Yang selalu jengok

Tuesday, October 26, 2010

Derhaka


Biasa dengar derhaka ini jatuh kat anak sahaja. Ini mungkin terbalik. Satu ketika Amirul Mukminin Saidina Umar Al Khatab didatangi seorang lelaki dan mengadu bahawa anaknya telah derhaka kepada dia. Lalu Umar memanggil anak tersebut dan bertanya kepada anak itu cerita sebaliknya. Budak itu pula terus bertanya kepada Umar "Apakah hak anak untuk seorang ayah". Umar menjawab "Seorang ayah mesti mendapatkan seorang ibu yang baik buat anaknya, memberikan nama yang baik dan mengajar anaknya membaca Al-Quran" Lantas budak itu menjawab" Ya Amirul Mukminin, ketiga2 hak itu tidak diberikan kepada aku. Ibuku adalah bekas pelacur, aku dinamakan kelawar dan aku tidak diajarkan Al-Quran." Lalu Umar berpaling kepada lelaki yang mengadu "Kamu lebih dahulu DERHAKA kepada anak kamu"

Monday, October 25, 2010

Dulu misteri Sekarang Benar


Mula2 kenal politik dulu, ini adalah cerita dongeng. Projek melimpah dan basikal diberi secara meluas. Tapi semalam baru tahu bahawa ini cerita benar maha sahih. Matilah sebagai pembela rakyat, makan duit rakyat, tak pernah bekerja pun, tambah kereta hatta tambah bini. Mati cara apa sekali pun, kena bunuh, dibunuh atau letak jawatan. Projek akan disalur untuk kebajikan rakyat. Diserulah kepada pemimpin2 rakyat - Matilah sebab kami nak rumah murah banyak, jambatan baru dan basikal untuk anak2. Sekolah kami nak aircond dan duit raya untuk sebulan. Bulan depan pemimpin kami mati lagi, kami mungkin dapat RM1000 seorang. Yahooooooo, matilah korang seorang2. (Gua Musang dapat rumah kos rendah untuk 1000 keluarga)

Berhemah Bertanya


Sebelum peperangan Badar berlaku, Rasullullah SAW dan sahabat2 meninjau kawasan yang dilalui tentera Quraish. Lalu berjumpa dengan seorang budak pengembala kambing. Lalu sahabat seorang bertanya "Berapa ramai orang tentera yang lalu di situ" Budak pengembala tidak tahu berapa ramai cuma menyatakan bahawa tentera yang ramai. Salah seorang sahabat marah dan memukul budak pengembala tersebut. Rasullullah SAW menerpa dan bertanya kenapa dipukul budak itu. Rasul menarik budak itu ke tepi dan bertanya lagi "Berap ekor unta yang disembelih oleh tentera yang ramai itu. Budak pengembala itu menjawab sekitar 9 dan 10 ekor sehari disembelih. Maka Rasullullah SAW memberitahu sahabat bahawa tentera Quraish adalah sekitar 900 hingga 1000 orang. Bertanyalah mengikut keadaan orang yang ditanya. Kalau yang menyambut tetamu itu pengawal, tanyalah yang senang2 sahaja.

Thursday, October 21, 2010

Orang Muda mengamuk


Pilihanraya atau pilih jalanraya - Hishamudin Rais. Di Perancis beberapa hari sudah berlaku demontrasi jalanan yang melibatkan orang2 muda. Lebih dari 200 buah sekolah menengah ditutup kerana terlibat di jalanan. Mereka merusuh dan merosakkan harta sekitar mereka. Berkumpul, berbincang, bergerak beramai2 dan bertempur dengan polis anti rusuhan. KENAPA? Sebab utama apabila Sarkozy, PM Perancis telah meluluskan dengan bantuan kabinet had tempoh prsaraan dinaikkan dari 60 ke 62. Makin banyak tenaga kerja makin susah orang muda yang bekerja. Turun di jalan juga satu kerja.

