Saya, Azman dan Ikhwan akan ke Muzdhalifah pada 9 Zulhijjah |
Setelah habis waktu wukuf iaitu waktu Maghrib di Arafah 9 Zulhijjah kami akan bergerak ke Muzdhalifah walaupun ia hanya sebentar sehingga separuh malam iaitu selepas waktu tengah malam di situ. Waktu tengah malam nanti kami akan bergerak pula ke Mina. Semua bersiap sedia untuk bergerak dan berkemas. Semua sibuk berkemas hatta bebudak Arab yang ditugaskan menjaga khemah di Arafah juga berkemas membuka khemah2 di Arafah pada malam yang sama. Ini adalah rutin tahunan mereka dan diberitahu bahawa bebudak ini sedang bercuti dan membantu Pihak Muassasah Arab Saudi di Khemah Arafah. Sebelum bertolak kami telah bersolat Maghrib dan Isyak secara Jamak Tamam iaitu penuh 3 dan 4 rakaat. Mengikut sunnah Nabi Muhamad SAW, beliau bersolat secara jamak takhir di Muzdhalifah. Disebabkan beberapa maslahah, aku bersolat secara jamak takdim di Arafah sebelum bertolak.
Di khemah utama, seorang petugas TH mengumumkan bakal2 haji untuk keluar dari khemah mengikut nombor2 bas yang telah diberi awal sebelum ke Arafah bermula di hotel di Mekah lagi. Jangan keluar dari khemah sehinga nombor sendiri dipanggil. Aku bernombor 23 dan beberapa rakan sebilik lebih awal iaitu bas nombor 20 dan 22. Ia bukan satu perlumbaan untuk mendapat nombor yang awal tetapi bila kita awal pergerakan kita lebih cepat.
Nombor kami 23 sudah dipanggil dan beberapa kali juga seorang bakal Hajjah dipanggil namanya kerana suami sedang menunggu di bas nombor 22. Hajjah ini kami jumpa di pintu pagar khemah di Arafah dan aku bertanya. Dia memberitahu, dari semalam iaitu 8 Zulhijjah sehingga hendak bergerak ke Mina malam ini, dia masih tidak ketemui suaminya. Khemah antara lelaki dan perempuan memang diasingkan di Arafah untuk muassasah Tabung Haji. Tetapi bakal2 haji akan mengambil inisiatif untuk mencari dikhemah2 perempuan dan sekarang dengan teknologi telefon perkara tidak bertemu susah untuk berlaku. Untuk pengetahuan, aku juga tidak menggunakan khidmat telefon ketika di Mekah ini. Tetapi Alhamdulillah pertemuan dengan isteri hampir berlaku setiap hari dengan syarat perjanjian yang kami mesti buat ketika sampai di mana2.
Nombor kami 23 sudah dipanggil dan beberapa kali juga seorang bakal Hajjah dipanggil namanya kerana suami sedang menunggu di bas nombor 22. Hajjah ini kami jumpa di pintu pagar khemah di Arafah dan aku bertanya. Dia memberitahu, dari semalam iaitu 8 Zulhijjah sehingga hendak bergerak ke Mina malam ini, dia masih tidak ketemui suaminya. Khemah antara lelaki dan perempuan memang diasingkan di Arafah untuk muassasah Tabung Haji. Tetapi bakal2 haji akan mengambil inisiatif untuk mencari dikhemah2 perempuan dan sekarang dengan teknologi telefon perkara tidak bertemu susah untuk berlaku. Untuk pengetahuan, aku juga tidak menggunakan khidmat telefon ketika di Mekah ini. Tetapi Alhamdulillah pertemuan dengan isteri hampir berlaku setiap hari dengan syarat perjanjian yang kami mesti buat ketika sampai di mana2.
Berdua selamanya |
Aku sudah awal sampai di Muzdhalifah iaitu kira2 9.00 malam di situ. Aktiviti di sini adalah mengutip batu2 untuk melontar jamrah2 di Mina nanti. Berapa jauh jarak antara Arafah dan Muzdhalifah ini? Dekat sekitar 8 km sahaja dan kira2 10-15 minit sahaja dari Arafah dengan perjalanan bas. Aku diberitahu bahawa kalau berjalan kami mungkin lebih awal. Tetapi itu dahulu ketika pergerakan bas terlalu banyak dan tidak terkawal. Sekarang bakal2 Haji dari Asia seolah2 tidak bertemu dengan orang2 bangsa lain dan pergerakan bas lebih senang dan cepat sampai. Di Muzdhalifah juga bakal2 Haji diasingkan mengikut negara2.
