Yang selalu jengok

Wednesday, June 13, 2012

Gaji di Bank

Bagaimana keadaan gaji sekarang di bank?  Mengikut taburan sembang2 yang aku buat sendiri dan pengalaman berada di dalam sekitar bank lebih 20 tahun, pergerakan gaji di bank Malaysia tidak berganjak banyak seperti harga2 barang.  Teringat aku sekitar tahun 1997 dulu ketika aku mendapat Ijazah dan kononnya dinaikkan kepada pangkat Pegawai Kelas 1, gaji yang aku terima sekitar RM1,800 dan mengikut laporan sekarang 2012, gaji ini tidak berganjak banyak walaupun tahun sudah berubah.  Ada kawan2 yang masih di bank berkata bahawa sekarang gaji sudah naik kepada sekitar RM2,300 untuk Pegawai Kelas 1.  Walaupun begitu naiknya, perbezaaan RM500 untuk 1997 dan 2012 adalah 15 tahun dengan kenaikan sebanyak RM34  setahun.  Persatuan pegawai2 Bank tidak memastikan pegawai2 di Bank mendapat pembelaan yang sewajarnya.  Anak2 yang baru habis belajar yang mahu bekerja di bank2 nampak seperti menerima sahaja kadar gaji yang diberikan kerana mengikut rekod juga, majikan2 tidak mahu berbelanja banyak pada pegawai2 yang baru masuk ke dalam Bank.  Di sebabkan ini, pekerja2 selalunya tidak setia dengan sesatu bank.  Mereka akan bergerak, melompat mencari ibubapa yang baru.  Mana bank yang memberikan imbuhan lebih tinggi 10 - 20 % mereka akan melompat.  Bekerja di Bank sebenarnya agak senang sekarang kerana sistem yang berdisiplin membuatkan orang bekerja lebih senang.  Cuma bahagian pemasaran yang memerlukan kerja lebih untuk memastikan bank terus belayar.  Gaji yang tidak menarik untuk bertahan pada satu bank menyebabkan ramai senior yang bergerak untuk meningkatkan gaji sendiri.

781 comments:

  1. btul tu admin..skg ni ada ijazah keja bank dgn ada ijazah jadi guru, basic dy beza RM 1000..keja berhempas pulas utk bt marketing dan sales, pasal tu skg..ramai yg x tahan keja d sesebuah bank..ada je yg melompat ke sana-sini. Kalau gaji basic tu di naikkan, barulah takde yg baru 2 tahun keja, dah cri tpt lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena selalu lompat kalau nak gaji tinggi. mengikut rekod bank negara - bond berpindah pekerja antara bank pada tahun 2010 dahulu mencecah RM200 juta kerana bank terpaksa membayar untuk mendapat pekerja yg mahir. Dorang latih dan pekerja kena lompat untuk mendapat kenaikan gaji tinggi tapi kena bayar sesuatu pada bank lama.

      Delete
  2. I started in banking in 2012 as a GT with a starting salary 2,800. I was not graduated in banking but in communication.Doing operation n my basic in 2014 now is 3238+ allowance 470= 3708 after being a class 1 officer when upgraded after a year in 2013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mohamad syafiq - bank sekarang tidak tertakluk utk mengambil pekerja yang graduate dari banking sahaja - asalkan boleh bekerja dan menjual produk mereka, ia akan diserap. Kalau perhatikan kenaikan pangkat seseorang pegawai bank juga kadang2 boleh dijangka - seperti bahagian pemasaran atau kredit kerana ini boleh diukur dan diberi nilai.

      Delete
  3. assalamualaikum. Tumpang tanya ye admin.. pemohon ingin berkerja sebagai pegawai bank di mana-mana bank yg terdapat di malaysia tetapi pemohon tersebut hanya ada sijil diploma sahaja.. Agak-agak pemohon tersebut diambil bekerja ke tak dalam bidang tersebut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Muhdamirul Noor - dalam keadaan sekarang kebanyakan bank hanya memerlukan seorang pekerja yang boleh menjual produk2 bank sahaja. Berapa banyak produk bank yang perlu tahu hanya dua - simpanan dan pinjaman. Simpanan atau wealth management paling penting iaitu memastikan duit simpanan bank sentiasa berada pada tahap yang diterima dan tidak kurang dari pinjaman yang diberikan kepada orang luar. Penerimaan pekerjaan tidak perlu khuatir kerana kebanyakan bank masih memerlukan orang untuk tolong menjual produk mereka cuma kadang2 bank mensubkan kepada syarikat luar untuk tolong jual produk mereka seperti kredit kad yang dijual di supermarket. Jangan terkeliru dengan syarikat2 ini bukan dari bank tetapi diberi tugas khas untuk menjual produk sahaja.

      Delete
  4. salam. Tumpang tanya, Apakah tugas-tugas jawatan sebagai Pesonal Financial Executive. adakah potensi untuk diserapkan ke jawatan lain cerah? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa tugas Personal Financial Executive adalah sebagai sales person. Kalau dalam bank menjual produk seperti Insurance. Ini dikenali sebagai fee based income, iaitu pendapatan melalui komisen sahaja. Produk yang dijual adalah milik insurance yang bernaung dalam satu2 konglomerat seperti Maybank ada Etiqa Group. Personal Financial Executive akan menjadi agent dalam bank untuk Etiqa group menjual produk mereka.

      Potensi utk diserapkan ketempat lain memang ada. Pekerja mestilah menunjukan prestasi kerja yang bagus dan tidak bertunpu hanya pada kerja sendiri sahaja. Boleh juga menjual produk bank seprti pinjaman kereta atau rumah atau peribadi untuk menambah ilmu. Berdasarkan kerja yang memuaskan serapan boleh dilakukan bila masa review dibuat setiap tahun.

      Delete
  5. Saya bakal grad as a law student bulan 10 nanti. Possible ke untuk saya apply kerja di bank n apa position yang boleh saya apply?

    ReplyDelete
  6. Ok. Local U ke? Tahniah....Yes bank sekarang boleh menerima apa sahaja. Even Shariah juga yang sekarang demand agak tinggi untuk Islamic Bank dalam Shariah Department. Legal department juga penting untuk bank. Semua securities department memerlukan orang yang biasa dengan legal. Collection juga memerlukan orang yang biasa dengan litigation. Kalau menjadi sales person untuk bank juga boleh. Dengan pengetahuan yang ada mungkin Bank akan memilih saudara untuk banyak position di dalam bank

    ReplyDelete
  7. sy ad iv dgn pblic bnk sbgi mnagement trainee.dye ad bg plihan antra risk mnagement,information technologu,sales,banking operation atau loans..bleh bg pndpt ape yg ptt sy plih..kalau sales mmg sy xnk..dan ape yg prlu prepare..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan department yg disebut ada kaitan kecuali information technology. Department ini pasti hanya berada di HQ sahaja dan tidak bertemu dengan pelanggan kecuali berkaitan dengan ATM dan sistem bank yang perlu dijaga 24 jam. Kerja selalunya bershift untuk memastikan sistem bank sentiasa ok.

      Risk management adalah tempat sebelum sesuatu loan dilepaskan. Semasa proses loan - diterima dan membuat semakan risk management akan membuat keputusan untuk menerima atau menolak pinjaman yg diminta.

      Banking operation pula adalah berada di cawangan untuk handle kaunter dan berkaitan selalu dengan cawangan. Selalunya banking operation juga tidak lari untuk membuat jualan untuk produk2 yang berkaitan di kaunter seperti simpanan dan jualan kad kredit.

      Bahagian loans pula bahagian memproses pinjaman. Selalunya tidak bertemu dengan orang. Duduk memproses dan selalu menggunakan telefon untuk menemuduga pelanggan. Ini juga proses marketing yang tidak dapat tidak kena dihadapi.

      Sales pastilah menjual barangan bank. Pinjaman rumah, kenderaan, peribadi dll. Target mesti diletakkan dan perlu dicapai.

      Khairul Anwar lelaki dan pasti cabaran untuk berada di muka hadapan bank paling penting. Banking operation adalah department yg sesuai untuk mendalami pengalaman didalam bank. Banking operation juga membantu kita untuk berkomunikasi dan peluang untuk naik pasti senang kerana target yang tepat boleh diberi.

      Tidak dinafikan sales department paling tidak digemari tetapi department inilah melatih pekerja utuk berada di mana2 department. Peluang berjumpa dengan pelanggan yang bermacam menjadi satu cerita baru.

      Staff saya dahulu di Maybank Bangsar berkawan baik dengan seorang Datu kerana dia buat sales dan proses loan utk beli kereta. Disebabkan peramahnya staff saya ini, Datuk itu telah belanja staff saya pergi ke Medan dan Kedah menggunakan kapalterbang persendiriannya selama sehari Ahad. Peluang ini tidak boleh dijumpai di department2 lain.

      Fikir2kan.

      Delete
    2. Terima kasih atas cadangan dan penerangan..sekiranya saya dioffer sbgai frontline..perlu k sy trime..adkah ianya mmbantu career d mse hdapan??tq..

      Delete
    3. Ya. Terima dahulu dan bina pengalaman. Pengalaman berada di muka depan pasti berguna pada bila2 masa. Kekuatan bercakap, yakin dan boleh menjual produk2 memberi kekuatan pengalaman untuk maju, InshaAllah

      Delete
  8. Salam.tumpang tnye .mcm mne plak dngn krja pegawai bank yang kat kaunter tu .. yg kita amik no .. pastu tbe giliran kita .dia akan layan kita .. brape gaji starting ek ,, bonus dia . Sye ingt nk apply kerja tu .. skunk dlm proses nk abis degree in bisnes admin tapi in part time study .. ingt nk try mntk kje tu .. lau bole kat bank islam ke .. tu nk tau basic slalu brape ? Dari segi tempoh kerja ? ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM Mastura, Tahniah akan habis belajar. Ada 2 kategori yang Mastura tanya tu. Ada bank meletakkan pegawai di kaunter depan dan ada bank yang meletakkan kerani di kaunter depan. Bank2 seperti KFH, Al Rajhi, CityBank mahukan pegawai yang ada qualification untuk berada menjadi muka depan bank.

      Ada juga bank yang masih menggunakan kerani untuk berada di kaunter2 bank. Gaji2 mereka tertakluk pada perjanjian diantara NUBE (National Union of Bank Employee) dan Bank2 Malaysia. Gaji permulaan untuk pengkeranian adalah RM1,421 (ini mengikut perjanjian 2014)

      Bagi serapan untuk pegawai pula, ia berbeza mengikut bank2. Ada yang bermula dengan RM1,800 sehingga RM2,300 sebgai pegawai walaupun ia berada di kaunter. Selalunya serapan sebagai pegawai memungkin mereka membuat bukan kerja2 kaunter sahaja tetapi juga menjual produk2 bank dan selalunya ada target.

      Bank Islam masih mengekalkan kerani berada di kaunter2 kecuali kalau ada meja2 diruang bank selalunya adalah pegawai. Tiada ambilan baru dibuat untuk status kerani seperti Maybank.

      Delete
    2. Ohhh mcm tu ..terima kasih en firdaus .. kalau en xkesah ... ada tip untuk apply kerja tu .. hantar resume dkt bank tu cam tu je x? Sye xde kwan yg kerja bank untk mntk tolong .. tu sye agak kkurangn mklumat ..