Wednesday, October 20, 2010

2010 / 2010


Cuba membuat satu kebaikan setiap hari. Nampak mudah tapi kita kena mencari. Turun dari kereta dan menunggu satu kereta yang pemandunya belum keluar dari keretanya. Lampu terpasang mungkin dipasang kerana awal pagi sudah keluar rumah. Lebih dari 10 minit pemandu tidak keluar. Rupa2nya perempuan - mungkin berhias dulu. Aku masih menunggu untuk buat kebaikan. Huuuuh....lambat betul. Akhirnya pemandu pun keluar dan aku dalam keadaan bertentangan kenderaan pun keluar dan cuba tensenyum. Perempuan itu memaling muka melihat aku tersenyum. Jarak lebih 15 meter diasingkan oleh jalan buat aku menjerit kepada perempuan itu. "Lampu tak tutup". Dia memaling muka arah aku dan mengangkat tangan tanda terima kasih. Aku terus berjalan. Satu kebaikan berlaku hari ini. 20102010....

Monday, October 18, 2010

MACHETE


Filem ganas yang ditunggu tahun 2010. Robert Rodriguez seperti anak buah kepada Quentin Tarantino yang melihat keganasan satu media menyampaikan maksud. Pengarah muda yang bermula dengan filem 'El Mariachi' sebanyak USD7,000 sahaja memang melihat keganasan sebagai alat komunikasi. Mengambil Danny Trejo sebagai aktor utama memang pelik kerana muka ganas Trejo seperti menolak penonton dari menonton - pandangan tipikal. Tetapi Trejo yang terkenal sepanjang masa berlakon sebagai ganas memang segak berlakon sebagai hero filem Machete. Darah yang seperti air hujan memang diperlukan untuk kesan dramatik. Cerita2 sempadan Amerika memang popular dan salah satu produk yang boleh dijual. Boleh tonton dan menjerit keseronokan.

The Experiment


Adrien Brody dan Forest Whitaker memang pelakon berjenama tinggi. Brody tenggelam setelah mendapat Oskar sebagai pelakon lelaki terbaik Filem "The Pianist" dan Forest Whitaker juga pernah memenangi pelakon terbaik dalam filem "The Last Man of Scotland" sebagai Idi Amin. Gabungan keduanya memberikan filem ini seperti perlu ditonton. Cerita bermula apabila 26 orang memilih untuk terlibat dengan satu eksperimen yang memerlukan mereka menjadi pengawal dan banduan selama 14 hari dengan upah sehari USD1,000. Cerita yang berakhir hanya pada hari ke 5 memang dijangkakan jika biasa mengadap cerita2 versi begini. Lakonan dan pelakon yang bagus belum menentukan cerita bagus. Tetapi pada sesiapa yang tidak biasa melihat filem ganas maka filem ini boleh menjadi perkenalan.

After Life


Christina Ricci dan Liam Neeson memberikan lakonan yang memberansangkan. Tidak ketinggalan Justin Long juga memberikan lakonan terbaik. Lebih dari 30 minit Ricci tidak memakai sehelai pakaian pun. Cerita tentang sewaktu transisi antara alam barzakh dan alam nyata. Walaupun pelakon tidak banyak tetapi waktu sepenuhnya dipenuhi dengan interaksi yang mendebarkan. Make up yang bagus dan perjalanan cerita tidak terlalu panjang. Filem ini hanya boleh tonton sahaja. Kepada yang tidak mahu ketinggalan melihat Christina Ricci segalanya - tontonlah.

3 idiots


Menonton cerita Hindustan lebih dari 2 jam kadang2 menjemukan. Seperti sudah tahu kemana arah filem itu hendak dibawa. Tetapi setiap hujung tahun Amir Khan akan membawa sebuah cerita yang pasti menjadi bualan awal tahun dan merekodkan jualan tiket yang menggalakkan. Cerita 3 orang bodoh yang sebenarnya cerita bijak yang menghiburkan. Amir Khan yang selalu mahu nampak bijak memang pandai memilih watak. Dari pelajar kejuruteran yang tidak belajar melalui jalan biasa dan berakhir dengan kejutan. Cerita yang boleh ditonton beberapa kali sebagai inspirasi.