Ketika sampai di Muzdhalifah, aku dan Nina terus bergerak ke tempat lapang dan melihat keliling jika ada yang ku kenal. Semua seperti sudah penat dan duduk mengikut hati masing2, Ada yang duduk beralaskan tikar ada yang duduk di tepi tandas dan ada yang bersiar2 melihat orang. Tandas2 disediakan dan bakal2 haji mengambil kesempatan untuk bersuci di situ. Aku dan isteri mengutip batu2 untuk dilontar ketika di Mina nanti. Aku mengambil keputusan untuk mengutip hanya 7 butir batu sahaja kerana aku mahu mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Pihak Muassasah Saudi sudah mengambil persediaan bagi bakal2 haji untuk mengutip batu di Muzdhalifah. Seperti bukit kecil batu2 kecil berada di tanah lapang Muzdhalifah untuk dikutip oleh bakal2 haji disediakan. Selesai mengutip batu kami terus berehat dengan membentang tikar sponsor dari Tabung Haji.
Berada di Muzdhalifah adalah satu syarat Wajib Haji. Jika ditinggalkan secara sengaja, ia adalah dosa dan dikenakan dam. Amalan sunat disini adalah bertalbiah dan amalan2 sunat lain seperti di bawah.
Amalan-Amalan Sunat
- Berdoa
- Berzikir
- Solat Sunat
- Mengutip anak-anak batu untuk ibadah melontar di Mina nanti.
Pengecualian Mabit Jika Uzur
- Takut terancam keselamatan diri atau harta
- Menjaga atau menemani orang sakit
- Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
- Berpenyakit dan sukar bermalam
- Terpaksa
- Hadis riwayat Usamah bin Zaid ra., dia berkata, "Rasulullah saw. bergerak dari Arafah dan ketika sampai di Sya`b beliau turun dari kendaraannya lalu buang air kecil, setelah itu beliau berwhuduk, lalu saya bertanya kepada beliau, "Apakah kita salat sekarang, wahai Rasulullah!" Beliau menjawab, "Nanti solat di depan." Beliau naik kendaraannya lagi. Ketika sampai di Muzdalifah, beliau turun lalu berwudu' dengan sempurna kemudian iqamah untuk solat dan dilanjutkan dengan s0lat Maghrib. Lalu semua orang mendudukkan untanya di tempat masing-masing, kemudian iqamah untuk solat Isyak lalu beliau solat Isyak. Beliau tidak solat sunat di antara dua solat tersebut."
Allah berfirman:
Disunnahkan memperbanyakkan talbiah di setiap tempat, ini termasuk sunah muakkad, memperbanyak membaca Alquran, memperbanyak berdoa. Disunnahkan untuk berdoa:
Suasana menunggu bas untuk ke Mina pula |
Setelah masuk waktu separuh malam iaitu selepas pukul 11.53 pm, pergerakan ke Mina pula bermula. Kali ini tanpa berdasarkan nombor bas yang diberikan tadi, bakal2 haji terus beratur untuk mendapatkan bas terus ke Mina. Pembesar suara memberitahu sesiapa yang mahu bergerak boleh beratur di tempat belakang kawasan Muzdhalifah itu untuk menunggu bas. Aku teruskan duduk tetapi mengalih kawasan memandang ke arah belakang kawasan, Aku cuba2 juga untuk beratur pada awalnya tetapi disebabkan rasa tak berapa seronok melihat orang tua beratur dan ini pasti memberikan tekanan kerana tidak tahu berapa lama akan beratur.
Aku memberitahu Nina untuk bersabar dan biar yang tua mendahului kita kerana tempat duduk kita di Mina telah tersedia dan tidak perlu berebut2. Aku bergerak ke belakang selepas beratur itu dan terlihat tikar yang terbiar kerana tuan punya tikar sudah naik bas untuk ke Mina. Aku bentangkan tikar yang besar itu sambil berehat baring melihat ramai yang beratur. Kira2 2 am baru suasana tenang dan kawan sebilik aku, Hj Ikhwan memberitahu di sebelah kanan dimana bakal2 haji dipanggil mengikut nombor2 bas yang awal tadi. Nombor 22, 23 dan 24 boleh beratur untuk bas yang selanjutnya. Aku bergegas dengan Nina untuk bersama beratur kerana kali ini beratur yang pasti untuk ke Mina.
No comments:
Post a Comment