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Hantar dan follow up dengan Human Resource untuk Bank itu. Tanya tak salah. Mungkin boleh dapat info lebih tepat, bahagian mana yang masih memerlukan pekerja

      Delete
    5. ohhhh agak lame sye xbuka blog .. terima kasih en firdaus .. sangat membantuu :)

      Delete
  9. salam encik firdaus.. saya di beri tawaran untuk sales exect di bank rakyat.tapi saya pernah mengalami nasib buruk dalam bidang sales perjualan insurans. Adakah sales exec di bank turut perlu kluar mencari customer rumah ke rumah..di mall dan sebagainya.. Saya tertanya2 akan job scope sama ada di bank mahu pun di insurans company.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ika...bleh bgtahu x berape basic yg BR offer kat awk n ape bnfit yg awk dpt...sy jg akn intvw jwtn yg same di bnk rkyat...bleh pm sy x...

      Delete
  10. Maaf lambat respon. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sales Exect di Bank sangat berbeza dengan sales perjualan insuran. DI Bank mungkin hanya menjual produk2 bank seperti pinjaman. Dan Bank Rakyat sendiri kurang produk untuk dipasarkan. Yang paling popular adalah pinjaman peribadi. Dan selalunya pelanggan yang mencari orang bank untuk meminjam. InsyaAllah ok Ika Atikah

    ReplyDelete
  11. Assalam tuan firdaus. Sy aishah, dari perlis. Lepasan ijazah bahasa melayu komunikasi professional.

    Sebelum tu sy ingin mohon maaf. Sebab sy ada 5 soalan utk tuan firdaus. Kalau tuan firdaus xsibuk, jawab ya. Kalau sibuk, its ok. :)

    Sy ada apply executive bank rakyat. Ada bc komen encik firdaus berkaitan cari org kan. Mcm insurance. Jd sekiranya diletakkan di bhg sales. Kita xperlu nk cari org mcm agent insurance lah kan. Begitu ka?

    Selain tu, sy ada beberapa soalan.

    1. Adakah jawatan executive akan rotate pada department y ada? Sbb jawatan y sy pohon xda di mentionkan executive bahagian mana.

    2. Gaji utk sales executive bank rakyat bergantung 100% pada komesyen ka tuan firdaus?

    3. Sekiranya diterima bekerja, ianya akan jadi kontrak dulu kan? Berapa lama tempoh utk jadi tetap?

    4. Adakah gaji akan meningkat setiap tahun walaupun masih dalam kontrak?

    5.benarkah sekiranya kerja di bank, terpaksa balik lewat malam? Sbb kalau suatu hari nt dh berkeluarga, perkara ni akan membebankan.

    Terima kasih sbb sudi baca ruangsn komen sy. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm Aishah

      Produk Bank Rakyat tidak sebanyak produk bank2 lain seperti Maybank yang juga menjual produk insurance. Sebagai Sales Exec di Bank tugas utama adalah menjual produk bank. Jika dijadikan sales exex bagi produk insurance maka jual insurance la kita.

      Rujuk kepada soalan
      1. Rotation berlaku untuk menambah ilmu pada pegawai bank. Dan juga selalunya pegawai akan bosan jika membuat sesuatu benda terlalu lama. Maka rotation boleh menaikkan semangat baru pegawai bank.

      2. Tidak. Mereka bergaji tetap dan komisen tidak diberikan biasanya kecuali ada beberapa bank yang mengamalkan komisen untuk menaikkan tahap sales mereka seperti Maybank

      3. Selalunya bank akan memberi tempoh pembelajaran selama 6 bulan untuk penilaian. Ia dipanggil probation period. Bekerja bersungguh2 dan pasti diserap sebagai pekerja tetap.

      4. Kenaikan gaji termaktub dalam perjanjian bekerja yang telah ditandatangani. Naik secara minima atau lebih tinggi apabila performance bagus.

      5. Balik lewat boleh berlaku pada semua pekerjaan. Pastikan kerja siap dan tidak ada majikan yang perlu tahan untuk kerja lewat malam kecuali majikan yang tidak efficient juga.

      Delete
    2. Terima kasih atas penjelasan y diberi. :) sgt jelas.

      Delete
  12. Assalam en.firdaus, sekiranya sy mengandung 3 bulan dan dpt offer kerja di bank rakyat, adakah offer sy akan ditarik balik? Sy di interview tahun lepas, tp baru hari ini dpt offer.Dan sy terlupa utk beritahu bahawa sy mengandung 3 bulan. syncuba hubungi semula pegawai tersebut, tp sy terlupa nombor sambungannya. Harap mendapat jawapan.

    ReplyDelete
  13. Assalam en.firdaus, sekiranya sy mengandung 3 bulan dan dpt offer kerja di bank rakyat, adakah offer sy akan ditarik balik? Sy di interview tahun lepas, tp baru hari ini dpt offer.Dan sy terlupa utk beritahu bahawa sy mengandung 3 bulan. syncuba hubungi semula pegawai tersebut, tp sy terlupa nombor sambungannya. Harap mendapat jawapan.

    ReplyDelete
  14. Wkslm...Alhamdulillah kurnia Allah. Masuk kerja dahulu....mengandung bukan untuk 4 bulan sahaja. Sudah masuk ke Bank dan beritahulah pada pengurusan tentang adik Helwa mengandung. Tengok berapa lama probation period dan kira bandingkan dengan tarikh untuk melahirkan anak. InshaAllah mengandung juga ibadah dan bekerja juga ibadah. Cuba yang terbaik semasa tempoh percubaan dan jadi pekerja bank yang baik.

    ReplyDelete
  15. Assalamualikum En Firdaus..
    Kalau encik. x keberatan, boleh tak encik check resume sy sebelum sy apply kerja bank?

    ReplyDelete
  16. Salam encik, saya ingin bertanya, saya dapt offer keje sbagai financial consultant , apakah tugas yg perlu dilakukan untuk position ini?
    Gaji di bayar basic atau makan sale commisen sahaja?
    Kalau di bayar basic selalu nya berapa starting gaji nya ya encik?
    Harap encik bole memberi sedikit info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Financial Consultant biasanya menjual insurance/unit trust yang terdapat di dalam group of bank. Seperti Maybank, menjual produk Maybank Etiqa (jual insurance) dipanggil Financial Executive. Di Public Bank pula terdapat Public Mutual yang menjual Unit Trust mereka. Di CIMB juga sama.

      Gaji diberi basic seperti RM1400 - RM1800 dan mendapat komisen untuk setiap jualan insurance / unit trust.

      Delete
    2. salam en firdaus. saya juga dpt offer personal financial consultant tp di cimb bank. boleh saya tahu target yg perlu dicapai utk mendapatkan status pekerja tetap? jika target tersebut tidak dpt dicapai adakan saya akan dibuang kerja?

      Delete
    3. WKSLM. Tahniah dapat bekerja di CIMB. Syarat2 tentang status tetap atau sebaliknya mungkin sudah diceritakan dalam surat tawaran. Baca surat tawaran dan faham. Kemungkinan target yang diberikan boleh dicapai dengan senang kalau tahu bagaimana untuk mencapainya. Kita sebenarnya dikeliling oleh orang2 yang boleh membantu. Tanya dengan sekeliling kita kalau2 bantuan boleh diberikan untuksesuatu masa. Status tetap mungkin kita boleh dapat dalam masa 6 bulan. Berbaik2 dengan pekerja senior dan selalu belajar untuk berubah penting untuk maju ke hadapan. Tahniah sekali lagi. Cuba gunakan orang2 sekeliling kita untuk maju. Network

      Delete
  17. salam encik,sya ingin btnya.sya telah dpggil utk interview jawatan personal finance executive di bank islam.apakah tugas yg perlu di lakukan utk jawatan ini? gaji basic dan apakah yg slalunya akan di tanya ketika intiview?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan sya nk bgtau baru pagi td saya mdpt pggilan utk interview hari jumaat ini dan saya mmg tdk bsedia dari segi intview trsebut.

      Delete
    2. Tahniah. Cuba bertenang. Adakah kerja ini yang pertama bagi anda. Soalan2 temuduga biasanya datang dari orang Human Resource dan detail pekerjaan tidaklah terlalu hampir pada mereka. Tetapi selalunya mereka akan datang dengan berdua atau bertiga seperti Pengurus Cawangan dan orang Human Resource.

      Menemuduga orang selalunya mahu melihat peribadi seseorang, cara menjawab, dan skill menjawab. Jika menjawab hanya dengan tersenyum sahaja mungkin tidak diterima. Cuba dengar soalan betul2 dan jawab secara ikhlas.

      Pengetahuan tentang bank Islam juga perlu sedikit seperti apa tugas bank? Menyimpan dan memberikan pinjaman secara Islamik. bank2 lain juga perlu tahu seperti Bank Muamalat yang juga bank islam di Malaysia.

      Gaji Basic boleh ditanya semasa temuduga dan juga apabila bank Islam mencara personal finance executive bermaksud mereka mahu orang yang boleh menjual produk mereka. Jadi diri sendiri dan gembira bila menjawab adalah kunci untuk menjual diri sendiri semasa temuduga.

      Delete
  18. Salam encik.. sye ingin btanye ape tugas2 untuk position executive marketing di bank rakyat.. pagi tadi sye ade trime pangilan untuk menghadiri interview utk position itu esok.. mohon pencerahan.. sbb sye cume apply utk position clerk dkt bank rakyat sblm ini..

    ReplyDelete
  19. Salam encik.. sye ingin btanye ape tugas2 untuk position executive marketing di bank rakyat.. pagi tadi sye ade trime pangilan untuk menghadiri interview utk position itu esok.. mohon pencerahan.. sbb sye cume apply utk position clerk dkt bank rakyat sblm ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. Executive Marketing pasti menjadi penjual untuk Bank rakyat. Marketing adalah satu tempat yang paling bagus untuk naik dengan cepat kalau berjaya. Tapi sebaliknya kerana target diberi nampak terpampang dan boleh dikira untuk berjaya atau gagal.

      Produk Bank Rakyat tidak terlalu banyak untuk ditakuti. Cuma pastikan boleh bercakap dan tahu perihal produk untuk menjual. Cuba bertenang dlam temuduga dan menjawab secara terbuka. Tiada kerja yang senang untuk senang.

      Delete
  20. Salam encik. Sy baru dimaklumkan td ad interview kerani kontrak di bank rakyat next week. Bole encik kongsikan persediaan yg perlu saya buat utk interview tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkn pihak bank sudah ada perancangan utk mengambil pekerja kontrak utk sesuatu projek. Jadi orang biasa dan banyak bertanya tentang pekerjaan yang diberikan. orang yang berminat kepada sesuatu kerja mungkin membuka mata pengurusan kerana mengambil orang yang berminat senang untuk diajar.

      Delete
  21. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
    Tuan saya nk bertanya apa bidang tugas permanent position Executive Financial Consultant (Sales & Marketing di etiqa?Saya dipanggil untuk menghadiri temuduga tersebut.Gaji berapa ye?

    ReplyDelete
  22. Tugas nya adalah menjual produk insurance. Life insurance yang pastinya. Gaji mungkin rendah tetapi berdasarkan komisyen dengan produk yg terjual. Selamat menjadi penjual insurance

    ReplyDelete
  23. As salam en. Firdaus saya mahu bertanya berkaitan skop tugas kerani di bank rakyat. Sebb sya mhu buat persediaan awal. Sblm lapor diri di tempat kerja
    Atau pun boleh bagi tips2 dari pengalman en. Firdaus
    Thnk you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tugas2 pengkeranian ditentukan oleh ketua yang bertugas. Ikut arahan dan belajar secepat mungkin. Bila belajar cepat, menguasai pekerjaan paling utama. Inisiatif untuk belajar benda lain seperti marketing atau menjual produk bank adalah sesuatu yang boleh dikira sebagai kelebihan. Ada kelebihan dari orang lain pasti membuahkan hasil pada masa akan datang. Selamat menempuh zaman pekerjaan. Tahniah.

