Aku sudah bertekad untuk bersolat di dataran Kaabah. Dalam keadaan bulan2 haji untuk bersolat wajib di dataran Kaabah memerlukan kesabaran 300%. Kita orang Malaysia mempunyai saiz badan yang kecil dan selalunya tidak mampu berada lama di dataran Kaabah kecuali ketika bertawaf. Aku dan Cikgu Azman bertekad. Percubaan untuk solat di dataran Kaabah ini tidak pernah gagal tetapi pilihan untuk berada di saf2 utama satu atau ke 2 dari imam Masjidil Haram lebih diigau2kan kami.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah:Bersama Cikgu Azman di Dataran Kaabah |
"Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba."(Riwayat Bukhari).
Hari ini 11/9/2014 adalah hari ke 2 kami di Mekah. Sebelum solat Isyak pada hari itu, kami bertawaf sunat sambil menunggu Isyak. Pusingan2 di dataran kami selesai satu persatu sehingga waktu azan pun sampai. Kami akan berhenti pada di antara tawaf dan disitu kami kena pastikan bahawa sususan saf sudah bermula. Polis2 dan pengawal masjidil Haram akan memastikan beberapa saf sudah terbina. Kali itu kami berada di sebelah Hijr Ismail iaitu seperti ladam kuda di dataran Kaabah. Kami berdiri dan hanya berdiri menunggu waktu iqamah. Alhamdulillah kami dapat bersolat Isyak hampir dengan imam dan kami saksikan Imam bersolat sunat Kabliah di dalam Hijr Ismail. Selepas solat Imam akan bergerak ke tengah2 antara multazam dan Hijr Ismail dan mengimamkan solat isyak pada hari itu.
Suboh esoknya 12/9/2014, kami sekali lagi mencuba tetapi lebih nekad untuk berada dibelakang imam. Waktu kami sampai ke Dataran Kaabah, azan pagi pertama (bukan azan Suboh) belum dilaungkan lagi. Kami terus berniat sunat tawaf dan bergerak untuk bertawaf. Kemungkinan hanya 2 pusingan tawaf, laungan azan pertama kedengaran. Ini adalah satu petanda bahawa saf2 akan terbina. Seorang petugas haji dari Indonesia, menarik tangan aku untuk membuat saf dan aku memaut tangan Cikgu Azman untuk sama membuat saf. Kami berdiri seolah2 ingin terus bersolat tetapi ini bukan azan Suboh dan azan suboh hanya sejam dari waktu kami berdiri itu. Kami hanya boleh duduk jika polis2 di Kaabah itu menyuruh kami duduk.
Si kerdil yang sentiasa berada di Saf pertama |
Kawasan imam dipastikan kosong |
Kami berdoa dan bersyukur dikurniakan masa dan berada di saf berdekatan dengan imam. Selesai solat, Imam akan bergerak ke belakang dan solat jenazah dilakukan di kawasan belakang. dan percayalah di sinilah dimana Imam berada dibelakang jemaah untuk solat. Kami solat jenazah ditempat kami berdiri dengan berimamkan Imam dibelakang.
Gambar diambil dari FB Imam Baru Masjidil Haram |
No comments:
Post a Comment