DUIT hilang


Bila Lehman Brothers tersungkur atau mana2 bank jatuh bankrup, duit pendeposit hilang bersama2 bank tersebut. Cagaran yang dipastikan untuk diinsuran oleh sebuah badan kadang2 tidak sampai ke peringkat simpanan kita. PIDM atau insuran deposit Malaysia menjamin duit kita sehingga RM60000 sahaja. Pada tahun 2007 dan 2008, PIDM menjamin 100% jika berlaku kebankrapan. Sekarang ia kembali kepada asal. Kemana duit2 ini hilang?

PR


Felda bergerak selangkah ke arah menyalurkan kerja ke pasaran. Anak2 Felda patut berbangga dengan inisiatif baru ini. Daripada mencari kerja susah, sekarang Felda mencipta kerja. Pasti hebat. PR bukan Public Relation tetapi Pengurus Rumahtangga. Ini bukan kerja ciptaan baru (amah) tetapi tempat kelahiran baru. Lelaki dan perempuan disediakan dengan kos bulanan antara RM700 - RM1000. Kerja yang akan popular kalau dieksport. Benua Arab dan Eropah pasti mendambakan pekerja2 dari Malaysia. Di dalam negara beberapa perkara operlu difikirkan - antaranya kekangan muhrim. Kalau lelaki, isteri kita yang malu2, cuma takut lama2 tak segan. Salah satu industri buat orang Indonesia popular seluruh dunia.

Friday, October 15, 2010

Coccyn


Sakit belakang adalah satu penyakit yang banyak dihadapi oleh manusia. Doktor memutuskan beberapa sebab penyakit sakit belakang ini. Salah satu penyakit itu adalah di tulang paling hujung (tail bone pain) atau coccyn. Antara sebab penyakit berlaku adalah berat meningkat, sebab bersalin, jatuh dan 31% tidak diketahui sebabnya. Emak mertua aku telah dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit ini. Diagnos dilakukan adalah MRI scan dan kemungkinan pembedahan coccyn dilakukan untuk membuang lemak yang berada dihujung tulang ekor yang mungkin menyaluti urat di punggung. Tanpa pembedahan juga boleh dilakukan jika tiada kesakitan yang berpanjangan. Kerusi yang sesuai dan ubat tahan sakit perlu diberikan.

Wednesday, October 13, 2010

Paling Kaya dan Mandarin


Dalam 20 orang perempuan terkaya di atas muka bumi, 11 orang datang dari China. Dan kesemua yang paling kaya ini adalah kaya buatan sendiri. Dengan lanskap yang luas, populasi tinggi dan pengguna yang percaya pada produk sendiri. Mengikut rekod 95% adalah dari permintaan dalam negeri sahaja. Perempuan paling kaya di China merangkap di dunia adalah Zhang Yin. Itu sebab belajar Mandarin menjadi pilihan aku. Semalam ketika naik teksi, bercakap sedikit Mandarin kepada pemandu keturunan Cina telah membuat dia seronok untuk bagi diskaun walaupun meter ada. Belajar Mandarin dan pergi China. Ni jiehun le ma?

Tuesday, October 12, 2010

Macam Party Tupperware


Kita jemput semua negara. Bersama menambah nilai kepada kanak2, pendidikan, tugas2 dan macam2 yang maha penting dalam kehidupan. satu kampung di jemput. Tetapi yang datang, buta tak nampak, pekak tak dengar, yang tak kenal, yang tak tahu hujung pangkal dan luar kampung seorang. Pening dibuatnya. Mee hoon goreng 2 bungkus, karipap lagi dan air berjag2. Siapa nak makan? Persidangan 1st Lady dihadiri 14 orang 1st Lady dan 28 orang wakil. 42 orang yang datang. Bini SBY tak ada, Lee Hsien Long pun tiada, Aquino pun tak ada. Yang dekat tak datang.