      Delete
  24. Assalamualaikum En Firdaus.
    saya baru sahaja dimaklumkan bahawa esok sy ada iv di Maybank untuk jawatan sales executive. Saya ingin bertanya apakah tugas-tugas dalam jawatan ini dan juga persediaan yg perlu saya buat utk interview tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. Sales Executive adalah penjual produk Maybank. Maybank ada simpanan, pinjaman, insuran, kredit kad, pinjaman jangka pendek dan jangka panjang. Beli rumah, beli kereta dan pinjaman peribadi. Tak perlu tahu semua ini kerana yang pasti Cik Farah tahu iaitu sales adalah penjual.

      Persediaan biasa untuk orang yang akan bertemuduga adalah
      1) Datang awal
      2) selalu senyum
      3) Bertanya bila disuruh bertanya - tanya gaji dan diletakkan di cawangan atau di mana?
      4) Jangan memandai kalau tidak tahu
      5) Cuba cari maklumat tentang Maybank - berapa cawangan dan memuji gahnya Maybank
      6) Tenang bila menjawab - cakap sepatah2
      7) Bergaya sedikit seperti orang yang boleh menjual. Berseluar dan bergaya seperti orang yang cepat bergerak.

      Banyak membaca. InshaAllah

      Delete
  25. Assalamualaikum en firdaus... Saya baru diberitahu berjaya sebagai personal financial consultant. Boleh saya tahu skop dalam bidang ini dengan lebih detail?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm adik. Adik kena tahu apa yang adik pohon bekerja. Personal Financial Consultant adalah penjual produk insurance. Cari pelanggan yang berminat untuk berinsurance. Kerja yang tidak mudah tetapi mencabar dan menjadi senang kalau berjaya. Pekerjaan ini mengurus insuran diri, menyimpan untuk akan datang dan mengurus cara pembayaran. Mulakan dengan keluarga dan bergerak dari situ. Adik beradik, isteri suami adik beradik, pak cik mak cik, anak2 pak cik mak cik, keluarga belah adik beradik besan dan seterusnya anak2 pak cik mak cik. Luaskan pandangan dan terus mencuba. Mengikut hukum alam marketing dapatkan 10 kenalan untuk 1 pelanggan.

      Delete
  26. Salam en firdaus. Sy bru habis belajar n still waiting 4 my grad november nie. Ttg jawatan sales executive easy rhb yg mana caw nya adalah outside of the bank. Ada any differences x compared to kerja yg mmg di dlm bank. Mgkin skop kerja nya lebih mencabar dan bagaimana...

    Juga, sy telah pon ada sijil tbe yg mmg an advantage 4 me dlm bidang nie. Tpi sy agak takut dgn bidang sales. Kpi misalnya, mgkin en boleh share pngalaman en dan rakan ttg bagaimana kalau kita xachieved that kpi.

    Sedikit sebanyak komen en mmg akn membantu sy in getting my first job.. tq..;)

    ReplyDelete
  27. Mana2 kerja memang mencabar dan mernghiburkan bagi saya. Bahagian sales paling mencabar kerana akan berjumpa dengan orang ramai yang rata-rata sudah tahu tentang kerja kita dan selalu mencabar minda kita untuk melebihi mereka. kalau yang beli rumah besar pasti pernah beli rumah yang kecil, atau yang beli kereta besar pasti pernah meminjam beli kereta yang kecil. proses mengambil tahu ini menyebabkan orang yang berada di bidang sales mencabar.

    Jangan takut untuk mencabar diri dan bermimpi besar dalam sales kerana mimpi itu percuma dan mengubah diri itu sendiri yang buat. Ada sijil hanya membantu untuk masuk tetapi yang sebenarnya adalah di padang sales itu.

    Pakar menjual adalah bukan dari yang bersijil besar. belajar untuk bercakap dengan mudah dan ikhlas pasti orang akan mendengar. InshaAllah.

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum.

    Saya telah berjaya mendapatkn kerja di bank rakyat sebagai kerani kontrak selama setahun di head johor bahru. Saya akn lapor diri pada 7september2015
    Msalah sy skg adalah dilemma untuk memilih yg terbaik untuk diri sy.
    Sy dilemma untuk meneruskan kerja di tempat sekarang yg baru 2buln bekerja atau pergi kerja di bank rakyat.
    Jumlah Gaji yg sy terima skg sgt berbeza dgn gaji di bank rakyat. Gaji di bank rakyat sebagai kerani kontrak tidakla besar.
    Sy keliru antra ingin memilih sebb gji tnggi dan dekat dirumah atau berkorban ntok setahun jika bkerja di bank rakyat.
    Sy telah bertanya dgn lecturer dan kwn rmai yg mnyokong kerja di bank sebab mereka mengatakn bank rakyat adalh bank yg mempunyai bnefit yg terbaik.
    Apa pendapt encik tentang msalah sy ini slain solat isthikhrah.
    Boleh encik beritahu serba sedikit tentang bank rakyat.
    Saya ingin mencari kerja yg sy boleh bkerja lama dan bgus ntok mse depn sy.
    Adakah saya akn dserap selepas kontrak setahun hbis????

    Sy hrap encik dapat membalas dengan jawapan yg padat.
    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Linda

      Tahniah dengan panggilan kerja semasa sedang bekerja. Ia adalah rezeki yang mungkin tiada pada orang lain. Bekerja dengan organisasi yang besar ada beberapa kelebihan yang tiada pada syarikat yang lain.

      1. Potongan EPF - syarikat yg besar memastikan potongan ini dibuat sebanyak 12% dari gaji. Bercampur dengan EPF dari pekerja sebanyak 11% maka setiap bulan potongan yang wajib menjadi simpanan hari tua adalah 23%. Ada syarikat bank menggalakkan pekerja kekal dengan mereka seperti menaikkan potongan majikan dari 12% kepada 15% apabila pekerja telah lebih dari 5 tahun bekerja seperti saya dahulu di Bank Muamalat. Adik Linda kena pastikan tahu bahawa potongan EPF dari majikan dari lebihan kepada gaji yang ada sekarang. Ada syarikat2 yang kecil hanya memotong gaji pekerja tetapi tidak menyampaikan kepada EPF. Ini adalah penipuan dan majikan tidak mencarum untuk pekerja juga selalu berlaku kepda syarikat yang kecil.

      2. Medical percuma diberikan kepada pekerja2 syarikat besar. Ini kadang2 tidak terdapat pada syarikat yang kecil. Medical ini juga selalu bercampur dengan insuran diri sepanjang masa bekerja dengan syarikat yang besar. Ini selalu dilepas pandang oleh pekerja, insuran diri amat penting kepada orang2 yang ditinggalkan.

      3. Cuti yang telah ditetapkan dberikan kepada pekerja2 bank. Cuti umum dan cuti tahunan yang tetap. Syarikat2 kecil selalunya tidak memandang percutian sebagai benda yang penting. Ahad dan sabtu adalah cuti dan dalam setahun ada 52 minggu dan bermakna 106 adalah cuti yang sabtu ahad. Kadang2 syarikat kecil memerlukan kita bekerja pada hari sabtu maka 53 hari kita sudah rugi.

      4. Jenama yang diberikan pada pekerja. Ini bermaksud pekerja yang bekerja di syarikat lebih besar lebih dilihat berkaliber dari syarikat yang kecil. Bila kita bercakap dengan orang "saya dari Bank Rakyat" dan bezakan bila kita bersuara "Saya dari syarikat EXF"....lain dan mungkin orang tak sambung bersembang dengan dengan kita perihal kerja.

      5. Kerja dekat rumah dan jauh dari rumah mungkin dilihat penghalang tapi percayalah semua yang duduk di Kuala Lumpur itu bukan orang asli di kuala lumpur. Ada yang dari Perak, Melaka, N 9 atau sebagainya. Pencarian harta di tempat lain membuka minda dan perasaan balik ke kampung setiap kali cuti itu lebih bermakna. Jangan takut untuk berkelana atau berhijrah pada yang lebih baik.

      6. Cik linda masih baru 2 bulan dan tidak mengalami apa2 yang dikatakan rindu kerja lama. Kerja baru pasti memberikan nafas baru dan kegembiraan luas biasa.

      7. Solat Isthikharah mencari jawapan bukan melalui mimpi atau ilham sahaja. Allah SWT memberi Cik Linda maklumat dari orang yang lebih tahu. Bersama setahun dengan Bank Rakyat dan pastikan confirm menjadi pekerja bank, mgkn Cik Linda sudah boleh membuat keputusan ke arah mana perjalanan hidup ini.

      Saya tidak dapat mengulas tentang gaji tinggi yang Cik Linda dapat sekarang maka saya mengulas berdasar beberapa perkara di atas. Mungkin boleh difikirkan dan Tahniah sekali lagi.

      Delete
  29. Terima kasih atas kesudian Encik kerana telah membalas pertanyaan saya.
    Saya sangat menghargainya.
    Pengatahuan encik Sangat berguna dan bermanfaat bagi saya.
    Syarikat tempat saya kerja ini adalah syarkat swasta naungan cina dan profile syarikat ini ialah membuat testing. Pelanggannya seperti sapurakencana dan lain2 syarikat yg sllunya berkaitan oil and gas. Hq syarikat sy di singapore.
    Apabila saya bagi notis berhenti kerja mereka slow talk dgn saya untuk naik kan gaji saya lagi. Saya tak tahu adakah itu muslihat atau ikhlas agar saya bekerja disini lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam linda.sudi tak awk berkongsi mcm mn awk apply?adakah melalui website?

      Delete
  30. Sebenarnya susah mencari pekerja yang setia dan tindakan membalas syarikat linda itu agak biasa. Kalau sudah membuat keputusan, janganlah menarik balik keputusan kerana akan datang keputusan menerima kembali digunakan untuk syarikat memeras pekerja.

    ReplyDelete
  31. Selamat tengahari en firdaus..
    Saya telah berjaya mendapatkan pekerjaan di cimb sebagai pfc... Ada yang katakan bidang ni susah & ada yang kata bidang ni mudah. Adakah position saya ni melibatkan aktiviti outdoor 80%? Sy memilih bidang ini disebabkan saya fikir berkerja di bank masa depan lebih terjamin walaupun berstatus kontrak. Mohon pencerahan dari pihak en.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja luar bermaksud marketing. Sebenarnya kebanyakan pekerjaan adalah menjual produk. Tanpa jualan maka tiada syarikat akan dapat income untuk membayar gaji pekerja. Sekarang marketing bukan perlu berada di luar tetapi connection atau menggunakan internet untuk mencari pelanggan.

      Tapi pekerjaan yang dipilih ini memang perlu berjumpa kerana produk ini perlu ada connection dengan pelanggan dan pelanggan perlu percaya dengan orang yang menjual.

