Cerita tentang pembunuh upahan yang tertangkap selepas membunuh 5 orang secara rambang. Soal siasat dijalankan pembunuh upahan hanya mahu Jack Reacher masuk dalam penyiasatan tersebut. Cerita yang tidak terlalu terbelit tetapi kalau tidak mengikuti dari awal kemungkinan boleh tersasar tidak faham. Tom Cruise sebagai penerbit filem memang menggunakan sepenuhnya kecekapan beliau untuk menggunakan nama baik yang dia ada. Jack Reacher adalah Tom Cruise yang cekap dan pantas dan selalu tepat menilik kemungkinan. Cerita yang bagus untuk ditonton.
DUNIA FIRDAUS
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Tuesday, May 21, 2013
Kempen pakai Video
Beberapa video dijadikan alat utama untuk memberi maklumat atau menyerang dan bertahan. BN ketika membentangkan manifesto juga ada terselit lagu untuk dijadikan nyanyian orang ramai. BN disebabkan menguasai media2 utama, mereka menggunakan berita2 utama, surat khabar untuk memberikan maklumat. Penggunaan media terus seperti TV hanya melibatkan temuramah dan pendapat2 yang nampak selalu dimenangi oleh pihak BN.
Dan parti2 lain yang bertanding juga tidak ketinggalan memberikan video masing2 yang bagi aku sudah mendapat taraf boleh diketengahkan. Salah satu adalah dari PKR. Disebabkan tidak mendapat tempat (walaupun SPR membenarkan mereka keluar di media utama 10 minit tapi tidak diterima oleh Pakatan Rakyat), video2 ini menjadi vial dan penting untuk dilawati dan dinikmati.
Labels:
Politics
Mari mengundi 05/05/2013
Lama tak menulis. Bukan apa, aku meraikan PRU 13 dengan sepenuh jiwa. Hari2 melihat bendera yang berbagai dan disusun cantik sepanjang jalan. Dipasang malam atau dilerai siang oleh pihak majlis. Hari undi pada 05/05/2013 adalah detik bersejarah. Dakwat hitam kali pertama akan digunakan. Sehari sebelum itu aku menonton cerita India (tamil nadu) yang menceritakan tentang pengundian menggunakan dakwat hitam. Nampak macam idea mengundur sahaja. Disebabkan itu aku selitkan video yang bagi aku akan menjadi lagenda satu masa nanti dari MIC untuk rakyat Malaysia.
Semua parti berceramah hampir setiap malam bermula pada 22/04/2013 dan aku juga tidak ketinggalan mendengar 2 kali ceramah memperkenalkan calon sekitar tempat aku mengundi. Aku tidak pergi yang dibuat oleh pihak BN sebab tidak dibuat berdekatan dengan tempat tinggal aku dan mungkin saluran maklumat yang banyak di TV sudah memadai untuk aku tahu calon BN. Pertama yang aku dengar di Denai Alam Recreational Center, Denai Alam - Yaakob Sapari, Rodziah dan Ir Khalid Samad. Mereka adalah pemegang kerusi politik untuk Dun Batu 3, Kota Anggerik dan Parlimen Shah Alam. Di belah BN pula calon yang terpilih adalah untuk kota Anggerik iaitu Othman Din (ini aku tak berapa kenal), Nawawi (bekas YB Batu3 dulu) dan Zulkifli Nordin (YB Kulim) untuk parlimen Shah Alam. Video tentang keyakinan beliau tersebar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Ceramah ke 2 yang aku dengar adalah di Taman Bukit Subang oleh Ir Khalid Samad ketika 2 hari sebelum hari mengundi. Masa yang sama Hairie Othman (pelakon) juga berceramah memberikan maklumat politik. Hairie Othman bercerita tentang penggunaan kamera untuk menipu dan cara berpolitik sekarang. Aku juga mendengar tentang Setiausaha Agung PAS yang sudah ada video lucah tersendiri seminggu sebelum hari percalonan. Aku tidak mencari dan sepatutnya tidak dikeluarkan cerita sebegini untuk mensensasikan PRU 13. Aku cuma terpegun dengan kebangkitan video2 yang agak classy dari berbagai pihak. Antara yang bagus adalah dari kumpulan Bangsar Berani Langgar
.
.