Saturday, October 9, 2010

Kedekut, Sombong & Penakut


3 perkara baik untuk isteri dan 3 perkara yang tidak elok untuk suami. Isteri kedekut selamat harta suami. Isteri sombong selamat perhubungan perkahwinan mereka. Penakut si isteri selamat akhlak mereka. Kedekut suami buruk ekonomi keluarga. Sombong suami rosak hubungan semua. Penakut suami habis rosak satu keluarga. Ulasan kitab Bahrul Mazi, Imam Ghazali.

Friday, October 8, 2010

Mencipta Peluang


Bagaimana peluang datang? Kita bukan boleh terjumpa, tak boleh harap dia datang dan tentu tak boleh dapat kalau setakat berdoa tanpa usaha. Peluang belajar, peluang pergi Haji @ Umrah, peluang perniagaan, peluang berkenalan, peluang kahwin satu lagi atau peluang menjaringkan gol. Sebenarnya kitaran peluang boleh direka, tak dapat hari ini, hari esok atau minggu depan atau bulan depan hatta tahun depan. Itulah sebagai orang Islam jangan berhenti berdoa kerana peluang pasti datang.

Haji 1431


Allah berfirman "Dan serulah pada manusia dengan (kewajipan) mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki atau berkenderaan dari segenap ceruk rantau yang jauh lagi dalam." - Surah Al-Haj:87. Pernerbangan pertama hari esok Sabtu 9/10/2010.

Penipuan Lagi


Beberapa hari lalu, seorang pengguna tegar kad kredit telah menerima telefon dari Bank menyuruh dia menukar pin nombor kerana ada kes pemalsuan kad kredit. Selepas itu satu panggilan dari Bank Negara (BNM) kononnya menyuruh dia melakukan benda yang sama. Masa yang sama dia telah memberitahu nombor pin sekarang dan direkodkan oleh BNM kononnya. Beberapa ketika baru diketahui pihak yang telah menalifon dia menyalahgunakan kad kredit untuk membuat transaksi melibatkan ribuan ringgit. Siapa yang tahu perihal pin, penukaran pin atau bahagian pemalsuan kad?

Thursday, October 7, 2010

Tamatkan Riwayat


Macam suruh bunuh diri. Secara paksa pulak tu. Cadangan ini mestilah bersama2 dengan turunnya harga kereta baru. Pemegang kereta yang sentimental rasa sayang hendak bunuh kereta sendiri. Berapa lama riwayat sebuah kereta. 10 tahun atau 5 atau 7. Industri kereta terpakai terpaksa memikirkam untuk import ke negara ke 3. Kita pengguna pula kena berfikir tentang hutang bertambah tahun lagi. Kalau mengikut negara maju secara total iaitu harga kereta yang murah pasti cadang bunuh diri kereta ini tak menjadi masalah. Cadangan ini datang dari penguasa Proton untuk menyelamatkan industri kereta kononnya.

Menyewa atau Membeli


Beberapa kali cerita tentang harga rumah yang melampau disekitar KL dan Selangor keluar di dalam media. Tiada lagi rumah yang berharga bawah RM300,000. Mengikut kiraan biasa, pinjaman sebanyak RM300,000 bayaran bulanan sebanyak RM1800 - RM2000 mengikut perbezaan berapa lama membayar (antara 25 dan 30 tahun). Habis belajar umur sekitar 25 maka 30 tahun bayaran balik menjadi pilihan. Berapa gaji yang diperlukan untuk mendapat kelulusan di bank. Jika membeli rumah sekurang2nya gaji terpakai untuk belanja bulanan tidak lebih dari 70% (bermaksud gaji sekurang2nya ada RM2600). Dan ini bermaksud juga orang ini tidak ada hutang lain. Baki duit gaji sebanyak RM800 untuk mengharung satu bulan. Menyewa disekitar Shah Alam, Kota Damansara atau Klang sebenarnya masih dibawah RM1000 untuk rumah bertanah. Apa perlu bergolok bergadai bayar lebih kalau kita terbabas makan setiap bulan. Menyewalah dan simpan duit di kampung buat rumah sendiri.