      Tahniah dan selamat maju jaya


      Delete
  32. ♥ bnyk ilmu yg sy dpt dri kalian semua ♥ tQ

    ReplyDelete
  33. ♥ bnyk ilmu yg sy dpt dri kalian semua ♥ tQ

    ReplyDelete
  34. ♥ bnyk ilmu yg sy dpt dri kalian semua ♥ tQ

    ReplyDelete
  35. Banyak perkongsian dan maklumat yg saya dapat kt ruangan komen blog ni .. Terima kasih .. Esok saya ada interview di bank negara .. Harap semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  36. Assalamulaikum encik.. Saya ada lihat di jobstreet walk in interview sbg personal loan advisor (asb) di cimb bank.. Saya bercadang untuk pergi. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan ? Terima kasih

    ReplyDelete
  37. Waalaikummussalam. Bersedia dengan senyuman. Fizikal kena sihat. Ceria dan boleh bercakap. InshaAllah. Marketing memerlukan orang yang begini.

    ReplyDelete
  38. Boleh encik terangkan skop kerja personal loan advisor ?

    ReplyDelete
  39. Yang pasti menjual produk CIMB. CIMB adalah bank yang membuat simpanan dan memberi pinjaman. Untuk memberi pinjaman maka bank memerlukan orang yang boleh menjual produk pinjaman peribadi dan pasti ASB (amanah saham bumiputra).

    Banyak orang mencari pinjaman peribadi. Boleh dilihat di mana2 pengiklan duit along menampal didinding2 atau memberi kad untuk menarik pelanggan meminjam. CIMB membuat produk ini untuk memberi peluang pelanggan mendapat pinjaman lebih berhemah daripada Along di luar sana. Ganas bila tidak membayar.

    ASB pula adalah simpanan paksa untuk memastikan bumiputra menyimpan di dalam ASB. Pulangan ASB selalunya tinggi yang dikelolakan oleh PND (Perbadanan Nasional Berhad) sekitarnya 8% - 10%. Pinjaman bermula dengan 10K, 20K 30K dan seterusnya sehingga 250K, Ini tiada duit yang dikeluarkan kepada pemimjam. Peminjam hanya tahu bahawa mereka meminjam untuk membeli sijil ASB dari PNB dan mereka mendapat untung dari simpanan mereka sahaja.

    Yang pasti sko kerja personal loan advisor inin adalah mencari pelanggan yang mahukan duit dan mahu menyimpan di dalam ASB. Kedua2 benda yang berbeza tetapi pinjaman peribadi yang sama. Satu dapat duit dan satu hanya mendapat sijil dan setiap hujung tahun mendapat pulangan dividen.

    ReplyDelete
  40. Adakah kerja ini memerlukan kita untuk pergi mencari customer?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum..nk bertnya tentang skop perkerjaan pfc di cimb...☺

    ReplyDelete
  42. PFC - personal financial consultant atau bahasa mudah....marketing officer. Dengan hanya menukar post ia dapat menaikkan harga sesebuah jawatan. Skop pekerjaan ialah mendapatkan pelanggan untuk menyimpan duit dan menjual produk mereka seperti pinjaman rumah, peribadi, asb, kereta atau lain2.

    ReplyDelete
  43. Sy dpt offer senior finance executive bancasurrance dr public bank..skop keje cana?perlu keluar mnjual ke?sbb ramai ckp jgn ambk sales sbb ssh..nnty resign.tolg beri komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy b.ground engineering..perlu ke sy time offer tu?dilema lah..harap dpt tolg.

      Delete
    2. Sesebuah syarikat sentiasa sedia siaga apabila ada orang menjual produk mereka ke luar. Buat satu benda dan tidak menjual kepada orang luar maka perniagaan itu hanya hobi dan berakhir begitu sahaja. Sebuah syarikat yg berniaga bermaksud menjual produk yang mereka ada. Lawyer menjual kapasiti mereka menjadi penguamcara. Mak cik masak gulai lemak menjual gulai lemak baru menjadi duit kepada rumah. dan begitulah seterusnya.

      Cerita tentang susah menjadi penjual untuk produk bank adalah satu hipotesis atau kata2 yang tidak ada asas. Yang selalu bercerita tentang gagal menjual adalah orang yang gagal.

      Menjadi marketing guys atau sales person adalah pekerjaan yang tidak akan pupus. Di dalam bank, budak2 marketing penting untuk memastikan sesuatu cawangan bergerak dengan berjaya. Dan selalu kenaikan pangkat lebih ditumpukan oada sesiapa yang paling pandai menjual di dalam bank.

      Bersedia untuk terus maju. Buka mulut selalu bercerita dan percaya dengan produk bank sendiri. Cakap dalam hati, bukan aku mencari kawan2 yang ramai tetapi ramai orang di luar sana mencari aku yang bekerja di dalam bank.

      Delete
    3. Mangement trainee under public bank byk utk sales..sedangkan fresh sy rasa lg better letak under operation.

      Delete
    4. Bank tidak akan membuang masa mengajar benda2 teknikal untuk pekerja2 baru. Sales hanya perlu diberitahu dan terus boleh ke padang marketing. Bahagian operasi memerlukan tunjuk ajar atau selalu diberikan induksi (pengenalan) sebelum membuat pekerjaan. Bahagian ini juga adalah bahaya untuk pekerja2 baru seperti memegang duit dan kalau kehilangan (shortage) pekerja perlu membayar.

      Delete
  44. tumpang tanya en.firdaus,macam mana pulak dengan scope kerja untuk jawatan consumer sales exec ye,dan apa potensi kerja ini.satu lagi,biasa nya berapa basic yang bank bagi ye untuk jawatan ini?Maybank contohnya.

    ReplyDelete
  45. Consumer sales biasanya marketing officer untuk menjual produk2 pinjaman seperti pinjaman kereta, rumah, kredit kad dan lain2. Potensi sentiasa ada pada marketing personal kerana disinilah potensi sesebuah cawangan dicapai iaitu bank menyimpan duit dan memerlukan duit itu dilaburkan dengan memberi pinjaman. Selalunya marketing paling berpontensi untuk ke hadapan. Gaji adalah berbeza dengan pengalaman. Range gaji disekitar RM1800 - RM2,300 melihat taraf pendidikan dan pengalaman bekerja.

    ReplyDelete
  46. Salam sir,

    Pd bulan Julai lepas saya menghadiri interview untuk jawatan "bank officer" seperti yg tertera pd pintu hadapan cawangan cimb d tmpt sy. Semasa interview, peg trsbt menyatakan dia berminat untuk mengambil saya. Saya tdengar beliau berbincang dgn seorang lg pengawai ttg jwtn yg hndk diberikan namun kurang jelas, cuma yg sy ingat jwtn trsbt bermula dr huruf F. Ttp sms interview sy byk disoal ttg insurans. Pegawai tersebut memaklumkan bahawa pihak hq akan menghubungi sy utk tindakan lanjut tetapi sampai skrg sy msh blm dihubungi. Dalam tempoh dari selepas interview hingga sekarang, saya beberapa kali menghubungi pihak hq namun apabila mrk bertanyakan jwtn apa dan sy jwb bank officer, dorang akn tnya bhgn apa jd sy xtau nak bagitau mrk. Oleh sbb itu smpi skrg sy x pasti dgn status sy.

    ReplyDelete
  47. Salam sir,

    Pd bulan Julai lepas saya menghadiri interview untuk jawatan "bank officer" seperti yg tertera pd pintu hadapan cawangan cimb d tmpt sy. Semasa interview, peg trsbt menyatakan dia berminat untuk mengambil saya. Saya tdengar beliau berbincang dgn seorang lg pengawai ttg jwtn yg hndk diberikan namun kurang jelas, cuma yg sy ingat jwtn trsbt bermula dr huruf F. Ttp sms interview sy byk disoal ttg insurans. Pegawai tersebut memaklumkan bahawa pihak hq akan menghubungi sy utk tindakan lanjut tetapi sampai skrg sy msh blm dihubungi. Dalam tempoh dari selepas interview hingga sekarang, saya beberapa kali menghubungi pihak hq namun apabila mrk bertanyakan jwtn apa dan sy jwb bank officer, dorang akn tnya bhgn apa jd sy xtau nak bagitau mrk. Oleh sbb itu smpi skrg sy x pasti dgn status sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ms

      Saya pun tidak boleh berteka teka dengan apa yang berlaku masa cik interview dulu. Melihat cara penulisan mgkn cik ni seorang penjual yang bagus dan kalau tak salah jawatan untuk "F" di CIMB adalah financial advisor untuk wealth management. Jawatan ini adalah pegawai jualan untuk produk CIMB dalam unit trust atau insurance. Cuba telefon dan beritahu tentang jawatan financial advisor dan google untuk mencari maksud jawatan tersebut sebagai kemudahan untuk berinteraksi dengan mereka.

      Delete
    2. Ok, terima kasih en. Firdaus :)

      Delete
    3. Ok, terima kasih en. Firdaus :)

      Delete
  48. As salam, En Firdaus.

    saya baru sahaja mndpt panggilan daripada BSN untuk panggilan temuduga sebagai kerani/teller. boleh sy bertanya, apakah pengetahuan yg perlu sy tahu utk menghadiri temuduga tersebut... dan apakah deskripsi tugas utk kerani/ teller.

    sekian terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslam. Tahniah dengan panggilan temuduga. Kerani di dalam bank boleh masuk di mana2 department. Boleh tolong buat marketing, boleh tolong process pinjaman, boleh buat macam2 yang disuruh. Tetapi kalau teller atau orang yang duduk di kaunter depan itu maka pekerjaannya adalah berjumpa dengan orang yang masuk atau keluarkan duit. Kerja ini lebih teliti kerana jika duit kurang maka teller kena bertanggungjawab. Akauntability lebih tinggi. Yang bertanya ini lelaki atau perempuan. Kalau pekerjaan ini diperlukan sangat maka terima dengan hati terbuka dan sentiasa bertanya untuk maju ke hdapan. InshaAllah

      Delete
    2. terima kasih atas maklum balas... sy lelaki en. firdaus,. ada perbezaan ke dgn perempuan utk mendapat jawatan ini.?

      Delete
    3. Ada perbezaannya. Perempuan di BSN di kaunter atau teller selalunya dikategorikan seperti peramugari di atas kapal terbang.

      Delete
  49. Salam, sy seorang fresh graduate dr bidang ekonomi dan ada satu walk in interview bagi banca sales rhb bank yg di iklan kan. Sy ade buat research sikit mengenai jwatan ini. Adakah ia sama maksud dgn bancassurance? Dimana pihak bank n syrkt insurance join partnership bersama. Dan apakah ia sama sperti menjual insurance ? Benda ni adalah baru bagi saya dan sy kurang memahami skop jwtan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. ya banca adalah bancassurance. kebanyakan bank yang besar mempunyai partner dalam menjual banca products. Ini adalah sinergi yang diperlukan dan pendapatan yang didapati dalam banca adalah fees atau direct income yang tanpa perlu dijaga seperti pinjaman yang selalu berlarutan selama beberapa tahun.

