Ini adalah tahun ke 5.  Masih membuat benda2 sama. Agak senang tanpa gangguan. 

Politik

Tahun yang gagal bagi aku.  Ada cerita RM2.6 billion masuk dalam akaun orang yang paling berkuasa di Malaysia dan bantahan tidak dilayan atau diperkecilkan cerita.  Cerita mengganggu juga apabila beberapa orang penting PAS keluar dan menubuhkan Parti Amanah.  Dan paling mengganggu fikiran juga bila PAS diceritakan seperti akan bergabung dengan UMNO. 

Kesihatan

Full check up buat pada bulan November 2015, BP ok di 110/70, ECG normal, Kidney tak de masalah dan Liver ok.  Diberitahu juga bahawa urik asid dan kolesterol berada dalam keadaan tinggi. Dinasihatkan mengambil ubat secara tegar harian malam dan pagi.  Kadang2 aku ingat kadang2 aku lupa.

Ekonomi

Tahun yang tidak menunjukkan prestasi apa2.  Kita kena sendiri mencipta bonus.  Syarikat tidak membayar bonus dan kenaikan gaji yang agak minima.  Harga barang naik dan cerita GST yang menyemakkan. Untuk mendaftar anak pada hujung tahun, ibubapa mesti mengumpul duit atau akhirnya meminjam adik beradik.

Blogging

Sudah memasuki fasa baru dimana Dunia Firdaus sudah mencapai angka 100,000 pengunjung. Mereka membaca atau tidak, tidak diketahui tetapi beberapa maklumat penting seperti tulisan yang paling banyak dibaca adalah Gaji di Bank.  Dan post paling popular tahun ini adalah Surat Tawaran Haji.





Tuesday, December 15, 2015

Dilema Tudung


Kita biasa dengar tentang kemarahan orang tentang majikan menyuruh pekerja membuka tudung untuk bekerja dengan mereka.  Dan baru2 ini cerita tentang jururawat swasta yang diarahkan berhenti kerana tidak mahu memakai seragam hospital swasta yang berlengan pendek. Marah dan memang menimbulkan kemarahan pada Muslim.


Cerita ini juga membuatkan aku teringat ketika aku bersama dengan Bank Muamalat (M) Bhd sekitar tahun 2006 - 2010.  Ketika itu aku selalu dipanggil untuk menemuduga bakal pekerja2 baru.  Sekitar 8 - 12 orang akan aku temuduga dan bermacam2 perangai yang akan aku simpulkan.  Dan ini berkaitan dengan cara pemakaian untuk Bank Mualamat (M) Bhd.

Ada satu ketika, seorang pemohon gadis bertanya tentang status pemakaian yang perlu dipakai. Gadis ini berbaju kurung tetapi tidak bertudung. Dia bertanya "Bolehkan saya tidak bertudung nanti bila bekerja" .  Aku dengan tegas memberitahu bahawa bertudung untuk institusi Bank berimej Islam ini mestilah wajib.  Dia mengeluh kerana berdasarkan pengalaman bekerja di bank dahulu dia adalah pemohon paling layak untuk jawatan itu.  Aku memujuk dan gadis itu bersetuju tetapi dia bertanya lagi "Kalau diluar waktu pejabat bagaimana Encik?" Aku diam tersenyum.  Mungkin Allah hanya ada di dalam bank ini sahaja.

Aku ingin marah seperti orang marah bila bertudung disuruh buka.  Dan majikan ini pula terbalik. Orang tak bertudung diminta bertudung tetapi minta diskaun untuk tidak bertudung.  Dan aku tidak pelik perkara ini berlaku.  Jangan marah terus.  Aku pernah melihat pekerja2 Bank aku ini juga buka tudung2 mereka bila habis waktu kerja.  Adakah ini baju seragam bentuknya?  

Adakah tudung ini hak persendirian?  Cuba kita lihat orang bekerja di Mc Donald atau KFC atau A&W dan majikan mengarahkan semua yang bekerja memakai topi.  Arahan ini diambil seperti tidak melihat kiri dan kanan.  Tiada isu agama di sini.  