Labels:
memory
Wednesday, April 3, 2013
Gangster Squad
Cerita tentang gangsterism salah satu genre yang aku kena ikut. Bukan sebab aku ganas tetapi aku rasa ada masa aku nak tembak sahaja sesiapa yang buat aku marah. Cerita lakonan Sean Pean, Ryan Gosling, Josh Brolin dan Nick Nolte ini lansung jauh dari yang aku mahukan. Kalau sesiapa yang tidak pernah menonton cerita gangster yang lain2 seperti siri God Father, Scarface, Goodfellas atau Mean Street maka cerita begini boleh menambah rasa hendak tonton. Sean Pean pernah berlakon sebagai peguam untuk seorang gangster dalam filem Carlito's Way. Sean Pean mempunyai satu watak yang ganas di sisi diri dia. Nampak mudah untuk berlakon kerana dia sendiri memang ganas. Cerita ini sekitar awal 1920 an di Amerika di mana polis dan gangster adalah berkawan. Satu kumpulan dilantik secara rahsia oleh Peguam Negara untuk menangani masalah gangster ini dan diketuai oleh James Brolin. Ryan Gosling yang nampak bagus dalam filem "Drive" juga hanya watak tempelan dan seluruh cerita ini hanya seperti menonton drama di TV.
Labels:
Filem
Django Unchained
Quentin Tarantino salah seorang pengarah filem2 ganas. Aku mula seronok dengan cerita Reservoir Dog dia, lepas itu Pulp Fiction, Kill Bill dan Inglourius Basterds. Semua cerita ini ganas dengan darah macam disimbah2. Dia memang 2 Academy Award sebagai lakon layar terbaik untuk cerita Pulp Fiction dan cerita Django ini. Cerita sekitar masa penghambaan orang2 Negro di Amerika. Django adalah seorang negro yang dilepaskan oleh seorang pembunuh upahan lakonan Cristopher Watz - seorang pelakon yang memenangi 2 oskar sebagai pelakon pembantu terbaik untuk Inglarious Basterds dan Django ini. Sepatutnya Django ini boleh dapat filem terbaik tetapi Academy Oskar yang dikenali sebagai satu anugerah untuk pelobi2 maka cerita lain yang menang. Filem ini tidak lari dari keganasan yang dinantikan oleh aku. Pecah kepala di tembak, kuda patah ditembak atau kepala dipukul dengan penukul. Sesiapa yang mahu lihat keganasan dan terhibur, cerita ini kena tengok. Pelakon2 handalan dikumpulkan dalam filem memang menambah seri dan keganasan yang tidak teratur. Quentin Tarantino dikenali sebagai pengarah filem pop atau letupan bagi aku. Jamie Foxx, Leonardo De Caprio, Cristopher Watz dan Samuel L Jackson peneraju utama filem Django ini.
Labels:
Filem
Tuesday, April 2, 2013
Bandar Besar = Pembangkang
Penduduk di bandar2 besar memilih pembangkang sebagai wakil Parlimen mereka. Pembangunan yang didapati memang canggih dan diteruskan walaupun kerajaan berbeza pendapat dengan mereka. Di Semenanjung Malaysia cuma tinggal Kangar dan Johor Baharu sahaja masih dipegang oleh Barisan Nasional. Maklumat yang cepat dan tepat dan kecanggihan alat komunikasi memberikan satu input untuk memilih wakil. Aku berada di dalam kawasan Subang. Ini tempat pembangkang setelah menang tahun 2008. Sebelah kawasan aku, kawasan Shah Alam juga dipegang oleh pembangkang dari Pas (adik Tan Sri Shahril Samad - Shahril Samad pernah menang sebagai pembangkang di Johor Baharu menggunakan lambang kunci). Di Kuala Lumpur, kawasan Bukit Bintang hampir mustahil Barisan Nasional boleh menang. Barisan Nasional hanya nampak kampung atau bukan bandar besar untuk menang seperti Kuang atau Sabak Bernam. Maklumat yang diakses oleh penduduk bandar2 mungkin tidak termasuk TV3 atau RTM sebagai panduan. Bandar besar adalah tempat pembangkang dan Barisan Nasional patut malu dengan peratus tinggi menyokong pembangkang di bandar.
Labels:
Politics
Sunday, March 17, 2013
Wayang Pacak Aktif kembali
Suasana piliharanraya 13 seolah2 sudah hampir sangat. Saban waktu dimainkan di media2 utama tentang pembangkang yang tidak buat itu itu, berjanji tak ditepati atau tidak patriotik kepada negara. Suasana ini hendaklah diraikan sepenuhnya oleh pembangkang kerana pada waktu ini sehingga hari mengundi nanti semua maklumat kena hampir terus kepada orang yang berada di atas pagar tidak menyokong atau tidak peduli. Wayang pacak adalah salah satu kaedah yang paling efektif untuk menyampaikan maklumat. Media sosial baru seperti Youtube banyak membantu untuk menyebar maklumat. Cerita sejarah juga boleh didapati dengan mudah kerana kita jangan selalu sahaja ingat tentang 'Melayu mudah lupa' tetapi kecanggihan sekarang boleh buat kita ingat kembali.