      Contoh Maybank, partner yang jual insurance adalah Etiqa. Maka Etiqa akan membayar komisen untuk setiap jualan product mereka. Kemungkinan gaji yang diperolehi adalah basic dan bercampur dengan komisen yang ditetapkan oleh pihak bank. Ambil peluang ini dan cuba menjual product ini bersama dengan product bank yang ada kemungkinan lebih senang untuk menjual. Pinjaman rumah atau pinjaman peribadi boleh membantu untuk menjual product banca. Selamat maju jaya

      Delete
  50. assalamualaikum tuan , saya dipanggil untuk ke iv pada 6/10/2015 ni sebagai Executive Islamic Financial Advisor (Sales & Marketing) di etiqa maybank so mcm mana pndapat tuan adakah sy patut pergi atau mcm mana..dan tugas dan cabaran dan agak2 brapa sallary yg dia akan bg sbb sy x ada apa2 pengalaman dlm bidang ni.tq

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum tuan , saya dipanggil untuk ke iv pada 6/10/2015 ni sebagai Executive Islamic Financial Advisor (Sales & Marketing) di etiqa maybank so mcm mana pndapat tuan adakah sy patut pergi atau mcm mana..dan tugas dan cabaran dan agak2 brapa sallary yg dia akan bg sbb sy x ada apa2 pengalaman dlm bidang ni.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Cik Ezzaty ini sedang bekerja atau tidak? Panggilan temuduga adalah breaking ice period untuk yang tidak bekerja atau sudah mahu bertukar kerja. Pergi temuduga bukan bermaksud kita sudah bekerja. kerja di tempat yang besar megah seperti Etiqa adlah peluang yang besar. Cuba rujuk komen2 saya di atas tentang bekerja dengan syarikat yang besar utk membuka hati Cik Ezzaty. Selamat bertemuduga

      Delete
    2. saya skrg sudah bekerja tetapi sy inginkan bertukar tempat kerja baru dan mencari pengalaman baru dan sallary baru utk menampung kos hidup yang tinggi buat masa skrg.jadi saya dipanggil utk ke interview di maybank group ini.thank you

      Delete
  52. assalamualaikum tuan. says lepasan diploma kewangan dan perbankan di politeknik. saya ingin bekerja 1 or 2 years before nak ambik degree. normally,dan says berniat utk bekerja di bank. boleh ke seseorang mempunyai diploma bekerja di bank. dan biasanya basic salary nya berapa? harap tuan membalas comment saya ini sebab saya benar2 buntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Selalunya diploma holder boleh bekerja di bank. Kebiasaannya bank mencari orang yang boleh menjual produk mereka dan kalau sebagai marketing executive kemungkinan gaji sekitar RM1800 sehingga RM2300. Tetapi kalau bank itu hanya mencari kerani sahaja maka tangga gaji sekitar RM1400 sahaja.

      Delete
    2. terima kasih tuan. comment tuan amatlah dihargai :)

      Delete
  53. Assalamualaikum tuan,
    Sy merupakan lpsan degree biomedic.. Sy ada apply kerja sbg pegawai pemasaran di bank rakyat.. selalunya basic salary utk jawatan tu berapa & skop pekerjaan jawatan tu mcm mana pula?

    ReplyDelete
  54. Pemasaran atau marketing department adalah penjual produk2 bank. Produk bank adalah simpanan dan pinjaman. Tangga gaji berbeza di antara bank2 kerana tiada persatuan2 pegawai di antara bank dan selalunya bank itu sendiri ada scale tersendiri untuk tangga gaji. Selalunya gaji yang diberikan sekitar RM1800 - RM2,200 ikut pengalaman dan bagaimana temuduga berlansung. Minta luar biasa dari kebiasaan maka perlulah dibuktikan kenapa? Selamat maju jaya

    ReplyDelete
  55. salam...
    saya ingin bertanya apakah skop kerja Personal
    Financial Associates (Sales & Marketing)?

    saya ada apply kerja di etiqa untuk jawatan tersebut...sekarang saya bekerja sbgai pereka grafik dan ingin mencuba bidang lain seperti bank dan lain2. mohon beri sedikit penjelasan dan nasihat.terima kasih :-)

    ReplyDelete
  56. Etiqa adalah salah satu Pembekal Insurance yang bertauliah maka sebagai Personal Financial Associates adalah menjadi salah satu agent insurance. Mencuba tetapi mesti bersungguh untuk menjual.

    Insurance di dalam dunia masyarakat Melayu masih terbuka luas. Bukan semua berminat menjadikan peluang untuk menjual terlalu besar untuk Melayu. Ingat penjual yang baik adalah memberi apa yang orang tiada. Kesukaran menjual juga menyebabkan industri ini tidak pernah putus mahukan penjual yang berkalibar. Selamat maju jaya

    ReplyDelete
  57. Salam En. Firdaus...saya dipanggil untuk interview sebagai Personal Banker \ Personal Financial Manager di OCBC bank...mohon encik tolong jelaskan apakah skop tugas untuk jawatan nie..sebab saya sebenarnya memohon untuk jawatan lain tapi dipanggil iv untuk jawatan nie...trima kasih😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      PFM atau PB adalah bahagian pemasaran produk untuk OCBC, Ingat selalu produk untuk bank adalah pinjman dan deposit. Ini tidak lari dari mana2 bank, jika membuat salah satu maka boleh dipanggil bukan bank seperti along...memberi pinjaman sahaja.

      Tugas pemasaran adalah tempat paling dikehendaki oleh bank kerana disinilah bank mendapat keuntungan dari deposit yang mereka ada. Deposit persendirian juga bukan mudah sekarang. OCBC bukan seperti maybank atau cimb dimana cawangan yang banyak dan ATM yang bersepah2. Maka kerja di OCBC lebih mencabar. Tetapi ia bagus kerana bukan semua mahu terima dan kerja mencabar pasti mendapat pulangan juga luar biasa. Selamat Maju jaya

      Delete
  58. Saya mendapat tawaran BSN sebagai Teller dan sekarang saya bekerja di audit firm bahagian tax . merupakan lepasan diploma perakaunan . Apa kelebihan jika saya menerima tawaran BSN berbanding firm kecil yg mnawarkan 1.4k-1.5k gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dengan panggilan kerja semasa sedang bekerja. Ia adalah rezeki yang mungkin tiada pada orang lain. Bekerja dengan organisasi yang besar ada beberapa kelebihan yang tiada pada syarikat yang lain.

      1. Potongan EPF - syarikat yg besar memastikan potongan ini dibuat sebanyak 12% dari gaji. Bercampur dengan EPF dari pekerja sebanyak 11% maka setiap bulan potongan yang wajib menjadi simpanan hari tua adalah 23%. Ada syarikat bank menggalakkan pekerja kekal dengan mereka seperti menaikkan potongan majikan dari 12% kepada 15% apabila pekerja telah lebih dari 5 tahun bekerja seperti saya dahulu di Bank Muamalat. Adik Linda kena pastikan tahu bahawa potongan EPF dari majikan dari lebihan kepada gaji yang ada sekarang. Ada syarikat2 yang kecil hanya memotong gaji pekerja tetapi tidak menyampaikan kepada EPF. Ini adalah penipuan dan majikan tidak mencarum untuk pekerja juga selalu berlaku kepda syarikat yang kecil.

      2. Medical percuma diberikan kepada pekerja2 syarikat besar. Ini kadang2 tidak terdapat pada syarikat yang kecil. Medical ini juga selalu bercampur dengan insuran diri sepanjang masa bekerja dengan syarikat yang besar. Ini selalu dilepas pandang oleh pekerja, insuran diri amat penting kepada orang2 yang ditinggalkan.

      3. Cuti yang telah ditetapkan dberikan kepada pekerja2 bank. Cuti umum dan cuti tahunan yang tetap. Syarikat2 kecil selalunya tidak memandang percutian sebagai benda yang penting. Ahad dan sabtu adalah cuti dan dalam setahun ada 52 minggu dan bermakna 106 adalah cuti yang sabtu ahad. Kadang2 syarikat kecil memerlukan kita bekerja pada hari sabtu maka 53 hari kita sudah rugi.

      4. Jenama yang diberikan pada pekerja. Ini bermaksud pekerja yang bekerja di syarikat lebih besar lebih dilihat berkaliber dari syarikat yang kecil. Bila kita bercakap dengan orang "saya dari BSN" dan bezakan bila kita bersuara "Saya dari syarikat EXF"....lain dan mungkin orang tak sambung bersembang dengan dengan kita perihal kerja.

      5. Kerja dekat rumah dan jauh dari rumah mungkin dilihat penghalang tapi percayalah semua yang duduk di Kuala Lumpur itu bukan orang asli di kuala lumpur. Ada yang dari Perak, Melaka, N 9 atau sebagainya. Pencarian harta di tempat lain membuka minda dan perasaan balik ke kampung setiap kali cuti itu lebih bermakna. Jangan takut untuk berkelana atau berhijrah pada yang lebih baik.

      6. Kerja baru pasti memberikan nafas baru dan kegembiraan luas biasa.

      7. Bersama setahun dengan BSN dan pastikan confirm menjadi pekerja bank, mgkn tuan puan sudah boleh membuat keputusan ke arah mana perjalanan hidup ini.

      8. Tentang gaji kemungkinan gaji yang ditawarkan oleh BSN lebih kurang dgn apa yang didapati dari audit firm itu.

      Delete
    2. Sambungan 8. Gaji : Tentang gaji pula bagi saya ini adalah salah satu faktor sahaja tetapi cuba buat penilaian selain gaji untuk menentukan ruang masa bagi berapa lama kita didalam sesebuah syarikat.

      Delete
  59. Salam encik firdaus. Saya dah habis belajar stpm. Masa spm dulu ada ambik akaun. Tp stpm ambik business. Skrg saya dh jd teller di sebuah bank. Baru hari ke 8. Basic dia rm1421. Dan cola dia 300. Adakah gaji tu memandai? Brp sllunya gaji untuk jawatan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teller atau kerani termaktub dalam Collective Agreement diantara bank dan pekerja kerani (NUBE). Ya gaji tersebut mengikut perjanjian.

      Delete
  60. Salam encik firdaus. Berapa range gaji untuk kerani tingkatan biasa bank rakyat dan elaun. Kebiasaannya.

    ReplyDelete
  61. Gaji kerani tingkatan biasa adalah di antara RM1,400 sehingga RM3250.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh. Rm1400 gaji basic atau gaji kasar encik firdaus

      Delete
  62. Gaji Kasar sebelum ditolak EPF atau di campur dengan elaun2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh. Trima kasih utk info. Bagaimana dengan gaji kerani yg memerlukan diploma? Maaf banyak bertanya. Hehe

      Delete
    2. Apabila setuju menerima jawatan kerani maka gaji akan sama kecuali berpengalaman di dalam bank (pernah bekerja)

      Delete
  63. salam encik firdaus. saya merupakan lepasan diploma dan berasal dari Sarawak. macam mana nak apply bekerja di bank. dan sekiranya dapat interview dan diterima bekerja,boleh tak saya minta ditukarkan ditempat saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pohon kerja terus kepada bank2 yang anda berminat. Untuk penukaran mestilah ada kekosongan atau tempat itu memang memerlukan pekerja. Cuba terus ke cawangan berkenaan dan bertanya dengan orang2 yang kerja di dalam. Selalunya cawangan itu lebih mengetahui dan terus hanya permohonan kepada mereka. Selamat maju jaya

      Delete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. as salam encik firdaus

    saya sekarang berkerja sebagai analyst aml untuk dari bank bukan dari malaysia

    boleh saya tahu pendapat encik mengenai mana lebih baik kerja di bank tempatan atau foreign bank.
    sebab saya ada dapat interview dari bank tempatan sebagai Executive, Card Risk & Authorization Cen­tre.­
    mana lebih baik analysts aml atau pun card risk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja di Foreign Bank membuka luas pengalaman bekerja dengan foreign bank tetapi mereka tidak bersifat Malaysian dimana bila2 mereka boleh menarik kedatangan mereka di Malaysia.