Wednesday, October 6, 2010

Bila Tergantung


Di LRT STAR sekarang, kami berada di atas landasan dan pengumuman dibuat "LRT mengalami masalah teknikal, harap bersabar". Di atas udara di antara stesyen Masjid Jamek dan Bandaraya. Menunggu takut tapi penyaman udara masih bergerak cergas. Apa kita perlu lakukan?

Ekonomi Atas Kertas


Dalam satu kawasan, seorang ahli politik berjumpa dengan anak buah kampungnya seramai 2 orang iaitu penjaga seekor ayam dan seorang mempunyai RM10.

Ahli politik yang merangkap ketua sedang berucap tentang cara memperkembangkan ekonomi atau bajet tahun hadapan. Lalu dia mengumumkan pembikinan reban ayam sebanyak RM200 akan diberikan kepada penjaga ayam. Disamping itu kepada penyimpan duit RM10, dia mengumumkan kadar simpanan yang tinggi akan diberikan sebanyak 10% akan diberikan setiap tahun. Semua gembira sengeh melebar. Cek lalu ditulis RM200 untuk penjaga ayam buat reban. Duit RM10 masih dipegang orang lain dan cek RM200 boleh ditukar. Tapi duit cek hanya diatas kertas. Pening penjaga ayam memikirkan tentang cek ini. Atas kertas sahaja dan ekonomi mereka kononnya naik 20%. Pelik ekonomi - UMUM dan KDNK naik mencacak.

Ekonomi Berkembang


Dalam satu kawasan ada 2 orang tinggal bermastautin. Seorang memiliki seekor ayam dan seorang memiliki RM10. Ekonomi mereka hanya bercucuk tanam dan makan buah-buahan. Pada suatu hari mereka berbincang dan mahu ekonomi berkembang. Lalu yang memiliki ayam berkata "Kau ada RM10 dan aku seekor ayam. Mahukah engkau menukarkan duit itu dengan ayam aku." Lalu bersetuju mereka untuk bertukar. Keesokkan harinya ayam itu disembelih oleh pembeli dan dimasakkan jadi ayam panggang. Lalu dia menawarkan ayam yang sudah dipanggang kepada yang memiliki duit RM10. Lalu bersetuju dia membeli ayam tersebut. Sekarang ayam dah mati hanya tinggal RM10 sahaja. Bagaimana ekonomi hendak berkembang? Duit dari luar diperlukan. Beginilah ekonomi ayam dan duit jika berniaga dalam tempat sendiri sahaja.

Monday, October 4, 2010

ILMU


Peribahasa Arab "Mencari ilmu itu seperti memburu dan menulis ilmu itu adalah tambatannya"

Saturday, October 2, 2010

Apa ada dalam Hati


Seorang budak masuk ke dalam sebuah kedai aiskrim. Dia bertanya beberapa harga hidangan aiskrim. Salah satu hidangan berharga USD5O sen. Lalu budak itu bertanya kepada pelayan kedai "Ada tak aiskrim yang lebih murah dari USD50 sen. Pelayan seolah2 marah dengan pertanyaan itu lalu menjawab "Ada, USD35 sen" dengan suara agak kasar. Budak itu minta dihidang aiskrim itu dengan memberikan duitnya USD50 sen. Budak itu duduk dan menikmati aiskrim itu dengan lahapnya. Pelayan itu melihat dari jauh sehingga budak itu habis makan. Setelah habis, budak itu meninggalkan kedai tersebut. Pelayan itu terus ke meja itu untuk mengemas meja. Tertulis di atas tisu "Ini USD15 sen sebagai tip, terimakasih". Tergamam pelayan.