Aku terlibat bersama dengan PAS Kawasan Subang menaikkan wayang pacang di satu selekoh sebelum ke sekolah untuk mengundi. Aku terlibat secara memberi buah fikiran tentang video2 yang perlu dipasang untuk setiap malam. Dan aku yakin bukan semua orang menonton 'Youtube' untuk menafikan apa sahaja yang keluar dari TV1, TV2 atau TV3. Mungkin sebab tiada masa dan mungkin bukan trend orang2 untuk buka 'Youtube' untuk menjawab. Tugas aku mencari video2 yang sesuai untuk dimuat turun dan tayang di skrin wayang pacak. Aku sediakan intisari rancangan bermula dari pukul 9.30 malam sehingga 12.00 malam. Bermula dengan bacan Al-Quran dan diakhiri dengan menjawab isu2 terkini.
Di tengah2 perjalanan wayang pacak ini aku selitkan iklan2 yang patut sangat rakyat Malaysia tahu tentang Pakatan Rakyat seperti video Demi Rakyat, Video manifesto, Kejayaan Selangor mentadbir dan macam2 yang positif. Lawak politik juga aku selitkan tentang masalah lembu NFC, rasuah - 'I help you, you help me' dan cara menari sumazau yang betul. Aku juga selitkan juga beberapa lagu semangat untuk pendengar seperti Yasin - reformasi, lagu Parti Islam Se Malaysia dan lagu janji di capati. Aku sedar bila aku bersembang dengan beberapa yang berminat menonton mereka sendiri tidak pernah mendengar tentang video2 ini walaupun mereka pengguna tegar komputer. Mungkin hanya Facebook menjadi pilihan. Wayang pacak ini akan menjadi senjata utama sepanjang masa sehingga hari mengundi. Aku rasa bukan hanya memanggil ramai orang untuk menonton mungkin mengajak sekali Polis atau BN untuk mengganggu.
Labels:
Politics
Wednesday, March 13, 2013
Video Tragedi Lahad Datu
Tragedi Lahad Datu tentang pencerobohan tentera Sultan Sulu Kiram III, akan dibuat video untuk tatapan pelajar2 semasa program LPPKN. Sesuai atau tidak ini adalah satu cadangan. Ketika ini penceroboh2 masih dicari dan dilapurkan sudah melebihi 60 orang penceroboh sudah dihapuskan. Idea untuk menayang video ini ketika program LPPKN nanti adalah untuk meningkatkan semangat patriotik kepada negara. Penduduk Malaysia sekarang ini sebenarnya hanya mendapat maklumat dari satu pihak sahaja itupun melalui sidang akhbar seperti artis menjawab soalan. Ini sebenarnya tidak mencukupi kerana penduduk Malaysia yang suka ambil tahu tentang negara nampak lebih patriotik kalau mahu tahu yang sebenarnya. Wartawan tidak dibenarkan terlibat dalam Ops Daulat ini mungkin kerana bahaya tetapi sejarah mesti dirakam dan menjadi sesuatu untuk dibincang di masa akan datang. Hatta perang2 yang besar seperti pembunuhan Osama Bin Laden, penangkapan Saddam Hussein atau rusuhan di Dataran Tahrir dibuat video untuk menjawab persoalan rakyat. Beruntung kepada pelajar LPPKN kerana dapat melihat video dan mungkin bersemangat selepas itu.