Aku juga pernah bekerja di Maybank dan ada pekerja2 aku yang bertudung waktu siang dan di waktu malamnya tidak.  Bila ada hari keramaian kadang2 aku sendiri tidak kenal yang rambut berwarna jingga itu adalah salah seorang pekerja aku.  



Sunday, November 29, 2015

Mari Berwakaf Al Quran


Pada salah satu malam di Taman Bukit Subang, selepas Kuliah Fiqh yang diperdengarkan oleh seorang Ustaz muda, seorang lelaki berdiri mohon laluan.  Dia memberitahu bahawa beliau berasal dari Johor dan mempunyai 8 orang anak.  Dari cara beliau membuka bicara, kami sekariah pasti sudah biasa dengan pemohonan bantuan yang selalu datang ini.  Tetapi kali ini pelik sedikit penerangan yang diberikan oleh lelaki berdiri itu.

Dia memberitahu bahawa beliau mempunyai kesemua anak yang buta.  Subhanallah kuasa Allah SWT tidak kita ketahui hikmah disebaliknya.  Beliau menyambung cerita bahawa kesemua anak2 beliau membaca Al Quran dan salah seorang dari mereka sudah hafiz Al Quran.  MasyaAllah kurnia Allah siapa yang tahu.  Beliau menyambung lagi bahawa sekarang anak yang keempat pula memerlukan Al Quran Braile untuk bacaan harian dan hafalan mereka.  Beliau memohon bantuan dari pihak kariah kami untuk mewakafkan Al Quran Braile untuk anak beliau.  Beliau memberitahu anak2 beliau akan menghafal Al Quran dan pahala itu kembali kepada sesiapa yang mewakafkan untuk anak beliau.

Al Quran Braile itu di letakkan di belakang kawasan umum dengan 6 jilid dan setiap jilid setebal 3 inci dan Al Quran Braile ini pasti untuk orang2 yang buta membaca dan menghafal.  Lelaki berdiri itu menyambung lagi senaskah Al Quran atau 6 jilid Al Quran itu perlu ditempah khas dan kos membuat satu Al Quran Braile adalah RM3,200 (Tiga Ribu Dua ratus Ringgit Sahaja).

Bila bab duit itu disebut aku tersedak perlahan.  Bagaimana kita melayan orang buta Islam yang mahu belajar AL Quran?  Kita yang nampak depan belakang dan Al Quran yang banyak di rumah, surau atau masjid tidak sampai RM100 untuk senaskah Al Quran.  Wakaf Al Quran di Masjid Nabawi yang bertali kuning juga sekitar RM50 sahaja.  Bagaimana orang buta mahu timbul minat untuk membaca jika kos senaskah Al Quran boleh sampai sehingga RM3,200.

Aku tersedak lagi sendiri selepas solat terus melihat Al Quran Braile itu di belakang.  Sambil bersembang dengan lelaki yang mempunyai anak 8 orang, aku pohon nombor akaun bank jika nanti aku boleh bantu.  Melihat AL Quran Braile yang berjilid 6 itu dan perlu dibawa dengan kotak, kemungkinan harga RM3.200 terlalu tinggi untuk orang Malaysia bersimpati kepada orang buta.

Aku mencari2 cerita Al Quran Braile di internet dan membaca di KL Braille Malaysia sedang ada program mewakaf Al Quran Braille dan memberitahu disebabkan kos membuat Al Quran Braille memerlukan masa panjang dan kos yang tinggi maka wakaf diperlukan untuk membuat senaskah Al Quran Braille atau 6 jilid AL Quran adalah RM250.

Aku tersedak perlahan2 mengingatkan lelaki yang berani berdiri di surau memohon bantuan dengan senaskah AL Quran Braille berharga RM3,200.