      Bekerja di Bank Malaysia pula perlu sentiasa memastikan bank berkembang dan sentiasa berada di tempat yang sepatutnya. Maybank juga menutup beberapa cawangan kerana terdapat duplikasi atau 2 atau 3 cawangan dlam satu tempat. CIMB juga melakukan perkara yg sama. Jadi bagaimana berada ditempat yang sepatutnya sentiasa ada.....pemasaran. Jika kita adalah seorang penjual produk yang paling dikehendaki oleh pasaran maka kita diperlukan hampir semua bank.

      Credit Card risk adalah tempat proses permohonan credit card. Kemungkinan bank tersebut telah menggunakan pemasaran luar utk melakukan jualan mereka seperti di pasaraya dan credit risk akan proses permohonan tersebut. Pada masa ini pekerjaan ini nampak selamat dan tidak terganggu oleh masalah kepupusan.

      Saya tidak dapat mengulas cerita analysts yang hendak ditanya. Kadang2 bank mengunakan perkataan yang nampak canggih tetapi sekadar penjual produk mereka contoh Financial Executive - penjual insurance. Personal Financial Associates adalah penjual insurance juga atau Personal Advisor juga pegawai pemasaran. Maka Analyst kemungkinan merujuk kepda memproses sesuatu pinjaman. Nampak sama dan boleh fikir dengan membaca komen2 sebelum ini. Selamat Maju jaya

      Delete
  66. Assalamaualaikum en firdaus..sy ada dpt offer as premium banker di HSBC..boleh en bgtau apa tugas premium banker

    ReplyDelete
  67. Assalamaualaikum en firdaus..sy ada dpt offer as premium banker di HSBC..boleh en bgtau apa tugas premium banker

    ReplyDelete
  68. Assalamaualaikum en firdaus..sy ada dpt offer as premium banker di HSBC..boleh en bgtau apa tugas premium banker

    ReplyDelete
  69. Waalaikummusalam Mardhiana.

    Premium banker adalah nama glamour bagi sales person di HSBC. Terlibat dengan penjualan produk2 bank seperti deposit, pinjaman, insurance atau unit trust. Ia adalah marketing untuk pihak bank.

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum en. Firdaus.

    Saya dapat panggilan interview as executive (contract) di bank rakyat pada hari selasa minggu hadapan iaitu pada 27/10/15.

    Soalan saya, apakah soalan interview yg biasa akan ditanya untuk jawatan eksekutif bank?
    Dan adakah selepas contract akan diserap atau tidak?
    Kalau tidak keberatan, bolehkah en. Firdaus berikan sedikit tips utk saya interview minggu hadapan? Feeling nervous. Hihi.
    Thankyou for your time en firdaus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM Nur Ain

      Maaf lambat cuti minggu penuh aktiviti. Semasa interview jadilah diri sendiri dan cuba menjawab soalan dengan betul, Jika tak tahu maka jawab tak tahu dan jangan reka.

      Selalunya bank mahukan orang yang tidak takut menjawab dan yakin bila menjawab. Cuba dapatkan maklumat tentang bank rakyat sebelum pergi temuduga.

      Selepas contract habis ada dua kemungkinan diserap atau tidak. Maka kerjalah bersungguh2 untuk kekal jika bank rakyat baik dengan saudari tetapi kerja dengan bank yang besar pasti bagus untuk masa akan datang. Selamat maju jaya

      Delete
  71. Assalamualaikum en. Firdaus.

    Saya dapat panggilan interview as executive (contract) di bank rakyat pada hari selasa minggu hadapan iaitu pada 27/10/15.

    Soalan saya, apakah soalan interview yg biasa akan ditanya untuk jawatan eksekutif bank?
    Dan adakah selepas contract akan diserap atau tidak?
    Kalau tidak keberatan, bolehkah en. Firdaus berikan sedikit tips utk saya interview minggu hadapan? Feeling nervous. Hihi.
    Thankyou for your time en firdaus :)

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum En. firdaus, saya nak tanya, saya dapat panggilan interview as kerani di Bank Islam pada hari selasa 27/10. Ni merupakan interview kali pertama saya.
    Soalan saya, apakah soalan yg biasa ditanya untuk jawatan kerani dan kalau tidak keberatan, bolehkah encik share sedikit tips utk saya interview next week? �� Thankyou ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM Athirah Syazana.

      Maaf lambat cuti minggu penuh aktiviti. Semasa interview jadilah diri sendiri dan cuba menjawab soalan dengan betul, Jika tak tahu maka jawab tak tahu dan jangan reka.

      Selalunya bank mahukan orang yang tidak takut menjawab dan yakin bila menjawab. Cuba dapatkan maklumat tentang bank Islam sebelum pergi temuduga.

      Soalan biasa yang ditanya adalah terangkan diri sendiri, pernah bekerja atau tidak dan soalan2 peribadi yang boleh mereka melihat di mana kesuaian adik boleh diserapkan.

      Jika mereka sudah tahu seperti pemasaran maka soalan2 pemasaran akan ditanya.

      Bercakap dengan terang untuk menunjukkan kita sentiasa bersedia dan boleh bekerja. Selamat maju jaya

      Delete
  73. Saya telah mendpt iv sbgai Financial Executives - Unit Trust Pblic Bank...boleh sy tahu lebih lagi basic, confirmation period n skop kerja? memandang keadaan ekonomi semasa, sy inginkan pendapat lebih dan apa preparation/tips ? terima kasih.

    ReplyDelete
  74. Salam.

    Tahniah dengan jawatan yang diberikan. Basic gaji tidak dapat saya pastikan kerana selalunya penjualan unit trust diberikan komisen dan basic pay rendah. kemungkinan sekitar RM1,400 sehingga RM2,000. Serapan kekal kemungkinan diberikan sekitar 3 hingga 6 bulan. Skop pekerjaan adalah menjual unit trust - public mutual fund.

    Target dalam pekerjaan ini adalah mendapat pelanggan sebanyak mungkin untuk memungkinkan pendapatan kita tinggi. Jualan kepada pelanggan yang ada KWSP selalunya menjadi pilihan paling senang dalam jualan public unit trust.

    Mulakan jualan dengan sekitar keluarga dan kawan2. Target yg selalu diberikan adalah setiap 10 yang dijumpai maka 1 jualan boleh dibuar. 10 : 1 Pekerjaan ini memerlukan skil menjual dan banyak membaca rekod2 lama Public mutual fund untuk menyakinkan pelanggan. Selamat maju jaya

    ReplyDelete
  75. salam en firdaus.. sy hatikah.. sy mendapat tawaran sebagai kerani tingkatan biasa kontrak di bank rakyat pada masa yg sama sy mendapat tawaran sebagai teller di bsn.. yg mana satu patut sy pilih terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Tikah..saya nak tanya la..berapa lama lps interview di bank rakyat baru dpt jwpn?saya da 2 minggu interview di bank rakyat tapi masih tiada apa-apa jwpn. xtau la dpt ke x

      Delete
    2. Assalamualaikum. Nak tanya. Awak dah dpt ke jawapan drpd Bank Rakyat? Saya pun dah pergi interview tapi masih tak dpt jawapan.

      Delete
  76. Tahniah buat Hatikah...kalau lelaki seperti diberi 2 wanita yang cantik..susah nak tolak dan susah nak pilih. Kalau boleh mahu kedua2nya. Secara umum, Tikah mestilah tahu kedudukan ke dua bank tersebut. Ada kos2 lain yang terlibat untuk datang bekerja. Perlu sewa rumah atau berdekatan dgn rumah ibuayah. Kos2 yang berkaitan perlulah diambil kira.

    BSN selalunya menjadi teller ini seperti menjadi peramugari didalam kapal terbang. Dihias dengan baju yang sama dan kalau dulu berkebaya. Tata hias diri juga nampak sama di sebarang cawangan.

    Bank rakyat juga sekarang membuat persamaan tata hias diri di kaunter mereka. Tapi tidak semeriah BSN.

    Bagi saya jika disuruh pilih maka saya akan melihat kos sebelum membuat keputusan. Selamat Maju jaya.

    ReplyDelete
  77. terima kasih en firdaus di atas pandangan

    ReplyDelete
  78. salam en firdaus. saya berminat untuk menjadi takaful agent. company takaful manakah yg paling terbaik untuk sy sertai. antara PRUDENTIAL, AIA TAKAFUL, ETIQA, MAA TAKAFUL. dan lain lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 takaful terbaik kalau tuan/puan seorang yang boleh menjual. Pastikan takaful itu mempunyai back up yang kuat seperti Etiqa iaitu satu group dengan Maybank (ini contoh). Beberapa insurance tiba2 hilang dari cerita orang kerana tiada back up kewangan yang kukuh dari belakang. Prudential ada BSN, Etiqa ada maybank. Pilih yang kuat berada di belakang.

      Tetapi selalunya imbuhan yg tinggi terdapat dalam takaful yang tidak ada back up belakang kerana keuntungan mereka tidak dikongsikan, Kalau pandai menjual dan nama segar dalam dunia takaful, di mana2 pun boleh. Selamat maju jaya

      Delete
  79. Assalamualaikum en, saya ada nak tanya soalan. Saya merupakan lepasan pelajar politeknik dan mengambil kos diploma kewangan & perbankan islam. Soalan saya, sebagai fresh graduate. Bank mana yang more better untuk kita bekerja n utk jadi pkerja tetap. Lagisatu, kalau kita dpt offer kerja customer service di mana2 bank, betul ke susah nak naik pangkat. Tapi sebagai lepasan diploma, apakah kelayakan saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulalah kerja di mana2 bank hatta di customer service pun. Bukan bermakna di customer service susah naik pangkat tetapi jika terlalu focus dan tidak mahu berubah dan mencuba benda2 lain dalam bank maka kenaikan pangkat agak susah. Bina inisiatif diri untuk menerima apa sahaja ilmu dalam perbankan dan kenaikan pangkat akan berlaku tanpa kita sedari.

      Bank2 masih mengambil budak2 diploma untuk bekerja tetapi kemungkinan hanya sebagai marketing assistant atau pembantu pegawai. Selamat maju jaya.

      Delete
  80. Salam En Firdaus,

    Saya berumur 36thn dan sedang bekerja di dalam bidang adjuster insurans. Pekerjaan saya melibatkan penyiasatan dan juga penilaian insuran. Saya da bekerja 12thn dan kini saya telah diterima tawaran kerja sebagai Mortgage Sales utk BSN contract setahun. Gaji basic yg di tawar pun agak tinggi drpd gaji yg saya dapat sekarang.

    Cuma sekarang saya dalam dilemma kerana:

    Pekerjaan bank adalah sesuatu yg baru bagi saya. Saya takut dalam masa 6bln saya tak boleh capai target itu yg membelenggu fikiran saya.

    Walaubagaimana pun saya cuba berfikiran positif bahawa pekerjaan di BSN mempunyai pontensi utk saya berkembang.

    Jadi apa yg patut saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm. Tahniah dengan tawaran BSN. Jangan takut untuk melayari badai. Memang menakutkan tetapi kita tidak tahu orang yg selama di badai itu kita boleh langgar dengan senang sahaja. Sebagai seorang yang berpengalaman kerja pasti banyak kawan kecuali tidak bercakap duduk seorang di meja melihat komputer sahaja. Mortgage sales ini terlalu besar skopnya. Pemasaran yang tidak pernah putus di Malaysia. Orang akan membeli rumah orang akan mencagar rumah. Peluang bekerja lama dan sudah berumur 36 tahun pasti tahu banyak peguam cara untuk mendapat tip bekerja dalam mortgage ini.