Labels:
Macam2
Tuesday, March 5, 2013
Flight
Denzel Washington selalu berlakun dalam filem2 yang aku suka. Tahun lepas dia menjadi ejen dalam filem 'Safe House', sebelum itu cerita 'The book of Eli', American Gangster dan macam2. Dia pernah menang Anugerah Award sebagai pelakon lelaki terbaik dalam filem 'Training Day'. Filem ini diarahkan oleh Robert Zemeckis yang membawa filem terbaik Akademi iaitu 'Forrest Gump'. Kali ini Denzel berlakon sebagai Pilot yang membawa 102 penumpang dalam perjalanan 45 minit. Kapal terbang yang dibawa dalam keadaan cuaca hujan lebat dan perkakas mesin tidak berfungsi menyebabkan kapal terbang akan terhempas. Dengan kecekapan yang ada sebagai seorang pilot senior dan mungkin ini kali pertama aku lihat kapal terbang diterbangkan secara terbalik untuk menimbulkan keseimbangan. Pendaratan yang kelam kabut tetapi agak dramatik. 4 orang penumpang dan 2 orang krew telah terbunuh dalam kejadian itu. Dia diikhtiraf sebagai hero tetapi siasatan dibuat menunjukkan beliau seorang pemabuk dan penagih heroin dadah. 15/20 minit terawal filem adalah penting untuk menilai kecekapan pilot Denzel Washington ini. Berlakon seiras pilot dan terma2 yang digunakan adalah tepat yang digunakan oleh pilot2 yang sebenar. Filem yang terlalu drama untuk orang2 mencari aksi di dalam filem.
Labels:
Filem
Golf Terma
Tengok orang main golf, kita rasa macam kena main golf. Duduk di kerusi pengurus Bank memerlukan kita main bola kecil ini selalu. Kononnya untuk mendapat networking atau kawan2 dalam perniagaan juga. Aku juga terlibat sama bermain bola kecil keras ini. Kepala memikirkan bahawa betapa susahnya hendak mendukung beg golf yang dipanggil 'club' yang mungkin berat. Berapa banyak kayu golf boleh dibawa dalam beg itu juga menimbulkan pertanyaan. 14 adalah yang dibenarkan untuk satu 'club'. Tapi sebagai permulaan aku membawa hanya 8 batang kayu golf sahaja kerana guru golf aku hanya ajar 3 batang golf sahaja sebelum aku turun ke padang sepenuhnya. Kayu golf yang berkepala paling besar - 'driver' paling penting untuk permulaan pukul, kayu 3 atau 'wood 3' dan iron 7 untuk jarak sederhana. Putter atau kayu golf yang digunakan untuk pukulan terakhir sebelum masuk lubang di kawasan hijau atau 'green'. Lain2 kayu hanya untuk memberatkan 'club' sahaja kerana malu kalau orang tanya mana yang lain.
Padang golf yang pertama aku cuba adalah di luar negara. Bandung di Mountain View Golf Club. Kelab yang seperti di Cameron Highland, sejuk dan nyaman. Apa yang seronok di sana adalah yang tukang mengutip bola atau membersihkan bola sebelum memasukkan ke dalam lubang golf adalah perempuan2 muda = 'caddy'. Kalau di Malaysia, pemain2 golf tidak mengambil seorang caddy untuk diri sendiri. Kadang2 1 caddy untuk satu group atau 'flight' yang bermain sebanyak 4 orang. Satu padang penuh golf adalah sebanyak 18 lubang. Setiap lubang perlu dimasukkan bola dan jarak permulaan setiap lubang bermula dipanggil tempat 'T-OFF' kerana satu benda plastik atau kayu berbentuk T dicacak ke tanah dan bola golf diletak diatas kayu itu. Jarak selalu dipanggil par 3, par 4 atau par 5. Ini bermaksud di par 3, jika bola itu masuk dengan 3 kali pukulan maka orang itu mendapat Par. Jika bola itu dimasukkan dengan 2 pukulan sahaja maka dia mendapat 'Birdie' dan jika hanya satu pukulan, maka ia dipanggil 'hole in one'.
![]() |
| Ini caddy2 di Bogor Raya, Indonesia |
Aku pun bermain golf di Mountain View, Bandung pada 2006. Ketika itu sejuk lain macam dan ketika bola dipukul jauh, bola akan terhentak masuk ke dalam tanah sebab tanah lembut. Ini adalah masalah biasa pada pemain2 golf dan caddy memang diperlukan untuk memerhatikan ke mana bola akan pergi dan mereka akan berlari2 manja mencari bola dan kita berjalan lenggang lengguk tanpa perlu berfikir. Apa yang bagus bermain golf ini bagi aku adalah hubungan. Kalau sebelum bermain itu seorang Tan Sri maka didalam permainan golf ini Tan Sri itu akan hilang, dan kita hanya boleh pakai nama atau panggil dia 'bro' sahaja.