Wednesday, November 25, 2015

Pendidikan Awal

Tahun baru akan bermula kurang dari 2 bulan.  Perbelanjaan menuju ke situ pasti mengambil beberapa perkiraan ibubapa yang prihatin tentang anak2 mereka.  Anak2 yang berumur 4 tahun kemungkinan boleh dihantar bersekolah untuk jadi pandai atau tunggu sehingga mereka 6 tahun untuk mengenal pelajaran.  Perkiraan ini menyebabkan ibubapa termenung berfikir.  

Kalau mahu di hantar ke tadika beberapa perkiraan perlu di buat seperti perbelanjaan bulanan yang tinggi sekarang ini.  Seharian atau separuh hari? Bagaimana pendidikan awal yang diberikan? Ada bukti yang kukuh atau hanya mendengar cerita kawan2.  Ibubapa sekarang kena tahu bahawa pendidikan awal sekarang terlalu penting kerana berdepan dengan pendidikan yang diterap disekolah2 kebangsaan yang berorentasikan keputusan peperiksaan.  

Masuk darjah satu maka satu ujian dibuat untuk pemilihan kelas.  Jika keputusan tidak memuaskan maka kanak2 itu akan duduk di kelas paling akhir dan sekolah tidak menumpu perhatian kepada kelas yang sebegini kerana reputasi sekolah berada di atas kertas peperiksaan.  Mana sekolah yang paling banyak memberikan A kepada pelajar2.  Maka ibubapa berfikirlah sejenak.

Ibubapa sekarang tidak boleh mengharapkan maklumat ini akan datang sendiri kepada mereka.  Cari dan bertanya kepada yang lebih tahu.  Maklumat dari kawan2 adalah satu sumber yang ada untuk mengetahui bagaimana keadaan sesebuah tadika.  Datang pada hari terbuka sebuah tadika dan bertanya.  Dan selalunya jika sebuah tadika itu berana membuat hari terbuka maka maklumat mereka lebih terbuka dan bagi aku mungkin bagus.

Cerita tadika juga boleh dibuat dengan hanya melalui telefon.  Cuba ketahui tentang program mereka dan buku2 yang mereka guna.  Ini boleh mencorak pola dan bukti bahawa mereka tahu apa yang perlu dibuat.  Jika yang menjawab telefon hanya tahu tentang yuran  yang perlu dibayar, tolong siasat lagi kerana sekolah awal ini terlalu banyak membuat duit tetapi tidak melahirkan pelajar2 yang berhemah.

Anak2 adalah kain putih yang diwarnakan oleh ibubapa.  Bersedia menjadi ibubapa bila ada orang sudah memangil kita ayah atau ibu.

Wednesday, October 14, 2015

Tol Naik

Tol pun naik hari ini 15/10/2015 tanpa bantahan.  Bantahan yang diketahui di buat oleh Parti PAS berlaku di section 13 semalam tidak mendapat sambutan yang sepatutnya untuk mengagalkan Highway Gutrie untuk mengekalkan tol RM1.40 kepada RM1.90.  Kenaikan sebanyak 35.7% tinggi tapi entah mengapa bantahan sedikit yang di buat.  Hanya sembang2 kosong di Whatapp dan FB untuk seronok di baca.  


Tol yang dinaikkan bukan hanya di Highway Gutrie tetapi di setiap highway kecuali PLUS. Kenaikan tol sebanyak 20% ke 40% seolah menyambut kedatangan Awal Muharram 1437. Kenaikan tidak dapat dielakkan oleh Konsesi selepas ditolak beberapa kali oleh Kerajaan (ini diberitahu oleh Menteri di JPM) dan kata2 akhir yang paling klasik dan akan diingati sampai bila2 adalah seperti poster di bawah.

Menggunakan jalan biasa adalah untuk mengelak dari jalan bertol.  Guna google maps dan ia akan beritahu jalan ini bertol atau tidak.  Selalunya jalan biasa lebih jauh dan kesesakan tidak dapat dielakkan.  Disinilah proses ekonomi berlaku dan jarang sangat kita perhatikan.  Betul tiada bertol tetapi disebabkan jem maka kos minyak akan meningkat menyebabkan duit lebih dikeluarkan untuk menampung minyak.  Adakah minyak turun harga? Minyak yang diapungkan mengikut pasaran bertukar setiap bulan dan pengguna yang prihatin dengan kenaikan pasti akan beratur panjang untuk mendapatkan minyak pada setiap hujung bulan malam.

