Hari Wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah 1435 bersamaan 3 Oktober 2014 bersamaan juga Hari Jumaat di Arab Saudi. Hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar 1435. Ulangan berlakunya Haji Akbar adalah sekitar 8 - 10 tahun. Aku bersyukur kerana menjadi sebahagian dari bakal2 Haji 1435 yang berhaji Akbar InshaAllah.
Sebuah khemah di Arafah dimuatkan sebanyak 10 orang dan khemah bersambung bersama dengan khemah2 lain dan apabila dibuka khemah sekeliling ia menjadi satu khemah yang besar yang boleh dilihat dari khemah hujung ke hujung khemah yang lain. Ia seolah2 satu padang yang dipenuhi dengan orang yang berpakaian ihram. Tiada kipas tiada aircond. Ia seolah2 padang mahsyar dimana semua orang adalah sama sebagai hamba Allah.
Waktu tiba dari Mekah tadi, aku mengemaskan tempat untuk aku berehat. Hari ini hari Khamis dan kami akan tidur semalam di Arafah dan berwukuf sehingga maghrib dan akan bergerak ke Muzdhalifah. Sambil menunggu itu kami diberi bungkusan makanan yang didalamnya ada bungkusan kopi, teh, gula dan 'creamer'. Diselit juga sebungkus maggi goreng untuk makan tengahari itu. Air panas disediakan diluar khemah paling hujung dan berkongsi dengan bakal2 haji wanita.
Tempat air panas di Arafah |
Suasana panas dan berdebu di Arafah seperti tidak mengganggu urusan kami. Kami berdoa supaya bertemu dengan hari Wukuf esok. Makan menjadi tidak penting bagi aku. Hari Wukuf adalah maha penting bagi aku. Kesihatan diri masih bagus. Aku tidur bersebelahan dengan Dr Tazli (pensyarah) dan Meor Bukhari - orang Kuala Kangsar. Mereka tidak sebilik tetapi kami cepat mesra kerana aku duduk bersebelahan mereka ketika dalam kapal terbang masa ke Mekah hari itu. Suasana malam di sini kering tetapi berangin. Aku merenung jauh melihat kembali diri sendiri. Jadi terlalu kecil dan pipi aku mengalir air mata mengenangkan dosa2 lampau. Malam itu panjang bagi aku.
Tempat mandi dan mengambil air sembahyang di Arafah |
Setelah solat Suboh, baharu aku mandi. Walaupun tandas yang disediakan lebih kurang 24 buah dengan bakal2 haji yang lebih dari 6000 orang tetapi keadaan di tandas tidak menyesakkan. Kaum lelaki tahu untuk mencari waktu untuk bersuci dan tidak bersesak2. Cuaca sudah kembali panas. Hari ini 9 Zulhijjah dan selepas Zohor nanti waktu Wukuf akan bermula sehingga Subuh 10 Zulhijjah. Kami di dalam khemah bertalbiah, berzikir dan mendengar ceramah yang dibuat dari khemah utama yang dijadikan surau. Aku diberitahu TH bahawa Dato' Seri Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjaga bahagian agama akan berkhutbah dari maktab kami. TV AlHijrah sudah mengumumkan tentang penayangan secara lansung terus ke Malaysia akan dibuat. Sesiapa yang cepat berada di surau kemungkinan boleh masuk TV. Surau itu hanya boleh memuatkan sekitar 200 orang. Kami dalam maktab 83, 86 dan 90 ada lebih kurang 3000 orang.
Khutbah Arafah dimulakan oleh Dato' Seri Jamil Khir dan ditengah2 dengan doa dan bila waktu Zohor bermula dengan azan tetapi khutbah diteruskan ketika azan itu. Ini adalah salah satu adab khutbah Arafah. Bila penghujung khutbah, Dato' Seri Jamil membaca doa dan sesiapa yang mendengar pasti mengalirkan air mata. Aku berada dihujung khemah pun turut haru mendengar khutbah pada hari itu. Semua bidai khemah dibuka untuk menyambungkan saf sehingga ke surau. Selepas itu kita bersolat zohor dan Asar secara Jamak Tammam (iaitu penuh untuk Zohor dan Asar 4 rakaat).
Selepas itu bermulalah kami keluar dari khemah masing2. Ikut sunnah Nabi Muhammad SAW akan berdoa di Arafah dalam keadaan mengangkat tangan tinggi sehingga menampakkan ketiak baginda, Subhanallah kalau kita tahu beberapa tempat yang afdal berdoa, masa yang paling afdal dan waktu yang paling afdal, maka di Arafah ini adalah paling afdal, waktu selepas Asar dan sebelum Maghrib. Peluang ini datang hanya setahun sekali dan kemungkinan seumur hidup sekali sahaja.
Aku mencari isteri di khemah dan memanggil untuk keluar selepas waktu Asar nanti. Kami membawa payung kerana suasana panas dan kering. Kami dapat duduk di hujung khemah dan mengadap ke Kiblat. Duduklah kami berdoa dan mengambil masa yang lama berdoa dan berdoa. Sahabat2 yang mengirim doa juga kami turut mendoakan. Kami mengalirkan air mata dan berhenti dan bersambung menangis bila menyambung kembali. Aku berhenti meluangkan peluang untuk isteri berdoa dan aku menangis dengan doanya. Aku pula berdoa dan diaminkan oleh isteri juga dengan lelehan air mata. Air mata ini bukan aku simpan untuk hari ini tetapi ia keluar seolah2 tidak pernah keluar. Berdoalah pasti Allah kabulkan.
Di sini khemah isteri |
No comments:
Post a Comment