Labels:
Sport
Sunday, March 3, 2013
Salih Yaakob dan Peminat
Salih Yaakob berpidato di satu majlis memohon pendapat rakyatt untuk menghadapi Pilihan Raya Umum. Berlakon bersama Nabil sebagai pencatat kehendak2 rakyat. Video ini dimuatkan dalam Youtube dalam ceritera Bangkang dari Longkang. Dalam video ini dilihat rakyat nampak terlalu naif. Ini adalah babak2 dimuatkan untuk mengutuk Pakatan Rakyat dan dijadikan bahan lawak ketika hangat PRU ke 13 hendak tiba. Tiba2 diceritakan oleh Salih Yaakob pada Jumaat lepas di Sinar Harian dia memohon maaf dengan lakonan ini kerana peminat2 beliau marah dengan watak2 yang memperbodohkan rakyat dan mempersenda pembangkang. Aku melihat ini sebagai satu titik tolak kepada artis untuk membuat keputusan kerana Salih Yaakob menarik balik lakonan tersebut walaupun telah disiarkan maka pembangkang kena di lihat sebagai kuat sekarang. Ini boleh menakutkan Barisan Nasional. UMNO yang diberitakan penyokong lebih 3.3 juta kena ambik inisiatif untuk memujuk Salih Yaakob kerana dengan setiap penyokong UMNO memberi sokongan kepada Salih Yaakob mungkin beliau tidak mohon maaf ke atas lakonan yang dibuat itu. Salih Yaakob bukan calang2 orang, beliau setiap pagi ada di Sinar FM melakon berbagai watak dalam radio ini, kahwin 4 dan diberitakan mempunyai anak yang ramai. Sesiapa sahaja yang merancang filem pendek Bangkang dari Longkang kena bagi imbuhan yang banyak kepada pelakon2 mereka kerana mungkin mereka akan diboikot oleh peminat. BN kena fikir kenapa peminat artis juga peminat politik menjadi sama. UMNO yang banyak ahli bersama dengan BN bukan lagi arus perdana kepada artis2. Jika buat keputusan untuk menjadi ahli UMNO - jadi senyap2 atau duduk diam2 dan buat kerja senyap2 seperti Mamat Kalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal. Jadi IKON tapi buat kenyataan yang boleh menggugat lari peminat sendiri.
Labels:
Politics
Thursday, February 14, 2013
Kon depan Maybank Sek. 14, Shah Alam
Perjalanan hari2 aku lebih kurang sama. Bangkit pagi, siapkan anak2, hantar anak ke sekolah dan hantar isteri ke tempat kerja. Selesai ini aku pula akan ke tempat kerja. Tetapi hari2 yang sama juga aku nampak benda tidak berapa pandai berlaku depan mata. Ini memang menyakitkan hati dan kadang2 aku rasa nak maki sahaja.
Sekitar lampu merah di Seksyen 14 Shah Alam, depan Maybank memandang ke arah MBSA akan di bubuh kon2 untuk mengelakkan orang memakir kereta. Dan perbuatan ini dilakukan hampir setiap hari tanpa memikirkan bahawa jalan yang di buat adalah untuk membenarkan jalan bukan untuk disekat2. Pekerja2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan datang seawal 8.30 am dan membawa kon2 untuk menyekat jalan yang paling kiri kemungkinan untuk mengelakkan orang memakir kereta di situ walaupun tanda tidak boleh memakir telah lama dipasang.
Jalan di situ sebenarnya ada 3 saliran. Yang kiri ditutup maka tinggal 2 jalan. Arah yang datang untuk ke Maybank itu adalah dari Hotel Bluewave, dari masjid Shah Alam dan dari stesyen bas di belakang Maybank. Apabila jalan di kiri sekali ditutup maka perjalanan kereta dari stesyen bas akan tersekat2. Maka MBSA secara ramainya berfikir iaitu jalan terbaik (dari ladang lah ni) adalah menutup jalan itu supaya tiada kereta yang memakir menyekat perjalanan.
Dan aku yang hari2 lalu disitu untuk menghantar isteri ke kerja akan melihat benda2 yang diulang sebagai tidak pandai. Kerja yang MBSA buat itu iaitu meletak kon dan mengemas kon pada petangnya adalah kerja tidak pandai. Kalau mereka terus berfikir secara (dari ladang lagi) penuhkan jalan kiri itu dengan pasu2 bunga atau tutup terus jalan yang paling kiri.
Aku bukan marah kalau orang tidak pandai tetapi kalau ramai2 tidak pandai memang menyusahkan orang ramai. Mereka mungkin letih untuk menyaman kenderaan yang diletak disitu atau idea datang dari orang atasan yang tidak boleh disanggah. Cuba berfikir sejenak, jalan ini dibina untuk menyenangkan perjalanan bukan satu hari kita terfikir untuk menyekatnya pula.
Labels:
Macam2
Subscribe to:
Posts (Atom)