Minyak yang hilang semasa kesesakan adalah kebocoran ekonomi yang tidak dikira oleh manusia. Kalau selitar minyak boleh pergi 20 kilometer maka kehilangan beberapa liter semasa kesesakan juga menyebabkan kita kehilangan kepantasan beberapa kilometer. Ini adalah ekonomi yang tidak dikira dan kebocoran ini menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi dan tiada pengiraan ekonomi dibuat.

Rakyat sekarang masih hanya bercerita tentang GST, kenaikan harga minyak dan barang, tol yang dinaikan tetapi hanya berakhir di sembang2 whatapp atau FB. Kemungkinan naik ini tidak sampai kemarahan rakyat untuk memuncak.  Semua ditelan secara perlahan dan lenyap masuk dalam badan dan keluar menjadi tahi.  Esok datang lagi, telan semahunya perlahan dan pusingan tahi itu bermula.  

Kemungkinan rakyat sedang menjaga kesihatan.  Mengelakkan darah tinggi dari kemarahan yang melampau. Atau kemungkinan ekonomi sendiri tidak jejas dengan kenaikan tol.  




Sunday, October 11, 2015

Cerita Polis Evo

Ini adalah kali pertama aku sekeluarga menonton cerita Melayu di pawagam.  Bukan sebab apa tetapi desakan dari anak2 untuk menonton cerita tentang aksi Melayu.  Filem aksi Melayu di pawagam terlalu dibuat2 menyebabkan aku bosan dan selalu menolak sebelum bercerita untuk pergi pun.  Kali ini tidak boleh ditolak lagi.  Anak2 sudah pandai bernyanyi lagu filem tersebut dan video tentang cerita ini sudah beberapa kali mereka dengar dan bernyanyi.  Ke kiri Ke Kanan, hati2 bila di jalanan. Ayat ini semacam air keluar dari mulut anak yang paling tua dan perlahan2 dari anak aku yang berusia 2 tahun. Ia seperti tidak boleh ditolak lagi.

Filem Polis Evo adalah arahan Ghaz Abu Bakar.  Seorang pengarah yang bagus sinematografi.  Filem2 sebelum ini adalah Cicakman 3, Hantu Kapcai dan Tokan.  Filem aksi bagi aku mesti ada tembak2 tumbuk2 dan pecah sana pecah sini. Ghaz Abu Bakar juga selalu membuat video untuk lagu.  

Cerita polis evo ini bermula dengan pembunuhan seorang guru lakunan Wan Hanafisu di Terengganu dan ketika mayat dijumpai ditemui juga syabu yang berwarna merah.  Syabu yang dikenali dengan Syabu Naga menjadi syabu yang paling dikehendaki di pasaran dadah kerana pekat dan peningnya orang yang menggunakan syabu ini.  Zizan Razak seorang inspektor polis di Terengganu akan bergabung dengan seorang polis yang di panggil 'super cop' Syaheizy Sam dari Kuala Lumpur untuk menyelesaikan kes bunuh guru tersebut.

Cerita ini bagi aku seperti cerita post (akan datang) untuk drama TV Breaking Bad.  Cerita drama TV yang dilakunkan oleh Brian Crankston sebagai pensyarah menjadi pembuat dadah atau 'methamephin' paling popular di sempadan Amerika dan Mexico.  Tetapi cerita polis evo ini cerita tentang bahagian polis pula dan pembuat dadah sudah mati di awal cerita.  Kalau sesiapa perasan, gambar Walter White di dalam cerita Breaking Bad ada ketika polis menyerbu masuk ke makmal dadah dan berlaku letupan.  Gambar Walter White secara animasi di tampal di dinding makmal tepi sungai tersebut.


