Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Friday, November 20, 2009
Nombor ku Naik
Aku jadi nombor. Dipanggil ke kaunter bernombor. Aku disaman bernombor. Aku mengisi minyak bernombor. Aku ada anak bernombor. Aku bergaji bernombor. Semua hidupku bernombor. Naik nomborku hari ini. AKU 39 HARI INI 20/11/2009.
Friday, November 13, 2009
Bank Muamalat Bonanza Campaign
Pada 7 & 8 November, di Alamanda Putrajaya, satu pelancaran kempen Bonanza 10 tahun Bank Muamalat diadakan. Berbagai program dibuat seperti melukis bagi kanak-kanak, perlumbaan kereta virtual, nasyid oleh Raihan dan penyampaian hadiah. Semua cawangan di Lembah Klang terlibat di dalam program ini. Bermula pada 10 pg sehingga 10 malam.
Karnival Family
Pada 07/11/2009 - Satu karnival diadakan di Taman Subang Perdana oleh penduduk kawasan sekitar - Kg Melayu Subang, Taman Subang Warisan dan Subang Perdana. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Exco Negeri, Dr Shafie pada pukul 10.30 pg. Bank Muamalat cawangan Klang telah membuka khemah perniagaan dari pukul 8.00 am sehingga 4.00 ptg. ADUN kawasan Kota Damansara, Dr Nasir juga datang pada tengahari tersebut
Wednesday, November 11, 2009
Friday, November 6, 2009
Sudah 3 hari
Kenaikan kadar faedah untuk Mortgage seperti sudah dijangka dengan pemulihan ekonomi katanya. Kadar simpanan asas semasa (OPR) akan kekal 2% sehingga suku ke 2 tahun hadapan. Kenaikan kadar faedah seperti kadar asas bank (BLR) tolak 2.2% sekarang ini akan turun kepada BLR - (1 atau 1.2% sahaja). Ini akan memberi peluang kepada bank dalam menunjukan prestasi keuntungan yang lebih pada tahun 2009 ini. 3 hari berturut2 cerita tentang kenaikan kadar faedah mortgage memberikan peluang kepada Bank mencipta duit baru.
Muamalat Bonanza 10th Campaign
Kempen akan dilancar secara besar besaran di Alamanda Putrajaya. Macam2 aktiviti akan dijalankan. Beramai2 datang untuk memeriahkan. Hadiah utama adalah Audi A4
Labels:
Bank
Tuesday, November 3, 2009
Penat menunggu 3 Jam
Apa motif? Kenapa saya - dah ada PHD, pernah jadi mufti, dilayan sebegini. Ulang cerita ni pernah berlaku pada Sahibul Samahah Dato' Mufti Selangor. Walaupun pernah bergelar Mufti tetapi tidak mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor. Akhirnya Bekas Allahyarham Mufti Selangor itu masuk PAS. Suara beliau kembali didengari dan semangat memberi ilmu terus berkembang. Ujian baru sedikit dan pasti ramai dibelakang menyokong jika berlaku apa2. Bukan sahaja Pemimpin pembangkang terkejut dan lebih mengejutkan PM sendiri pun terkejut atau buat2 terkejut.
Tambah KUAT
Bila konflik berlaku, tuan diri hendaklah tahu bagaimana hendak membawa diri. Kanan dibelasah, kiri disesah, atas menekan dan bawah menarik turun. Kekuatan dibina apabila siasah tahu apa itu politik. Sifat keterbukaan membuatkan kita cuba untuk mengetahui. Blog bercerita, akhbar membuat berita, lawan menambah2, kawan2 meraba. Tetapi yang akhirnya membuatkan tuan diri menjadi lebih kuat dan bersemangat melihat orang mahu mengetahui, pendidikan politik telah sampai kepada mereka, perasaan orang ramai hendak dilayan. Dimana dulu benda2 ini tidak perlu dilihat dan tidak payah dilayan. Terus KUAT. LAWAN. IKHLAS.
Monday, November 2, 2009
TeGuran Je
Lapuran ketua audit negara tentang penyelewangan dana dalam kerajaan dan kerugian berbillion ringgit pada Tan Sri Muhyiddin adalah teguran yang perlu diambil perhatian. Sebagai rakyat Malaysia, sedih pulak rasanya Lapuran Ketua Audit Negara yang berjela2 dan berhari2 nak dibuat dan pasti mahu tindakan keras diambil. Akhirnya TPM kata Teguran......oph......
Subscribe to:
Posts (Atom)