      Jangan tolak peluang ini. Tempat baru pasti memberi persepsi baru dan ruang sahabat baru. Kumpulkan kawan2 lama untuk membantu dan bergerak terus cergas mencari peluang. Selamat Maju jaya.

      Delete
  81. salam encik firdaus,
    saya ingin bertanya tentang job scope untuk pegawai pemasaran dan proses di pusat pembiayaan automobil di bank islam.
    adakah jawatan ini same macam sales jugak iaitu perlu cari customer?

    ReplyDelete
  82. WKSLM Cik Arina Aimi

    Ya pegawai pemasaran menjual produk2 bank seperti pinjaman rumah, pinjaman peribadi atau pinjaman kenderaan. Automobil adalah kenderaan. Maka bahagian pemasaran adalah sama - mencari pelanggan.

    Untuk automobil mungkin berbeza sikit kerana penjual2 kereta yang mencari pihak bank untuk membantu mereka mendapatkan pinjaman untuk pelanggan kenderaan mereka. Cth Kalau mahu beli kereta Honda, pergi ke kedai Honda maka penjual akan memberitahu bahawa mana2 bank yang memberikan pinjaman dan kalau setuju mereka akan memanggil bank tersebut untuk temuduga pinjaman.

    Pemasaran pembiayaan automobil agak ketat kerana bank2 telah memutuskan berapa profit rate atau interest rate yang mahu dikenakan. Ini menyebabkan bank2 yang terkedepan dalam pembiayaan kenderaan pasti mendapat pelanggan lebih ramai. Jangan takut untuk berdampingan dengan penjual2 kereta untuk mereka bantu. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  83. terima kasih atas perkongsian ilmu. amat2 membantu saya :)

    ReplyDelete
  84. Salam en firdaus, saye ade interview di maybank etiqa bg jawatan personal financial associate(PFA), ape skop kerja bg personal financial assosiate (sales & marketing) ni? Starting salary brpe? Atau hanya bergantung pd komisyen shje, saya fresh graduate, byk yg x clear, hrp encik dpt membantu, tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM. Bila masuk dunia kerja, secara umum Maybank Etiqa hidup dengan menjual produk insurance. Bagaimana ia di sebut atau bagaimana ia dipanggil maka sales & marketing adalah menjual produk insurance mereka. Gaji yang diberikan mungkin tidak tinggi tapi berdasarkan komisen jualan insurance.

      Kalau yang duduk di dalam office adalah jabatan2 seperti security department, audit department, account department, under writer (processing department. Bahagian pemasaran adalah tempat mereka mencari pendapatan dan amat penting.

      Selamat Maju jaya

      Delete
    2. Ok, terima kasih banyak en firdaus, sgt2 membantu :)

      Delete
  85. Salam en Firdaus, saya menerima interview dalam Management training under public bank selama setahun tempoh probation, tetapi saya mengandung selama lima bulan menjadi kebingungan saya lagi pun saya teruja memiliki pekerjaan . Boleh kah mereka menerima saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM. Masa temuduga nanti beritahulah keadaan diri saudari. Pihak Bank selalunya faham tetapi mereka juga tidak boleh menunggu saudari untuk bersalin dan memberi tawaran semula. Cuba berbincang semasa temuduga dan tunjukkan kebolehan yang mereka tidak boleh menolak saudari walaupun mengandung. Selamat bertemuduga.

      Delete
  86. Salam en.firdaus.
    saya mendapat panggilan intv sbgai personal finance associate (sales n marketing) di etika takaful permenant position..boley sya thu skop kerja position ini..gji yg ditawarkan rm 4k..ada kah kerja ini memerlukan saya menjual insuran?? Sekira nya x boley menjual dan mencapai target..adakah saya boley di buang kerja? Gji rm 4k tuu adakah basic atau telah termasuk komisen??

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM Nur Syafiza

      Kerja di Etiqa sebagai sales & marketing pasti menjual produk mereka. Terima tawaran dan cuba2 menjual produk di sekitar kita dahulu. Keputusan atau target yang ditetapkan adalah mengikut pengalaman dan pastikan Nur Syafiza membaca dengan teliti surat tawaran. Klausa tentang pencapaian target mungkin menjadi salah satu syarat. Bagi saya terima dahulu untuk menimba pengalaman. Jangan takut. Gaji basic atau bersama komisen tidak dapat saya tahu kerana tawaran itu untuk Nur Syafiza sahaja. Selamat Maju Jaya

      Delete
  87. Salam Tn Firdaus.

    Terima kasih atas dorongan semangat tuan. Saya akan ambil cabaran ini kerana saya berfikir pengalaman itu lebih berharga dan ini akan menguatkan lagi resume saya dimasa akan dtg In Sha Allah.

    ReplyDelete
  88. Salam en. Firdaus, Saya Zulhelmi, berkerja sebagai Human Resource Officer di CIMB, saya bru dapat pnggilan interview di Bank Rakyat sebagai Eksekutif Kontrak. Soalan Saya, adakah patut untuk saya hadir interview tersebut atau tidak? Kerana saya rasa Bank Rakyat mempunyai banyak benefit untk staff brbanding dgn bank yg saya berkerja skrang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. `WKSLM Zurimie

      Hadir interview bukan bermaksud sudah berhenti kerja. Pergi dan tahu di mana harga diri kita. Bukan sahaja benefit yang perlu dibandingkan tetapi ketenangan kerja dan proses pembelajaran yang penting. CIMB sudah terkenal dengan besar gagah dan banyak cawangan tetapi mereka juga boleh bila2 menutup cawangan2 yang tidak berpendapatan tinggi. Kerja di HR pasti tahu bagaimana proses menutup cawangan berlaku di CIMB.

      Pergilah untuk meletak harga dan mengetahui benefit yang sekarang tidak ada. Selamat bertemuduga.

      Delete
  89. Assalamualaikum en firdaus.. Sy nk mintk pendapat en firdaus, sy dpt intview dari bank rakyat as kerani. Masalah sy skrg sy tinggal di johor tapi kena hadir intview di KL, suami kata jauh nnti pegi sia2 je kalau xdpt. Jadi dia tidak benarkan sy pegi. Sy mmg tgh mencsri kerja skrg ni, susah nk cari keja skrg.Adakah rugi kalau sy menolak tawaran ni ye encik? Sy mmg penah kerja dlm bidang perbankan sblum ni.Sy confuse. Sy ingin minta pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM. Pergi ke temuduga bukan bermaksud bekerja di tempat yang ditemuduga. Pastikan mendapat tempat di tempat sekitaran kita. Jangan takut untuk meminta2 semasa temuduga. Cuba telefon Bank Rakyat dan beritahu tentang perjalanan jauh untuk temuduga. Minta keserasian untuk bertemuduga kerana pihak bank rakyat faham tentang perjalanan jauh ini. Pastikan juga kekosongan yang perlu dipenuhi milik kita dengan mencari maklumat cawangan mana yang memerlukan pekerja. Kalau di Johor maka kenali cawangan yang bedekatan kalau pihak KL memberitahu dimana. Kemungkinan orang yang pro active begini memang diperlukan sangat utuk bank rakyat. Pengalaman dalam bank juga memberikan kekuatan luar biasa untuk temuduga. Pohon gaji yang lebih tinggi dan selamat bertemuduga.

      Delete
    2. Terima kasih bnyk2 en.firdaus ats pndgn yg diberikan..

      Delete
  90. Assalamualaikum en firdaus.. Sy nk mintk pendapat en firdaus, sy dpt intview dari bank rakyat as kerani. Masalah sy skrg sy tinggal di johor tapi kena hadir intview di KL, suami kata jauh nnti pegi sia2 je kalau xdpt. Jadi dia tidak benarkan sy pegi. Sy mmg tgh mencsri kerja skrg ni, susah nk cari keja skrg.Adakah rugi kalau sy menolak tawaran ni ye encik? Sy mmg penah kerja dlm bidang perbankan sblum ni.Sy confuse. Sy ingin minta pencerahan..

    ReplyDelete
  91. Assalamualaikum En.Firdaus..saya nak tanya la. Saya dah interview di bank rakyat. Agak-agak berapa lama selalunya baru dapat jawapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKLSM. Sila tanya masa temuduga dan dapatkan komitmen terus untuk jawapan. Dan tanya kalau saya mahu jawapan bila boleh telefon. Selamat Maju Jaya.

      Delete
    2. terima kasih En. Firdaus :)

      Delete
  92. salam en.firdaus saya nak tanya position Relationship manager & Personal financial Loans ne kerja dia macam mana di bank.. sya confuse tak tau nak pilih mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relationship manager atau Personal financial loan adalah buat marketing untuk bank. Cuba tengok sifat diri. suka bersama ramai orang, tidak kekok berada ditempat yang tidak dikenali atau memang suka berkenalan maka marketing adalah tempat yang patut untuk saudara atau saudari berada.

      Delete
  93. assalamualaikum encik firdaus. Hari nie saya bru dapat email tawaran kerja sebagai Personal Financial Associate di Etiqa Takaful. Saya mahu tahu tentang "Jobs description" berkenaan kerja tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja di Etiqa sebagai Personal Financial Associate pasti menjual produk mereka - insurance. Terima tawaran dan cuba2 menjual produk di sekitar kita dahulu. Keputusan atau target yang ditetapkan adalah mengikut pengalaman dan pastikan membaca dengan teliti surat tawaran. Klausa tentang pencapaian target mungkin menjadi salah satu syarat. Bagi saya terima dahulu untuk menimba pengalaman. Jangan takut. Gaji basic atau bersama komisen tidak dapat saya tahu kerana tawaran itu untuk penerima surat sahaja. Selamat Maju Jaya

      Delete
  94. Assalamualaikum En. Firdaus, saya hendak minta beberapa penjelasan dan pendapat tentang jawatan Graduate Trainee Officer (GTO) di BSN. Apakah skop kerja didalam program ini ?adakah program ini sama seperti jawatan sales di bank2 yang lain yang hanya menukar nama jawatan untuk menarik pencari kerja ataupun boleh encik berikan serba sedikit yang encik tahu berkenaan dengan program/jawatan ini.sekian terima kasih

    ReplyDelete
  95. WKSLM Halim. GTO di BSN adalah sama seperti yang Halim rasa. Tetapi kemungkinan proses pembelajaran akan menentukan ke mana arah pekerja itu akan diserapkan. Kalay semasa training ini nampak bagus dalam collection maka collectionlah akan di serapkan (collection adalah tempat mengutip hutang). Dan kalau sesuai untuk marketing/sales dan pasti diserapkan ke tempat itu. Pekerjaan dalam sales marketing ini tidak akan putus dan inilah tempat dimana Bank2 mencari pendapatan maka tempat ini adalah penting untuk bank hidup. Jangan terlalu sempitkan fikiran dengan takut untuk membuat sales kerana kesusahan menjual produk bank menyebabkan sesiapa yang dapat melakukan pasti nampak gah dan senang untuk naik ke atas. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  96. Assalam Encik..boleh terangkan sedikit apakah bidang tugas Personal Financial Associate (Sales & Marketing)? Di bwah etiqa takaful (maybank). Adakah tugasan ini hanya di pejabat atau sama seperti agen yg menjual insuran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja di Etiqa sebagai Personal Financial Associate pasti menjual produk mereka - insurance. Terima tawaran dan cuba2 menjual produk di sekitar kita dahulu. Duduk di pejabat mungkin untuk menyelesaikan perihal pelanggan selain dari itu keluar untuk mendapatkan pelanggan.