Dari mana perkataan polis evo ini datang tidak diterangkan.  Mungkin evolusi tentang polis diberi nafas baru melalui filem. Atau hanya dari kereta polis - Mitsubishi evo. Tetapi cerita ini seperti mengundang sekuel bagi aku.  Cerita tentang Wan Hanafisu yang mati di awal dan bagaimana pengedaran dadah syabu itu berlaku dan di dalam filem seolah2 hanya Thailand tempat dadah itu akan pergi.

Plot cerita disusun baik untuk ditonton sepanjang 2 jam filem itu.  Tidak bercampur berat dengan plot2 lain seperti bercinta, menyanyi bagai dan berbincang di jalan2 dalam pejabat polis tanpa tujuan. Polis tidak digambarkan terlalu kaya tetapi nampak berhemah dan beberapa watak timbul sebentar tetapi berat seperti Wan Hanafisu, mak super cop dan pegawai polis Rosalinda.

Filem ini juga adalah tribute untuk Harun Salim Bachik yang menjadi ketua di balai polis Terengganu.  Harun Salim Bachik sudah meninggal dunia pada 08/03/2015 ketika filem ini mahu ditayangkan pada September 2015.

Filem ini memang penuh aksi dan humor bertapis.  Aku sekeluarga terhibur dengan tembakan dan letupan di dalam cerita ini.  


Thursday, September 10, 2015

Narcos .....everything has its price

Melayan cerita Narcos sebanyak 10 siri memperlihatkan pada aku bagaimana prinsip orang boleh dibeli dengan duit.  Kita dengan di Malaysia ini biasa dengar "cash is King".  Dalam Narcos kalau yang tidak menyokong di bunuh, di bom atau tiba2 hilang.  Ini berlaku dalam Narcos.  Cerita Narcos adalah cerita tentang Pablo Escobar di Colombia yang satu ketika dulu sangat popular dengan dadah dan pernah dalam majalah Forbes membariskan dia orang nombor satu paling kaya dengan dadah.

Nascos adalah perkataan pendek dari Narcotic dan di Colombia semasa zaman Pablo Escobar, ia lebih raja dari raja.  Duit terlalu banyak sehingga terpaksa menanam duit di dalam tanah.  Ini bukan lawak tetapi cerita benar. Disebabkan duit yang banyak ini, Pablo melibatkan diri dengan politik dan diwar2kan sebagai Robin Hood disebabkan kemurahan hatinya menderma duit.  Sekolah dan hospital dibina untuk rakyat Colombia.  Dia menjadi calon alternatif kepada seorang ahli politik dan apabila ahli politik itu menang lalu dia meletak jawatan memberi laluan kepada Pablo.  Pada hari pertama sebagai ahli Kongress di Colombia, Pablo telah dimalukan oleh Menteri Undang2 dan menghalau Pablo keluar dari Parlimen.  Menteri Undang2 itu mati di tangan Pablo akhirnya.


Peperangan dimulakan kerana Pablo dimalukan.  Seorang bakal presiden di bunuh, kapal terbang diletupkan dan pembunuh upahan paling hebat dipanggil ke Colombia untuk bekerja bersama Pablo Escobar.  Pembunuhan demi pembunuhan berlaku dan menyebabkan rakyat Colombia takut.

Hampir setiap hari ada pembunuhan dan setiap pembunuhan yang dilakukan ke atas pasukan keselamatan akan di bayar mewah oleh Pablo.  Tetapi kedua2 pihak mengalami penderitaan disebabkan pertempuran ini sehinggakan Presiden Colombia yang baru, penggganti yang telah dibunuh bersetuju untuk berbincang dengan Pablo Escobar.  Salah satu syarat adalah tiada ektradisi ke Amerika dan penjara dibina sendiri oleh Pablo Escobar.  Ini hebatnya kuasa

Penjara sendiri, polis dan tentera tidak boleh berada kurang dari 2 km dari penjara tidak mengurangkan lansung kuasa Pablo walaupun bagi Presiden, peperangan dan pembunuhan dapat dihentikan.

Cerita yang penuh dengan tembakan di kepala, pecah, berderai dan "cash is king".