      Delete
  97. Assalamualaikum En. Firdaus.. Minggu depan saya ada temuduga jawatan teller bsn. Boleh saya tahu skop kerja teller dan boleh saya tahu semasa temuduga bsn lebih menggunakan bahasa Inggeris ataupun bahasa melayu ye.Dan berapa gaji yang saya akan dapat untuk jawatan teller bsn sekiranya saya berjaya temuduga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKLSM. Tahniah dengan panggilan temuduga. Kerani di dalam bank boleh masuk di mana2 department. Boleh tolong buat marketing, boleh tolong process pinjaman, boleh buat macam2 yang disuruh. Tetapi kalau teller atau orang yang duduk di kaunter depan itu maka pekerjaannya adalah berjumpa dengan orang yang masuk atau keluarkan duit. Kerja ini lebih teliti kerana jika duit kurang maka teller kena bertanggungjawab. Akauntability lebih tinggi. Yang bertanya ini lelaki atau perempuan. Kalau pekerjaan ini diperlukan sangat maka terima dengan hati terbuka dan sentiasa bertanya untuk maju ke hdapan. InshaAllah. Temuduga boleh berlansung dalam bahasa malaysia. Pohon bicara dlm bahasa malaysia pun tidak mengugat apa2 kecuali BSN sudah menukar polisi.

      Gaji tidak tertakluk dengan collective agreement yang ditandatangi oleh pihak2 bank dengan pekerja bank (NUBE). Masa temuduga boleh bertanya. Selamat bertemuduga.

      Delete
  98. Assalam En.Firdaus.. 19 Nov sy dipanggil interview utk jawatan Telemarketing di BSN. Bolehkah En.Firdaus kongsi mengenai job scope jawatan ini dgn lebih jelas. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM. Telemarketing adalah satu jenis pekerjaan yang dicipta oleh banyak syarikat untuk mengurangkan kos pemasaran. Pekerja diambil dan dilatih dengan perkataan2 yang sama dan bermulalah kerja telemarketing ini. Telemarketer akan menalifon pelanggan berdasarkan nombor telefon yang diberikan dan pemasaran pun bermula. Kos yang ditanggung syarikat hanya pada kos telefon sahaja. Tidak perlu mengeluarkan duit untuk belanja minum atau sebagainya. Nombor2 telefon ini boleh dibeli dari syarikat2 telefon yang besar dan corak pemasaran yang agak luas ini selalunya tidak belajar mengenal pelanggan mereka. Mereka hanya memancing secara rambang dan mengharapkan kail mereka mengena. Pekerjaan ini agak susah dan kadang2 pelanggan marah dengan waktu telefon yang tidak menentu.

      Delete
  99. salam. tuan saya nak tanya , saya lulusan degree in international business jawatan apakah yg saya layak untuk memohon di bank.?

    ReplyDelete
  100. salam. tuan saya nak tanya , saya lulusan degree in international business jawatan apakah yg saya layak untuk memohon di bank.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Banyak jawatan yang boleh diserap di bank dan bank2 sekarang tidak mengecilkan skop hanya lulusan banking atau finance sahaja boleh bekerja di bank. Untuk kelulusan seperti ini, trade finance atau import export bank pasti memerlukan. Kedudukan litigasi atau undang2 pasaran luar boleh diserapkan pada bank2 yang terlibat dengan trade finance. Selamat berjaya.

      Delete
  101. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  102. Assalamualaikum encik. Sy mendapat inteview di bank simpanan nasional sebagai teller. Boleh kan encik terangkan lebih lanjut tentang tugas sebagai teller? Dan biasa nya mereka akan ajukan soalan seperti apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKLSM. Tahniah dengan panggilan temuduga. Kerani di dalam bank boleh masuk di mana2 department. Boleh tolong buat marketing, boleh tolong process pinjaman, boleh buat macam2 yang disuruh. Tetapi kalau teller atau orang yang duduk di kaunter depan itu maka pekerjaannya adalah berjumpa dengan orang yang masuk atau keluarkan duit. Kerja ini lebih teliti kerana jika duit kurang maka teller kena bertanggungjawab. Akauntability lebih tinggi. Yang bertanya ini lelaki atau perempuan. Kalau pekerjaan ini diperlukan sangat maka terima dengan hati terbuka dan sentiasa bertanya untuk maju ke hdapan. InshaAllah. Temuduga boleh berlansung dalam bahasa malaysia. Pohon bicara dlm bahasa malaysia pun tidak mengugat apa2 kecuali BSN sudah menukar polisi.

      Gaji tidak tertakluk dengan collective agreement yang ditandatangi oleh pihak2 bank dengan pekerja bank (NUBE). Masa temuduga boleh bertanya. Selamat bertemuduga.

      Delete
    2. Terima kasih diatas jawapan encik. Saya seorang perempuan yang fresh graduate.

      Delete
  103. Salam,tuan

    Sy ingin tanya cara atau proses pemilihan GTO BSN?
    Apakah kriteria utama yg ingin dilihat?

    Terima kasih en.firdaus

    ReplyDelete
  104. Salam

    Kriteria utama adalah lulusan ijazah. Boleh bercakap Melayu dan Inggeris dengan cekap. Pandai menjual dan tidak segan. Selamat Maju Jaya

    ReplyDelete
  105. Salam encik,
    saya dapat iv position as Personal Financial Associate(Sales and Marketing) dengan gaji diberi 4k by Etiqa Takaful Berhad. is it possible? ke gaji tu ikut commision kita? saya fresh graduate bukan dari bidang banking or related.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Tahniah dengan panggilan interview. Kebiasaan PFO diberikan gaji dan comission jualan. Sila berhati2 dan tanya betul2 ketika temuduga. Bidang jualan bukan tertakluk dengan peperiksaan kerana ia adalah skill dan sesiapa boleh buat dan bukan senang. Graduate lebih senang kerana mudah faham untuk menjual. Selamat bertemuduga.

      Delete
  106. sy mahasiswa tahun akhir, bachelor in finance, unisel. senang ke graduan ipts mendapat peluang pekerjaan di bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang bekerja di bank sentiasa terbuka untuk graduan finance. Pastikan diri dipenuhi dengan attitude yang ceria dan tidak pernah mengalah. Terus mencuba di bank2 dan kebanyakan bank sentiasa memerlukan pekerja2 baru untuk diambil, dilatih dan kebanyakan di bahagian pemasaran yg tidak pernah pupus pekerjaannya.

      Delete
  107. Salam Encik Firdaus. Sy dijemput hadir ke interview bank rakyat utk jawatan executive. Boleh encik firdaus terangkan sdikit bidang kerja executive di bank?

    ReplyDelete
  108. Salam Encik Firdaus. Sy dijemput hadir ke interview bank rakyat utk jawatan executive. Boleh encik firdaus terangkan sdikit bidang kerja executive di bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shazwanizuddin. Executive adalah perbezaan diantara 2 iaitu pengkeranian dan pegawai. Maka executive berada di tempat pegawai. Bidang kerja pula terlalu luas iaitu memenuhi setiap ruang lingkup bank seperti pemasaran, pemprosesan pinjaman, security (bahagian menjaga dokumen2 penting), collection (membuat kutipan wang pinjaman) dan di bahagian kaunter (selalunya executive berada di belakang). Cuba masuk dan sesuaikan diri untuk diserap dibahagian mana pun. Dan ingat executive itu adalah pangkat bukan bidang kerja.

      Delete
  109. assalamualaikum encik firdaus, sy fresh graduate dan dapat bekerja di bank rakyat dibawah program BR SMART cawangan kajang . sy lapor diri 1 Dec ni . sy nak tanye:

    1. berapa basic utk executive sale/ marketing bwh program BR SMART ?
    2. adakah sy boleh diserap sebagai staff bank rakyat?
    3. selalunya training bank rakyat kat mana ? kat cawangan ke ?
    4. benefit yg sy dapat sama je ke dengan staff bank rakyat yg lain ?

    terima kasih . maaf banyak sangat soalan


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Farah Idayu

      1. Saya tidak tahu berapa Bank Rakyat akan bayar sebab BR Smart ini adalah program penyesuaian pekerjaan untuk graduan. Hanya Elaun yang diberikan.
      2. Boleh diserapkan jika menunjukkan prestasi yang bagus semasa dalam latihan.
      3. Latihan akan dibuat di bahagian pemasaran cawangang, kawalan kredit atau pemprosesan kredit.
      4. Benefit tidak sama dengan staff seperti bonus atau cuti yang ditetapkan. Medikal mungkin sama.

      Selamat bertugas

      Delete
  110. assalamualaikum encik firdaus, sy ingin tahu pendapat/pandangan encik tntg program retail management associate rhb.

    Apakah yg kebiasaan tugas yg dijalankan oleh trainee?
    Adakah temuduga dijalankan dalam bahasa inggeris?
    Apakah fokus utama yg ingin dilihat para panel?
    Berapa peringkat temuduga yg kebiasaanya dijalankan?

    Terima kasih encik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm.

      Retail Management Trainee adalah satu program dibuat oleh bank untuk mendapat staff2 yang boleh diserap kedalam bank mereka.

      Tugas2 mereka meliputi segala tugas yang sedia ada di cawangan atau di ibu pejabat. Pemasaran, kutipan kredit, pemprosesan pinjaman dll.

      Temuduga berlaku dalam 2 bahasa tertakluk pada orang yang menemuduga.

      Fokus utama panel penemuduga adalah mencari orang yang boleh buat kerja.

      Selalunya peringkat temuduga hanya satu sahaja kecuali mereka perlu menapis untuk mendapat yang pandai berbicara bahasa Inggeris. Satu peperiksaan dan terus dengan temuduga.

      Selamat maju jaya

      Delete
  111. Salam,

    Bole Saya tanya encik firdaus tentang graduate program khazanah nasional dan PNB ?

    Bagaimana proses pemilihan kedua-dua program tersebut?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf tak dapat membantu kerana pengalaman saya hanya dengan Bank.

      Kalau boleh disamakan pun kemungkinan Khazanah Nasional dan PNB adalah GLC (Syarikat yang berkaitan dengan Kerajaan) dan Maybank juga sebahagian GLC. Graduan2 akan diberikan latihan sebelum diserapkan kedalam jawatan di syarikat2 itu.

      Khazanah Nasional mempunyai banyak kaitan dengan banyak syarikat yang seperti PNB dan kebanyakan bank2 Malaysia. Proses permilihan mungkin disaring dengan peperiksaan pada permulaan dan seterusnya temuduga.

      Selamat maju jaya.

      Delete
  112. Assalamualaikum Tuan Firdaus,

    Saya Haziqah fresh graduate dalam bidang engineering univ. tempatan..
    saya dapat tawaran dan IV dari Public Bank utk position Financial Executive (Bancassurance).. Basic yang ditawarkan adalah sebanyak RM 2800 dengan tempoh training selama 6 bln.

    Dan seperti yg saya faham, jobscope utk position ini adalah utk promote and close sale produk insurance yang ditawarkan oleh pihak bank. Soalan saya:

    1)adakah kita yang mencari customer dari rumah ke rumah, atau sedara mara atau customer yang dicari dari usaha personal atau pihak bank dah menyediakan customer cuma sales itu berjaya atau tak berdasarkan macam mana cara kita promosikan produk insurans tu.?

    2) adakan risiko utk dibuang kerja tinggi sekiranya saya tak mencapai target sales yang ditetapkan.?

    tq atas penjelasan yg akan diberi =)

    ReplyDelete